Tuesday 20 June 2023

Birthday Aqeel 7 Tahun

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Dhuri saja nak share gambar-gambar sambutan birthday Aqeel yang ke 7 tahun haritu. Seperti tahun-tahun lepas celebration among family je. Cuma kali ni buat kat Senawang rumah mak. So meriah lah sikit sebab cousins dia ramai kat sana. 

Kalau tahun-tahun sebelum ni kitorang banyak beli kek kat secret recipe, this time try Harolds pulak. Not bad. Sedap jugak kek dia. Tak tunggu lama untuk habis licin. Hehe

Okey lah jom layan gambar

.

.



Ibu doakan adik membesar menjadi anak soleh yang taat pada suruhan agama. Yang baik perilaku, adab dan tutur katanya. Ibu love you so much!! Always remember that

Ya Allah wahai tuhanku yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kurniakanlah umur yang panjang lagi berkat buat anak2 ku. Kurniakan kepada mereka kesihatan akal fikiran dan tubuh badan yang sihat sempurna hingga hujung usia mereka. Jadikan mereka hamba2Mu yang soleh, kaya dan berjaya dunia akhirat. Jodohkan mereka dengan jodoh yang baik, soleh solehah serta menjadi pembantu, pendukung, rakan yang setia buat mereka. Dan kumpulkan semula kami nanti di syurgaMu yang tertinggi. Amin Ya Rabbal-A'lamin.


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

Review: J Residence Hotel, Kundasang Sabah

Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Okey hotel kedua yang kitorang menginap sewaktu di Kundasang ni adalah J Residence Hotel. Actually J. Residence ni adalah first choice Dhuri. Dhuri booked 6 bulan awal sebelum travel and dapat harga cuma rm198 je untuk dua malam, triple bed. Flash deal time tu. Tapi sebab tukar date so booking tu terpaksa cancle. Nak tulis pasal pencarian hotel Dhuri ni panjang sangat. Korang boleh lah baca kat previous post je. Cuma Dhuri perasan kan agak kurang review hotel2 di Kundasang ni tau yang ditulis di blog. Tak sure lah kenapa and itu jugak yang buatku haywire masa nak pilih hotel dulu. Baca review orang dengan gambar yang banyakkk sangat penting untuk Dhuri tau dalam membuat keputusan. Walaupun sekarang dah dunia digital, orang lebih suka rekod and buat video tapi still, Dhuri lebih prefer more untuk membaca. T___T

So here it goes, my review pasal J Residence ni. Dhuri harap entry ni akan membantu korang pula untuk buat pilihan

Dhuri ambik superior room without parking, rm149 untuk 1 malam

1. Hotel yang sangat cantik dikelilingi alam semulajadi. Segar mata tengok hijau je semua. Bilik2 dia pun disusun dengan unik ala2 susunan chalet. Ada balkoni sendiri. So setiap bilik tu pintu dia tak bertembung dengan bilik lain. Cuma ada yang bersebelahan. Macam bilik kitorang memang the only one je lah kat atas tu

2. Nama je bilik takde parking tapi parking banyak kat sini. Cuma kena jalan sikit lah untuk ke bilik. Dalam bilik, toiletries semua memang lengkap. Towel pun ada. Bilik pun luas, selesa. Ada couch lagi untuk bersantai tengok tv

3. Kettle, teh, kopi 3 in 1 semua ada. Iron dengan iron board korang kena request masa check in. Nanti dorang akan hantar ke bilik. Cuma tak ingatlah pulak tv dia ada channel apa. Rasa macam tak bukak tv. Masuk bilik lepas mandi terus tido je. Haha

4. Bilik air dia besar. Tekanan air pun okey. Takde masalah air putus2 kat sini. So boleh mandi dengan selesa. Water heater dia pun work well. Cuma sebab bilik air dia besar sangat and dia guna lampu kuning so kalau malam tu tak berapa cerah sangat la. Kalau yang jenis penakut tu mungkin korang boleh skip mandi malam. haha


5. Jalan nak masuk ke J Residence ni kan bukit dia tinggi tau. Lepas tu korang macam kena stop kejap kat tengah2 sebab nak check in dulu. Lepas check in sambung balik drive ke bawah. Haha. Tapi kereta auto takde masalah kot. Ko tarik jelah handbrek sementara tunggu wife or husband korang check in tu. Kejap je.. Deposit tinggalkan rm50


