Sunday 27 August 2023

Bakal Fly Lagi

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Lagi beberapa hari Dhuri akan fly ke Langkawi. This time bawa mak dengan adik bongsu Dhuri sekali. Excited sebab ni first time mak dengan adik Dhuri akan naik flight. All preparation semua dah completed. Tapi kannnn last week Dhuri checked in tickets and gues whatttttt?????

.

.

Seats kitorang berterabur weh!!! And Dhuri tak boleh nak tukar seat atau beli seat lain sebab flight penuh. My bad jugak lah kan sebab tak beli awal-awal masa beli tiket tapi yelahhh nak jimat punya pasal. Hewhewhew

First time juga sebenarnya Dhuri experienced flight penuh macam ni sampai nak tukar seat pun tak boleh. Tak sure lah sebab reschedule flight ke apa atau maybe juga sebab school holiday ramai orang nak pergi Langkawi. Tapi Air Asia pun tak agak-agak letak dua orang anak kitorang jauhhhh dari parents. Sigh


Since ni adalah first time mak dengan adik Dhuri naik flight Dhuri macam nak dorang duduk berdua and close to us. Tapi nampaknya tak boleh lah. Risau kalau mak panic je time nak take off tu. Sebab Dhuri sendiri paling risau dan seram sejuk time tu. Macam-macam doa ku baca. Huhu. My husband suggest untuk mak duduk berdua dengan kakak Bunga and dia dengan Aqeel ganti tempat mak dengan adik Dhuri. Dhuri pulak kena duduk jauh kat belakang dengan adik lelaki ku. Hopeflly takde apa yang mencemaskan. Naseb baik lah juga flight cuma 1 jam lebih je. 

Lepas ni if nak beli tiket air asia lagi kena consider la benda-benda ni. Or maybe boleh checked in lambat sikit ke. Sebab Dhuri perasan dorang macam penuhkan dulu seat biasa and lepas tu baru bagi hot seat. Sebab Dhuri tak rasa ramai yang nak beli hot seat. Since flight ni penuh so yang checked in lambat dapat hot seat. But all these are my guessed je lah. Mungkin betul mungkin tak. To be safe beli jelah siap2 kan..cuma dah jadi tak berapa jimat la. T__________T

Anyway, persiapan lain semua dah settle. Hotel dah bayar penuh. Kereta sewa pun dah bayar booking. Tinggal mengira hari saja lagi ni. Hopefully seats berterabur ni tak mencacatkan percutian kitorang. Mujur jugak seat waktu balik elok tersusun dekat2. Boleh pula ekk Air Asia????

Next time let's try check in awal. Dorang buka 14 hari sebelum hari penerbangan so 14 days before tu kita get ready. Walaupun system yang auto assigned. But kena try and error juga supaya if tekaan kita betul, boleh lah dijadikan strategy next time. 

So Langkawi.......tunggu kami datang!!!!


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!






Monday 7 August 2023

Long Services Award

Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Just want to share some pictures of me semasa Long Services UTAR Award Ceremony haritu. This year marked as tahun ke-11 Dhuri bersama UTAR. Syukur Alhamdulillah. Masih segar lagi dalam ingatan saat-saat Dhuri datang untuk interview dulu. Dengan naik motor. Dengan sesatnya. Masa tu belum ada waze lagi. So Dhuri akan study pasal jalan melalui google maps sehari sebelum pergi mana-mana. Memang survivor skill sangat lah tinggi waktu tu. Haha

Nervous sangat masa interview sebab boss Dhuri chinese. Sebelum tu Dhuri kerja kat company melayu. Tiba-tiba tukar angin ke universiti cina jadi nervous sikit lah. Walaupun lepas tu baru Dhuri tahu yang UTAR ni open to all races sebenarnya. Bukan chinese sahaja. Cuma staff waktu tu memang mostly chinese la. lepas 5-6 tahun Dhuri kerja baru start nampak ramai staff melayu masuk.

