Tuesday, 20 December 2022

Holiday Trip ke HatYai ~ Tips & Cost

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Sebelum cerita trip ke Hatyai ni basi,  betterlah Dhuri tulis dulu kat blog terchenta ni. Tunggu lama2 kang banyak pulak memori yang lost. Haha

So again, trip ni Dhuri plan dengan besties kesayanganku yang juga kaki jalan dan makan2 sama macam ai...lol

Sebenarnya since kitorang balik dari USS lagi dah plan nak ke Hatyai ni. Tapi biasalah bukan boleh terus pergi je. Kenalah mengumpul duit dulu..ahaks 

Dok tunggu duit cukup, covid pulak melanda. Maka terpostpone lah plan kitorang ni selama 2 tahun. Alhamdulillah awal bulan haritu dah boleh cross dah one of our bucket list. Trip ke hatyai ni memang tujuan utama kitorang adalah untuk makan2 je tau. Tapi nanti Dhuri akan share kenapa tujuan asal tu bukan lah utama sangat pun...hahahaa 


So jom sebelum i lost memory, Dhuri share dulu ringkasan itinerary dan cost kitorang sepanjang 3 hari kat sana. Bear in mind, ini adalah trip single ye. Jadi cost mostly adalah share 3 orang. 


1. Date

Sebelum apa2, kena lah fikir dan plan date dulu. Dhuri nak advise korang untuk cuba elak kan pergi hujung tahun. Sebab kita negara asia tenggara ni bila dah hujung2 tahun ni sokmo lah musim hujan. Banyak plan yang kena ubah nanti kalau hujan terlalu lebat. Macam kitorang mujur jugak sepanjang 3 hari tu hujan cuma gerimis kecuali time nak balik hujan lebat siap banjir lagi sampai jalan jadi jammed giler. T_____T

Tapi walaupun gerimis still tak best jugak lah bila nak jalan. Sebab baju dan kasut akan basah. Better pilih pertengahan tahun. Bulan 4 hingga 10 pada Dhuri adalah waktu yang okey. 


2. Passport

Ini lesen besar untuk korang  merentasi negara. Takde passport sayonara lah jawabnya. Since kitorang dah ada pasport, so jimatlah RM200 kat sini. Passport ni tak yah buat awal sangat pun takpe. 1-2 minggu nak pergi okey dah. Buat awal nanti cepat pulak expirednya. T______T


3. Hotel

Antara benda paling awal yang korang kena fikir dan booked pada Dhuri adalah hotel. Nak pilih hotel yang murah ke atau mahal.. Nak tengah2 bandar atau jauh sikit dari bandar..semua kena decide dulu. Sebab Hatyai ni famous. Rakyat Malaysia saja kalau weekend tu penuh satu keretapi ke Hatyai. Jadi kalau korang lambat booking, alamatnya gigit jari lah. Bilik semua penuh. 

Macam kitorang, lepas fikir dan ukur jarak guna google maps, lol

kitorang pilih untuk stay di V.L Hatyai Hotel. Betul2 di tengah bandar Hatyai. Cuma dia bukan di Lee Garden ye. Hotel kitorang ni berdepan dengan Kimyong market. Tapi kimyong market dengan Lee Garden tu walking distance je. So antara dua tempat ni mana-mana pun okey je. Bila pilih hotel kat Center ni korang boleh jimat duit grab atau tuktuk kalau nak pergi tempat yang kat center tu. And senang nak cari makanan halal jugak. Agak2 lapar tengah malam tu turun je lah bawah beli makanan. Hehe

Rate 1 malam di V.L Hatyai Hotel lebih kurang RM116. Untuk 2 hari, RM 232. Kitorang tambah satu katil jadi total untuk 3 hari 2 malam, RM347

Bilik luas, selesa, aircond pun kuat. Ada fridge tapi takde iron. Sila bawa iron sendiri atau beli je nanti iron compact yang sesuai untuk bawa travel kat kimyong market. Murah je dalam belas2 ringgit duit Malaysia kita. Owhh lagi satu bawa international plug juga k. Sebab plug kita dengan Thailand tak sama. 



4. Pengangkutan

Yang ni pun kena booking awal kalau korang ada plan nak guna ETS. Sebab tiket ETS ni laju sangat habis. Lagi2 yang timing cantik tu. Macam kitorang beli sebulan awal pun dapat seat paling hujung  sekali di coach paling last. Haha

Tiket balik terus tak dapat beli sebab tiket petang semua dah habis. Nak ambik pagi kitorang rasa macam rugi pulak sehari. So lastly kitorang decided untuk balik naik bas je. Ambik tiket petang 6.30pm. Lagi bagus pada Dhuri sebab time balik tu kita dah confirm akan bawa banyak barang. Nak turun naik ETS memang siksa..Sebab korang kena ambil van ke immigresen lepas tu turun and tukar van lain pulak. Dah sampai Padang Besar nak kena naik turun tangga lagi. Kalau korang sejenis kaki shopping tak hengat dunia macam Dhuri mau berterabur beg korang kat tangga Padang Besar tu nanti. Haha

Kitorang pilih bas dari Alisan Group. Tiket seorang cuma RM75 je. Bas besar, selesa dan ada selimut disediakan setiap sorang. Plug untuk charge phone pun ada. Dan bas akan pickup korang kat Hatyai lagi. Jadi hanya turun kat immigresen sahaja. And kalau korang lucky enough ambil bas malam macam kitorang, masa turun kat immigresen tu dorang hanya suruh bawa turun beg yang kita letak kat bawah je. Beg yang kita bawa naik ke atas tak payah. Memang seronok lah sebab kalau nak bawa turun semua beg mau putus jari ku sebab barang kitorang memang banyak gilerrr. lol