6. Suhu kat sini kurang sikit sejuk if compare dengan Kiram Village Cabin. So kalau korang jenis yang nak suhu biasa2 je memang perfect la. orang kata boleh bernafas. Sebab kalau kat Kiram mulut Dhuri kalau bercakap pun boleh keluar asap. T________T

7. J residence ni dekat dengan Kinabalu World Heritage Park. Agak jauh sikit dari pekan kundasang. Tapi pada Dhuri okey sebab Kundasang ni besar. Kita boleh plan tempat yang kita nak pergi sesuai dengan lokasi hotel kita. Macam Dhuri 1st and 2nd day tu lebih banyak ke area pekan kundasang dengan desa dairy farm so memang sesuai lah stay di Kiram. Hari ketiga pulak kitorang just plan nak ke World Heritage Park, and then balik ke KK. So tak perlu ke pekan kundasang lagi. Jimat masa dan minyak. Nak lebih faham korang bukak lah google map ye

8. View kat sini memang hutan sahaja. Tak boleh nampak gunung kinabalu dari hotel ni. Nak view gunung kinabalu yang cantik kalau dari bawah ni korang boleh stay kat Mile 36 lodge. Mile 36 dengan J residence ni dekat2 je cuma kedudukan dorang bertentangan. Masa otw nak check in tu kitorang lalu kat mile 36 ni memang lawa giler lah view sunset dari gunung kinabalu. Cuma esok tu Kundasang berkabus tebal. Dari mana2 pun memang tak nampak dah gunung kinabalu nya...T_______T

So itu sahaja review jujur dari Dhuri. Selebihnya korang boleh tengok dan nilai sendiri dari gambar. And honestly speaking jugak, if ditanya nak book hotel ni lagi ke in the future? My answer is YESSSS

Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Review: Kiram Village Cabin

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Okey dah ramai sebenarnya yang review pasal Kiram Village Cabin ni. And macam yang rama blogger lain tulis, Kiram Village Cabin ni is one of the most beautiful hotel kat Kundasang. Price pun reasonable. Dhuri sebenarnya ada banyak kerisauan masa nak cari hotel di Kundasang. Sebab Kundasang ni macam yang kita tahulah dalam hutan, kat kaki gunung. So risau jugak lah benda2 mistik ni kan...haha. 

And kawasan kat sini mostly berbukit. Risau pulak kereta tak lepas naik bukit ke hape....T____T

Banyak hotel yang Dhuri booked lepas tu cancle sebab tak confident. Cuma bila jumpa pasal Kiram Village Cabin ni Dhuri terus 100% suka dan yakin nak stay kat situ. Eventhough i hate the name so much!! arghhh

So bermulalah episod google website dorang, tengok harga bilik, tengok poket sendiri.....T_____T and finally Dhuri booked cabin onion, RM110 per night. So total untuk 2 malam RM220. Bayar deposit and done!

Ni cabin onion
Dhuri pilih onion sebab ada satu katil double and satu katil single. Cukuplah untuk kitorang berempat ni. Tapi nak dijadikan cerita, lagi 2 minggu nak travel, hotel whatsap bagitahu yang order kitorang clashed. Kitorang tak dapat bilik onion tu. Tapi dorang ganti dengan cabin lain. Cabin Apple which is lebih besar dari onion sebab ada 2 katil double. Cumanya kitorang dapat hanya satu malam je sebab hotel penuh. Time tu kan cuti sekolah. 

Dorang tanya nak proceed ke tak? Kalau ikutkan rasa frust memang Dhuri kata tak nak je sebab leceh nya nak pindah2 hotel ni. Nak cari yang berkenan punyalah susah. Dah jumpa dapat sehari je pulak. Sobss. Tapi husband cakap ambik je. Hari kedua nanti cari lain. 

So dapat satu malam pun satu malam lah. Here we go...di Kiram Village Cabin yang sangat cantik ni!!!!


