Monday 29 April 2019

Sukan PASTI 2019 - Kakak Bunga


Assalammualaikum w.b.t

Semalam hari sukan PASTI kakak Bunga. Ni kali kedua dah untuk kakak Bunga sambut. Sekejap je rasa anak2 dah membesar. Rasa macam baru semalam lahirkan dia, sedar tak sedar dah umur 5 tahun dah pun. Tak ada apa sangat pun yang Dhuri nak cerita cuma nak kongsi gambar-gambar sepanjang event semalam je. Kemeriahan sukan budak-budak tadika. Dhuri dulu cuma rasa sekali je sukan time tadika. Itupun sukan dalam dewan. Duduk atas belon sampai pecah. lol



Pendaftaran pukul 7.30 pagi. Kali ni kitorang sampai awal sebab masing2 pukul 6 lagi dah bangun. Kakak Bunga dapat air susu dalam kotak, roti dengan cookies. Cookies tu ibu dengan Aqeel yang perabiskan. T__T



Dengan Alisha dan unty Nurul. 7 years of membership. Tak sangka anak2 kitorang pun boleh berkawan baik walau berbeza umur. Tapi yelah, dah masing-masing  dari baby lagi dah satu rumah pengasuh. T__T



Mak-mak selfie dulu.. Suka giler dengan tudung ni. Nak kata bawal material dia bukan bawal tapi selesa sangat. Corak pun cantik. Beli kat Kenanga City je ni RM 10



Sementara tunggu acara mula, tengok lah apa yang budak berdua ni buat. Padang sukan tu sebelah taman jadi dorang ni dok main la dulu kat taman. BFF jugak ni, Aqeel dan Aqilah. T__T



Rakan sebaya tapi tahun depan Dhuri plan nak sekolah kan Aqeel dah. Start umur 4 tahun sama macam kakak dia.



Dah puas main buai, tengok kartun kat youtube pulakk




Tahun ni kakak Bunga rumah kuning. Hunain




Perarakan masuk padang. Tahun ni dah tak menangis dah. Tahun lepas siap kena pimpin lagi sebab menangis sepanjang jalan. T__T tapi bila fikir balik logik je kot sebab Bunga kan lahir hujung tahun. Tahun lepas dia masih umur 3 tahun lagi. Tahun ni dah besar, dah pandai berkawan.



Nyanyi lagu negaraku, lagu PASTI, bacaan ikrar dan doa




Mak bapak tengok dari tepi padang. Tahun ni cuaca best. Mendung tapi tak hujan. Tahun lepas panas terik sampai Dhuri kena bukak payung.



Kakak Bunga join dua aktiviti. Lari bawak batton dengan asingkan guli. Lari bawak batton dapat no 3. Asingkan guli dapat naib johan. Masa asingkan guli tu Dhuri rasa terkilan sikit sebab cikgu dia tinggikan suara and suruh cepat. Bukan bagi semangat suruh cepat tau tapi tone marah suruh cepat 

Dhuri rasa tak perlu kot sebab sukan ni untuk seronok-seronok je. Tak perlu sampai nak marah murid. Lagipun ni kan cuma latihan untuk tengok dia faham arahan atau tak. Bila cikgu marah2, nampak macam cikgu pulak yang nak mengejar kemenangan sangat. lol


Apapun tahniah kakak Bunga sebab menang 2 pingat. I am so proud of you!




Close up sikit anak ibu yang cantik ni. :)




Dhuri macam tahun lepas jugak lah. Join acara ibu bapa. Kali ni asingkan kacang tanah dengan chopstick



Game ni nama Nujum Mak Bawang. Tengoklah Dhuri tu sibuk bagi tips kat orang camne nak kepit chopstick. Sekali referee tiup wisel, chopstick Dhuri yang asik terlucut. last-last dapat no 3. Mahappp



Lepas habis acara mak bapak, acara rebut gula-gula untuk budak bawah 4 tahun pulak. Apa lagi terus seret Aqeel. Mohon cari Dhuri kat hujung2 sana. Jangan fokus kat perut depan ni. T__T



Acara rebut gula-gula untuk budak dah jadi perebutan untuk mak-mak budak pulakkk. lol




Tahun ni rezeki lagi menang cabutan bertuah. Dapat tong sampah. Macam tau2 je tong sampah kat rumah tu nak kena tukar. T__T




Lepas habis sukan, husband Nurul ajak makan Nasi Manggey kat Kajang. Ni first time Dhuri makan. Sedap jugak



