Tuesday 26 February 2019

Trip Cameron Highlands - Pasar Malam Tanah Rata

Assalammualaikum w.b.t


First thing yang korang kena tahu since tahun 2017 kot pasar malam kat Cameron ni dah bertukar dari Brinchang ke Tanah Rata. So kalau nak dekat korang booked lah hotel kat area Tanah Rata. Tak tahu nak pilih hotel yang mana? Boleh tengok review Dhuri kat link atas

Jarak dari hotel kitorang ke pasar malam ni 20 minit jugak sebab jammed. Biasalah Cameron kan. And tempat parking ada yang berbayar kat atas. So kalau korang tak jumpa parking kat tepi2 jalan tu straight forward jelah naik ke atas dan masuk tempat parking dia yang betul2 sebelah pasar malam. Dia bertutup sikit. Kitorang tak perasan tempat ni so terparking jauh ke bawah. Rugi rugi

Naseb baik kitorang memang jenis bawak ssc carrier kalau pergi mana2. So apalagi masuk dalam carrier jelah. Tengok parents yang bawak stroller nampak struggle sebab jalan dia tak rata walaupun nama dia Tanah Rata dan berbukit. Kena ada stamina kalau nak pergi Cameron ni sebab almost semua tempat dia naik tangga atau naik bukit. Standby Ostematrix siap2 k. Hehe



Pasar malam kat Cameron ni panjang tapi takde variety sangat pada Dhuri sebab ku asik jumpa orang jual benda sama je. Jagung dengan strawberry. Hehe

Tapi kalau korang nak borong strawberry yang gemok2 dan manis kat sini lah tempat dia. Jagung pun sama. Jagung Cameron ni manis tau and besar cuma korang kena hati2 takut terbeli jagung yang bukan original from Cameron

Nak tahu jagung tu betul2 ditanam kat Cameron atau tak tengok size dia. Yang saiz kecik2 tu biasanya bukan. Ni setahu Dhuri lah based on apa yang penjual kat situ cakap

And kalau korang nak cari dinner kat sini bukan lah tempat yang terbaik. Haha
Sebab kitorang pun pusing satu pasar malam baru jumpa the only one gerai yang jual nasi dan ayam goreng. Tapi sedap jugak brader tu masak. Hehe
And kitorang borong banyak giler strawberry, jagung bakar, jagung rebus and strawberry kering. Berbaloi sebab murah

Tapi pagi esok tu sebelum balik KL kitorang pergi jugak Kea Farm sebab nak borong strawbery lagi. Yang malam tadi dah separuh habis. Haha
Kea Farm ni emmang tempat borong lah kalau korang nak beli sayur, bunga, strawberry semua tu cuma sebab kitorang ni tak berapa makan sayur so borong strawberry jelah


Beli aiskrim ni kat Cameron. Sebatang 5 ringgit uools


Kat Kea Farm borong strawberry kering je banyak2. Mak dia suka sebab masam2 manis. Hehe

So itulah je story trip kitorang ke Cameron Highlands masa cuti sekolah tahun lepas. Tahun ni husband ajak lagi sebab dia suka Cameron tapi mak tak dayo lah naik jalan cameron tu. Berliku liku. Balik dari Cameron haritu pun tak bagi husband berborak sebab kepala Dhuri dah terhoyong hayang je rasa. Cuma naseb baik nya anak-anak dah besar and dorang duduk sendiri kat belakang. Dulu pergi time Bunga kecik, dua-dua lalok. Haha

Okeylah next entry nak cerita pasal trip ke Melaka dengan family in laws pulak. 



Previous post : 


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

Friday 22 February 2019

Trip Cameron Highlands - Butterfly Farm

Assalammualaikum w.b.t


Kalau holiday dengan anak-anak tak sah lah kalau takde aktiviti melawat zoo ni. Zoo kecik ke besar ke tak kisah asalkan ada melibatkan haiwan. Betul tak? Haha
Naseb baik kat Cameron ni ada Butterfly Farm. Walaupun cuma taman rama-rama je tapi idoklah yang ada kat dalam tu rama-rama je. Ada jugak lah katak, beluncas, arnab, kala jengking dan ular. HAHHAHHAHAAHHA

Dhuri memang sadis sikit bab ni sebab dok cakap dengan husband bayar 7 ringgit ni nak tengok katak ke? Katak kat rumah mak banyak. Haha
Tapi bila tengok anak2 happy, terjerit sana sini rasa excited and berbaloi lah jugak. So harga tiket dewasa 7 ringgit, kanak-kanak 4 ringgit


Keluarga kecil ku


Aqeel first-first masuk lagi dah melalak lalak dah. Rama-rama pun dia takut. Confused den sebab kat rumah dia lah yang paling hero


Kakak steady jer...


Bersungguh masing-masing tengok katak :p 
Macam ni lah kot pesen anak orang bandar, katak pun tak pernah tengok. Ibu dia ni dulu masa kecik2 dah puas dah, asal masuk je bilir air ada lah cik K ni duk menumpang sejuk kan badan. Kadang-kadang terkena juga katak tu flying kick sekali dua. Haha


Korang tengok lah katak tu...ibu nak selfie dulu. miahahaa


Ni time tengok ulat apa ntah. Panjang ulat nya. Bila melekap kat ranting tak leh beza yang mana satu ranting yang mana satu dia


Ada pokok-pokok pelik jugak kat situ owner dia tanam


Beriya-iya si Aqeel menjerit bila tengok daun pokok ni warna hijau. Dia rasa pelik sangat tu..


