Thursday 22 December 2016

Rombongan Meminang Wan Noya

As'mualaikum w.b.t

Nak cerita tentang perjalanan kitorang satu family haritu ke Kedah untuk misi meminang buat adik lelaki saya.

Dari lepas raya lagi dah decide nak buat bulan 12. So bila dah hujung2 tu memang masing2 excited lah sebab ni first time kitorang satu family nak jalan jauh. hehe sadis tak? selalunya kitorang pergi yang dekat2 je macam PD atau Melaka. Yang jauh2 ni jarang sebab mak saya ada masalah mabuk kereta. so kalau pergi jauh2 takut dia pening and tak larat nak jalan

yang pergi ke kedah ni pun dia dah stay rumah saya seminggu dulu. kalau direct dari kampung memang terus tak boleh rasanya.

So macam yang dijanjikan hari jumaat tu, kakak saya dari Yong Peng sampai Cheras lebih kurang pukul 9 malam. Terus masuk kan barang2 and terus jalan je.

Perjalanan lebih kurang 9 jam. kitorang ada berhenti sekejap kat RNR Tapah sebab nak recharge battery. Driver semua dah kepenatan. Sampai Kedah pukul 6 Pagi


haha. tangan sape lah yg ambik gambar ni. berkabus betul. Kena tunggu sekejap sampai bakal tunang adik sampai untuk bukak pintu.

Homestay ni sangat besar dan selesa untuk family saya. Rumah Semi D dua tingkat. 3 bilik, full air cond, ruang tamu besar, dapur pun besar. cuma kekurangan dia tak boleh masak. tu je.




Disebabkan kitorang sampai pukul 6 pagi so kakak saya mintak dengan keluarga perempuan untuk anjak kan masa dari pukul 11 pagi ke pukul 2 petang.

Naseb baik kakak saya anjak kan masa sebab lepas tu kitorang semua tidur tak sedar diri. yang adik ipar saya dengan abah boleh pulak pergi masjid lepas tu kereta kena block. haha

Terpaksa tunggu kat masjid sampai dekat pukul 8 kot. kesian betul.


On the way nak pergi rumah perempuan. orang penting kena duduk belakang sbb kereta adik ipar lowered pulak...sadis...haha


Dalam pukul 3 lebih kitorang sampai kat rumah pihak perempuan. lambat sikit sebab tersesat. sampai je terus masuk and bermulalah perbincangan

yang jadi tukang cakap of course lah adik ipar saya. Abang ipar dgn izwan tukang angguk je.. :p

Gambar masa berbincang takde. tapi sekejap je pun sebab semua nya dah decide dari awal dah. datang pun untuk adat je kan.

Bila semua dah confirmed, mak pun terus sarungkan cincin.


Alhamdulillah dah settle. Majlis buat kat rumah nenek tunang adik saya. Insha Allah majlis kahwin nanti pun akan buat kat sini jugak.

And Insha Allah jugak kalau takde pape aral, bulan 7 tahun depan majlis kahwin nya pulak akan dilangsungkan. Semoga semuanya dipermudahkan.

Sebelum balik,  kitorang lepak sekejap kat depan rumah ni sebab pemandangan cantik. ada anak sungai dan sawah padi.


Masa ni hari nak hujan. Jadi gambar gelap



Bukan main seronok lagi Bunga berlari lari. Kesian kakak Bella kena kejar


rehat sekejap


Ibu dengan kakak Bella pulak nak pose

So itulah saje. tengah hari tu keluarga perempuan jamu kitorang dengan makanan kedah yang memang sedap giler. saya dah tak ingat ape sebab cuma ambil ayam masak merah je. hehe. tapi memang banyak ulam2 kampung yang susah nak dapat kat sini. Minum petang pulak air kopi dengan kek2, puding semua. Sangat berterima kasih.

And Alhamdulillah jugak perjalanan ke Kedah ni mak langsung tak rasa pening sebab sebelum naik kereta tu saya dah bagi mak ostematrik dulu untuk bagi mak rileks dan boleh tidur lena dalam kereta.
This is the best part tentang kalsium sebab dia bagi otot kita rileks dan tak stress. Bila tak stress takde lah sakit kepala. so dah tak payah ambil panadol atau ubat tahan muntah yang tak berapa elok untuk badan tu


hilangkan sakit kepala dan mabuk kereta mak

Ok lah tu je nak cerita. nanti saya sambung pulak untuk  aktiviti malam dan shopping di Padang Besaq. Next entry okey.

ok daa~~

Your trusted Shaklee Distributor
013-2331510




Wednesday 21 December 2016

Review Set Berpantang Shaklee

Assalammualaikum w.b.t

Wahhh lama nya tak update blog. Dah bersawang habis dah ni. Sebanarnya yang buat lama tak update ni sebab saya sekarang dah busy dengan bisness

Macam tak percaya pulak kan. T__T

Takpe yang tu buat entry baru lah nanti. Sekarang ni nak review set berpantang shaklee macam yang saya janjikan

Masa mengandung Aqeel ni saya memang dah ambik few items dalam shaklee so untuk berpantang saya just continue je set yang saya ada and restock mana yang dah habis.

Saya ambik Vitalea, Vitalea ni untuk tambah darah. lepas bersalin kan kita banyak hilang darah and sepanjang berpantang kalau darah tak cukup, nanti mudah pening dan rasa nak pitam. So syaa standby vitalea siap2

Then tambah vitamin c untuk bagi luka cepat elok dan sebab taknk bagi demam masa berpantang. Orang dalam pantang kan tak boleh jatuh sakit. Demam apatah lagi sebab nanti boleh bentan. And alhamdulillah memang sepanjang pantang saya takde demam and luka sangat cepat elok. Saya rasa tak sampai seminggu kot dah kering. Memang jauh beza dengan waktu bunga dulu. Time Bunga dulu sampai luka jahitan tu terbukak sikit and nyarissss nak kena infection. Ngeri bila ingat balik