My review adalah 

1. Lokasi memang superb. Walaupun korang kena drive naik bukit sikit sebab dia betul2 bawah kaki gunung kinabalu tapi worth it! And lagipun bukit dia tak lah tinggi sangat. Kalau naik king tu lepas je. Dekat dengan farm ville dan Desa Dairy farm. Desa Dairy farm tempat lembu tu. Farm ville macam jual aiskrim, strawberry..Dhuri tak sure sangat sebab masuk kejap je. Dekat jugak dengan pekan Kundasang. Tapi paling best apa tau.....sebab dia dekat dengan Gunung Kinabalu!!

2. Korang hanya perlu jalan kaki je untuk tengok view kinabalu yang menakjubkan ni. Tapi kena keluar awal tau. 6.30 am tu just nice lah. Kalau takde kabus memang boleh dapat view yang sangat clear. Memang satu pengalaman yang tak mungkin dapat Dhuri lupakan.

3. Suhu kat sini lebih sejuk! So prepare baju tebal, stokin and glove kalau perlu. Sebab memang sangat sejuk. Masa kitorang jalan-jalan untuk tengok gunung kinabalu tu tangan rasa beku. Bunga la kesian sebab baju dia takde poket so tangan dia memang sejuk giler. Boleh baca story Dhuri di Kundasang kat sini

4. Tekanan air kat sini tak berapa kuat. Kalau bukak air waktu awal pagi okey lagi tapi kalau dah lebih kol 10 tu air dia kejap2 stop. Mungkin time tu ramai yang dah start mandi kot. So bayangkan je lah dengan cuaca sejuk, air pulak kejap ada kejap takde, tengah2 sabun air takde. Dah lah sejuk kan..gigil hoiii. Haha. And tak yah berharap sangatlah pada water heater dia sebab bila takde air kita kena tadah air. And kat situ sekejap je air panas dia jadi berais. hehe

5. Kat sini takde breakfast  tau. So pandai2 lah beli roti ke apa untuk alas perut pagi2. Ada cafe kat situ tapi Dhuri tengok macam tak berapa beroperasi sangat. Cafe kat sebelah Kiram ni pulak style buffet. 

6. Toiletries macam sabun tu ada dalam toilet. Tapi berus gigi, ubat gigi semua tu takde. Towel pun takde. So bawak je lah siap2 dari rumah. 


7. Ada tempat untuk dobi dan ironing. Dalam bilik tak disediakan iron tau tapi kat belakang kaunter ni ada bilik untuk iron. Selesa and besar jugak. Cumanyaaa time Dhuri nak iron pagi tu boleh pulak ada sekor mak kucing ni tengah nak beranak. Aduhhh seram2 sejuk den. Mujur jugak anak2 ikut sekali time tu. Kalau harap Dhuri sorang memang dah patah balik dah. Terpaksa la iron laju2 sebab tak tahan dengan bau darah. huhu


8. Kettle and cawan ada disediakan cuma Dhuri tak ingat kalau teh, kopi 3 in 1 tu ada ke tak. Maybe ada kot. Kitorang memang tak bancuh air pun. Kettle tu pun buat masak air panas untuk mandi. Haha

9. Ni lah rupa cabin Apple kitorang. Selesa dengan 2 double bed. Walaupun malam tu anak2 tidur menyempit dengan ibu dia kat satu katil sebab sejuk punya pasal. lol. 

10. Walaupun katil besar tapi bilik dia agak sempit sebenarnya. Kalau nak solat tu agak susah. So pandai2 lah adjust. And cabin dia pun tak lah macam terjaga sangat. But understandble sebab kawasan gunung macam ni kos maintenance tu of course lah tinggi kan sebab jauhhh dari segala sumber. Nak betul-betul selesa macam kat hotel 5 bintang tengah-tengah bandar tu memang susah lah. 







11. Tapi yang menarik adalah kawasan sekitar sini memang dipenuhi dengan flora yang cantik2. Kalau kaki bergambar memang puas hatilah. Dhuri rasa tempat ni sangat tenang, aman, dan damai. Betul2 back to nature. 

Overall, kalau tanya adakah Dhuri akan menginap di sini lagi if datang Kundasang lagi????? Definitely YES!

Cumanyaa boleh tak tukar nama KIRAM tu?? spoil la...


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Monday 19 June 2023

Makan Seafood Di Sabah!!

Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Dhuri nak habiskan cerita Sabah ni cepat sebab lama sangat hutang takut banyak pula yang lupa nanti. Hehe. Plus, in shaa Allah bulan depan kitorang dah start dapat kunci by progress so Dhuri plan nak update story rumah kedua pulak nanti. Masa rumah pertama dulu tak rajin nak tulis sebab tengah pkp. Hidup huru hara sangat masa tu. Kali ni Dhuri nak tulis untuk simpan sebagai kenangan. 

So, Sambung cerita trip Sabah, turun je kitorang dari Kundasang yang berkabus tebal pagi tu sinar sang suria menyambut kitorang. Cehh. Tapi memang happy sangat bila kena cahaya matahari tu. Rasa badan kembali hangat. Kitorang singgah kedai lokan bakar kak tini sekali lagi sebab lambat lagi nak check in. Lagipun Aqeel suka sangat makan lokan bakar tu. Kali ni memang order satu dulang khusus untuk dia. Dhuri, husband dengan bunga pulak pilih sayap ayam. Sayap ayam kak tini memang the best!

Husband mengada nak try air kelapa bakar. Dhuri dah rasa pelik dah tapi bagi je lah dia order sebab travel ni memang kena cuba je kan benda baru. Baru seronok. Yang lawaknya bila kelapa bakar tu sampai kitorang masing2 boleh telan sekali teguk je. Mungkin tak kena dengan selera kami tapi if korang nak cuba persilakan je tau. Rasa sendiri baru feel kan T____T

Settle isi perut baru kitorang gerak menuju ke hotel pula. Masa ni ada terfikir nak sambung je kereta sewa sampai last day kat sini tapi bila dah sampai area depan hotel tu nak cari tempat parking untuk tunggu budak kereta sewa tu je pun dah jenuh pusing banyak kali so batalkan je lah niat. 

Hotel kitorang ni memang located kat tengah-tengah bandar KK. Kitorang memang sangat suka dan puas hati. Bilik besar, katil besar dan paling best adalah washroom dia. Bunga bukak je air terus dia cakap "macam ni lah baru kakak suka. air dia tak sejuk" haha. Lepas tu dia mandi berejam sebab syok sangat mandi pancuran hujan tu. And lagipun sepanjang kat Kundasang mandi celup2 je kan sebab sejuk sangat. Ni baru puas. T____T

Kitorang memang kosongkan aktiviti untuk harini. Memang nak duduk rehat-rehat je kat bilik hotel. Petang dalam kol 6 Dhuri call restaurant Terapung Nelayan untuk booking meja. Risau jugak kalau takde meja nanti. So better call siap2. Cumanya Dhuri terlupa nak tanya haritu ada persembahan ke tak. Sebab baca kat website memang ada je persembahan setiap hari pukul 7.45pm. Tapi bila kitorang sampai takde. Sedih sekejap. Sobss 

Tapi takpe sebab seafood kat sini memang sedap!! Okey jom tengok gambar. Siap-siap ambik tisu k buat tadah air liur. Hiihihihi




Ketam masak butter dia tu memang terpaling sedap so far yang Duri pernah makan. Memang sampai menjilat pinggan kau....haha. 

......kecuali untuk sotong goreng tepung dia. Yang tu agak spoil untuk Dhuri sebab kitorang dah makan sotong goreng tepung yang sedap masa di Kundasang. Ingatkan kat KK lebih sedap tapi sayanggggggg..

Tengok rupa pun cam sedih sikit kan. haha. tapi benda dah order...kita hadap je lah. Licin jugek. Mueheeehe

Kitorang datang and balik dari restaurant ni ambik grab je. And memang sampai last day nanti ambik grab je. Nak pergi restaurant ni kitorang bayar kos grab rm9. Masa nak balik rm7. Lebih enjoy sebenarnya naik grab ni sebab tak payah susah-susah nak drive. And kita boleh sembang dengan driver tu sebab dorang kan orang local so banyak lah tempat-tempat best yang dorang share. Rasa lebih traveller gituuu. 

Hari kedua di KK kitorang ke Pulau Manukan untuk mandi manda dan snorkeling!! Memang purposely untuk anak2 la sebab aktiviti air ni memang favourite dorang kan. Tapi sebenarnya Dhuri pun suka jugak. Ahaaha. So outfit memang dah prepare siap2 yang friendly water. Beli kat shoppee je. Murahhhhhhh.  