Interview and programming test masa tu semua okey. Lepas seminggu dapat email untuk ambil offer letter. Memang Dhuri sangat bersyukur sebab masa tu memang dah takde hati nak teruskan kerja kat company lama. And hijrah ni juga menemukan Dhuri dengan kawan-kawan yang sangat best. Environment yang fresh dengan boss dan colleague yang sangat supportive

Even though, after 10 years banyak yang dah berubah. Kawan-kawan pun dah ramai yang resign dan bersara awal, tapi pada Dhuri disini still tempat terbaik untuk Dhuri terus mencari nafkah. In shaa Allah hingga usia persaraan. 

Okey, enough membebel...jom tengok gambar

.

.

With current president, Ir. Prof. Dr. Ewe Hong Tat. Setakat ni Dhuri dah merasa kepimpinan dari 2 orang presidents.  


Ni pula gambar dari official photographer haritu. Hurmmm rasa tak sesueii pula baju ittuwwww. T____T


Antara menu lunch kitorang haritu. Agak sederhana sikit if nak compare dengan event Shaklee. T______T tapi apapun tetap disyukuri. Kenyang jugak. Bertambah tambah Dhuri makan. Siap repeat lagi ambil makanan vvip sebelum balik. Haha

.

.

Dear UTAR,

"These ten years have been so great and wonderful journey to me. Thank you and see you again for 20th anniversary"

:)



Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Thursday 3 August 2023

Camping Di Ulu Bendul

Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Sambungan dari entry mendaki di Gunung Angsi haritu, sebaik saja turun Dhuri dan husband terus ke Camp Site Ulu Bendul pula untuk aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam. Masa ni kaki dah start rasa sakit dan kebas. Mujur jugak khemah kami semua dah siap dipasang oleh team sports club UTAR. 

Lokasi dekat dengan khemah utama dan bawah lampu. Agak kurang privacy ye tapi orang dah tolong setupkan kira syukur je lah. Hehe. UTAR conquer hampir separuh kawasan lapang ni. Ramai jugak yang join camping ni walaupun tak ramai yang join hiking. Dan trip ni boleh bawa anak atau parents. So ramai juga yang bawa anak-anak dorang sekali. Dhuri dengan husband memang tinggalkan kakak bunga dengan Aqeel kat rumah mak sebab kitorang berdua nak hiking sekali. Nanti takde orang pula nak tengok kan anak-anak. Tapi husband dah janji next time kitorang akan datang untuk camping sekali lagi dengan anak-anak. Tak silap Dhuri sewa untuk tapak khemah cuma RM10 saja satu malam. Kena contact Pejabat Hutan Kuala Pilah untuk booking. 


Sebaik saja sampai kat khemah, team terus hulur lunch box. Dhuri masa ni takde selera nak makan sebab penat sangat. Rasa nak baring je tapi barang-barang dalam khemah belum setup lagi. Toto pun tak bentang lagi. Lepas dah siap kemas sikit-sikit baru Dhuri makan 

Settle lunch kitorang terus ke sungai. Tak mandi pun sebab air sejukkkkk sangat. Lagipun masa ni Dhuri dah start jalan seret kaki. Haha. So bukak kerusi lipat kitorang and duduk santai je sambil makan jajan. Then Dhuri siap-siap untuk solat zuhur pulak. Tak jamak sebab Dhuri dari Senawang je. 


Tempat mandi dia okey. Air laju. Selesa jugak. Cuma surau Dhuri tak jumpa tau kat sini. Dhuri solat kat Astaka. Sebab seingat Dhuri masa Dhuri camping kat sini zaman sekolah dulu kitorang memang solat jemaah ramai-ramai kat astaka ni je. 

Lepas solat sambung healing semula tepi sungai. Husband lepas solat terus masuk khemah untuk rehat. Tapi tak boleh tidur lama sebab panas. Petang tu dia keluar beli kipas portable. Dhuri selamber je tido dalam khemah panas-panas tu sebab kaki memang dah berat. Fikir nak rest je. Kat luar khemah memang tengah riuh berborak dan prep untuk BBQ malam nanti. 