Selain tu saya ambik oste. Yang ni memang feveret saya dari mengandung lagi sebab sepanjang mengandung takde kena krem kaki, plus tak payah tahan2 loya minum susu. And reason kedua saya nak teruskan oste ni sebab saya kan sakit bontot yang kronik lepas bersalin. Memang setiap hari saya ambik ikut dos yang sepatutnya and Alhamdulillah lepas 2 minggu macam tu saya dah boleh bangun and berjalan tanpa perlu dipapah sangat. Memang rasa seronok sangat sebab time bunga dulu hampir 2 bulan kot saya menderita sebab sakit bontot ni. Sampai berkali kali kena pergi urut. Yang ni Alhamdulillah tak perlu dah. Naik je keja memang dah 100% sihat walafiat

Omega Guard saya ganti degan Lecithin sebab masa tu saya fokus nak kempiskan perut. Lagipun masa tu tak bape faham sangat fungsi item2 shaklee ni. Sekarang ni dah faham barulah tahu Omega pun boleh menguruskan badan jugak cuma Lecithin dia fokus untuk kurangkan inci.

So saya ambik tu jelah kot sbb Alfalfa memang tak ambik. Dah ada phyto dan air akar. Esp pun tak ambik sebab masa tu saya asik fikir soya tak bagus untuk orang berpantang

Tapi sekarang dah consume soya dah and dah terjatuh cinta dah pun degan esp. Soya esp ni berbeza tau dengan soya lain.

Soya shaklee ni dia non-gmo. Shaklee tanam sendiri tanpa guna racun atau bahan kimia berbahaya. Dan dia jugak ada ahli botani sendiri yang awasi pertumbuhan soya ni. Kiranya dia mmg 100% organik dari ladang dan tidak diubah genetiknya dalam makmal macam kebanyak kan soya lain.

Selamat untuk diambil even oleh pesakit cyst dan fibroid jugak. Sebab soya shaklee tidak menggalakkan pertumbuhan cyst atau fibroid.

Sebab tu saya consume esp sekarang walaupun saya pernah ada kes cyst sebab saya percaya dan yakin shaklee tidak menyebabkan pengamal dia dapat penyakit sebaliknya dia bantu untuk tingkatkan lagi kualiti hidup lebih ramai orang.

Buktinya shaklee sentiasa buat kajian tanpa henti pada semua produk dia. Setiap bahan yang dia guna dia uji lebih 300 ribu kali. Betapa telitinya shaklee kalau nak compare dengan produk kesihatan lain. Asal lulus KKM sudah.... Shaklee tak macam tu sebab tu produk dia boleh tahan lebih 100 tahun dah

Overall memang saya berpuas hati berpantang dengan shaklee. Takde healing crisis, takde rasa susah nak makan ke apa... Plus badan rasa jauhhh sangat beza kalau compare dengan pantang Bunga dulu. Yang kali ni sakit kepala takde, luka cepat elok, badan segar and cergas

Saya mmg recommend korang untuk try shaklee ni. Sebab dia support badan dgn semua nutrisi yg kita perlukan.



Dan disebabkan suka dengan effect Shaklee ni sepanjang saya mengandung dan berpantang maka saya terus register jadi ahli. Saya nak beli sendiri dengan harga yang lebih murah and boleh tolong kawan2 yang nak beli jugak. Kalau korang ada yang berminat nak cuba produk Shaklee jugak boleh wassap saya ye...hehe

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Thursday 23 June 2016

Review Set Berpantang Nona Roguy



Assalammualaikum w.b.t

Sorrylah lambat sikit update. Berpantang kali ni aku memang gunakan Shaklee dan NR sepenuhnya. So aku review NR dulu. Cuma untuk mandian dan minyak aku tmbah lotion mustajab dgn rempah mandian TYT. 2,2 ni aku guna sebagai backup je takut NR tak cukup. Sebab aku tgok packaging die pun kecik2 comel je. Tapi Alhamdulillah cukup, siap berlebih lagi...


Lepas 3 hari berurut aku tambah beli air akar lagi. Yang 15 peket punye dengan Nu3med. Ni semua gara2 terpengaruh dengan kak syima tukang urut aku tu. hehe... Kak syima ni die confinement lady dari BBC. Best die urut....



Nu3med ni campuran gamat dengan madu. Bagus untuk bagi luka cepat elok. Aku makan dua kali je lepas tu tak makan dah. Rasa die sedap, boleh telan cuma aku yang sengaje skip..

Produk NR yang lain smua aku suka. Uncang cuci herbanika sepatutnya untuk cuci bahagian bawah je tapi aku buat terus from top to toe. Dari basuh rambut sampai ke bawah. Aku gune lepas herba TYT tu habis. Satu peket aku guna untuk dua hari. Pekat uncang cuci ni. puas hati la! Mandi dalam pantang pun bukan nya banyak mana. Satu besen je. Luka kt bawah tu pun cepat elok..

Krim2 herba die as expected la...mmg best! Krim barut tu memang aku pakai dua kali sehari sebelum berbengkung. Pagi dengan malam sebelum tidur. Habis kuning2 bengkung kakak ku. Huhu ampun...

Perut cepat turun nya. Kira rahim cepat kecut la. Cuma ramping tu taklah sangat. Maybe sebab aku pun minum air segogok terus lepas makan. Then terus baring susukan anak. So payah skit la kan kalau dah gitu gaya hidupnye. hehe...
Tapi takpe...akan ku usahakan untuk kempiskan perut ni. Sekarang ni pun dah consistent ambik lecithin, ok yg tu entry lain nnti

Minyak herbanika die..terus terang memang tak rasa panas. Die cuma bau rempah mcm tu je. Tapi kalau ikut explanation dari BBC, dia akan rasa berangin kalau bahagian tu sakit. Kalau urat smua ok, then die takkan rasa pape. Ade satu hari tu, tengkuk aku sakit sebab tak cukup tidur, and bila sapu memang rasa berangin. So aku assume explanation BBC tu betul. Aku sapu kat pinggang, peha, tapak kaki dengan kepala 2 kali sehari. Pagi dengan malam. So in between tu kalau aku gi toilet ke ape aku akan gune lotion mustajab tu je. Pesen aku ni setiap kali lepas gi toilet aku memang akan sapu minyak panas kat tapak kaki dengan peha sebelum pakai stoking.

phytonatal dengan air akar. 2 kombinasi ni dikira master piece utk NR. Ape yg boleh aku katakan, masa aku guna dalam set bersalin tu....aku ok je! Badan berpeluh2 lepas minum air akar. Memang rasa tak selesa tapi aku boleh tahan. Pembuangan lawas. Badan ringan. Semua ok la...

tapi....bila aku start je minum air akar yang dari kotak aku add on tu, taktau lah kenapa badan aku tiba2 naik ruam2 kecik yang gatal. Sangat tak selesa!! 