5. Cash

Untuk cash ni kan Dhuri advise korang untuk tukar lah seberapa maximum yang korang ada. Haha

Tak perlu letak separuh dalam debit card ke apa. Tukar je dalam bentuk cash and standby juga duit Malaysia beberapa ratus. In case duit tak cukup ke apa boleh tukar kat money changer sana. Rate tak banyak beza pun. Kitorang ni silap sebab ikut tips kat FB. Dhuri tukar RM 500 dapat  4000 baht dan simpan extra lagi 300 dalam bigpay dengan harapan bigpay tu boleh guna kat sana. Rupanya Hatyai belum maju sangat lagi. Banyak tempat kat sana still guna cash sahaja dan tak boleh guna kad. Kedai macam 7E dorang je yang boleh guna kad. So hari kedua lagi duit cash kitorang dah habis. Boleh bayang macam mana harunya kitorang kat sana?? Dah lah duit Malaysia pun bawak RM50 je. hahaha T______T

Korang boleh lah asingkan siap2 untuk makan, shopping dan grab kat sana. 

Untuk 3 hari Dhuri spent lebih kurang 2500 baht untuk makan.  3000 baht untuk shopping, dan 500 baht untuk grab. Ini lebih kurang lah ye. 



6. Itinerary

Plan siap2 tempat yang korang nak pergi. Walaupun orang kata alaaa hatyai sajo tapi hatyai pun banyak tempat best tau. Nak ikutkan 3 hari tu tak cukup tau. Belum tolak lagi masa yang terbuang sebab tunggu lama kat immigresen. And ada sesetengah tempat korang kena sampai awal pagi untuk elak kan perebutan kerusi....lol

Macam kitorang, Hatyai ni sebab misi untuk makan dan shopping saja maka takde lah kitorang pergi tempat2 tarikan tu. Jom Dhuri share itinerary kitorang 


               Day 1

- Perjalanan dari KL - Padang Besar (ETS) 

- Cop passport di Immigration Malaysia dan Thailand 

- Check in V.L Hatyai Hotel 

- Kaitod Meena, Kimyong Market. (Try lah pulut ayam famous kat sini)

- Khlonghae Floating Market (best untuk tengok culture dorang sambil ambil gambar dan record video banyak2. hehe)

- Khlonghae Seafood & BBQ (Paling berbaloi sebab bayar 299 baht je tapi puas makan segala jenis seafood)

- Body massage, Lee Garden Plaza. (Harga massage lebih kurang Malaysia. Standby lah 400-500 baht untuk full body)


               Day 2

- Dimsum Chabura (sila datang seawal 7 pagi kalau tak nak kena beratur lama)

- Hatyai Central Festival (ini tak payah pergi pun takpe. Macam ioi mall je kalau kat Malaysia ni. Better pergi greenway market ke lagi best pada Dhuri)

- Kaitod Decha (sotong telur masin dia sedap gilerrr. Kat sini korang kena standby cash banyak sikit sebab harga lebih kurang standard Malaysia)

- Kimyong market (kekacang kat sini murah. Selain kacang, buah, asam dan pakaian pun banyak jual)

- Asean Night Market (Lebih kurang padang besar kalau kat Malaysia. So sila sediakan duit cash yang banyakkkk. Haha

- Lee Garden Plaza (Plan asal kitorang lepas shopping di Asean Night Market kitorang nak dinner tomyam kelapa kat sini tapi disebabkan hujan maka plan itu terbantut. Sobs)


               Day 3

- Dimsum Chabura (Percayalah kalau korang pergi kat sini sekali je tak cukup. Kena pergi dua hari berturut. Haha. Pau salted egg dia sedapp gilerrrr. Must try hokeh. Tak tahu yang mana satu..? tanya je kat staff kedai tu. Kecek kelate dehh) lol

- Kimyong Market (shopping lagiii sebelum balik Malaysia)

- Hamid Restaurant (Pada Dhuri makanan dia biasa2 je. Tapi sebab halal dan located kat Lee Garden tu so makan je lah. Hiks)

- Packing (Sila praktis ilmu jurus yang kasi muat segala harta-harta shopping korang dalam satu beg. Haha)

- Checkout dan naik bas di Alisan Group, Hatyai 


Nampak macam trip santai-santai je kan. Tapi kitorang keluar subuh bukan balik senja lagi tau. Tapi balik tengah malam dah. T_____T 

Itupun still ada a few tempat jugak yang kitorang terlepas nak pergi sebab masa yang tak cukup. Macam Greenway Market and jalan2 cari dinner kat Lee Garden Plaza tu. Kawasan Lee Garden tu memang happening waktu malam and banyak street food halal yang sedap-sedap. Sayang nya tak dapat nak try. Maybe ni alasan untuk datang lagiii...???? T_______T

And nampak tak macam mana trip yang asalnya datang sebab utama nak makan-makan je tapi dah bertukar jadi kepada shopping sambil makan2?? haha

Anyway, nanti kalau rajin Dhuri akan tulis day per day entry. Tapi untuk korang yang nak pergi, just baca ni pun dah cukup untuk reference. Selamat Bercuti!!!!



Till then bye ~~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!