Lepas Isya' kitorang start BBQ. Dhuri cuma bukak pintu khemah yang menghadap ke khemah utama tu je. Tak keluar pun. Husband je yang keluar ambik kan makanan. Sambil makan tu memang riuh lah bersembang dan menyanyi. Dorang ni siap buat unggun api sekali. Alat muzik macam gitar, rebana, seruling semua ada. Macam-macam lagu. Sebelah khemah kitorang je pulak tu. So join je lah sekali. 


Dalam pukul 11 macam tu Dhuri tutup khemah sebab dah ngantuk sangat. Husband dah lama terlena. Kat luar masih bising lagi dorang menyanyi tapi lagu dah tukar ketuhanan pulak. Hehe. 

Tapi kan nak tahu tak.....ada satu tragedy yang berlaku malam tu

.

.

Dhuri terjaga pukul 4 pagi sebab tengok khemah tak tutup. Cuma tutup net je. Dhuri nak bangun untuk tutup. Tiba-tiba dengar suara riuh sangat kat luar. Nampak api menyala-nyala kat luar khemah Dhuri and memang dekat sangat. Panik habis, Dhuri terus keluar dan lari sebab Dhuri takut terperangkap dalam khemah dan mati rentung dalam tu. Huhu. Serius tau memang ni lah yang Dhuri fikir masa tu. Sebab khemah tu kan kecik je. Mana ada tempat nak lari.

Yang husband pulak tengah tido. Dia tak perasan. Mujur sempat keluar sebab ada sorang ni jerit-jerit suruh keluar. Dhuri ingatkan dia sedar dan follow lari keluar rupanya dia sedap tido lagi. T_______T 

Memang kacau bilau time tu. Dhuri fikir memang dah terbakar habis dah satu khemah sebab api nya besar dan tak nak padam-padam pulak tu. Lepas dorang tutup dengan kain basah baru api tu padam. Masa ni nak tidur balik pun dah tak boleh lelap lagi dah. Tapi Dhuri tidur jugak lah. Haha

Ironi nya kan..sebelum Dhuri tidur malam tu Dhuri sempat berlawak dengan husband yang kalau malam ni terjadi kebakaran pun Dhuri tak kan lari sebab kaki dah sakit dan tak boleh angkat. Sekali jadi betul-betul pulak. Ampunkanku Ya Allah. 

Rupanya bila jadi betul-betul boleh je lari ye walau sakit macam mana pun. hehe



Pagi esok tu kitorang breakfast bihun dan ayam bakar BBQ malam tadi. Menu makanan kitorang sepanjang kat sini memang semua sedap-sedap. Plus Dhuri rasa rileks je sebab ada orang masak kan. hehe


Habis makan kitorang jalan-jalan sekejap kat sungai then packing untuk balik pulak. Kitorang balik awal sebab husband dah plan nak memancing pulak lepas tu. 

Walaupun sekejap tapi Dhuri rasa sangat seronok dan enjoy hiking dan camping dengan UTAR sports club ni. Pengalaman baru yang sangat menerujakan untuk Dhuri dan husband. Walaupun ada insiden kebakaran tu tapi bagi Dhuri it is part of sweet memory juga. In shaa Allah ada peluang dan rezeki lagi, kitorang akan join lagi next time. Cuma hiking tu mungkin tak lah. Tapi camping definitely yes. Hehe


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!







Wednesday 2 August 2023

Mendaki Gunung Angsi

Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Dhuri tak sabar nak update trip mendaki kami suami isteri weekend baru ni. Sementara kaki ku masih sakit-sakit lagi ni haaa baik tulis cepat. Tu tanda ingatan masih kuat tau. T_______T

Okey trip ni sebenarnya organize by one of the club kat UTAR ni. Sports club kalau tak silap Dhuri. Dhuri tak aware sangat sebab husband yang tiba-tiba tanya nak join tak hiking kat gunung angsi? Maybe sebab dia tengok lately wife dia minat sangat berhiking. So dia saja lah tanya. Trip hiking ni sekali dengan camping di Camp Site Ulu Bendul. Tanpa fikir panjang Dhuri terus cakap yes je la. Dan2 tu jugak beli khemah, lampu dengan kasut hiking. Dhuri dah ada kasut tapi takut tak proper. So beli yang betul-betul khas untuk mendaki punya. 