Bayangkan lepas je minum air panas, aku akan start berpeluh dan masa tu lah tibe2 leher aku jadi tompok2 merah. Aku dah la seriau sikit part leher gatal2 ni sebab teringat kenangan kena gegata dulu. Serius sangat tak selesa. Sampai kene masuk dlm bilik, bukak kipas sambil menggaru. Habis peha2 aku naik bintat2 kecik tu. Yang peliknya die tak semua tempat. Cuma kat leher, dada, peha dengan ketiak je. Bila aku tanya pada kak ice. Ini jawapan die...




Ni soalan pertama yang aku post kat group. Sebab aku pun risau la jugak kalau gatal2 aku tu tanda meroyan kulit..



Jawapan kak ice. Itu adalah healing crisis...

Pada mula nya aku boleh terima yang aku alami ni adalah healing crisis. Tapi semakin lama semakin pelik pulak aku. Takkan healing crisis lama sangat??? Masa tu dah lebih dari 2 minggu aku kena gatal2 ni. Dah start rasa ragu2 time tu. So aku pun search kat group tu pasal healing crisis dan surprisingly ramai kot yang kene healing crisis gatal2 ni. Ada yang kat tangan saje lah. Kat kaki, kat private part (yg ni aku rasa paling horror) dan yang paling teruk baby yang naik ruam. Kesian sangat aku tengok baby tu. Habis ruam muka and badan die. Aku tengok pun dah rasa tak selesa apatah lagi baby sekecik tu. Kesian...

And suddenly aku jumpe ni...


Aku rasa betul apa yg die cakap tu. Tak mungkin NR sesuai untuk semua orang. Kalau dah tak sesuai kene la move on dan cari produk lain yang ok degan kita kan. Aku sendiri pun tak bape faham kenapa ada ibu2 yg sanggup bertahan smpai 6 bulan, 9 bulan sedangkan aku sendiri nak bertahan untuk beberapa minit pun aku rasa tak boleh dah. Memang kuat semangat dorang ni...

Kebetulan pulak time tu tengah tayang cerita all bitter is sweet..pasal perubatan cina. And topik dia pasal gatal2 ni la. Dari segi perubatan cina benda ni berkait dgn angin sejuk angin panas. Mungkin betul jugak sebab time tu cuaca mengalami perubahan dari sgt panas ke sejuk berangin. Badan orang lepas pantang pulak sejuk. Herba ni walau BBC claim tak panas tapi bagi aku herba tetap panas. Sebab kalau tak, takkan kite rasa bahang lepas minum sup or makan kari kan..Sebab rempah ratus tu la. Jadi pertembungan2 tu la yg boost gatal2 ni untuk keluar...

Jadinya aku bertahan smpai habis pantang je. Lepas pantang aku dah tak continue minum akar dengan phyto lagi. Walaupun aku ada sekotak lagi air akar tu. Aku continue shaklee je sebab yang ni memang langsung takde effect kat aku macam NR tu. Aku ada review kisah aku berpantang dengan Shaklee kat sini


And yang ni pulak komen kak ice time die buat survey pasal healing crisis ni..


Aku taktau nak komen ape sebab memang kenyataan nya time pantang aqeel ni darah nifas aku banyak keluar kalau compare dengan time bunga dulu. Tapi untuk teruskan...hurmmmm fikir dulu...

Pada yang lain jangan takut jangan risau. NR sangat best sangat ok. Banyak membantu dalaman kita wanita ni. Cuma part healing crisis tu jela. Tapi dun worry tak smua orang kena, and tak semua kena lama. Pandai2 la jaga pemakanan masa mengandung waima smpai bila2 sekalipun sebab kita nak sehat. Orang perempuan ni banyak tanggungjwb. Lebih2 lagi pada keluarga. Suami, anak2 boleh jatuh sakit. Tapi kita tak boleh sakit..

Renung-renungkan dan selamat beramal.....

daa~~



















Tuesday 7 June 2016

Pengalaman Pantang Aqeel

As'mualaikum w.b.t...

sedar x sedar harini dah hari ketiga aku kembali bekerja setelah cuti bersalin 44 hari...xtau nk ckp perasaan skrg..sebelum start keje haritu aku rasa sedih..sedih sbb kene tinggalkan anak2...2 bulan spent time dgn dorg rasa x cukup...rasa teringin sgt nk jadi suri rumah..boleh hadap muka dorg 24 jam kn...hehe..

sbb nye yg buat aku terasa sgt2 tu sbb bunga..2 bulan ni aku tgok perkembangan die cepat sgt..dr anak kecil kpd anak yg sedikit dewasa..cewahh...tp betul..lps habis pantang dulu mana penah lagi aku spent masa yg lama mcm tu dgn die kan...ade hikmahnya aku bersalin di saat die tgh membesar ni..sememang nye kenangan 2 bulan bersama die ni x mungkin dpt aku lupakan smpai bila2...lepas ni mungkin kalau ade benda baru yg die belajar lepas 2,3 hari baru aku sedar kot...kesian dgn ibu bekerjaya ni, anak2 membesar bersama pengasuh, maka beruntung lah ibu2 yg menjadi suri rumah sepenuh masa...walau penat, walau huru hara tp bahagia...cemburu nye aku..huhu

okeh back to the topic...aku berpantang sebulan kt rumah sendiri n sebulan lagi kt kpg...as expected earlier...lepas je bersalin, x smpai 24jam aku dah start rasa sakit bontot mcm yg pernah aku alami dulu...kali ni lebih teruk sbb cmpur dgn sakit rengat skali...rengat ni sbb darah beku x habis keluar..xtau la mmg sbb dah anak dua ke atau sbb nurse haritu x keluarkan habis sbb aku pun x bg kerjasama kn..rengat aku dpt dlm 3,4 hari..hari yg aku nk berurut tu, die dah ok dah..lepas urut mmg terus ok..

