Monday 20 December 2021

Percutian ke Melaka 2D1N (A Famosa & Stadyust)

Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Okey jom sambung hari kedua di Melaka pula. Pagi2 lagi dah turun breakfast dulu. Dhuri memang ambil hotel ni sebab provide breakfast. Dah lama tak merasa makanan hotel. lol

Anak bujang ku macam biasalah. Tak kuat makan pagi2. Dia nak makan bubur je. Bunga ambil cornflakes

Ibu dia penuh satu pinggan. T_____T

 Dah settle breakfast, naik atas untuk kemas2 pulak. Packing semua barang, mandi dan bersiap. Settle semua, terus checkout

Perabot kat lobi hotel ni macam hiasan baba dan nyonya. So klasik. Cantik!

Lokasi pertama kami adalah Kota Bandaraya Melaka. Percaya tak, setiap kali datang Melaka kitorang tak pernah berhenti kat sini. Hanya lalu je. Selalunya jalan kat sini jammed sikit tapi kalau datang awal pagi masih okey. 

Kali terakhir Dhuri jejak kota A Famosa ni adalah masa rombongan sekolah rendah dulu. lol



Ni dalam kota A Famosa bahagian bawah

Dhuri memang suka pergi tempat2 bersejarah. Sejenis peminat sejarah dari dulu. Dah puas merayau kat bawah, Kitorag naik ke atas pula. Masa ni Dhuri dengan anak2 and anak buah je. Husband cari parking and dia pun tak berminat nak naik ke atas. haha






Letih hoi naik ke atas ni. Mungkin 100 anak tangga ada. Tapi logik lah kan sebab tentera Belanda nak buat jadi kubu. Dari atas ni memang boleh nampak seluruh Kota Melaka


Dah sampai atas



Kat Atas ni kan ada satu ruang tu macam tempat tawanan tau. Siap dengan ruang bawah tanah, dikelilingi besi. Rugi pula Dhuri tak ambik gambar. Cuma ambil video je untuk letak kat ig. Bila tengok ruang tahanan tu Dhuri macam sebak sikit. Sebab boleh bayangkan keadaan tahanan dalam tu. Itulah bila negeri dijajah kan. Bukan saja kita hilang kebebasan, harta benda malah kehormatan juga

Fefeling pula sambil disapa angin laut China Selatan.

Penat meneroka, boleh duduk sekejap kat bangku luar ni.


Turun dari A Famosa, nampak banyak beca cantik2 teringin pula nak naik sebab tak pernah lagi naik beca


Abang beca tu baik hati tolong ambil kan gambar. Dari A Famosa ke Stadyust dia ambil upah RM25 sahaja. Kitorang berempat naik satu beca ni. Haha



Jangan risau, abang beca tu tak kayuh sangat pun. Beca dorang ni macam ada tambah mesin juga untuk bergerak sendiri.


Aqeel nak naik beca yang gambar spiderman. Tapi apakan daya, abang beca frozen ni je yang buat eye contact dengan Dhuri tanya nak naik tak masa kitorang termangu-mangu tepi jalan. T____T


 Di hadapan I love Melaka






Gambar ni semuanya diambil oleh abang beca. Sayang husband takde, kalau tak boleh bergambar sekali.

Turun dari beca baru jumpa husband balik. Dia dok tunggu je kitorag habis round2. Decide untuk pergi makan big bowl of ice pula







Pilihan Dhuri kali ni

Pilihan husband

Pilihan kakak Bella


Dah settle makan maka jom la kita bergerak pulang. Kitorang ikut jalan dalam. Masa lalu kat Gemenceh, teringat pula kenangan ikut cik Mad dengan Cik Som balik kampung dulu. Dhuri ingat2 lupa jalan masuk ke rumah Cik Mad cuma ingat depan Sekolah Maahad Ahmadi tu je. Antara sekolah maahad yang femes kat Malaysia dulu. Lebih kurang pukul 4 kitorang sampai ke kampung Dhuri pula

Maka berakhirlah percutian 2 Hari 1 Malam kami di Melaka


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!








































































