Sehari dua sebelum exact date kan Dhuri tiba-tiba macam risau pulak tau. Rasa nak back off pun ada. Bukan apa, takut badan tak betul-betul ready lagi. Sebab Dhuri pernah mendaki gunung angsi ni masa sekolah dulu. And Dhuri still ingat lagi betapa mencabarnya nak sampai ke puncak tu. Tu yang tiba-tiba seram sejuk tu. Tapi husband convinced kan banyak kali we can do this. So okey lah, let;s try. Tak cuba tak tahu kan...

Btw, nak ke puncak Gunung Angsi ni ada dua laluan. Laluan pertama ikut Ulu Bendul. Laluan kedua ikut Bukit Putus. Laluan Ulu Bendul lebih mencabar. Ambil masa 4 jam untuk naik dan 4 jam lagi untuk turun. Trek dia memang pacak saja. Dan laluan ni lah yang Dhuri ikut masa sekolah dulu. Banyak kenangan pahit manis masa mendaki umur 15 tahun ni dulu tau. Dhuri pernah tersesat sekejap sebab turun dari bukit tu sorang-sorang. Actually Dhuri naik pun sorang-sorang sebab bff Dhuri batalkan niat untuk daki lepas kitorang warm up. Dhuri pernah tergelongsor jatuh sebab trek yang licin and kasut pula pakai kasut kungfu penguin tu. Memang tak sesuai lah..tapi dah tu je yang ada. Bedal je lah pakai. Mujur takde kecederaan apa2. Tapi tragedy lah jugak sebab time Dhuri menggelonsor jatuh tu ada senior UPM yang ikut sekali gelongsor untuk selamatkan Dhuri. Dhuri sempat capai anak pokok dan berpusing 2-3 kali. Senior tu pula bila tengok Dhuri dah selamat dia rebahkan badan dia. Dhuri terhutang budi sangat dengan senior tu. Walaupun berbeza agama dan bangsa sebab dia chinese tapi kenangan ni Dhuri tetap akan ingat selamanya. 

Untuk ekspedisi dengan UTAR sports club ni kitorang ikut laluan Bukit Putus. Lebih landai. Cuma ambil masa 2 jam naik dan 1 jam setengah turun. Tapi untuk Dhuri dengan husband kitorang ambil masa 3 jam untuk naik dan 2 jam untuk turun. Haha. Jom Dhuri cerita kenapa

Kitorang start berkumpul di Bukit Putus pukul 8.30 pagi. Briefing dan warm up dulu sebelum naik dengan hiking guide kitorang En Hassan. Masa warm up ni korang kena buat betul-betul tau. Dhuri fokus pada pergelangan kaki dan betis. Tapi rupanya squat sangat penting sebab kita akan banyak guna otot peha untuk membongkok, naik dan turun. Bila buat tak betul, kesan nya jadi lah macam Dhuri, time naik okey..tapi time turun sakit giler peha. 


First-first lagi dah kena naik tangga tinggi ni tau tiga kali. Kat sini kalau korang dah semput tok sah lah teruskan. Sebab kat atas tu lagi mencabar. Haha



Lepas je tangga, trek dia memang terus mendaki. Dhuri rasa lebih kurang 40 minit jugak trek mendaki ni. Husband beberapa kali berhenti rehat sampai Dhuri pulak risau tengok dia. Sebelum naik tu bukan main eksyen dia cakap Dhuri tak perlu risau kalau tak larat dia boleh dukung Dhuri naik. Dah naik terus dia cakap kalau Dhuri tak larat Dhuri tinggal je lah situ sorang-sorang. Haha



Habis trek mendaki ni barulah landai. Masa ni tak guna banyak tenaga dah. Kitorang jalan pun slow-slow je. Boleh lah cium bau hutan yang fresh dan bunyi-bunyian unggas tu. Memang feeling habis. Dhuri personally tak rasa yang kita perlu naik dan turun laju-laju semata-mata nak cipta rekod terpantas ke apa. Pada Dhuri kalau kita buat dengan laju tak dapat lah nak menikmati dan mengagumi keindahan alam ciptaan Allah which is itu tujuan yang lebih utama sepatutnya. 