yg sakit bontot ni 3 hari yg pertama mmg siksa...aku rasa mcm lumpuh dr pinggang ke bawah...x boleh duduk langsung...bila baby nk menyusu, aku kene panggil wan utk tolong aku bangun n duduk..kalau time wan xde, mmg kene berpaut paut kt kerawang katil…sgt2 challenging aku rasa…n dua minggu jugak utk aku rasa sedikit selesa..lepas berurut, aku dah boleh mengiring, mmg aku bagi baby menyusu sambil baring je..tawakal je sbb bunga dulu pun aku bg mengiring jugak..lepas sebulan, mcm dah ok skit tp still kene alas dgn bantal lagi sebelum duduk..n skrg pun sama..ikut pengalaman lalu, baby 4 bulan baru die betul2 ok..so bertabah jela..huhu

hari ketiga aqeel jaundis..kebetulan hari sabtu pulak, kk batu 9 x bukak..nurse bg option utk pegi kk kajang atau hospital terus..kitorg pilih kk kajang…smpai sne ambik darah smua, aqeel nye jaundis border line…11.9 doktor suruh bawak ke spital utk ambik phototeraphy…mungkin kene dua jam n kuning turun boleh terus balik…so pergi la pulak ke spital..kalau tau g spital je terus kn…yg sadisnye kt spital aqeel boleh demam pulak..terus la warded…aku syak bdn die panas tu sbb time tu cuaca tgh panas, keluar naik kete, kejap sejuk kejap panas…tu bdn die demam…

kat hospital doctor terus start antibiotic…kitorg pun bgtau la yg kakak die dulu on antibiotic jugak sbb aku ade gbs..doktor check rekod lampau n ternyata mmg dulu bunga warded sbb aku ade gbs tu..so yg kali ni doctor terus on antibiotic utk prevent walaupun ujian drh belum keluar lagi…aku xleh temankan aqeel time tu sbb die x masuk wad lagi..die duduk bwh lampu kt nicu..kiranya di bawah pemerhatian doctor…hari isnin ptg baru nurse col n bgtau aqeel dah masuk ward n ade katil kosong…nurse suruh aku warded skali utk temankan aqeel tp lepas bincang dgn wan aku terpaksa ckp dgn nurse aku xnk..aku rasa nurse tu mcm annoying skit bila aku ckp xnk..mungkin die ingt aku x sayang anak…mungkin la tp sbnr nye alasan aku sbb sakit bontot tu..kalau kt hospital siksa aku nk duduk bangun..dah rasa dah time bunga dulu smpai jahitan pun regang..lagipun aku baru start urut..ade dua hari lagi..wan suruh habiskan urut dulu, bagi badan aku sihat n kuat dulu barulah aku boleh jaga baby dgn elok..aqeel pun kat hospital tido je..so aku ikut je nasihat wan sbb kitorg lebih tahu kan apa yg pernah kitorg lalui dulu n ape yg terbaik utk family ni..so aku consistent perah susu n wan hantar ke hospital..aqeel duduk hospital 5 hari…lepas balik tu kitorg bwk die g klinik sekali lagi utk follow up kuning n Alhamdulillah semua nya normal n we are free…hehe

dalam pantang ni aqeel sgt2 la behave..sgt baik..x banyak ragam x bnyak kerenah..siang most of the time nye die tido je..malam jela die akan tido lmbat skit..tp once dah tidur die cuma bngun 2,3 kali je utk nyusu..xde la sepanjang mlm mcm kakak die dulu…hehe..

so bila die tidur aku akan keluar n main2 dgn bunga kalau bunga pun tido, aku pun tido jela skali..hehe…terima kasih sgt kt mak sbb bnyak tolong aku masa dlm pantang ni…boleh katakan 2 bulan ni, bunga sepenuhnya wan die handle..jasamu xkan mampu kaklang balas mak…semoga Allah sentiasa memberi kesempatan utk kaklang selalu membahagiakan mak…masa nk balik ke kl haritu mmg aku sedih sgt2…dan aku tahu mak pun mcm tu jugak, sedih kene berpisah dgn bunga…

berpantang kali ni, Alhamdulillah dpt la ikut rutin berpantang yg sepatutnye..bengkung aku pakai 44 hari...mingu terakhir tu je aku pakai on off sbb dah malas..air akar minum 2 mug skali, phytonatal habis...kaki sentiasa berstokin..mandi air suam tp kt kpg dah mandi air biasa je sbb cuaca panas, air pun panas..3 hari yg pertama aku xmandi cuma bersihkan diri sikit2 je..lepas tu sebulan kt rumah sndiri aku cuma mandi sekali sehari..dah balik kpg baru mandi 2 kali sehari...basuh rambut seminggu sekali...bertungku sepanjang sebulan pertama..bulan kedua dah x...masa aku bnyak habis dgn baring je..sebulan pertama tu mmg aku betul2 rehatkn diri...baring je..langsung x buat keje apepun..basuhkan breastpum pun wan yg buat..kt kpg je aku dah kurang sikit tido sbb bnyak main dgn bunga..

so itulah saje cerita berpantang aku..seronok sbb anak2 ceria, baik, keletah…hati aku pun tenang, fikiran lapang, senyum je tgok perangai anak2 walaupun adakala nya terbabas jugak skali dua…hehe..itu biasa la kn..n thanks to shaklee n NR sbb aku rasa bdn aku, fikiran aku, emosi aku..semuanya lah…rasa best n ok…nnt aku akan review pasal set bersalin shaklee n NR..so stay tunned…

daaa…~~


Sunday 5 June 2016

Pengalaman Bersalin di Hospital Ampang

As'mualaikum w.b.t

Selamat berpuasa dan selamat mula berkerja!!! 1st day uolls...sobs

Lama sungguh rasanya kita tidak bersiaran. haha.. Mengade sangat kan. Dah nama pun coti bersalin...haruslah fokus berpantang. Tak kan nk menaip belog pulak kan. I kan berazam nak kurus. Kurus ke?? haha... Yang tu cerita kemudian. Tajuk lain. Yang harini nak cerita pengalaman bersalin dulu..