Bapak-bapak beratur untuk order nasi dengan air. Anak-anak sibuk main and mak2 pulak tengah berbincang pasal beli rumah. Kebetulan kawan kitorang baru lepas tengok rumah and mintak pendapat okey ke tidak untuk dia beli



Nasi manggey dan sirap pengantin. Dorang dah siap2 bungkus. Nak makan situ boleh nak bawak balik terus pun boleh



Not bad. Next time boleh datang lagi


After makan-makan, hati pun happy terus masing2 bawak haluan balik ke rumah. Sampai rumah terus terbongkang tak hengat dunia. Anak-anak lagi dahsyat lepas je mandikan terus tido sampai esok pagi nya. Lol

Tahun ni sukan kakak Bunga secara personal, Dhuri rasa kurang meriah sikit. Mungkin sebab cikgu Umi dah takde. Apapun yang tumbuh akan berganti. Itulah adat kehidupan. Ada setahun je lagi untuk kakak Bunga kat PASTI sebelum melangkah ke alam sekolah rendah pulak. Makin nervous Dhuri



Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

Tuesday 23 April 2019

Review Eco Tree House, Langkawi


Assalammualaikum w.b.t

Hi korang. Eco Tree House ni Dhuri booked kat airbnb jerr. First time booking melalui airbnb ni. Puncanya sebab dok cari hotel yang sesuai untuk kitorang and mak mertua tak jumpa-jumpa. Nak connected room supaya mak mertua boleh tidur dengan kakak Bunga and kitorang pun tak terpisah bilik tapinya tak jumpa hokeh! Kalau ada pun ai pulak tak berkenan tengok hotel dia yang jaaaauh dari kawasan tumpuan atau facilities tak best. Tak sepadan dengan harga

So cari-cari kat airbnb terjumpa lah rumah yang cantik ni and murahhhhh pulak tu!! 



Untuk 3 hari 2 malam cuma RM 313.20 jerrr. Host dia Acid pun baik and fast respon. Senang sangat nak berurusan



Rumah ni ada 3 bilik dan 2 bilik air. Satu bilik air ada water heater dan satu lagi takde. Ruang tamu dengan master bedroom ada aircond. Rumah lengkap dengan perabot and keperluan asas semua. Ada peti ais, dapur, mesin basuh, kettle, etc

Walaupun pergi holiday takde lah beriya nak masak tapi ada periuk nasi tu berguna jugak sebab boleh panaskan lauk semalam yang tak habis makan. And mesin basuh pun penting sebab tak payah nak beratkan beg bawak banyak baju naik flight. Boleh basuh and recycle. Bijak bijak



Mak mertua berkali kali puji kata rumah ni cantik dan selesa. Nampak sangat pilihan menantu dia ni tepat kannn. Tapi apa yang Dhuri tahu rumah kat airbnb ni ada kriteria dia sendiri sebelum boleh di list kan. Sebab tu rumah kat airbnb cantik2. 



Dapur kecik tapi lengkap. Cuma dapur gas tu je tak boleh pasang. And disebabkan kitorang malas nak col Acid and kitorang pun takde plan nak masak cuma nak panaskan lauk je so kitorang guna periuk nasi tu je. Selain penyapu kat dinding tu, vacuum pun disediakan ye




Dalam kabinet ni beras, gula, minyak, garam semua ada. Tak taulah host yang sediakan atau penyewa sebelum ni yang tinggalkan. Disebabkan kitorang takde memasak so everything remain seperti keadaan asal. Cehh



TV dia ada Netflix hokeh! Sempat lah layan Pirates of The Caribbean dengan movie Ultraman Taro Aqeel. Kalau nak ikutkan banyak lagi movie nak tengok tapi datang sini nak bercuti ke nak layan movie??? lol



Dhuri sempat snap gambar bilik ketiga je. Itupun bilik yang tak guna sebab master bedroom dengan bilik kedua dah hazab sangat dah rupenya kalau nak ambik gambar. Haha

Tapi bilik dia selesa. Setiap bilik ada almari and dalam almari tu pun ada selimut and comforter tebal. So kalau korang datang sekampung boleh lah guna untuk bentang kat lantai.. Kitorang memang guna 2 bilik je 


Kan dah cakap rumah ni cantik. Every corner tu ada je deco si Acid ni. Owh btw, rumah ni bukan dinding dia dari batu bata tau tapi tu adalah wallpaper. Satu rumah ni memang guna wallpaper je termasuklah bilik air sekali. And aksesori kayu kayan untuk buat penyeri. Baru lah kena dengan nama Eco House kan