And that's why jugak kitorang antara team UTAR yang last sampai puncak. haha. (because of my ideology yang nak menikmati sangat tu. T________T)



Jangan tanya lah berapa kali kitorang berhenti untuk rehat sebab memang banyak kali. Siap dengan beg putus lagi. T_____T Dhuri bawa bekalan coklat untuk tenaga segera. Selain tu Dhuri bancuh performance drink lime with cinch tea jugak. Seeloknya bila mendaki ni kita tak minum air kosong biasa sebab takde mineral dan nutrien. Jadi better pilih air yang ada mineral dan ada gula sikit supaya tak hypo atau rasa nak pitam. Performance drink shaklee is the best!







And finally lepas pendakian yang panjang, dengan beberapa kali berhenti rehat kitorang akhirnya sampai ke puncak!! Second time for me and first time untuk husband.

Tapi Dhuri dengan husband sempat bergambar dan duduk sekejap je kat puncak. Tak sampai 10 minit pun sebab tiba-tiba hujan turun lebat. Masa kat atas tu memang perasan kabus tiba-tiba tebal. Yang Dhuri ni dok risaukan phone. Takut basah. Kitorang tak pakai beg waterproof atau bawa rain coat. Jadi memang terus decided untuk turun je semula walaupun Hassan bagi kitorang extra masa 10 minit lagi sebab baru je sampai kan.


Tebal sangat kabus. Lepas je ambil gambar ni terus hujan turun dengan selebat-lebatnya. 

Trek masa ni dah jadi agak licin. Masa turun ni husband dah semangat sikit. Dia jalan kat depan. Laju pulak tu. Hehe. Dhuri pula dah buka spek sebab memang tak nampak apa kalau dah kena air hujan tu. Luckily, di pertengahan tu hujan reda dan akhirnya berhenti. Tapi baju kitorang masa tu dah basah lencun la. Kasut pun dah habis berlumpur.  


Beberapa kali jugak berhenti masa turun ni untuk ambil gambar. Dhuri siap lakon kan semula babak 21 tahun lalu masa Dhuri menggelongsor jatuh dan berpusing 3 kali tu. Husband mampu geleng kepala je. Tahu dah dia bini dia kuat drama. Haha



Nak dekat nak sampai kitorang kembali semula ke trek yang pacak ni. Masa naik Dhuri tak rasa lenguh ke apa. Tapi masa turun terasa sakit kat peha dan lutut. Husband siap hampir krem lagi kakinya, Dhuri risau betul sebab dia ni kalau krem, bukan sekejap. Mau berhari hari. Siapa pulak nak tolak dia turun ke bawah kalau kaki dah krem nanti. Mujur tak lama tu okey balik. Bila nampak je tangga yang mula-mula kitorang naik tadi memang terus senyum lebar masing-masing sebab masa ni kaki dah berat. Kalau kena mendaki atau turun lagi rasanya memang kena panggil rescue dah. lol



And finally mission accomplished!


Lega sangat bila dah sampai bawah tu walaupun siksa sungguh nak turun tangga.  Nak jalan ke kereta pun terasa jauh. T______T

Personally Dhuri rasa hiking ni yang mencabar adalah part turun. Naik kita masih steady lagi walaupun melawan graviti sebab sebenarnya kita tak letak banyak beban pun pada kaki atau lutut. Dhuri masa sampai puncak siap boleh berlari lari lagi kat atas tu. Tapi masa turun memang siksa sebab kita guna lebih banyak otot peha, betis dan lutut untuk tampung berat badan supaya tak jatuh tergelincir. Dan kita pun akan banyak terhentak masa turun. Ni yang buat span-span kat lutut ni kalau tak kuat memang akan sakit lepas tu. Masa ni juga segala akar kayu, batu bila dipijak memang terus terasa sampai ke tapak kaki.

Sampai kat kereta kitorang tukar kasut and husband terus drive ke Camp Site Ulu Bendul pula untuk trip camping kitorang. Yang ni Dhuri sambung next entry k. Banyak kenangan tak diduga terjadi masa kitorang bercamping ni. Tungguuuu


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!