Macam yang tertera kat blog aku ni la. Last aku update blog 6 April dengan ayat2 tak puas hati sebab baby taknak keluar lagi. Hehe.. Tapi petang tu aku macam dah nekad jugak la taknak datang ofis dah esok nye. Instinct aku macam rasa dah nak bersalin je. Kalau tak bersalin lagi konon nak g ambik mc. Kira memang dah taknak datang opis la. So aku shut down pc (pc aku tak penah shutdown melainkan kalau nak cuti panjang je), locker pun aku lock, barang2 semua kemas simpan.

Petang tu izwan jemput aku dengan mak sekali sebab kitorg dah plan nak pergi pasar malam. Macam2 jugak la kitorg beli. Aku memang beli banyak stok sayur, ikan dengan ayam sebab aku fikir senang kalau bersalin, izwan tak terkejar kejar beli barang basah untuk 2,3 hari. Baekkk punya plan kan???

 And masa tu kaki dah rasa makin berat dah. Jalan pun dah makin slow. Balik rumah terus lah siang smua ikan2. Lama jugak berdiri kt sinki. Baby pun makin kerap mengeras time tu. Aku ade wassap kawan2 opis tanya patut tak aku pergi hospital sebab baby sangat2 kerap mengeras malam tu tapi zaira cakap kalau dia, selagi tak turun tanda die takkan pergi. Aku fikir2, better aku tunggu tanda jugak la sebab kalau pergi saje2 mcm tu, malas aku nak kene seluk2 ni. Lepas setel urusan dapur aku terus mandi and masuk bilik. Bunga main kat depan dengan mak. Aku sedar dari tidur pukul 6 pagi. Bangun buang air, tengok masih takde tanda lagi. Sebab aku dah memang taknak pergi ofis, lepas solat aku sambung la balik tido. Pukul 7 aku terjaga lagi, pergi buang air lagi. Tengok takde tanda jugak lagi. Dah hujung2 tu memang dah jadi habit untuk check ada keluar tanda ke tidak..hehe..

Sebab takde tanda2 lagi aku pun naik atas katil balik nak sambung tido balik. Elok je aku baring, terus meluncur laju keluar sesuatu and terus rasa basah. Aku bangun and jalan slow2 sebab rasa macam lagi banyak yang keluar. Kebetulan wan time tu masuk bilik die tengok muka aku lain die terus pimpin aku ke bilik air. Sampai bilik air, tu diaaaa dah keluar air  macam color hijau2 coklat skit. Aku ingatkan darah. Wan terus suruh aku mandi and siap2 nak pergi hospital...

Masa tu perut aku takde la sakit pun tapi lepas keluar air tu aku rasa macam nak buang air besar. Lama aku duduk kat mangkuk tandas tapi takde ape yang keluar. Aku decide untuk taknak tunggu lagi and terus mandi. Lepas aku mandi, wan pulak mandi. Aku terus bersiap. Masa tu mak datang kat aku dia tanya sakit ke? Aku ckp tak sangat tapi muka aku berkerut dah. Mak cakap tengah hari nanti tu bersalin nye. Lepas wan siap kitorang breakfast sekejap. Masa ni aku dah start rasa contraction. Tak makan sangat pun nasi goreng yang mak buat. Aku makan apam balik beli kat pasar semalam je sikit. Terus cium2 bunga and gerak. Masa kat luar pintu tu aku kene stop jalan sekejap sebab contraction. Hilang je contraction dengan selaju yang boleh aku turun tangga and pergi kat kereta. Aku takut kalau contration lagi aku tak boleh turun tangga dah..

Start je izwan drive maka bermula la jugak sakit contraction aku yg sebenar benar nye. Memang horror aku dalam kereta tu. Habis rambut izwan aku tarik2. hehe.. Tapi kan sebenar nye sakit tu takde la kuat sangat. Takde la sekuat contraction time aku bersalin kan bunga dulu. Sebab aku masih lagi boleh makan kurma, minum air zam zam and lepas aku buat teknik tarik hembus nafas tu, aku masih boleh lagi garu2 kaki aku sebab gatal. Lepas tu bila takde contraction aku masih boleh tenang. Time bunga dulu sakit nya macam setiap masa tanpa break. Yang kali ni boleh pulak bila dah nampak bangunan hospital tu, sakit aku pun mcm segan2 nk keluar. hehe.... Tapi ape pun sakit tetap sakit! Yang kali ni bila contraction tu aku rasa bahagian perut and peha aku rasa nak patah! Yang paling teruk bahagian peha la. Sampai aku terfikir berape jam la agaknya aku kene menghadapi sakit contraction ni. Aku kan tak kuat bab2 menahan sakit ni. Memang serius time tu fikir dah taknak beranak lagi dah. Yang ni last..huhu

Sampai je kat hospital, wan terus keluar panggil nurse. 2 orang nurse datang bawak kerusi roda. Aku pindah dari kereta ke kerusi roda. Nurse tolak masuk PAC. Sempat lagi aku toleh kat ruang menunggu tu. Aku tengok tak ramai sangat org time tu. Ade 2,3 bapak2 or bakal2 bapak je yang menunggu...

Sampai kat katil nurse suruh bukak seluar. bukak je seluar, sorang nurse ni cakap ape eh term die. Lupe la tapi bila dengar perkataan tu terus la aku tau yang keluar tu bukan nya darah tapi air ketuban. Dah warna hijau sebab baby dah berak dalam perut. Doktor seluk and cakap kuat2...