Tengok ibu...control cun jerr. haha. Cantik lah bunga ni


Opsss sorri. I kenot tahan. Banyak betul gambar dengan bunga ni. haha


Cantik jugak pokok juntai-juntai ni. Kalau letak kat balkoni mesti meriah je nampak. Anyway nak tips kulit sentiasa nampak lembap dan glowing walaupun panas terik jangan lah skip sapu sunscreen dan night cream setiap malam. Korang memang akan nampak perubahan nya kalau consisten pakai atleast 2-3 minggu. Dhuri punya sunscreen dan night cream dari YOUTH


Close up sikit. Kalau buat banner pun cantik gak ni. hihihi


Ni gambar fefeling korea barangkali sampai anak pun lesap pi join family orang lain kat belakang tu. Haha


Aqeel. Dengan tak berselipar nya. Masa turun dari kereta husband dukung sebab dia macam mengantuk je, dah jumpa tanah terus aktif semacam lahhh


Ni paling kelakar sebab cicak kubing tu buat muka pegun camtu lama giler tau


Aqeel buat macam2 pun cicak tu tak bergerak sampai last2 budak kecik ni yang penat sendiri. haha


Bersabarlah nak....


Eh hahahaha..last-last

Ok next entry which is last entry. Omaigod rasa nak muntah dah tulis entry pasal Cameron ni sebab banyak sangat siries. Tapi next memang dah last dah Dhuri cuma nak story sikit je pasal pasar malam kat Cameron. So stay tuneddd k

Previous post : 


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!





Tuesday 19 February 2019

Trip Cameron Highlands - Lavender Garden

Assalammualaikum w.b.t


Lavender Garden ni tempat wajib kalau korang pergi Cameron okey!!

Tiket masuk dia 8 ringgit untuk dewasa dan 5 ringgit untuk kanak2. Lepas je masuk korang terus akan disajikan dengan pemandangan purple bunga lavender. So beautiful!




Kebun-kebun cinta. Eh!


ni feelings musim bunga ke apa ni?...


Port wajib bergambar. Tapi gambar kereta nya hilang pulak. 


Aiskrim lavender ni kalau korang nak cuba boleh lah. Tapi Dhuri rasa biasa je


2,2 jenis melekap dengan ayah


Dengan ibu dah macam gambar paksa pulak. Hehe


 Anak patung lavendar geram tengok. Comel-comel semuanya


Let's create memory


Nak beli jugak bunga lavender ni tapi kereta tak muat!! Haha. 


Tak tau nama bunga ni apa. :p

Yeayy saya menang anak patung!


Close up sikit. Hehe. Dah dapat anak patung pun muka cebek lagi :p


With Donuld Duck


Why i named her 'Bunga'? Sebab mak dia suka bunga, of course. :)


Semoga Kakak Bunga membesar jadi puteri solehah dan bertemu putera idaman yang soleh dan baik budi pekerti satu hari nanti. Aminn


Seperti biasa ayah adalah favourite anak-anak. Senang je kalau nak suruh bergambar dengan ayah


 Bestnya kalau one day ada kebun bunga sendiri macam ni. Hari2 cium bunga segar :)


 Dah penat dah muka masing-masing.



Okeylah. Jangan lupa singgah Lavendar Garden kalau korang pergi Cameron okey!


Previous post : 


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

Trip Cameron Highlands - Ladang Teh Bharat, Tanah Rata

Assalammualaikum w.b.t

Previous post : 
Trip Cameron Highlands - Avant Chocholate and Green View Garden
Trip Cameron Highlands - Big Red Strawberry Farm
Trip Cameron Highlands - Review David's Hotel Apartment


Kat Cameron ni ada 3 ladang teh kalau tak silap. Tapi kitorang pilih untuk pergi Ladang teh Bharat ni sebab dekat dengan hotel dan jalan dia pun tak berliku sangat. Kitorang pergi awal pagi lepas breakfast kat gerai2 yang banyak kat Tanah Rata. Kalau hotel korang kat Tanah Rata ni memang tak risau pasal makan. Boleh tengok review Dhuri untuk hotel kat link atas


Pemandangan yang dari atas yang super duper cantik. Masya Allah

Nak masuk ladang teh ni korang kena bayar 7 ringgit kalau tak silap untuk dewasa. Kanak2 free

Jenuh jugak nak turun ke bawah ni. Lutut kena kuat hokey! So jangan skip Ostematrix kalau tak nak tulang lembik. Haha


Laki kita ambik gambar wakk. Semua gambar tegak je :p

Ayah with the kids

My beautiful princess

Siblings goal. Hehe
My hensem boy :)

Family potret. Amboii seksinya Aqeel. hehe

Siblings goal lagi

Lepas tu gaduh. Haha

Dia punya posing......fuh!

Happy mom create a happy family :)

Sebelum balik singgah kat kedai teh dia dulu beli souvenier untuk diri sendiri, family and anak bisness. Nampak tak pergi mana pun bisness Shaklee tak pernah kulupakan. Hehe

Actually kat Ladang Teh Bharat ni ada cafe jugak tau. Kalau korang nak breakfast kat sini sambil menikmati pemandangan ladang teh boleh je. Since kitorang dah breakfast kitorang jalan terus jelah. Sempat beli aiskrim Malaysia strawberry dengan buah markisa. Yang aiskrim markisa tu sedap giler. Esok tu repeat lagi beli. Hehe

Anyway Dhuri nak remind lagi sekali kalau korang nak turun sampai ke bawah tu make sure kondisi lutut dan jantung korang okey ye. Sebab nak turun tu okey lagi tapi nak naik very the penat and mencabar. Tambah lagi kalau dukung anak. Tak cukup nafas dibuatnya. Jangan cakap akak tak payung pulak ye. Ni ai dah bagitau. heheh

Okeylah next entry cerita kat lavendar Garden pulak k

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!