Haii korang!! Lepas entry open house RYG haritu, Dhuri rasa perlu jugak untuk share tentang sambutan raya kitorang kat blog terchenta ni. If tahun lepas kita raya terkejut, Ahamdulillah tahun ni hari raya jatuh tarikh yang dijangka. And tahun ni jugak Dhuri beraya bersama keluarga mertua di Senggarang, Johor untuk kali yang ke- errrrrr tak ingat. lol. Okey lah jom tengok gambar
Bersama mak mertua dan ipar duai. Husband Dhuri anak sulung jadi gelaran kitorang adalah paklong dan maklong. hehe
My small blessed family. Alhamdulillah. Tq Allah atas kurniaan dan pinjaman ini. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke syurga-NYA
Kebiasaannya bila raya di Senggarang, aktiviti kitorang lepas solat raya adalah bermaafan, bergambar dan makan. Selesai isi perut dengan juadah raya baru kitorang akan siap-siap untuk balik ke kampung arwah ayah mertua pula di Kota Tinggi. Ohhh btw, tahun ni adalah pertama kali Dhuri masak rendang daging di rumah mak mertua ye. Confident muncul selepas 9 tahun kahwin. Haha
Banyak gambar Aqeel dengan kakak Bunga sebab memang macam-macam aksi pun dorang berdua ni haritu. Gambar ni semua dekat rumah paklong husband je. Tahun ni kitorang sampai di Felda Taib Andak je sebab kebetulan semua adik beradik arwah ayah mertua dah berkumpul di sana.
Kitorang di Senggarang sampai raya ketiga. Petang lepas menghadiri open house di rumah bapa saudara mak mertua baru kitorang balik untuk beraya di Senawang pulak. First time tahun ni beraya di Senawang. So kitorang dah tak ikut jalan Segamat-Gemas lagi. Sebaliknya ikut PLUS tapi exit di Pedas-Linggi ikut jalan dalam. Jammed kat highway terlalu teruk. Dengan Aqeel nya nak buang air besar lagi. Adoiii haru sungguh
Tapi kan seperti tahun lepas, tahun ni pun still ada something juga yang berlaku. And again Dhuri terlepas untuk saksikan sebab Dhuri takde. Kejadian tu berlaku masa raya kedua. Kakak dengan adik-adik Dhuri je yang handle. Tak tahulah bila semua episod drama ni akan berakhir. Rasanya dari kitorang kecik setiap kali raya ada je lah drama. Pelakon je yang bertukar. Pasrahhh
Anyway, lantaklah. Dikesempatan ni Dhuri nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin :)
Till then bye ~~~
Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah
Nur Akma Binti Mohd Yusof
Atau nak lebih pantas??
Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!