"1,2,3,4,5,6,7,8 sy tolong skit, ok tolak labour room"

Fuhh memang berdebar aku time tu. Tak sangka dah bukak 8cm. Padahal baru je sakit. Masa tolak ke labour room tu sibuk sorang nurse ni suruh aku kepit2 kaki. Yang kaki aku pulak asik la terbukak je. Baby dah nak keluar sangat. haha..

Sampai je labour room aku macam terpinga sekejap. Aku nak buat ape ni??? haha.. Sebab dengan keliling penuh dengan nurse aku rasa macam terawang awang pulak. Time bunga dulu rasa macam takde la ramai sangat mcm ni. Ke aku yang tak perasan?? hehe...

Ade sorg nurse suruh aku teran. Sorang nurse kat belah kiri pulak sibuk prepare drip. Kene cucuk jugak tangan aku. Yang sorang doktor kat belah kanan ni pulak cakap... " prepare vacuum"

Aku dengar je word vacuum tu terus la aku teran. Trauma okeh vacuum2 ni. Tapi kan die macam semulajadi la meneran tu. Time bunga dulu susah sangat nak teran sebab macam takde push dari baby. Yang kali ni senang...

Teran kali pertama, aku terasa betul baby meluncur dari atas ke muka pintu bawah tu. Memang terasa sangat2 pergerakan die. Teran kali kedua keluar kepala. Kali ketiga...bushhhh selambak badan nye pulak. Nurse terus letak atas dada. Sempat la aku tengok die sekejap tapi tak ingat sangat muka die time ni. Gambaran pun takde. Mata macam tak jelas sangat. Selesai sudah perjuangan ku... Opsss  ye ke?? hehe

Sebelum kepala baby keluar tu, doktor gunting sikit bawah tu. Terasa die gunting tu. Bila dah setel, part menjahit pulak. Aku ingat tak sakit sangat sebab time bunga dulu aku boleh tertidur lagi time jahit. Tapi kali ni, memang sakit giler!! Jahit lagi sakit dari bersalin! Berapa kali kene marah dengan nurse yang jahit tu. Dia asik suruh aku bagi kerjasama je. Actually aku tak salahkan die pun. Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk larikan minda aku dari fikir sakit tapi tak boleh. Memang sakit jahit kali ni. Mungkin sebab kali ni aku bersalin tak sempat ambik injection tahan sakit, tu yang semua benda aku rasa. Dari baby meluncur, gunting sampai jahit. Sampaikan aku cakap dengan nurse tu..

"Nurse jangan la marah..sakit..." sopan tak aku? haha

Tapi lepas aku cakap camtu dia dah tak marah2 lagi dah. Last2 siap jugak die jahit. Lepas die keluar ade sorang nurse pulak masuk bawak baby yang dah siap berbedung. Dengan blur nye aku terfikir die bawak baby sape ni?? Sebelum otak sebelah aku yang cerdik sikit bagitau... "anak kau la tu.! Takkan die bawak anak org lain pulak..." haha...

And last ade doktor masuk seluk sekali lagi untuk keluarkan darah beku. And aku pun ditolak la ke wad bersama sama baby, sebelum masuk wad tu sempat aku minum dulu. Keluar dari labour room aku tengok wan tengah duduk. Muke terkejut die bagi kat aku. Terperanjat die sebab aku dah bersalin. Die ingat belum lagi, tengah tunggu nurse panggil untuk teman dalam labour room. Sekali dah setle pulak. hehe..
Takde rezeki lagi la die kali ni..tak kesah lah asalkan semua nye dah selamat..

Masa kat wad nurse tanya nak wad kelas berape, wan terus cakap kelas 2. Alhamdulillah dapat, sebab kebetulan hospital Ampang time aku check in tu tak ramai org pun. Tapi surprisingly masa nak balik aku tengok wad penuh. hehe...

Sampai kat wad bersihkan diri sikit2 lepas tu terus tido. haha..
Dah baby pun tido, aku pun tido la. Aku terjaga pukul 3 petang. Nurse datang check2 baby. Die suruh aku susukan baby. Barulah aku bangun and susukan tapi baby taknak sangat menyusu. Tak pandai lagi pun masa tu. Tidur lagi best agaknye. So aku pun sambung la tido lepas melantak makan tengah hari and borak skit2 dengan wan . Aku suruh wan datang balik petang nanti sebab confident boleh discharge haritu jugak. Petang nye memang aku boleh discharge tapi baby tak boleh lagi sebab belum berak and kencing. Keciwa betul...

Tapi kan ajaibnye lepas je mak masuk baby terus berak. haha...
And lepas tu time maghrib ade sorg nurse datang lagi sekali and check baby. Die ckp baby dah kencing. Aku rasa macam belum lagi. Tapi duliklah yang penting aku boleh balik. hehe...
Terus aku col wan. Naseb dorang tak jauh lagi. Pukul 8 lebih kitorang balik rumah dengan happy sehappy happy nye. haha... Time nak discharge tu boleh pulak ade sorg awek ni tak sempat masuk labour room, bersalin depan pintu je. Naseb la wan, tak dapat tengok bini sendiri bersalin, tengok bini orang lain bersalin..heheh

Apepun, aku sangat2 bersyukur dengan kelahiran kali ni. Semuanya dipermudahkan. Aku pun tak sangka yang sakit contraction aku sekejap je. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Memang semua pun terkejut. Syukur sangat dengan rezeki dari Ilahi ni. Rasa tak layak untuk aku dapat.huhu...

Terima kasih Allah...Terima kasih kerana mempermudahkan. Alhamdulillah...

So here is my boy...


Muhammad Zuhayr Aqeel
3.1 kg
8.58 am
Hospital Ampang Selangor


Alhamdulillah. Membesar dengan sehat dah anak ibu ni. Apa khabar la agaknye die kat taska tu harini. Sedih betul hati ni bila teringtkan die dengan kakak Bunga. Kakak Bunga pun tak bape sehat tu. Nanti balik nyusu puas2 ye sayang...

Ya Allah pelihara lah kedua dua permata hati ku ini ya Allah..dari segala keburukan dan kejahatan di dunia dan di akhirat. Amin ya rabbal a'lamin..

