Assalammualaikum w.b.t
Haii korang!! Okey jom sambung hari kedua di Melaka pula. Pagi2 lagi dah turun breakfast dulu. Dhuri memang ambil hotel ni sebab provide breakfast. Dah lama tak merasa makanan hotel. lol
Anak bujang ku macam biasalah. Tak kuat makan pagi2. Dia nak makan bubur je. Bunga ambil cornflakes
Ibu dia penuh satu pinggan. T_____T
Dah settle breakfast, naik atas untuk kemas2 pulak. Packing semua barang, mandi dan bersiap. Settle semua, terus checkout
Perabot kat lobi hotel ni macam hiasan baba dan nyonya. So klasik. Cantik!
Lokasi pertama kami adalah Kota Bandaraya Melaka. Percaya tak, setiap kali datang Melaka kitorang tak pernah berhenti kat sini. Hanya lalu je. Selalunya jalan kat sini jammed sikit tapi kalau datang awal pagi masih okey.
Kali terakhir Dhuri jejak kota A Famosa ni adalah masa rombongan sekolah rendah dulu. lol
Ni dalam kota A Famosa bahagian bawah
Dhuri memang suka pergi tempat2 bersejarah. Sejenis peminat sejarah dari dulu. Dah puas merayau kat bawah, Kitorag naik ke atas pula. Masa ni Dhuri dengan anak2 and anak buah je. Husband cari parking and dia pun tak berminat nak naik ke atas. haha
Letih hoi naik ke atas ni. Mungkin 100 anak tangga ada. Tapi logik lah kan sebab tentera Belanda nak buat jadi kubu. Dari atas ni memang boleh nampak seluruh Kota Melaka
Dah sampai atas
Kat Atas ni kan ada satu ruang tu macam tempat tawanan tau. Siap dengan ruang bawah tanah, dikelilingi besi. Rugi pula Dhuri tak ambik gambar. Cuma ambil video je untuk letak kat ig. Bila tengok ruang tahanan tu Dhuri macam sebak sikit. Sebab boleh bayangkan keadaan tahanan dalam tu. Itulah bila negeri dijajah kan. Bukan saja kita hilang kebebasan, harta benda malah kehormatan juga
Fefeling pula sambil disapa angin laut China Selatan.
Penat meneroka, boleh duduk sekejap kat bangku luar ni.
Turun dari A Famosa, nampak banyak beca cantik2 teringin pula nak naik sebab tak pernah lagi naik beca
Abang beca tu baik hati tolong ambil kan gambar. Dari A Famosa ke Stadyust dia ambil upah RM25 sahaja. Kitorang berempat naik satu beca ni. Haha
Jangan risau, abang beca tu tak kayuh sangat pun. Beca dorang ni macam ada tambah mesin juga untuk bergerak sendiri.
Aqeel nak naik beca yang gambar spiderman. Tapi apakan daya, abang beca frozen ni je yang buat eye contact dengan Dhuri tanya nak naik tak masa kitorang termangu-mangu tepi jalan. T____T
Di hadapan I love Melaka
Gambar ni semuanya diambil oleh abang beca. Sayang husband takde, kalau tak boleh bergambar sekali.
Turun dari beca baru jumpa husband balik. Dia dok tunggu je kitorag habis round2. Decide untuk pergi makan big bowl of ice pula
Pilihan Dhuri kali ni
Pilihan husband
Pilihan kakak Bella
Dah settle makan maka jom la kita bergerak pulang. Kitorang ikut jalan dalam. Masa lalu kat Gemenceh, teringat pula kenangan ikut cik Mad dengan Cik Som balik kampung dulu. Dhuri ingat2 lupa jalan masuk ke rumah Cik Mad cuma ingat depan Sekolah Maahad Ahmadi tu je. Antara sekolah maahad yang femes kat Malaysia dulu. Lebih kurang pukul 4 kitorang sampai ke kampung Dhuri pula
Maka berakhirlah percutian 2 Hari 1 Malam kami di Melaka
Till then bye ~~
Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah
Nur Akma Binti Mohd Yusof
Atau nak lebih pantas??
Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!