Wednesday 11 March 2020

Huha's Day Out 2020 ~~ IOI Mall Putrajaya

Assalammualaikum w.b.t

Haii korang!! Lamanya pendam entry berhuha dengan my bffs ni...So to cut the story short, Dhuri just tepek gambar je lah ye. Sebab aktivity hangout dengan my friends ni memang kitorang buat setiap tahun. And due to coronavirus kes yang tengah menggila sekarang and also sebab one of my friend yang tengah sarat so kitorang just ambik cuti sehari and lepak kat mall je


our meet up sebelum gerak ke ioi mall of cos lah kedai mamak MZ.. T__T


First place menunaikan hajat shiela untuk makan aiskrim magnum. 


 Pilihan kitorang



 Pelanggan pertama so syok lah bergambar.


Dah puas makan aisikrim and bersembang kitorang ke activity kedua which is activity wajib iaitu bowling!!!


Kali ni main 2 round and 2,2 nurul menang. Dhuri dengan shila bersaing untuk raja longkang. haha


Glamer tak nick name kitorang. Haha


Lepas bowling kitorang lunch kat K-Fry pulak. Kalini takde aktivity tengok wayang sebab takde movie yang best. Lagipun kitorang memang nak makan2 je satu hari. lol


Antara yang femes di K-Fry. Ayam cheese tu sedap cumanya pedasss. Kitorang terpilih yang pedas so nurul dengan shila je yang boleh makan lebih dari satu. Ayam goreng lemon tu pun sedap cuma Dhuri turn off sikit dengan bau lemon+minyak bijan ni so tak makan banyak jugak. Tapiiii nasi tuna yang bulat2 tu sedappp. Yang tu Dhuri makan banyak. Hehe


Zaira dengan Shila. Tak berapa cantik gambar sebab belakang gelap


Dhuri dengan nurul


Yang ni nasi special untuk zaira sebab dia tak makan cheese.


Ini nasi tuna yang Dhuri cakap sedap tu. Korang should try


Ayam cheese sebelum digaul. Kat K-Fry ni korang tak yah risau sebab staff dia yang akan buatkan untuk kita. Just tunggu and ambik gambar je. Hee


Sebenarnya dah kenyang sangattt tapi nak jugak merasa manggo bowl ice dia ni. 


And seriusly memang sedap gaiss. Tak rugi beli

Lepas lunch and solat kitorang pi shopping sekejap. Masuk few kedai yang rasa interested tapi takde beli apa sangat pun. Just nk kill masa je. And lepas tu.....


Back to makan-makan lagiiiii. Haha


Kali ni makan dim sum pulak.. Dolly dimsum kat ioi mall ni halal ye and sangatttlahhhh sedap!!


Dah tak ingat nama tapi semua sedap2. Kecuali harga je lah. A bit expensive.


Kitorang bertiga ni memang hantu dimsum. Semua order 2 dishes lepas tu sebu nak habisss. Haha


Yang ni quite famous and jadi signature kat mana2 dimsum pun cuma 3 ketul ni RM10. Korang rasa murah ke mahal?

Kitorang makan sampai pukul 5 and then terus kemas-kemas untuk balik. Tapiiiiii


Last kopek sebelum balik. Haha. Tapau starbuck dulu. Dhuri nak order macam yang kak cip pernah belanja haritu tapi tak tau nama. So order lah coklat cip kot yang ni and turn out to be salah. Takpelah next time try order yang lainn pulak..order sampai jumpa yang haritu. lol

5.30 kitorang gerak balik and sampai UTAR lebih kurang pukul 6. Ambik kereta and terus balik rumah. Alhamdulillah dapat jugak hang out dengan my girls. Sembang2 and makan2 selama satu hari. Kenyang melampau kitorang haritu. Haha


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??













Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!














