Sunday, 12 January 2025

Penerbangan Pertama Dengan Scoot Airlines

 Assalammualaikum w.b.t


Setelah setahun cuti rehat dari fly mana-mana, tahun ni insya Allah Dhuri dan suami akan bercuti berdua ke Singapore, Bangkok dan Hat Yai. Fuhhh 3 tempat sekali cover ye. Hehe. Sebenarnya plan ni tak dirancang pun. Rancangan awalnya adalah untuk ke Hat Yai sahaja since husband teringin nak ke sana. Sejak Dhuri balik bercuti dari Hatyai dulu dia dah sebut-sebut. 

As usual sebelum ke mana-mana memang Dhuri lah yang akan buat research dan study perjalanan kitorang nanti. Awalnya nak naik ETS sahaja sampai ke Padang Besar. Follow itinerary time Dhuri pergi dulu. Tapi ntah kenapa rasa macam "tak kan nak pergi Hatyai je. Bosan nyaaa. Nak tengok tempat baru jugak" so itulah permulaan yang buat Dhuri tambah Bangkok sekali dalam itinerary. 

So plan bertukar untuk ke Bangkok dulu then baru Hatyai sebelum terus balik KL. Dhuri rasa lagi mudah macam tu. Tapi tunggu punya tunggu, takde pulak promotion dari Air Asia. Tiket ke Bangkok ni agak mahal jugak kalau takde promo. Boleh cecah rm300 lebih. Dhuri letak bajet Rm400 je untuk 2 orang one way. So check kat skyscanner pulak and terjumpa tiket ke Bangkok rm200 sorang one way tapi kena transit di Singapore dulu. Sebab scoot ni airlines tambang murah kepunyaan Singapore. So mostly kalau dari KL ni memang kena transit Changi Airport dulu lah. 

Fikir punya fikir Dhuri rasa okey jelah kot untuk beli. Since husband pun tak pernah lagi ke Singapore. Kiranya travel kitorang ni nanti lebih challenging dan cover dua tempat yang Dhuri pernah pergi tanpa husband. Kira settle la hutang Dhuri kat dia. Haha

Dhuri ambik transit 10 jam di Singapore nanti. Ada masa sikit untuk jalan-jalan keluar sekejap. Tapi nak pergi USS tu tak sempat lah. Dhuri plan untuk ke Pasar Geylang dan 1-2 tempat lain lagi kot. Selebihnya kita jalan-jalan kat airport je sebab Changi airport ni antara tempat yang banyak benda best tau. 

Ada 4 bulan lagi untuk buat persediaan. Dhuri sangat excited sebenarnya. Plus ni pengalaman pertama untuk terbang dengan airlines selain Air Asia. Semoga semuanya dipermudahkan nanti. Anak-anak pun dah bagi green light ibu ayah travel berdua asalkan cuti sekolah nanti bawa dorang mandi kolam. T________T

Insya Allah Dhuri cuba tunaikan permintaan anak-anak juga nanti. Rezeki yang ada pun untuk mereka juga. 

So let's count the days..........



Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!