Till then ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

Wednesday 6 April 2016

Menghampiri EDD (40 Weeks)

As'mualaikum w.b.t

harini ikut apps, dah genap dah 40 minggu aku ni..sakit2 dah ade..tp mild je..masih boleh ditahan lagi..Agak2 nya bila eh baby nak keluar ni

mungkin kah malam ni? atau esok? atau lusa?

hailah anak. cepatlah keluar. ibu dah tak sabar nak jumpa adik baby ni. esok keluar eh sayang! arahan ni tau. hehe

yang pasti next week aku dah x dtg keje dah...either ambik mc kalau masih x bersalin lagi atau kene apply cuti..prosedur

Sunday 3 April 2016

Checkup 39 Weeks & Result GBS

As'mualaikum....

Hari yang membosankan sebab benda yang ditunggu tunggu masih x kunjung keluar lagi...ape yg ditunggu? of course la bujang senang sorg ni....hai la aqil cepat la keluar, ibu dah x sabar nk cuti panjang ni...

ikut date kk, aku baru je 39 weeks sabtu haritu..so harini checkup mcm biasa cuma aku perasan turn aku dah laju la..mungkin dorg letak priority pada ibu2 yg hujung kehamilan mcm aku ni..yelah, maybe dorg pun paham, peringkat ni nk menunggu lama pun rasa serba x kena...x selesa..tu yg laju je kot...

As expected, result mgtt x keluar lagi...dah kate pun dua minggu kan...rasanya aku mmg x berpeluang nk tgok result tu...sebab last checkup aku will be next monday..kalau still x bersalin lagi, doktor akan buat surat refer ke hospital je...kiranya lepas isnin depan urusan aku dah x melibatkan kk lagi dah..semua ke hospital je...yg aku google biasanya doktor akan extend 6,7 hari lagi dr due date baru refer ke hospital...kat hospital nnt mungkin doktor akan tambah 2,3 hari lagi..kalau xde pape masalah la...kalau x pun, balance 2,3 hari tu sbb dorg dah nk start induce...3 kali induce boleh makan masa dua hari jugak..cmpur sakit bersalin lagi..ngam2 la tu 3 hari...tp aku harap  xsampai la kpd induce...harap2 baby keluar malam ni...sbb dah x larat sgt dah ni membawak badan..

selain dr result mgtt yg x keluar lagi...ade satu lagi berita baik nya iaitu result vaginal swab yg aku buat sebelum ni dah keluar..n Alhamdulillah...xde lagi dah virus jahat gbs tu...bila doktor bgtau je yg result aku normal..memang bersyukur sgt2...sekurang kurangnya aku tahu kemungkinan untuk baby kene tahan berhari hari kt nicu dah berkurangan...harap2 ketuban x buat hal la pecah lebih 24 jam..if everything ok..harini checkin esok dah boleh discharge...semoga mcm tu la...insha Allah amin...xmau dah duduk lama2 kat hospital...

sebelum ni hati aku mcm berat jugak la nk bersalin sebab selagi result gbs tu  xkeluar rasa mcm x lengkap je...ni result dah keluar...dah xde halangan lagi dah untuk baby keluar ye syg...xde ape dah yg ibu nk topup kt beg hospital..sbb sebelum ni terfikir jugak, kalau result gbs tu positif aku kene standby satu beg lagi..khas untuk diapers baby dgn baju aku...yelah, kalau 6 hari kt nicu...mmg kene standby baju bantak la

apepun semoga urusan kali ni dipermudahkan...baby lahir, keluar sihat selamat sejahtera...xde sakit yg pelik2...xde kene tahan wad lama2....xde kuning, xde g6pd, xde infection...aku pun selamat, xde sakit pelik...dapat merasa bersalin normal tanpa bantuan induce, vacuum atau apa2 ubat or alatan yg pelik2...cepat sihat dlm pantang..x stress2..x sedih2....x runsing2...kali ni berpantang sendiri kt rumah sendiri...harap semua nya baik2 jelah....

insha Allah, aminn....ok lah tu je....daa~~

update: okeh...lepas belek2 buku merah, baru aku perasan..sebenar nye result mgtt aku yg kedua dah keluar...Alhamdulillah, smua ok..xde diabetis...result sebelum minum air gula 3.8 lepas minum air gula 6.7....so semua test telah diketahui...maka nya tiada alasan lagi untuk lambat2 keluar ye baby...keluar malam ni! hehe

Wednesday 30 March 2016

2nd MGTT at 39 Weeks

As'mualaikum w.b.t

Harini alhamdulillah genap dah 39 weeks...(kalau ikut apps)..tp masih belum ada tanda-tanda lagi baby nk keluar..cuma perut dah makin kerap mengeras la....kadang aku pun confused perut mengeras ni dah tanda ke...hehe...bila test dgn contraction tracker...tgok masih x konsisten lagi..so, marilah kita abaikan saje...

di hari yg 39 weeks ni jugak la aku kene minum air gula untuk kedua kali nya....hebat x??????
patutnya kene minum last 2 weeks....tp aku x pergi sbb aku malas...aku fikir kenapa la nk minum lagi dah hujung2 ni kan...nurse yg incharge aku pun ckp kalau nak dtg, datang xnk datang pun xpe..so aku pun pilih la untuk x datang..x sangka pulak time checkup isnin haritu nurse refer aku kat doktor

bila doktor check masa 36 minggu, die belek2 buku merah aku tu die jumpe balik pasal gbs tu...tu yg terus buat vaginal swab...mmg last minit la jawab nye...result pun ntah bila nk keluar...ni minum air gula ni pun, katanya result keluar lepas 2 minggu...

yg sebenar nye, aku kene minum air gula ni sbb masa buat vagina swab haritu doktor ckp ada keputihan

sebab detect keputihan tu la die suruh aku minum air gula sbb salah satu punca keputihan adalah disebab kan oleh diabetis....aku ngaku la 3,4 hari sebelum buat vagina swab tu mmg aku melantak benda2 manis je....gula kn mmg antara faktor yg merancak kan lagi pembiakan yis...tu sbb kene minum air gula ni...utk tgok gula aku normal ke x...

