Monday 13 March 2023

Pengalaman Kena Biceps Tendinitis

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!!!! Last year adalah tahun Dhuri diuji dengan sakit yang tak pernah-pernah terfikir akan dapat. Puncanya, weekend tu balik kampung and mak bagitahu yang nak buat makan2 untuk sedekah di masjid. Jadi dari pagi lagi memang dah busy kesana kesini beli barang untuk masak petang nanti. Dhuri dengan mak rancang untuk buat bihun dan dua jenis kuih. Kuih talam dan sagu mata ikan. 


Masa memasak tu Dhuri ada lah tolong sikit-sikit kacau bihun. Biasalah bihun ni memang kena guna kudrat sikit. Dah ibarat kacau dodol kan berat dia. Tapi Dhuri takde lah bersungguh sangat buat. Mostly husband yang tolong kacaukan. Lepas siap memasak semua tu Dhuri ke ruang tamu untuk kemas. Budak2 ni makan bersepah. Kebetulan adik ipar pun ada time tu. Dhuri vacum karpet mak lama jugak sebab nak bersihkan makanan yang bersepah tu. Masa vacuum tu Dhuri perasan ada rasa pressure kat tangan sebab vacuum tu agak berat dan karpet tu pun tebal. Jadi kena tolak kuat sikit. Dhuri pula guna sebelah tangan je.


Lepas settle memvacuum Dhuri duduk kat sofa. Menyenget sikit sebab sofa tu dah tak berapa selesa. Lepas sejam dua macam tu Dhuri bangun and terasa sangat-sangat kebas kat pinggang dan belikat. Knowing me, selalunya bila rasa kebas macam tu Dhuri akan telan segala mak nenek vitamin Shaklee and terus tido. Esok insya Allah terus hilang. Tapi malam tu terasa malas pulak nak makan. Vivix pun tak bawa balik kampung jadi terus je tido. Bangun pagi esok tu Dhuri rasa tangan sebelah kanan sakit bila digerak kan. Tapi still boleh gerak. So Dhuri sambung balik tidur lepas betul2 kan skit kedudukan sebab fikir mungkin malam tadi tidur tak berapa selesa.

Terjaga sekali lagi sakit dia still tak hilang. Minta husband tolong urutkan then mak pun tolong urutkan juga tapi still sakit tak hilang. Seharian tu Dhuri memang banyak tidur je. Menjelang petang nak balik ke KL tu sakit dia terus rasa sampai tak boleh angkat tangan lagi dah. Siap bergaduh dengan husband sebab dia tanya banyak kali okey ke tak. T______T 

Tengah sakit memang cepat emo. Maafin daku husband. 


Sampai KL husband terus bawa pergi klinik. Doktor bagi injection tahan sakit sebelum suruh kitorang ke hospital. Sebab masa ni doktor nak pegang tangan pun Dhuri tak bagi sebab sakit sangat. Doktor takut retak atau patah. Tapi Dhuri yakin bukan sebab takde pula jatuh ke apa tapi sebab sakit sangat sampai Dhuri consider juga lah kebarangkalian tu. T___T 

Sampai hospital doktor terus pakaikan anduh dan buat x-ray. Alhamdulillah memang takde retak atau patah. Doktor suspect hanya radang atau the worst, ligamen kat bahu Dhuri putus. Doktor suggest untuk buat MRI sebab x-ray tak boleh tengok otot dan ligamen tapi kena warded lah sebab nak guna medical card. Dhuri tak nak sebab tak ready nak duduk ward. Ku ni kalau tengah sakit memang nak husband je. Bila fikir husband tak boleh teman memang berat hati. Doktor suruh datang semula hospital esok untuk jumpa pakar orthopaedic. 


Malam tu Alhamdulillah boleh tidur lagi sebab kesan dari injection tahan sakit tu. Tapi esok bila bangun memang rasa sakitttt giler. Pagi tu pergi hospital semula dan jumpa Dr Bernard Devadasan, pakar orthopaedic Hospital Sungai Long. Doktor tanya macam mana tangan boleh sakit kalau takde jatuh? Dhuri nak explain pun tak tahu sebab memang tak sure. Adakah sebab kacau bihun, sebab vacuum, sebab salah duduk kat sofa? Entah lah.. Doktor test suruh Dhuri angkat tangan setinggi yang boleh tapi nak lepas paras siku pun tak boleh. Bila doktor tekan kat bahu dan lengan tak sedar kaki Dhuri terangkat sekali. Mujur tak tertendang doktor. Kalau tak jadi kes lain pula. lol

Doktor bagi mc untuk seminggu, ubat tahan sakit dan terus push untuk physiotheraphy. Ada 2 sesi Dhuri kena pergi. First sesi memang terus immediately. Ahamdulillah rasa lega jugak lepas physio yang pertama tu. Physiotherapist guna alat macam scan perut tu untuk urut di tempat sakit. Best masa ni. Rasa selesa. Then dia alirkan elektrik yang buat muscles kat tangan Dhuri bergegar untuk 15 minit. Last dia letak kain macam warm pad untuk redakan bengkak. Lawak jugak sebab at first Dhuri ingat bila buat physio ni dia latih tangan kita untuk angkat turun atau genggam bola ke macam orang stroke tu rupanya untuk kes Dhuri ni bukan. Doktor advise untuk Dhuri sentiasa tuam tempat sakit dengan ice pack untuk cepat surut bengkak. Mujur ice pack memang ada kat rumah simpan dari zaman menyusu anak dulu. lol