And sadisnya Dhuri terlupa nak snap gambar kat luar. Hiks

Tapi memang rumah ni biasa je kalau tengok dari luar. Kat belakang ada sawah padi tapi time kitorang pergi tu sawah baru lepas tuai so takde pemandangan hijau atau kuning yang terbentang. Overall kitorang memang puas hati dengan rumah ni. Ada feels adventure sikit sebab nak masuk tu jalan dia kecik tapi sekejap je. Kalau korang suka rumah kat area kampung macam ni, boleh lah try Eco Tree House ni. Anak kampung macam Dhuri and husband memang rasa perfect dah. Boleh mengimbau memori lama duduk rumah depan sawah padi. Alaaaaa rindu pulakkkk. T__T


Harap membantu. Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!








Sunday 21 April 2019

Itinerary dan Bajet Percutian ke Langkawi


Assalammualaikum w.b.t



Hi korang. Nak share itinerary dan bajet kitorang satu family ke Langkawi baru-baru ni. Trip 3 hari 2 malam. Ni first time anak-anak travel naik flight and Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit bawak mak mertua sekali. Since haritu dah single trip dengan kawan2 ofis kannn so ni kira balas balik lah. Holiday dengan family pulak

Trip ni hampir sepenuhnya husband belanja. Dia bagi duit je and suruh bini dia ni plan kat Langkawi nanti nak pergi mana and stay kat mana. Asalkan duit cukup! Senang keje laki den kan. Tapi Dhuri pun memang suka bab plan2 ni so not a big deal.

Jom cekidaut itinerary dan total keseluruhan bajet kitorang

1. Tiket Flight
5 orang pergi balik naik Air Asia RM 604. And Dhuri tambah luggage balik 15 kg, RM 38.7 and tukar satu seat RM 6

2. Homestay dan Kereta Sewa
Booked melalui airbnb je. Untuk 2 malam dapat harga RM 313.86. Murah gilerr sebab rumah cantik, ada 3 bilik, 2 bilik air, and style rumah kat kampung. So senang nak angkut barang. Keluar je pintu kereta terus masuk rumah. Tak payah nak layan kerenah guard atau nak tunggu lift bagai. Tapi swimming pool tu takde lah ye. Dah kata pun rumah kampung kan tapi dun worry sebab dekat dengan pantai Chenang. Boleh bawak anak2 mandi pantai. Lagi syokkk.
Korang boleh search Langkawi Eco Tree House kat Airbnb and baca review Dhuri kat sini Review Eco Tree House. Kalau first time nak register akaun korang boleh dapat RM 120 tau. Duit ni nanti boleh tolak harga rumah yang korang nak booked tu. Jimat gilerrr kan? Guna je link ni Airbnb Free RM120 untuk register and claim your 120 ringgit for free!!  

And since Airbnb ni kita boleh chatting dengan host so Dhuri pun tanya dia ada kereta sewa sekali tak. Dia kata takde tapi dia boleh tolong booked kan kat kawan dia dengan harga murah. So kitorang dapat Nissan Almera RM 180 untuk 3 hari. Murah kannn!

3. Grab Car
Ni pengangkutan kitorang untuk ke airport. Senang naik grab sebab dia datang jemput kat rumah. Walaupun kos lebih sikit tapi jimat banyak masa and kita pun tak pening fikir nak tinggal kereta kat mana. Kitorang dapat harga RM 95 dari rumah ke KLIA2 dan RM 70 dari KLIA2 ke rumah. Kereta Alza. Minyak and tol dah siap include.

4. Tiket Underwater World
Untuk 2 dewasa, 1 senior citizen and 1 child kitorang dapat harga RM 107.20 Dhuri booked kat vidi.comDapat diskaun 15% sebab travel dengan Air Asia. kanak-kanak bawah 3 tahun free. Time isi detail nanti kena bagi tarikh lahir untuk dorang calculate. Antara semua yang Dhuri survey (laman web rasmi, klook.com, fave.com and vidi.com) kat Vidi ni yang paling murah. So keyword nya rajin2 la buat comparison harga

5. Lain-Lain Kos
Minyak sepanjang kat sana husband isi RM 30 je sebab time kitorang dapat kereta sewa tu ada 3 bar lagi minyak. Ni first time sewa kereta dapat minyak penuh. Selalunya tinggal nyawa-nyawa ikan je. hehe