Tengoklah kasut kitorang tu warna warni kannnn. Kitorang memang dah pakai siap2 dari hotel and selamber je lah jalan. Actually kasut ni tapak dia tak tebal sangat so kalau jalan atas jalan raya tu terasa jugak lah macam tak pakai pape. Tapiiiiiii ada pulak ku kesah kan....yang penting tak payah fikir kasut basah ke apa. Nak letak kasut kat mana...Boleh terus terjun je dalam air. Haha. Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Disebabkan kitorang takde ambik pakej atau agent mana-mana so sampai je kat Jesselton Point husband terus ke kaunter untuk beli tiket dan sewa life jacket serta 2 set snorkeling. Life jacket wajib tau walaupun ko pandai berenang camne sekali pun tetap kena ambik jugak sebab husband Dhuri tak ambik life jacket tapi masa nak naik bot tu dorang suruh pakai. Satu life jacket rm10. Husband free je sebab supposed kena bayar kat kaunter tapi orang tu malas nak tunggu so dia cakap "abang ambik je ni" 

Dah naik bot tu barulah rasa lega sebab lama jugak kitorang tunggu turn sebelum dapat naik. Tengoklah muka bunga tu sampai monyok menunggu. Maybe sebab dorang dahulukan yang booking dengan agent. Kitorang ambik satu pulau je, pulau Manukan dari kol 9am sampai 3pm. Nak bagi anak betul2 puas mandi. Harga sama je tak kira kita booked sampai kol berapa pun. Tapi biasanya dalam pukul 1pm tu orang dah kurang sebab mostly ambil pakej yang 3 pulau sehari. Tak ramai yang ambik satu pulau je macam kitorang. 

Hasilnya, anak2 ku sunburn sebab lama sangat berendam dalam air. T_____T

Kat KK ni ada 3 pulau yang famous tau. Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik. Ramai yang cadangkan untuk ambil trip 3 pulau sekaligus. Tapi sebab kitorang ni fikir anak. Nak bagi dorang puas mandi tanpa berpindah randah banyak pulau sebab tu ambik Pulau Manukan je. Lagipun dah pernah rasa masa pergi Krabi dulu. Ambik sampai 7 pulau tapi yang bestnya mandi cuma kat satu pulau je. Hehe. 

Tapi In Shaa Allah if ada rezeki repeat Sabah semula satu hari nanti, will definitely pergi others pulau pulak. 

Kitorang balik semula ke jetty dah petang. Kat pulau kitorang makan burger je. Sedapppp! Ada kedai kat sana cuma harga mahal sikit. Biasalah kan..Just prepare je lah bawa duit secukupnya. Budak2 ni request aiskrim jugak. Dah penat mandi, apa yang ada depan mata semua sedap. Hehe

Dari jetty ke hotel kitorang balik jalan kaki je. Ikutkan Dhuri nak naik grab tapi husband prefer kitorang jalan kaki sebab tak jauh sangat. Lagipun dia tak nak kotorkan kereta orang dengan pakaian basah and berpasir kitorang. Sambil tu dia nak survey dobi sekali. Kat hotel kitorang takde dobi. Dhuri search kat google pun tak jumpa. Tapi bila jalan tu nampak lah ada dobi yang berdekatan. So settle bab baju. Malam nanti hantar semua baju kotor untuk cuci. Esok dah nak balik KL dah. Sobss

Dinner malam kedua di KK kitorang ke the famous Todak Waterfront!!! Pun jalan kaki jugak dari hotel. Balik pun sama. Kalau nak naik grab pun boleh. Rm5 je dari hotel sixty3 tu ke Todak Waterfront tapi sebab kitorang ni nak feeling2 tourist jadi berjalan lah...lol






Sambil tunggu kedai-kedai kat Todak Waterfront tu bukak kitorang ambil angin petang dulu kat sini. Ada clown dan transformer. Budak2 ni dah nampak belon tu mula lah masing2 nak. Hehe



Kat Todak ni banyak kedai seafood. Pilih je nak makan kat mana. Memang murah sangat harga. Seafood saiz biasa 100gram RM3 je. Mana nak dapat kat KL wehhhh. Kitorang pilih kedai yang owner dia paling ramah cerita pasal menu dia. Hehe. Bias ke?? ahh lantaklah. Sebab kat situ memang semua akan panggil kita ajak ke kedai dorang. So kira rezeki lah yang mana pelanggan masuk. Kitorang ke kedai paling hujung sekali. Sebelah kapal2 nelayan. Masakan dia biasa je tapi view sunset kat situ Masya Allah amazing sangat.