Sejujurnya 4 hari pertama adalah yang paling teruk sekali. Dhuri langsung tak boleh tidur kalau tak makan pain killer. Sakit yang teramat sangat sampai menangis panggil husband. Sebab awal2 tu degil jugak tak nak makan. Husband cakap Dhuri tak rasa sakit sebab kesan injection tahan sakit tu sebab tu konon nya berlagak kuat tak perlu makan pain killer lagi dah. Bila kesan ubat dah habis baru tahu rupanya memang tak tahan sakit dia. Dia punya sakit tu sampai Dhuri terbawa bawa ke alam mimpi. Kena kejar dengan orang jahat. Lawan dengan orang jahat dalam keadaan tangan macam tu. haihh


Hari ketiga tu Dhuri dah tak nak ambik pain killer. Nak cuba sekali lagi tahan sendiri sakit dengan bantuan supplement2 shaklee Dhuri je. Dhuri ambik vivix, omega guard, bcomplex, oste, vitc..Alhamdulillah survived. And since then memang takde dah makan pain killer. Lepas seminggu macam tu tangan dah boleh angkat sikit2 sebab sebelum tu memang langsung tak boleh. Dr Bernard sambung lagi mc untuk 2 minggu. And lepas physio kali kedua Dhuri dah boleh mandi sendiri. Sebelum tu husband yang tolong mandikan. Hehe

And Alhamdulillah lepas sebulan kot Dhuri dah betul2 recover. Actually tak ingat bila yang tangan dah betul2 okey sebab macam tak sedar peralihan dari sakit kepada elok tu. Tapi Dhuri rasa sebulan atau almost sebulan la. Risau jugak kalau sakit dia lama sebab Dhuri nak pergi Sabah bulan 2 sebab masa tengah sakit tu memang tak nampak macam mana tangan akan elok balik. Langsung tak boleh angkat. Tergerak sikit saja pun Dhuri punya jerit boleh dengar satu taman. huhu

Sekarang ni memang just beringat saja lah. Dhuri doa sangat supaya tak terkena lagi. Bila dah start lenguh2 tu kalau pegang phone lama sangat sambil baring memang terus stop. Barang2 berat pun dah tak angkat sangat lagi. Kadang2 terlupa tu buat jugak lah hehe tapi mujur takde dah sakit tu

Terima kasih Allah. Betul lah kan nikmat sihat ni hanya dirasai dan lebihhhh disyukuri bila kita sakit. Masa ni yang baru tersedar yang rupanya sekecil kecil benda pun kita tak kan mampu buat tanpa kesihatan yang baik. Contoh macam Dhuri nak gosok gigi pun tak mampu sebab nak angkat tangan pun tak boleh gara-gara otot yang langsung hilang fungsi..

Jadi marilah kita sama-sama mensyukuri dan menghargai nikmat kesihatan pemberian Ilahi ni. So itu saja secebis pengalaman terkena Biceps tendinitis. Take care everyone


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Mak Dah Pindah Senawang!!!

 Assalammualaikum w.b.t


3 Dec 2022 haritu secara rasminya mak dan abah berpindah ke Senawang. Finallyyy!! Lepas beberapa kali tangguh disebabkan pelbagai faktor...akhirnya mak dah jadi budak town sekarang. Haha

Rumah kat Senawang ni abang ipar Dhuri yang beli sebenarnya. Kebetulan jiran sebelah rumah dia dah sakit tua dan nak pindah ke pusat penjagaan orang tua-tua. Anak dia jual rumah tu untuk perbelanjaan mak dia sepanjang di pusat penjagaan nanti. 

Lepas ni dah senang lah nak balik jumpa mak. Dah takde pening kepala lagi dah sebab dah takde lalu jalan berliku-liku. Straight je dari Kajang ke Senawang ikut highway LEKAS. Tak sampai satu jam dah sampai. Seronok!!!

Terima kasih abang iparku. Banyak dah yang abang ipar Dhuri ni bagi untuk keluarga kami. Semoga Allah melapangkan segala urusan dan memurahkan lagi rezeki

Now tiap minggu dah boleh balik kampung! Eh.......Hahaha


Rumah baru mak sekarang. Kita rasmikan dengan celebrate birthday kakak Bunga yang ke 8 tahun. Hehe. Apapun Alhamdulillah, makin dekat dengan mak dan dah tak risau sangat lagi sebab apa-apa ada kakak kat sebelah. Sebelum ni kalau hujan je risau takut rumah mak naik banjir lagi. Malam2 pun risau jugak sebab mostly jiran2 kat sana dah ramai yang dah tua2 dan pindah ikut anak. 

Rumah yang banyak memberi memori manis pada kami. Dah tak duduk simpang durian ni memang jarang dah lah balik sana. Tapi segala kenangan manis insya Allah akan sentiasa tersimpan rapi untuk selamanya. Di sinilah tempat arwah wan dan atuk bersemadi. Jadi mana mungkin dilupakan... 

Lepas beberapa minggu pindah balik semula untuk ambil barang yang tak bawa haritu. Kemain penuh kereta kan...biasalah bondaku semua benda dia sayang nak tinggal. Tq bibah banyak jasa bibah ni. Macam2 dah dia hangkut..muat pulak tu je semuanya. T____T


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!