Monday 13 November 2017

SEJUTA MAAF

:

:

:


Entah mengapa

Rasa syg pada mu
Dengan kejujuranmu
Membuat ku merindu
Oh kekasih


Tiada sepatutnya

Ku nyatakan
Untuk mencurahkan perasaan
Walau aku telah punya teman
Yang setia


Waktu sunyi ku

Membicara
Membuai daku yang terlena
Hingga tak dpt ku monolak
Kehendaknya

chorus
Sejuta maaf oh kekasih
Sekiranya kau
Menanggung segalanya



Daku hanya insan lemah
Yang hanya berserah resah
Dan rasa gelisah


Kali ini ku melaluinya

Walau pun payah untuk mengerti
Atau mungkin menyinta keduanya
Jika terpaksa



Perasaan yang membelenggu
Membuatku seakan membisu
Gelisahku membilang waktu
Sepi tanpa mu

Ulang chorus

Entah mengapa rasa sayang padamu
Dengan kejujuranmu
Membuatku merindu
Oh kekasih




seribu satu kisah, seribu satu memori

Wednesday 8 November 2017

4 BAHAN UTAMA VIVIX YANG SANGAT ISTIMEWA

Assalammualaikum korang


Harini nak sambung cerita pasal Vivix! 



Yang tak sempat follow semalam boleh click kat link ni Keistimewaan Vivix Shaklee



Okeyyy back to the topic



Ada 4 bahan utama dalam Vivix yang sangat rare dan special. Kenapa saya cakap special?



Sebab Shaklee sebelum dia hasilkan Vivix, dia buat kajian dulu buah atau tumbuhan apa yang paling tinggi sekali kandungan resveratrol dan polyphenol



Bila dah jumpa dia test pulak bila gabung okey ke tak. Bukan terus kumpulkan semua dalam satu botol lepas tu puupp jual



Takkkkkk



Shaklee buat beratus ribu kali ujian klinikal ke atas setiap bahan. Beratus ribu dollar dia laburkan untuk testing, research and development



Bukan cikai-cikai tau



Ambik masa bertahun untuk Vivix ni siap diuji!





Okey nak tau tak apa dia 4 bahan utama yang Shaklee dapati paling tinggi resveratrol dan polyphenol di dunia? Yang bila digabung kan memberi impak kesihatan yang baik pada manusia??



Okeyy jom tengok kat bawah


1. Anggur Muscadine



Anggusr mucadine ni adalah salah satu sumber terbaik untuk anti oksida dan anti radang. Dia tumbuh di tempat yang panas dan lembap



Berbeza dengan anggur biasa



Kulit dia tebal menandakan dia tahan pada kulat dan serangga perosak



Pada kulit dia ni yang paling tinggi resveratrol dan memberi warna purple pada anggur



Dia ada 20 kromosom. Lebih 1 kromosom dari anggur biasa. Ini juga yang buatkan dia tahan lasak dan boleh rawat diri sendiri bila diserang penyakit



Dia juga ada 40 kali ganda lebih polyphenol yang terbukti bermanfaat untuk kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah dan membantu melambatkan proses penuaan.


2. Purple Carrot







Purple carrot ni merupakan sumber terbaik Vitamin  A. Pernah dengar kan " nak mata sihat makan lobak.."



Tapi ni adalah lobak special sebab kandungan anti oksida dia tinggi. Dia juga mengandungi phytochemical dan anthocyanins.



Anthocyanins ni bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung serta penyakit-penyakit kronik yang lain. 



Asid klorogenik yang ada dalam purple carrot ni bertanggungjawab mengurangkan pengumpulan protein AGE sekaligus mengurangkan paras gula dalam darah.




3. Elderberry






Sedapnya buah elderberry ni. Teringat dulu masa kecik2 pernah kutip buah warna hitam yang tumbuh bergugus macam ni dalam belukar atau semak



Berebut rebut kalau jumpa. Hehe



Okeyyyy buah elderberry ni banyak tumbuh di kawasan Eropah, Amerika Utara, Asia dan Benua Inggeris.