Anak bujang makan sambil riuh bertanya itu ini pasal kapal. Husband pulak dok cerita tentang bintang2 yang menjadi panduan kapal bila belayar waktu malam. Sejujurnya, Dhuri rasa memang ini the most quality time kami bersama sepanjang trip ni. 

Santai-santai makan sambil menikmati pemandangan lautan yang terbentang luas dengan peralihan masa dari petang ke malam yang sungguh indah bersama insan2 tersayang......Allahuakbar, terima kasih Allah atas nikmat ini. 

Lepas dinner kitorang ke Pasar Filipine yang bersebelahan dengan Todak Waterfront tu. Saja jalan2 tengok apa yang boleh diborong untuk souvenir. Dhuri takde plan nak beli banyak sangat sebab tak ambil luggage pun. Husband pula pesan jangan beli makanan sebab masa di Kundasang kitorang ada beli beberapa kerepek untuk try tapi banyak yang tak mampu dihabiskan.


Akhirnyaa ini yang Dhuri borong. Keronsang Sabah!! Cantik2 semuanya. Beli banyak sebab ada kawan yang kirim jugak. Selebihnya memang untuk pakai sendiri dan hadiah pada keluarga dan kawan-kawan ofis. Dhuri pergi satu kedai je and terus borong sebab dah malam and memang rasa malas dah nak survey2. Anak2 pun dah mengantuk

Esoknya last day di Sabah. Kitorang bersantai je di hotel sambil tunggu checkout. Dhuri packing semua baju2 then lepas checkout kitorang ke airport dulu untuk simpan luggage. At first ada terfikir nak extend hotel sebab flight kitorang lambat lagi, malam. Tapi hotel charge full day. Kitorang request sampai pukul 3-4 pm macam tu je. And bila google rupanya kat airport ada sediakan perkhidmatan sewa locker. Harga pun okey. So simpan kat sana je lah. 


Lepas simpan luggage kitorang ambil grab ke Warung Bandung. Dhuri teringin ayam penyet. Sebab ayam penyet kat Borneo ni sedap dia lain macam tau. Tak sama macam kat KL. Masa pergi Sarawak dulu first time Dhuri makan sebab tu kat sini memang sengaja cari ayam penyet juga. 

Alhamdulillah memang sedap! Korang pun patut cuba k 






Lepas lunch kitorang kembali ke Pasar Filipine lagi untuk kembali memborong. Hehe. Semalam rasa tak cukup pula keronsang yang Dhuri beli. And kali ni nak survey and try kedai lain pula. Lagi murahhhh dari kedai semalam wehhhh. Sobss. Tapi takpe lah rezeki masing-masing kan. 


Dhuri suka set keronsang swarowski. Tapi sebab dah pokai malam tadi so tak boleh lah nak beli banyak sangat, Ishhh rugiii. Huhu

And finally kitorang dinner sekali lagi di Todak Waterfront. Kali ni pilih kedai lain pulak. Sama macam semalam, puas hati jugak dengan service. And kali ni sedap sikit dari semalam. Sotong butter salted telur masin dia Dhuri bagi A+. 

Apapun, surely akan rindu sangat dengan seafood sabah ni nanti. Murah and sedap!!!!! Kena rajin la kerja keras ye if nak repeat datang sini lagi. hehe. 




Dalam pukul 6 grab ke airport kitorang sampai. Tak lama pun tunggu. Sampai je airport terus ambil luggage and masuk untuk boarding sebab gate dah buka. Cumanya bila dah dekat time nak depart tu dorang bagitau flight delay sejam. Menunggu lah sekejap. Mujur tak lama sangat. 




Sampai di KL dalam pukul 12 tengah malam. Alhamdulillah. Trip 5 hari 5 malam finally comes to the end. Syukur atas rezeki masa dan kewangan yang Allah beri, berpeluang kitorang unlocked satu lagi negeri di Malaysia ni mencipta memori bersama anak-anak. 

In shaa Allah next year kita ke negeri lain pula. 

Dapat travel once a year pun dah okey sangat kan..


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!