Wednesday 7 November 2018

Pengalaman Anak Warded di KPMC

Assalammualaikum w.b.t

Semalam Dhuri ada cerita yang weekend haritu kitorang balik Batu Pahat sebab nak ambil Kakak Bunga kat rumah nenek dia kan.
Haaa kisah di sebaliknya ialah...


3 minggu sebelum tu Bunga tiba2 je tak sihat. Bila makan je dia muntah. Sebenarnya dari minggu2 sebelum tu lagi cuma dia on off. Jadi kitorang bawa klinik biasa je. Sampailah hari yang kat kampung Dhuri tu dia tunjuk tanda dehydrated. Badan lemah, selera makan takde and dah start asik tido je. Tak aktif

So sampai je KL terus lah husband bawak pergi Kajang Plaza Medical Centre ni atau KPMC. Ni hospital panel husband. Doktor advise untuk dia warded. Actually masa ni Aqeel cirit birit jugak tapi sebab dia aktif jadi dia tak kena tahan. Doktor suruh husband monitor kat rumah je


Ni kat wad sementara. KPMC ni dia ada 2 bangunan. Satu bangunan untuk klinik dan satu lagi untuk hospital. Jadi masa nak check doktor kitorang kat bangunan sebelah. Bila dah confirm masuk wad baru datang sini. 

Sampai je sini nurse tanya guna insurans apa. And since anak2 kitorang takde insuran lagi (sedihhh...) kitorang decide untuk guna GL company. 
 Tapi dah kitorang pun sampai tengah malam memang takde lah nak call ofis suruh keluar GL pulak time2 tu jugak. Naseb baiklah Dhuri dengan husband memang sedikan tabung emergency untuk kitorang guna bila ada kecemasan

Penting tau ada tabung macam ni. Atleast simpan lah dalam tu 2k ke. Kitorang kalau tiba2 kereta rosak ke tayar pecah ke memang ambik dari tabung ni je. Huhu

So deposit untuk masuk wad 1k. confirm je kata bayar cash MA dia terus datang untuk pasang drip. Dhuri memang suka dengan MA dia ni sebab dah dua kali dia attend Bunga. Orang nya lelaki, kecik je tapi sangatlah lemah lembut kerja dia. 

Dia bagi kredit kat Bunga sebab sepanjang dia pasang drip tu Bunga langsung tak menangis. Hehe. Ikut perangai ibu kot.


Masa ni Dhuri tengah settlekan payment kat kaunter. Adik dah tertido dah sebab dah pukul 12 lebih. Dah mengantuk

 Bila balik ke bilik tengok nurse dah selimutkan Aqeel. Hehe. Sweet je tengok dia peluk kakak. Memang sejenis tido suka berpeluk Aqeel ni

Lepas je settle payment terus nurse datang and pindahkan Bunga ke wad yang sebenar. Cepat jugak proses sebab kitorang bayar cash. Kalau guna GL company atau insurans lebih kurang 1 jam kena tunggu. Ni Dhuri baca dia tampal kat dinding. Hehe


Ni wad yang kitorang pilih. Bunga katil hujung sekali. Dhuri mintak bilik berdua tapi KPMC takde. Yang ada bilik bertiga je. Dhuri takut sebenarnya nak duduk bilik single sorang2 tapi at the same time tak nak ramai sebab takut bising. Nanti tak tenteram jiwa den

Tapi sayangnya KPMC takde bilik berdua ye. Option dia adalah bilik single atau bertiga je. Tapi okeylah sebab sepanjang kat situ bilik tu tak pernah full. Malam kedua tu pun Bunga sorang2 je patient dalam tu

Macam kat private hospital yang lain jugak lah kot. Masuk je wad dapat basic toiletries macam ni. 

Bunga masa malam pertama memang lemah habis. Tido je dia. Tapi muntah dah kurang masa ni. Lepas habis satu drip muka pun dah start merah balik. Alhamdulillah 


Dhuri teman dia kat hospital. Husband pulak jaga Aqeel kat rumah. KPMC takde sediakan katil khas untuk penjaga kalau wad bertiga tau. So Dhuri tumpanglah bersempit2 tido dengan Bunga atas katil tu

Yang syok nya sebab ni adalah pengalaman pertama Dhuri tido kat hospital private. Culture syok weh! Haha sebab first time tengok nurse tak kacau kita tido. Nurse cuma datang sekali je masa pukul 3 pagi kot lepas tu takde dah. Lagipun bilik KPMC ni Dhuri rasa macam bilik tido kat rumah je. Memang tak dengar bunyi bising apa pun

For me sangat selesa lah!

Pagi esok tu Bunga dah okey. Dah selera balik makan. Mihun tu habis satu pinggan dia makan sorang. And muntah pun memang dah takde langsung masa ni. Cuma doktor pakar mintak stay lagi satu malam untuk monitor which is satu lagi pengalaman baru untuk Dhuri.

