Friday 26 May 2023

Raya Aildifitri 2023

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Lepas entry open house RYG haritu, Dhuri rasa perlu jugak untuk share tentang sambutan raya kitorang kat blog terchenta ni. If tahun lepas kita raya terkejut, Ahamdulillah tahun ni hari raya jatuh tarikh yang dijangka. And tahun ni jugak Dhuri beraya bersama keluarga mertua di Senggarang, Johor untuk kali yang ke- errrrrr tak ingat. lol. Okey lah jom tengok gambar 




Bersama mak mertua dan ipar duai. Husband Dhuri anak sulung jadi gelaran kitorang adalah paklong dan maklong. hehe



My small blessed family. Alhamdulillah. Tq Allah atas kurniaan dan pinjaman ini. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke syurga-NYA 



Kebiasaannya bila raya di Senggarang, aktiviti kitorang lepas solat raya adalah bermaafan, bergambar dan makan. Selesai isi perut dengan juadah raya baru kitorang akan siap-siap untuk balik ke kampung arwah ayah mertua pula di Kota Tinggi. Ohhh btw, tahun ni adalah pertama kali Dhuri masak rendang daging di rumah mak mertua ye. Confident muncul selepas 9 tahun kahwin. Haha 



 Banyak gambar Aqeel dengan kakak Bunga sebab memang macam-macam aksi pun dorang berdua ni haritu. Gambar ni semua dekat rumah paklong husband je. Tahun ni kitorang sampai di Felda Taib Andak je sebab kebetulan semua adik beradik arwah ayah mertua dah berkumpul di sana.


Kitorang di Senggarang sampai raya ketiga. Petang lepas menghadiri open house di rumah bapa saudara mak mertua baru kitorang balik untuk beraya di Senawang pulak. First time tahun ni beraya di Senawang. So kitorang dah tak ikut jalan Segamat-Gemas lagi. Sebaliknya ikut PLUS tapi exit di Pedas-Linggi ikut jalan dalam. Jammed kat highway terlalu teruk. Dengan Aqeel nya nak buang air besar lagi. Adoiii haru sungguh


Tapi kan seperti tahun lepas, tahun ni pun still ada something juga yang berlaku. And again Dhuri terlepas untuk saksikan sebab Dhuri takde. Kejadian tu berlaku masa raya kedua. Kakak dengan adik-adik Dhuri je yang handle. Tak tahulah bila semua episod drama ni akan berakhir. Rasanya dari kitorang kecik setiap kali raya ada je lah drama. Pelakon je yang bertukar. Pasrahhh

Anyway, lantaklah. Dikesempatan ni Dhuri nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin :)

Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!








Thursday 25 May 2023

Open House Raya RYG 2023

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Selamat Hari Raya Dhuri ucapkan. Alhamdulillah tahun ni sekali lagi dapat meraikan bersama keluarga tercinta dan family RYG tersayang. Sambutan untuk Dhuri sama je macam tahun-tahun lepas. Sederhana. Dan seperti tahun-tahun lepas juga Dhuri tak ketinggalan untuk berkunjung ke rumah upline tersayang Master Hasifah yang buat open house pada 24 Syawal. Seronok sangat dapat jumpa dengan RYG sisters ku. Jom Dhuri share gambar 




Dengan husband tercinta. Thank you abg drive kan kemana saja wife nak pergi. Hehe. Masa ni ramai yang tegur Dhuri kurus. Dorang terkejut sebab last time jumpa berat Dhuri masih 55-56 kg lagi. Masih berisi. Masa raya ni berat Dhuri dah 52-53 kg. Turun banyak lepas buat diet FBM. T______T




Kak Cip jamu banyak makanan sedap-sedap. Lauk-lauk kampung, western dan deserts tu of course lah kan. Dhuri paling suka dengan spagety carbonara dengan cupcake red valvet. Sedap sangat!!!


Anak-anak dapat duit raya dari Aunty Hasifah. 








Thank you so much kak Cip for inviting me and my family. Dhuri sentiasa rasa bertuah kerana dipertemukan dengan mentor sehebat dan sebaik Kak Cip. Banyak kejayaan yang Dhuri ada harini hasil didikan dan tunjuk ajar dari Kak Cip.

Dan tak lupa, thank you Allah kerana melorongkan ku ke jalan ini. 

To many more years together. In Shaa Allah ~~~

Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!