Makan habis dalam RM 400. Shopping dalam RM 800 (me and husband)
Bajet shopping memang lebih sebab dah tau dah kalau pegi Langkawi memang akan rambang mata tengok coklat and for sure akan terambik seketul dua pinggan mangkuk  

So total hangus: RM 2614.76

Supposed kitorang ada bajet untuk naik cable car tapi cable car tutup pulak untuk renovate so bajet naik cable car tu kitorang masuk kan kat makan and shopping

Reminder: Kalau nak naik cable car elak kan pergi Langkawi bulan 4 sebab dorang buat maintenance tahunan. Nak lebih sure check website rasmi dorang dulu sebelum beli tiket

Bajet tu nampak besar sebab kitorang pergi 5 orang. Tapi sebenarnya tak terasa pun habis almost 3k sebab trip ni kitorang plan dari last year lagi. Bayar sikit2 mana yang boleh booking dulu and kalau ada duit lebih terus put aside untuk bajet shopping. Apa yang Dhuri perasan bila ada target nak holiday ni memang nampak je duit lebih tu. Tapi bila takde target nak pergi mana-mana memang tak nampak duit berlebih. Mungkin sebab aura nak berholiday tu kuattttt maka terbukak je hijab nak menyimpan. haha

Okey next entry Dhuri cerita Day 1 kitorang kat sana pulak. Stay tunned k

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!



    










Tuesday 16 April 2019

Day 2: Trip to Singapore - Bugis Street & Kampung Glam

Assalammualaikum w.b.t


Hari kedua kat Singapore!!
Kitorang breakfast kat hotel je. Dah siap2 bawak bekal roti dari KL. Memang plan nak keluar lewat sikit sebab ada 2,3 tempat je nak pergi untuk jalan-jalan dan cari souvenier. So pagi tu memang bergolek atas katil je sambil borak and makan. Pukul 10 pagi baru kitorang check out

So first destinasi adalah Bugis Street! Dari Farrer Park turun kat Little India and tukar MRT ke Bugis. Keluar je dari MRT station tu jalan sikit dah jumpa kawasan Bugis Street ni. Dia dalam bangunan and ada banyak kedai2 dalam tu



Kalau korang cari beg I luv SG kat sini memang banyak lah. Harga pun murah jugak. Dhuri ralat sikit sebab nak beli jam tangan adiwira untuk anak2 dengan anak buah tapi sebab ni tempat first kitorang pergi, i thought ada lagi kat tempat lain. Rupanya takde dah. Sadiss

Dari Bugis Street ni kitorang ke Arab Street pulak. Jauhhhh okey berjalan! Orang kata tempat dia sebelah2 je. Memang sebelah pun tapi takde lah dekat. Bergegar jugak lutut nak sampai tu. haha

Kitorang dengan takde internet nya main jalan je sambil tanya orang. Mujur tak susah sangat nak jumpa. Sampai kat Arab Street kitorang terus cari tempat untuk makan. Satu Arab Street tu kitorang pusing sebab nak cari Deen 3 Rasa yang femes kat mulut blogger Malaysia ni. Tapi hampeh. Tak jumpa pun. Tanya orang pun ntah mana2 dorang tunjuk. Tak pasal2 pergi kedai mamak mana ntah. Dah lah mahal, takde wifi, teh ais dia pun tak sedap. lol


Tengah pusing-pusing jumpa pulak kereta elektrik tengah cas


Kita pusing lagi Halim...jalan lagi....

Last2 kitorang makan kat satu kedai makan ni. Dah tak ingat nama dia. Kitorang pilih set ikan bakar dengan nasi putih. Lepas selesai makan jalan2 balik kat Arab Street dengan Kampung Glam. Actually Arab Street dengan Kampung Glam ni macam tempat yang sama je. Sebab dia lorong and ada kedai2 jual souvenier


Nampak tak muka dah penat berjalan? Sampaikan beg masuk dalam gambar pun dah tak larat nak alih ke tepi. haha


Kampung Glam. Kat sini banyak jual souvenier t-shirt dengan fridge magnet je


Sarat betul sistur dengan beg. Tapi beli jugak lagi beg i luv SG kat sini untuk letak kasut. hihi


Yang lawak nya Dhuri dengan Shiela beli selipar kat sini and tukar kasut kitorang dengan selipar je. Lebih selesa! Memang serius penat giler berjalan. Maybe sebab kitorang pusing merata cari Deen 3 Rasa tu dan MRT kat sana pun dari satu lane nak tukar ke lane lain bapak giler jauhhhh sampai kitorang terfikir nak naik skateboard. Boleh meluncur je. haha