Yelah selama ni masuk hospital gomen je. Kalau dah sihat macam ni memang dah boleh discaj dah ni. Tapi kat private doktor tahan lama sikit untuk kasi ibu rehat pantau. Heh heh

Bila dia dah sihat sikit memang bosan la kitorang dua-dua.. kerja asik makan, tido and tengok tv je. Lepas tu selfie banyak2. Mom-doter time. Hehe

Disebabkan Bunga dah besar jadi kalau Dhuri tinggal untuk pegi solat ke, pegi mandi ke dia takde hal. And memang pun ku mandi beriya sepanjang kat hospital. Dah rasa macam pegi holiday pulak. hihi

Makan sepanjang kat KPMC memang best je. Sesuai la dengan tekak Dhuri. Dah nama pun hospital kan. Yang ni lauk Bunga. Bubur dengan sup ayam

Mak dia macam biasalah. Makan tak hengat donia. Anak belum makan lagi mak dah habis dah. Haha

 Hari kedua Bunga kat sini. Dia dah bosan giler. Dah sebut2 nak balik rumah dah. 

And finally lepas 3 hari 2 malam kat KPMC! Doktor bagi balik rumah!. Time ni tengah tunggu nurse untuk bukak drip dia

Sian kakak Bunga. Semoga jadi kenangan lah ye. Pengalaman masuk wad sebab muntah2

Kitorang discaj pukul 4 tapi Dhuri mintak extend sampai pukul 6 sebab nak tunggu husband jemput kitorang lepas dia habis kerja. Dapatlah makan dinner last sebelum balik

Total bil Bunga sepanjang 3 hari 2 malam kat KPMC ni RM 1500. Guna GL company so sebelum balik dorang refund dulu deposit Dhuri 1k haritu

So if ditanya okey ke tak KPMC ni? Dhuri jawab Okey. Puas hati dengan servis dorang cuma bangunan dia jelah nampak lama dan old school sikit. Kalau korang jenis tak banyak bunyi macam Dhuri boleh lah pergi KPMC ye. Bill dia pun tak semahal hospital private lain

Tapi kalau korang jenis itu tak kena ini tak kena. Sempitlah. Toilet tak macam toilet hotel lah. Dhuri advise korang cari je la hospital lain. Hehe

Anyway lepas Bunga keluar kawan dia pulak masuk hospital. Satu PASTI dengan dia. And doktor sahkan rotavirus. Bunga tak buat test rota sebab sepanjang kat hospital dia langsung tak berak. Tapi kitorang rasa memang rotavirus jugak sebab dorang berdua ni memang rapat. Satu Pasti dan satu rumah pengasuh. And ni lah sebab kenapa dia balik ikut nenek kat kampung sebab adik dia belum elok sangat lagi cirit birit jadi kitorang takut kalau berjangkit lagi.

Untuk budak umur Aqeel dorang ni kuat sikit. Cirit birit pun makan masih macam biasa. Tapi kalau dah besar Bunga bila tak sihat makan dan minum pun tak nak. Itu yang cepat dehydrated. Alhamdulillah jugak sebab anak2 Dhuri cepat sihat. Sepanjang kat hospital Dhuri memang follow semua ubat yang doktor bagi. And bila dah sihat Dhuri continue bagi vitamin macam biasa

Ni antara yang Dhuri memang akan bagi kat anak2 hampir setiap hari

Vitamin C!

Of cos lah. Ni untuk imun badan dia. Bagi susah demam and jatuh sakit. Vitamin C Chewable ni sedap sebab rasa oren and masam2 sikit. Anak2 suka sangat.

Yang ni kombinasi Vitalea, Nutriferon dan Omega Guard

Vitalea - Multivitamin
Nutriferon - Untuk lawan kuman. Yang ni bila dorang dah tunjuk tanda tak sihat baru Dhuri bagi
Omega Guard - Minyak ikan yang tinggi kandungan DHA dan EPA. Mak nak anak bijak weh..Hehe


Till then bye ~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!













Jalan-Jalan JPO Dan Offline Coaching Pursuericious JB

Assalammualaikum w.b.t

Hai korang!!

Weekend lepas sempena cuti Deepavali Dhuri dengan husband plan balik kampung husband kat Senggarang Batu Pahat. Nak ambik anak dara yang dah 3 minggu duduk dengan nenek dia and kebetulan tu terus ke JB untuk jumpa dengan downlines a.k.a bff Dhuri dari zaman diploma kat UiTM Segamat.

Rasanya sejak 2 tahun kitorang berniaga ni, inilah first time yang Dhuri betul2 dapat jumpa serentak dengan dorang.