n btw...result gbs aku pun x keluar lagi...xtau la bila nya boleh dpt...doktor ckp kalau dah keluar die akan col n aku kene pergi klinik untuk ambik antibiotik...nnt kat hospital kne on antibiotik jugak..kira dua kali antibiotik la..condition baby aku x pasti la kene antibiotik atau x...hopefully dah xde la gbs ni...tp kalau masih ade, kene prepare lebih sikit la...sbb takut baby kene tahan wad lama pulak nnti...

haii risau.......

ok la...daaa~~

Monday 28 March 2016

Katil Idaman

As'mualaikum w.b.t

Alhamdulillah...setelah sekian lama, menganyam impian, akhirnya dapat jugak aku miliki katil idaman hati ni...hehe



taraaaaa...haha...ni lah dia katil idaman aku....katil ikea atau nama tepatnya katil leirvik. aku minat kerawang2 dia tu n design die mcm tradisional but elegance sbb color putih...n lagi satu die tinggi...
dulu masa duduk damansara, bila pegi je ikea, mmg x sah kalau x test bontot atas katil ni..hehe...
tu yg sejak kawen, ckp dgn wan..nak katil ikea jugak...

So minggu lepas kitorg pergi ikea, smpai bahagian bedroom terus mintak assist dr staff ikea..staff die check n bgtau stok ade 8 lagi..terkejut kitorg sbb online tulis tggal satu...die print kn list untuk collect barang n kitorg pun terus la menuju ke bahagaian gudang pulak...wan suruh aku jalan slow2 dgn mak sementara die pergi collect barang...sempat jugak la aku rembat alas kaki n mak mcm biasa la pilihan hati die of cos la bunga2 yg ade kt ikea tu...selesai pilih, kitorg pergi kaunter tgok q panjang giler...naseb baik wan dah beratur lama n dah nk smpai turn die...

mula2 tgok troli tu mmg senyum lebar aku..rasa puas hati sgt sbb berjaya jugak beli katil idaman hati ni...aku ckp dgn wan kotak die x besar sgt..muat kot kete kite...wan mula x percaya tp lepas tu die fikir2 balik..die kate ok jom try..kalau x muat baru ambik delivery..

wan bawak barang2 ke  kereta...aku dgn mak pulak beli aiskrim kt luar tu...wan bgtau brg2 muat dalam kete...yeayyyy jimat kos delivery..tp aku dgn mak kene tggal la sbb x muat..haha...ade satu space je yg kosong..kalau aku dgn bunga je muat la...so wan balik dulu...aku dgn mak pergi makan pulak kt ikea...

wan smpai terus balik..

setelah satu hari yg berpenat lelah..smpai la kitorg kt rumah...


haaa...ni lah die rupa nya packaging katil tu...ade 4 items...kotak yg besar tu kene masuk dr bonet belakang...yg lain2 tu masuk dr pintu je...kerusi depan kene rendah kan la...mcm x caye je viva forever aku tu boleh menampung semua ni....makna nya boleh beli lagi la brg2 ikea yg lain pulak ni...hehe


haaa budak kecik ni mmg pantang dibagi can....ade je kepakaran die..ni nak memanjat kotak la ni...ayah die kene pasang katil ni smbil kunci pintu..kalau x , mmg x kan siap la..asik nk 'menolong' je...hehe...

Finally lewat petang siap dah pasang semua. Alhamdulillah.

ok la..tu je...daaa~~

Wednesday 23 March 2016

Menghampiri 38 Minggu

As'mualaikum w.b.t

Kalau ikut apps, aku dah 38 minggu satu hari dah tp kalau ikut date kk bagi, sabtu ni baru 38 minggu..kalau ikut date scan lagi la, baru 36 minggu 4 hari....

so nak ikut yg mane ni? mane2 jelah ek...hehe cuma yg penting nya nk cerita 2,3 hari ni aku rasa lain sgt kt badan ni..xtau la sebab dah start minum air kelapa atau mmg sbb dah menghampiri tarikh untuk bersalin...kepala baby mmg dah rasa kt bawah sgt ni...bila berjalan akan rasa susah nk angkat kaki n berat je...ditambah pulak dgn kekerapan baby mengeras...kdg2 tu rasa mcm xnk berjalan sbb sakit...huhu..

malam td nk tidur punya lah siksa...ngiring ke kiri sakit, ngiring ke kanan pun sakit...sebelum ni kalau ngiring ke kiri, rasa selesa la jugak...tp mlm td mmg x selesa langsung...even dah suruh wan picit2 kn badan pun still rasa sakit mencucuk cucuk lagi kt belikat ni...jeles pulak rasa bila tgok org lain tido nyenyak je...

bawak kereta pun skrg ni dah slow je...lantak la org nk hon2 ke..dah mmg x larat...tgh2 drive tu perut tbe2 mengeras, nk pegang stereng pun rasa susah...apatah lagi bila terlanggar bonggol....mmg rasa nk menyumpah je jalanraya kt Malaysia ni...hehe

ikutkan harini nk ambik mc...sbb mlm td x dpt tido sgt..jadi ingt nk rehat la...tp bila fikir nk pergi hospital ambik mc tu..rasa malas pulak sbb xtau nk ckp ape...rasa nya doktor mmg faham kalau kate bdn dah x larat kan...tp ntah la segan pulak rasa nya nk ckp mcm tu...nk guna cuti, sayang....hari yg ke depan depan xtau lagi...jadi dr bazir...gagah kan jela diri masuk ofis...tp seriusly dah x larat dah pun sebenar nye nk buat keje...dgn mr teoh yg x habis2 dgn wble....

huh...panjang lebar nya luahan hati aku...hehe...sesekali kn...
dah dekat nk bersalin ni, mood swing balik la...dah rasa mcm back to 1st trimester pulak...ape yg boleh dibuat ialah cuba untuk berlapang dada seluas luas nya...sesungguh nya besar ganjaran untuk ibu mengandung yg sabar ni...huhu..

ok la....tu je..harap2 baby keluar next week

ok la, daaa~~