Sunday 12 December 2021

PENGALAMAN SUNATKAN ANAK LELAKI SEAWAL 2 TAHUN

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Ini adalah entry throwback. Dhuri tulis semula kat blog untuk kenangan diri sendiri dan anak2. Hopefully dorang baca lah bila dah besar nnti. T____T


Pengalaman sunatkan satu-satunya anak lelaki ku Muhammad Zuhayr Aqeel



* 30 September 2017 *
Pagi tu mandikan dia macam biasa. Langsung takde tanda dia sakit atau apa. Happy, main dan makan macam biasa
Tapi bila nak mandi petang tiba2 tengok bebird dia merah dan bengkak
Terus bawa ke klinik
Doktor sahkan infection dan sebab part tu adalah sensitif jadi dia tak recommend antibiotic makan
Doktor bagi surat untuk refer ke hospital dan tulis patient kena ambik antibiotic drip
Tapi bila sampai kat hospital doktor tak boleh nak decide warded atau tak sebab dia nak pakar kanak2 check dulu
Jadi takde antibiotic drip tapi dia bagi antiobitic makan je dan ubat demam untuk standby kalau suhu dia tiba2 naik tinggi
* 1 October 2017 *
Aqeel aktif macam biasa. Kencing pun banyak macam biasa. Takde la tunjuk dia sakit atau apa
* 2 October 2017 *
Bawak Aqeel jumpa doktor pakar kanak2 kpmc Dr Afifah
Doktor sahkan jangkitan tu adalah balanitis
Punca dia dari air kencing yang tak keluar habis
And since dia masih baby lagi dan tak tau bila dia kencing jadi doktor kata jangkitan tu mungkin akan berulang
Doktor advise untuk sunat je
Tapi sebab dia masih kecik jadi operasi akan dibuat dalam bilik bedah oleh doktor pakar bedah
* 3 October 2017 *
Masa ni bengkak dia dah totally gone. Bird dia dah normal macam biasa
Dia pun terlebih aktif sepanjang hari
Tapi sebab risau infection tu berulang dan doktor pun dah booked bilik bedah jadi kami proceed je
Aqeel last minum susu pukul 1 tengah hari sebab doktor suruh stop bagi dia makan dan minum 3-4 jam sebelum sunat
Dalam pukul 4 doktor mintak ibu tukar baju supaya boleh temankan dia dalam bilik bedah
Tak buat apa pun dalam bilik tu cuma tengok je sebab Aqeel nurse pegang atas bawah
Doktor bius kat area bird dia 2 kali sebelum bagi masa sekejap sebelim bius tu berkesan
Lepas tu mula lah segala gunting, kapas, dan perlatan dia doktor keluarkan
Dan masa ni memang jerit Aqeel boleh dengar satu bangunan kot
Rasanya dia menjerit bukan sebab sakit tapi sebab takut tengok ramai orang pegang dia
Plus dia pulak kena berbedung bagai. Lagi la dia rasa rimas
Sebelum doktor gunting tu dia pesan "ibu kuatkan semangat ye. Nanti anak akan menjerit. Ibu jangan nangis" 😂
Memang ibu dia ni tak menangis pun
Sebab dalam fikiran masa tu nak cepat2 settle semua ni
Asalkan dia sihat tak kisah lah. Jadi zikir je banyak2 dalam hati
Masa doktor gunting je Aqeel punya meraung jangan cakap lah. Sekuat hati dia
Dengan mata dia yang penuh air mata tu dok pandang ibu 😢
Ibu cuma mampu cakap "Sikit je lagi dik. Adik kuat kan"
Dalam setengah jam jugak kot baru semuanya settle
Lepas tu turun farmasi untuk ambik ubat dan bayar bil
Total RM 1800.00 😂
Rasanya kalau sunat dah besar harga murah lagi kot dalam RM 150-200
Apapun Alhamdulillah semua dah settle
* 4 October 2017 *
Memang dari lepas sunat sampai pagi tadi ibu dengan ayah dia gilir2 dukung
Dia ok je cuma macam trauma. Tak boleh nak terlentang kan. Mungkin dia masih teringat baring atas katil operation tu kot
And setiap kali dia kencing memang satu taman la boleh dengar suara dia
Sekuat hati dia nangis
Yang part ni hati ibu dia sebak. Selalu tengok dia happy je ni dia nangis macam sakit sangat memang berderai jugak air mata
Doktor kata perlu 24 jam untuk baby sebesar Aqeel ni getting better
So hopefully petang ni dia dah ok sikit lah ☺
Anyway bagus jugak sebenarnya sunat awal ni
Semalam ada sorang sister ni bagitau
"15yrs i kat saudi arabia. Baby kat sana lepas lahir tak kan keluar hospital selagi belum sunat. So bagus anak awak sunat awal.
Boleh elak penyakit, bersih dan cegah dia dari nafsu yang tak elok"
Sejuk hati ibu dengar ☺