Kalau  nak tau buah ni dah lama digunakan oleh pengamal perubatan tradisional tau!



Kandungan Vitamin C yang tinggi di dalam buah ni membuatkan dia sangat bermanfaat dalam mengubati penyakit yang disebabkan oleh jangkita (infection) daripada virus dan bakteria. 



Selain itu juga, manfaat daripada jus elderberry ni ialah kemampuan untuk mencegah dan mengubati kanser, mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia, berupaya menurunkan kadar kolesterol untuk mencegah penyakit jantung, membantu mengatasi dan merawat masalah diabetes dan meningkatkan kesihatan jantung serta ginjal.



4. Japanese Knotweed



Japanese Knotweed ni nama saintifik dia Polygonum Cuspidatum.


Dia adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari asia tapi banyak jugak ditemui di Amerika Utara dan Eropah



Japanese Knotweed ni adalah sumber komersial Resveratrol. 



Ia sering digunakan kerana manfaatnya untuk melambatkan proses penuaan, merendahkan paras kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet serta membantu dalam proses mengurangkan berat badan.




Ni lah dia 4 bahan utama dalam Vivix. 



Buah-buahan dan tumbuhan je. Takde bahan kimia berbahaya lain



Sebab macam yang saya cerita kat atas tadi lepas saintis Shaklee dah jumpa 4 bahan ni dia pastikan pulak untuk kesemuanya ditanam SECARA ORGANIK



Di ladang Shaklee sendiri dan dipantau oleh pegawai botani mereka sendiri!



Sebab tu kandungan Vivix ni rare dan special



Dah lah bahan dia yang terbaik lepas tu ditanam pulak secara organik!!



Memang sangat perlu dana yang besar dan banyak



Tapi jangan risau harga Vivix ni takde lah mahal melampau. Sebab satu botol tahan hingga 2 bulan



Setanding dengan kajian dan keberkesanan nya saya rasa pelaburan untuk Vivix ni adalah sangat berbaloi 



Semua orang boleh ambik Vivix dari umur 18 tahun ke atas sebagai minuman anti penuaan dan untuk mencegah penyakit kronik





Supplement bukan ubat. Ambil semasa sihat supaya kita dapat rendahkan risiko penyakit yang teruk



Untuk mereka yang ada masalah radang atau nak lewatkan penuaan, Vivix is the best supplement for you to try



Nak tahu apa lagi yang boleh dibantu oleh Vivix boleh wassap saya



Bulan ni HARGA PECAH PANGGUNG !!!!



Sebab ada promo twinpack beserta free membership dan cash back RM 36.10



Don't miss out


Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!





Monday 6 November 2017

KEISTIMEWAAN VIVIX SHAKLEE

Assalammualaikum semua!

Sorry dah lama tak update entri. Shot summary sikit pasal saya, Alhamdulillah closing October haritu officially rank up as Senior Supervisor dalam Shaklee. Yeayyy

Masih kekal bonus 4 angka. Alhamdulillah

Perasaan bila makin tinggi rank ni kan sejujurnya rasa lebih takut sebab lebih banyak tanggungjawab yang tergalas di bahu

Tapi sebab niat nak bantu lebih ramai orang dan saya pun enjoy buat bisness ni jadi rasa takut tu saya buang jauh2 ke tepi

Syuhh syuh....

Impian saya, saya nak lahirkan lebih ramai lagi leader yang ada income 4 angka. Biar kita sama2 kaya dan berjaya dunia akhirat. Aminn

Ok back to the topic, sebenarnya bulan ni ada berita best untuk penggemar vivix. Harga runtuh tau korang!!

Yang beli 2 botol akan dapat 5% diskaun dan layak untuk free membership!

Dan sebab Shaklee ni memang suka bagi duit free kat orang, bulan depan korang akan dapat RM 36.10 buta2 masuk akaun.


Seronok takkk?????

Okey jom tengok apa yang special nya pasal vivix ni sampai jadi rebutan ramai!