Monday 24 February 2020

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalammualaikum w.b.t

Banyak sangat cerita sensasi yang terjadi kat Malaysia ni. Nak tulis pasal Huha day's out and trip ke Cameron pun tak sempat. Haha

So guyss, semalam Tun M dah pun letak jawatan yang mana membuatkan seluruh jawatan di kabinet juga terlucut. Pendek kata now Malaysia takde PM,TPM and ministers. Tapi Yang Dipertuan Agong dah perkenan untuk lantik Tun M sebagai perdana menteri interim (sementara)

Kita tunggu sajalah kabinet baru yang bakal dibentuk oleh Malaysia. I dont know, mungkin agong akan isytihar PRU atau agong akan lantik menteri dari kabinet yang dapat majoriti

Tapi pagi tadi dok main game teka meneka jugak lah dengan husband. Dhuri teka Hishamudidin will become our next PM while husband teka Tun M lagi sekali

so we will see....haha


Penat je turun mengundi haritu. Belum cukup sepenggal dah haru biru...lol

Updates: Tahniah Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia ke-8

Monday 10 February 2020

Balik Kampung Batu Pahat

Assalammualaikum w.b.t

Sebenarnya kitorang ni jarang sangat balik kampung husband kat Senggarang Batu Pahat ni. Kalau kampung Dhuri memang selalu. Setiap bulan balik. Kadang2 dua kali sebulan. Hehe. Sebab kampung Dhuri dekat je. Kat Jelebu je. Dua jam drive dah sampai. Tol pun dari Kajang sampai Senawang je. Kalau nak balik kampung husband kena rancang betul2 dulu, ambik cuti and sediakan fulus lebih sikit. Mujur jugak mak mertua selalu datang KL so hopefully not a big deal la..

Alkisahnya seminggu lepas cuti sekolah start mak mertua datang KL untuk ambik Kakak Bunga bawa balik kampung. Memang setiap kali cuti sekolah kakak Bunga akan balik BP. 



First day sampai lagi pak ude dengan mak ude dia dah bawak berjalan. And dua hari lepas tu its her birthday..



After 3 years tak celebrate kali ni dia celebrate dengan nenek. Happy dia dapat kek



Macam-macam hadiah dapat. Siap dapat basikal lagi



Pak ude belanja kek. Thanks Pak ude. Ibu dengan ayah memang jarang celebrate birthday anak. Takde alasan pun just memang tak celebrate je



After seminggu kakak Bunga kat sana, baru kitorang datang untuk jemput. Kebetulan balik BP tu terus ke rumah Yus sebab dia jemput adik dia kahwin



Dulu masa buat praktikal kat Batu Pahat dah pernah tidur satu malam kat rumah Yus ni. Memang pesen Dhuri bila berkawan tu suka kenal sampai keluarga. Tapi tu lah setiap manusia ni tak boleh lari dari kesilapan. Dek kerana termakan kata2 orang, hubungan persahabatan kitorang terputus. Mujur antara kami tak berdendam so hubungan yang terlerai tu dapat diperbaiki semula.


Thanks Yus sebab jemput. Hopefully lepas ni dapatlah merasa nasi minyak ko pulak. Hehe

Lepas habis kenduri kitorang ke pekan Rengit sebab nak jumpa our bff, Ana dengan Hairi. Tapi sebab dorang ada barang nak cari kat pasar second hand so kitorang jalan2 dulu kat pekan and lepak minum sambil tunggu. Masa tu memang malas nk turun sebab cuaca panas so tengok jelah suasana pasar tu dari dalam kereta


Antara barang yang dipamer


Kitorang lepak kat Daily Fresh. Kedai makan lain banyak yang tutup


Layan anak dara nak makan aiskrim


Aiskrim mangga tapi i dun like....


Lepas tu nak makan waffle pulak. Disebabkan dah seminggu tak jumpa so ibu dengan ayah layankan jelah..


Ayah dia aiskrim coklat. Yang ni sedap!


Macam biasa kalau balik BP tak sah kalau tak singgah rumah my sister. And macam biasa tak sah jugak kalau budak2 ni tak nangis time nak balik. T__T


Ni pun antara rutin kalau balik BP. Mesti singgah borong kerepek


Sebenarnya nak cari popia seewed sebab haritu masa raya dah pernah beli. Sedap giloss tapi sayang nya takde pulak...


Sehari sebelum balik bawa anak2 jalan tengok laut. Kampung husband ni memang ada laut tapi tak sesuai untuk mandi


So tengok je lah sambil hirup angin laut


Korang tahu tak tengok laut ni pun boleh dapat pahala. Apa2 ciptaan Allah yang kita tengok sambil memuji nama NYA pasti dibalas dengan ganjaran pahala :)



Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!