Anyway nampak tak masjid cantik kat belakang tu. Itu Masjid Sultan. Betul2 located kat tengah2 Arab Street dan Kampung Glam. Kitorang lepak kat dalam masjid ni untuk solat jamak, charge handphone dan rehatkan diri. Selesa masjid ni. Kebetulan pulak masa kitorang datang tu ada pasangan tengah nak nikah so dapatlah tengok cara orang Singapore kahwin. hehe


Macam nak nyanyi nasyid pulak :p


Malas lah letak caption kat gambar sheila ni. Dia kalau pose sentiasa on point je :p


Cantik sangat kan reka bina masjid ni

Kalau korang datang Kampung Glam ni ambil lah peluang untuk solat kat sini. Tempat solat wanita kat tingkat atas.

 Kampung Glam dari Masjid Sultan 

Kiri kanan bangunan tu memang kedai souvenier. Kalau korang nak cari yang paling murah pergi kat belah kiri. Kedai dia hujung2 sikit. Macam fridge magnet tu boleh dapat 1.5 SGD je. Kedai lain 2 SGD
And try lah masuk 7e kat sini. Beli slurpee Markisa. Sedap giloss! Kat Malaysia ni Dhuri tak jumpa lagi

Kat Masjid Sultan ni ada wife free so kitorang google semula map nak pergi Deen 3 Rasa. Kitorang belum berputus asa lagi untuk makan sup tulang merah tu tau!! Siap print screen and anggarkan jarak semua lagi. Dhuri tahu kedai dia tak jauh dari Golden Mile Tower, tempat kitorang akan naik bas untuk balik KL cuma lokasi kedai dia tak jumpa. Tapi lepas check balik map baru lah tahu rupanya kedai dia dalam bangunan berdepan dengan Golden Mile Tower. Kitorang ingatkan restoran kat kaki lima

Nampak tak jejantas tu? Sebelah kiri adalah lokasi Deen 3 Rasa tu and sebelah kanan adalah Golden Mile Tower

Kalau kat Malaysia ni lebih kurang macam kat food court la. And style kat sana dorang campur je gerai melayu and cina dalam satu food court. Tapi insha Allah food court dia bersih. Deen 3 Rasa tu pun actually kedai mamak. No wonder lah masa kitorang pusing2 cari kat Arab Street tu orang kat sana tunjuk kedai mamak. Rupanya sup tulang merah ni ada kat kedai mamak je. lol

Finally dapat juga makan sup tulang merah yang femes kat Singapore ni

Sup tulang merah ni Zaira belanja. Tenkiuu Zaira

Mamak tu suggest makan dengan roti kering. 10 ketul yang kitorang ambik ni harga dia 20 SGD = RM 60

Serius sedap. Korang wajib cuba! Kalau tak cuba rugi tau. Feeling menyedut gearbox dia tu tak boleh nak di describe dengan perkataan. Tapi lepas makan tu jangan pulak lupe telan omega atau lecithin. Kolesterol hokeh. Salah satu rahsia Dhuri maintain paras kolesterol yang sihat adalah dengan konsisten amalkan omega dan lecithin ni. Korang boleh google how they react dengan lemak dan kolesterol yang masuk dalam salur darah. Dhuri maleh nak tulis panjang lebar kat sini. Tapi kalau nak order boleh contact i. Hehe

Kitorang sempat tapau sup tulang ni untuk husband masing2. Isteri mithali sangat. Pergi mana2 pun ingat kat suami. lol

Pukul 6 lebih kitorang gerak ke Golden Mile Tower. Sempat tukar duit SGD yang kitorang tak guna. Dapat rate tinggi sikit kalau kita tukar kat negara orang ni. Macam Dhuri tak guna 100 SGD so bila tukar dapat dalam RM 300 lebih. Kalau tukar kat Malaysia tak dapek rate ni. 

Singapore Flyer. Last view sebelum bas melepasi sempadan Singapore-JB

Finally its home sweet home! Setiap kali pergi tempat orang memang rasa excited bila balik semula Malaysia. Tengok masjid dan surau yang mudah sangat nak jumpa i fell blessed dilahirkan kat negara bertuah ni. Walaupun tak semua toilet bersih tapi atleast ada paip air. lol. Well what can I say, this is my tanah tumpah darahku :)



Previous Post:

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!