Saya sendiri pun dah hampir setahun consistent vivix and memang rasa badan jauuuhhhh lebih sihat, lebih happy, kurang tekanan dan lebih cantik dari dulu. Heheh

Keistimewaan Vivix Shaklee

Vivix ni kan tak sama langsung dengan mana2 product supplement lain. Dia exclusive dan sangat premium. Shaklee sendiri ambil masa bertahun - tahun untuk buat kajian dan hasilkan vivix

Dia bukan ambik mana2 buah, blend buat jus dan jual

Takkkkk

Dia melalui kajian dan bahan2 dia ditanam di ladang Shaklee sendiri, dijaga oleh pegawai pertanian mereka, tak menggunakan baja kimia dan takde pesticide

Fully Organik!

Bahan utama Vivix adalah 4 jenis buah dan tumbuhan yang sangat tinggi kandungan resveratrol dan polyphenol

Antaranya aggur muscadine



Korang tengok buah ni tak sama tau macam anggur biasa. Dia lebih besar, warna purple dia lebih gelap dan kulit dia lebih keras



Sebesar genggaman tangan budak

Pada kulit anggur muscadine ni yang banyak resveratrol. Dia ada 40 kali ganda lebih polyphenol berbanding anggur biasa

Sebab tu makan anggur biasa dan minum vivix tak sama

Ramuan dia ni susah nak dapat dan Shaklee tanam secara organik pulak tu!

Nanti saya buat entri lain untuk cerita kelebihan bahan2 utama dalam vivix ni. Harini saya continue dengan manfaat vivix atau resveratrol + polyphenol dulu


Manfaat Vivix

1.  Sebagai Anti Radang

Tahu tak korang kebanyakan penyakit yang ada hari ini bermula dengan keradangan. Gout, sinus, resdung, sakit jantung and even kanser

Radang tinggi pada kulit menyebabkan muka merah, jerawat batu dan bernanah

Radang pada sendi menyebabkan sakit dan aktiviti fizikal terbatas. Contohnya sakit lutut, sakit belakang, arthritis dan banyak lagi

Mengikut kajian, resveratrol memiliki sifat anti-radang. Jadi pengambilan vivix untuk orang yang selalu sakit sendi ni dapat kurangkan bengkak dan radang tu

2. Sebagai Anti Oksida

Sel badan kita ni setiap masa dihentam oleh radikal bebas yang berpunca dari pemakanan, pencemaran, cahaya matahari, barang kimia berbahaya dan banyak lagi

Memang susah nak elak sebab kita sentiasa terdedah dengan radikal bebas ni

Bila setiap hari dihentam, sel akan rosak dan terjadilah penyakit dan penuaan

Tapiiiiiiii polyphenol berupaya untuk bantu badan kita buang radikal bebas ni. Dia bantu lindung sel kita dari rosak 

Sebab tu saya ambik vivix ni dari sekarang sebagai ikhtiar untuk cegah penyakit kronik. 

Setiap hari kita makan tanpa kawalan, kesian organ dalaman kita nak proses semua tu

Bila kita bantu untuk buang, ringan sikit kerja dia kan. Hehe

Untuk jangka masa panjang, badan kita lebih sihat dan fungsi sel kita sentiasa diperbaharui dan tak cepat tua atau rosak

3. Sebagai Energy Booster

Zaman sekarang ni orang perlukan lebih tenaga untuk handle kerja. 

- Ibu yang bekerja dan nak handle anak serta rumahtangga
- Suami yang bekerja dari awal pagi sampai lewat malam

Semua perlukan tenaga extra. Dan ramai yang pilih untuk dapat tenaga dari minuman yang tak sihat seperti air kopi, air manis, air isotonik bergas

Semua ni tak sihat tau

Dari korang minum air bergula semua ni baik ambik vivix....