Ni pula saya tulis lepas beberapa hari dia sunat

Sebenarnya pagi tadi bawak Aqeel pergi klinik sebab perasan dia punya tempat clamp lepas sunat haritu bengkak
Doktor refer hospital
Dan sekali lagi kitorang pegi ke kpmc untuk check luka dia
Alhamdulillah doktor kata bengkak dia tu tak teruk sangat. Biasa terjadi kalau sunat usia macam Aqeel sebab dia dah lasak.
Tekanan kat tempat clamp tu buat jadi bengkak
Lepas clamp tu gugur dia akan reda sendiri bengkak tu
Tapi sebab kami takde pengalaman dan tak nak ambik risiko tu yang bawak ke hospital jugak
Lega bila dah dapat advise dari profesional
Cuma yang tak best nya sebab Aqeel kena dressing
Doktor kata dah alang2 datang sini kita dressing bagi cepat luka dia baik
Sekali lagi kena tahan telinga dan airmata bila dia menjerit
Tapi dia biasa lah. Dah siap dressing terus lupa sakit. Aktif balik berlari ke sini ke sana 😂
Tadi masa dressing MA yang buat tu cakap "cantik luka dia. Pandai ibu dia jaga. 2,3 hari lagi elok la ni"
Sengih jela dengar sebab sejujur nya bukan senang nak tahan Aqeel dari memanjat dan melompat
Dia tengah aktif dan macam tak tau sakit
Cuma setiap kali lepas mandi dan masa tukar pampers saya akan suruh dia berendam dalam Basic H
Sebab basic H ni antiseptic jadi dia akan bunuh kuman dan elak kan infection pada luka
Kalau baru lepas bersalin pun sesuai guna. Senang je
Titik dalam besen dan isi air
Tak renyah langsung
Dan setiap malam saya makesure dia makan nutriferon bagi kuat antibodi dan cepatkan penyembuhan
Minggu ni insha Allah nak balik JB. Hopefully clamp dia dah tertanggal sebelum hujung minggu ni
Makin senang skit nak jaga 😄



 Inilah diagnosed Aqeel yang menyebabkan doktor advise untuk terus sunat. Balanitis


Masa first nak jumpa doktor sebab bebird dia bengkak. 


Happy2 lagi time ni sebab belum sunat lagi. Dah masuk bilik bedah terus hilang senyum. T___T



Selepas seminggu Alhamdulillah dah sihat sepenuhnya

Harini Aqeel dah pergi taska
Betul lah doktor cakap budak sebaya Aqeel ni hanya perlu 24 jam je untuk elok
Sebab dia belum makan sebarangan lagi dan proses penyembuhan untuk kulit dia berganda lagi cepat
Tapi 24 jam yang pertama tu ibu dengan ayah memang kena kuatkan hati
Sebab dia akan menangis dan trauma sangat2
Nak berdukung
Tak bagi pegang pinggang ke bawah
Bila kencing dia nangis
Bila kaki dia kena air dia punya menggigil tu macam orang yang sangat sejuk
Tapi lepas 24 jam taraaaa
Dia lupa dah dia pernah sakit
Nak naik basikal. Nak panjat sofa. Nak main gelongsor
Semua aktiviti lasak dia buat balik selambe je 😂
Cuma clamp dia ambik masa sikit untuk jatuh sendiri
Macam tali pusat baby tu. Dia akan gugur sendiri bila kulit sembuh sepenuhnya
Aqeel so far belum jatuh lagi
And kalau tanya lepas ni kalau dapat baby boy nak sunat awal lagi ke tak? 🤔
Saya rasa saya akan pilih untuk sunat awal jugak kot 😄



Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!