Actually ada lagi beberapa orang downlines Dhuri yang duduk kat Johor. Tapi yang free dan duduk berdekatan cuma dua orang ni je. Ngeee

Takpelah kita proceed coaching sambil throwback kenangan masa lalu



Sehari sebelum tu dah plan nak buat kat rumah Ana. Dia siap plan nak masak mihun tomyam lagi untuk kitorang. 
Thanks Ana sebab jamu kitorang makan and bagi anak2 kitorang sepahkan rumah ko! haha

Dhuri dengan husband gerak dari Batu Pahat lebih kurang pukul 10 pagi. Singgah Rengit dulu untuk jumpa downline Dhuri yang lagi sorang sebab nak cod order dia.



Sorry Yus bagi plastik pos laju je. Hehe
Sebenarnya plan asal nak pos tapi sebab dah kitorang 2,2 ada kat Batu Pahat and rumah Yus pun takde lah jauh mana dengan rumah mertua Dhuri so tu yang decide pegi je rumah dia. 
Yang lawaknya boleh pulak dia tak angkat phone. Naseb baik Dhuri masih ingat sikit2 rumah dia sebab dulu masa diploma pernah tido rumah Yus. Next time aku datang lama sikit Yus. Boleh makan masakan cik Ani yang sedap marvelous tu. hehe

Lepas rumah Yus kitorang terus je ke JB and sampai kat Gelang Patah Ana kata dia belum ready lagi so decide singgah sekejap JPO (Johor Premium Outlet). Dah lama Dhuri teringin nak pergi tapi asik tak sempat je. Kalini rezeki dapat singgah sekejap



Panas terik wehh JPO time ni. Gigih ku duduk tengah2 panas tu sebab nak ambik gambar. Tak pasal2 jadi juling. Haha
Dengan anak2 berlari sana sini. So at last Dhuri sorang je yang masuk kedai. Husband tunggu kat luar. Lebih selesa la konon nya. Tapi sadisnya pulak ku tersesat okeh!
Husband kena pusing satu JPO tu sebab nak carik bini dia yang dah tak ingat jalan balik ni. Naseb dia tak maki Dhuri. Haha. 



Sampai rumah Ana ngam2 dia dah siap semua and Pau pun sampai tak lama lepas tu. Macam biasa isi perut dulu lepas tu baru start coaching and pillow talk

Sebenarnya dorang ni dah buat bisness dengan Dhuri dah almost 2 tahun tapi ape ke hei ntah payah sungguh nak rank up sv. So sesi coaching kali ni lebih kepada bagi semangat and korek halangan2 yang mungkin jadi punca dorang susah nak rank up

Actually big WHY dorang besar. Pau terutamanya tapi biasalah kadang2 manusia ni banyak sangat biawak dalam kepala yang menghalang diri sendiri untuk pergi jauh. Dhuri harap Dhuri dah berjaya lah buang semua biawak dalam minda dorang and dorang boleh pergi jauh sejauh jauhnya lepas ni

Sampai pukul 6 lebih jugak kitorang coaching sambil2 throwback kenangan lalu. Zaman muda mudi masa duduk satu kolej kat UiTM segamat dan UiTM Shah Alam dulu. Hehe

Lepas Pau balik Dhuri stay sampai pukul 10 pm kot. Sebab husband ku nak jumpa bff dia iaitu husband Ana. Haha. Nak bersembang pulak


Sambil tunggu Acik Ana masak dinner, Kakak Bunga nyanyi lagu dulu untuk ibu. hehe

Anyway thanks Ana sebab macam2 dia masak malam tu. Siap dengan spagety sekali untuk anak2

yang kelakarnya dah nama pun BFF tak sah la kalau takde something yang kitorang sama2 share sebab suka



Taraa!!!!!

Nampak tak? Disebabkan Dhuri rasa warna lipstick Ana ni cantik balik tu terus ku pergi Watson beli jugak. HAHA


Sesuai ke idok dengan muka Dhuri ni? hehehe

Kalau korang nak tau dulu bibir Dhuri jenis mudah pecah dan merekah. Actually bukan dulu je. Sampai sekarang pun kadang2 akan pecah dan merekah

Satu sebab dulu Dhuri kurang minum air and kedua sebab jenis kulit Dhuri memang kering. So sekarang Dhuri amalkan Vitamin C dan Vitamin E untuk lembapkan kulit dan cegah dari kulit merekah

Hasilnya Alhamdulillah bibir dah kurang pecah. Kalau pecah jugak sebab kurang minum air Dhuri akan cepat2 telan Vitamin E dan sapu sikit kat bibir. Esok tu memang nampak fresh terus!

Kalau korang nak try vitamin E dan C ni boleh lah contact Dhuri ye. And kalau nak join bisness pun dialu-alukan untuk contact. Insha Allah sedaya mungkin Dhuri akan cuba guide

Okeylah. Till then bye ~~

**


Ps://Macam biasa nak order supplement Boleh contact Dhuri. No kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 

Promo bulan ni!
Beli 2 diskaun 5%
Beli 6 PERCUMA 1