Sebab vivix boost energy bukan dari gula tapi polyphenol boost tenaga dari kilang tenaga (mitokondria)

Bilangan mitokondria (sel tenaga) kita ni bila kita makin tua dia akan makin sikit tapi dengan pengambilan polyphenol bilangan ni dapat dikekal kan dan seterusnya beri lebih tenaga pada tubuh badan


4. Sebagai Anti Ageing

Bila kita mula masuk umur 30an, metabolisme mula drop dan tanda penuaan makin laju

Polyphenol dalam vivix boleh kurangkan pengeluaran protein AGE yang jadi punca penuaan ni

Sebab tu jangan hanya fokus pada skincare jeeee. Skincare cuma rawat luaran tapi the best adalah dengan makan masuk dalam badan

Sebab kita tak nak laaaaa kulit je yang sihat dan cantik tapi kita nak semua sel dan organ dalam badan kita sihat dan awet muda

Barulah risiko penyakit kronik dapat dikurangkan........





Okey itulah 4 manfaat vivix yang boleh saya kongsikan!

Nak lebih detail boleh wassap saya. Jangan lupa promo November ni!

Harga setanding kualiti!!

Satu botol ni boleh tahan sampai 2 bulan

Bagi saya kalau korang nak invest pada kecantikan dan kesihatan dalam masa yang sama, THIS IS THE BEST INVESTMENT FOR YOU !!!

Sihat Cantik Luar dan Dalam


Yang Benar
Sen Sv Ayu
Pengedar Shaklee bertauliah anda
013-2331510

Cod: Cheras, Bandar Mahkota Cheras, Sg Long, Kajang




Friday 16 June 2017

Bercuti Di Bukit Merah Laketown Resort Part 2


As'mualaikum w.b.t


Pagi2 lagi kitorang dah turun breakfast dulu sebab harini plan nak pergi eco park dan terus balik KL. jadi haruslah isi perut bagi kenyang2 dulu kan. Best jugak sarapan kat cafe hotel ni sebab ada banyak pilihan. Saya suggest siapa yang pergi sini ambik jela package breakfast tu sekali. Sebab senang tak yah fikir lagi dah nak keluar breakfast kat mana

lagipun puas hati sebab ada makanan melayu macam nasi lemak, mihun, mee goreng dengan ayam rendang. Yang tak suka makan berat ada pilihan roti, omelete dengan kuih muih. Buah pun ada

Bunga breakfast cereal. Sooo orang puteh. Jangan ditanya kenapa dia makan sambil menangis. Pantang ayah bangun dia nak ikut. Tak dapat, nangis lah


Mintak maaf perut. Pagi2 lagi dah sumbat macam2. Hehe
Nasib baik ambik Herb Lax dan Lecithin kurang sikit rasa bersalah tu 

Lama jugak kitorang kat cafe ni. Maklum lah settlekan anak2 dulu lepas tu baru mak ayah dorang pulak nak makan. Waktu breakfast cafe ni sampai pukul 10 pagi kalau tak silap

Dah siap makan terus balik bilik semula. 

Berenti sekejap ambik gambar. Gigih mak dia pujuk suruh berdiri belakang ni 🌰

Cari di mana Bunga. hehe

Disebab kan ada masa lagi sebelum checkout jadi sampai je bilik terus tukar semula baju mandi dan turun mandi kolam pulak

Aqeel dari jauh dah jerit2 suka tengok air. Memang tak takut langsung dia

Kakak je kena orang pegang. Kalau terlepas dia boleh jerit satu kolam. haha


Pegang satu jari pun takpe asal pegang

Adik macam biasalah. Berani

Gaya macam ni pun boleh lah

Balik dari mandi manda semua terbaring keletihan

Time dorang tido ni kitorang pun terus lah laju2 packing dan masuk kan barang dalam kereta. Cukup 12.30 terus keluar untuk checkout dan serah kunci

Tapi kitorang tak balik lagi.

Pergi beli ticket untuk masuk Eco Park pulak. hehe

Tunggu husbandku beli tiket. Aqeel masa ni mamai lagi. Sekejap2 terlentok

Dah tak ingat tiket untuk 2 orang dewasa berapa. Rasanya 70 ke 100 kot. Yang untung nya siapa yang nak masuk Themepark masa ni ada diskaun 50%

Memang murah giler tiket. So siapa nak jimat boleh pergi hari ahad. Biasanya memang ada je promo untuk hari minggu ni

Tunjuk gambar ni kat abang ipar. Dia kaki pancing. Insha Allah ada rezeki boleh pi sini untuk memancing tapi tak tau lah ikan apa yang ada. haha

Nak masuk eco park ni jalan dia susur sebelah tasik tu. memang best kalau dapat lepak tepi tasik ni, Angin sepoi2 je. Teringat zaman dulu lepak tepi sungai kat sawah di kampung. lebih kurang macam ni lah suasana dia sambil borak2 dengan bestfriend. Zaman muda remaja. hehe

Yang ni Villa Kampung Air. Harga mahal sikit. Siapa yang nak rasa suasana rumah atas air boleh lah duduk sini. Dan dia agak jauh dari tempat Themepark semua tu. Kalau nak keluar atau masuk kena call van hotel untuk ambik

Haiwan pertama yang kami jumpa. Si merak yang sombong. haha. Takde lah. Dalam semua burung merak kat sini ada sekor je yang rajin kembangkan ekor tapi sayang nya ekor dorang dah tak lawa. Banyak yang dah carik


Rasanya saya tak pernah jumpa burung merak yang betul2 cantik ekor dia melainkan dalam buku cerita. Wujud ke burung merak yang pandai jaga ekor ni? hehe

Anak bandar yang tak pernah tengok itik

Sunburn teruk muka. memang gigih balik tu telan Vitamin C dan Vivix setiap hari. And memang pun, tak sampai seminggu, kulit back to normal balik. Sebab tu saya setia dengan Shaklee sebab tak pernah mengecewakan. hehe

Ok gambar ni agak menakutkan sikit. Sebenarnya tak perasan masa ambik tu. Dah ambik baru terkejut. haha

Takde show harini. Tempat ni dah agak suram sebenar nya. Masa saya pergi tahun 2011 dulu kawasan ni masih cantik dan meriah. Ada show burung kakak tua dan ular masa tu. Sekarang dah tak ramai yang masuk Eco Park ni. 

Masa kami pegi tu ada lah dalam 4,5 family je yang terserempak. 

Laluan dalam dia pun saya tengok kayu dia macam dah usang sangat. Jadi kena hati2 bila pijak takut reput dan cedera pulak

Yang ni dah tak ingat nama dia apa tapi Aqeel suka. Jangan mintak nak bela kat rumah tau dik. hehe

Tengok lah tu sampai nak masuk kandang arnab

So habis dah pusing satu eco park. Tak banyak pun haiwan dalam ni. Tapi okey la puas hati jugak sebab Aqeel dengan Bunga happy. Tapi kalau next time pergi lagi, rasanya tak masuk dah kot eco park ni. hehe

Sebelum balik kitorang makan dulu nasi ayam yang sedap kat sini. Beli keychain dan fridge magnet lepas tu masuk kereta dan terus balik. Anak2 pun memang tido je sepanjang perjalanan. Penat sangat kot. Tapi Alhamdulillah lah sebab boleh ibu sembang tanpa gangguan dengan ayah. Heee

Singgah kat RNR yang ada jambatan tu untuk beli buah sebab orang kata RNR ni femes. Lupa nama dia apa. Then takde singgah mana2 dah. Terus balik

Pukul 9 lebih sampai rumah. Esok tu Selangor masih cuti lagi so kami ada satu hari untuk rehat sebelum start kerja

So itu sajalah catatan percutian tak seberapa ni tapi cukup menyeronok kan sebab anak2 happy dan puas main air. Next tak tau lagi nak pi mana. Balik beraya johor la kot. Dah dekat nak raya ni. Hehe

Before tutup, Untuk siapa2 yang nak cari set kecantikan atau Vitamin untuk kulit bersih dan bebas jerawat boleh contact ye. Ada banyak promosi sempena Hari Raya ni

Nak buat sebagai hadiah pun boleh



Whatsapp je anytime untuk sebarang pertanyaan ye 

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!