Assalammualaikum w.b.t
Dhuri nak cerita pengalaman Dhuri dan husband transit di Singapore selama 10 jam sewaktu penerbangan KL - Bangkok baru-baru ni. Yang membuatkan boleh transit di Singapore ni sebab Dhuri pilih penerbangan bersama Scoot Airlines, sebuah syarikat penerbangan tambang murah Singapore. That's why kena transit kat Changi Airport dulu sebelum continue ke tempat lain. Actually KL - Bangkok 2 jam je kalau ambik direct flight tapi sebab nak merasa pengalaman transit, so kitorang buat lah kerja gila ni. Sambil tu boleh jalan-jalan kat Singapore sekali. Dhuri ada tulis pengalaman terbang bersama Scoot Airlines. Boleh baca ye.
Sebaik sahaja flight landing and kitorang keluar ke kawasan terminal tu terkagum sekejap tengok Changi airport yang cantik dan bersih. Ada dua kumpulan rombongan sekolah juga yang tengah buat lawatan. Satu tu dari sekolah tadika and satu lagi dari sekolah rendah. Nampak cute betul. Hehe
Sama je lah gaya pose ek. Hehe. Ni kat pintu masuk Jewel area tu. Airport Changi ni kalau pada Dhuri tak lah besar sangat. Besar lagi KLIA. Cuma dia menarik sebab ada tarikan Jewel tu. Dhuri tak sempat pulak belek pokok2 kat situ hidup betul ke tak. Sebab kitorang nak cepat keluar. Ada masa 5 jam saja untuk spend kat luar ni. So first thing first, kitorang cari loker dulu untuk simpan luggage tapi since harga loker sangat mahal so kitorang cancle. Proceed terus dengan plan untuk ke Pasar Geylang Serai cari breakfast.
Sebelum sampai kat sini Dhuri dah siap print map dan checkpoint2 penting untuk kitorang dari airport ke Pasar Geylang. Sebab kitorang tak beli simkad. Lagipun Dhuri rasa tak susah sangat. Tempat yang kitorang nak pergi ni laluan MRT jugak. Tapi lepas tu baru tahu susah sebenarnya nak cari kalau takde internet ni. Dari Changi airport ni boleh pilih untuk naik MRT atau bas ke Pasar Geylang. Tapi masalahnya nak keluar dari Jewel tu pun kitorang problem. Berpusing-pusing dalam tu. Ada sorang local ni try nak tolong tapi end up dia pun confused. Try tanya staff kat airport tu barulah macam jelas sikit arah yang kitorang kena tuju.

Walaupun dah ada map tapi tak mudah ye nak pergi kat starters tu. Sepatutnya kitorang ambik je roaming. Lagipun bukan mahal sangat. Rm12 je untuk 3 hari. Tapi tu lah lambat otak ni berfikir. Kalau korang pandai cari station bas kat area airport tu then boleh naik bas je turun kat Joo Chiat Cplx. Memang depan tu je Pasar Geylang. Tapi kalau dah berpusing pusing macam kitorang better naik je lah MRT. Sebab MRT senang je. Naik dari Terminal 2 turun kat Tanah Merah. Dari Tanah Merah ambik laluan Tuas Link dan turun kat Eunos. Cuma kat Eunos ni korang kena naik bas pulak untuk turun kat Joo Chiat Clpx. Boleh jalan kaki tapi macam jauh je pada Dhuri. Kena cari bas nombor 154. Kalau tak sure, masa turun kat Eunos tu boleh tanya kat makcik guard situ. Orang Singapore sangat baik2 ye semua yang kitorang jumpa. Sangat friendly and willing to help.


Selfie sendiri je la dalam bas. Masa ni tak terfikir pulak nak bergambar proper kat mana-mana sebab fikir Singapore je....transit je....Lepas tu menyesal sebab gambar kat Singapore tak banyak. Sedih, Sobs.
Dah turun kat Joo Chiat tu lintas ikut jejantas and terus lah masuk ke Pasar Geylang. Masa ni terasa macam shock sekejap. First sebab rasa macam kat pasar Pilah je. Tak tau kenapa, tapi feeling pekan Kuala Pilah tu kuat betul. lol
Secondly sebab mostly orang Singapore yang ada kat pasar Geylang tu warga tua. Dah sebaya dengan emak Dhuri. Cuma dorang kuat la. Boleh jalan-jalan naik MRT lagi. Tapi memang hampir semua yang kitorang jumpa adalah orang tua. Not sure orang muda dorang tengah bekerja atau Singapore memang kekurangan warga muda. Even bas station, laluan pejalan kaki, and beberapa tempat lain dorang memang dibina untuk mesra warga tua. Agak pelik jugak lah sebab kat Malaysia ni susah sikit nak nampak warga tua yang aktif turun naik bas lebih lagi kalau dah tak sihat. Tapi kat sana macam common je kita tengok orang tua dengan kerusi roda elektrik tu tengah shopping or beli makanan.
Tercapai juga hasrat Dhuri nak pergi Pasar Geylang Serai ni, pasar melayu yang masih wujud kat Singapore sampai sekarang. Terngiang ngiang lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee 'Tanjung Katong..airnya biru' masa kat sini sebab Geylang ni sebelah dengan Katong. Dhuri cuba imagine suasana kat sini tahun 50-60an dulu. Kampung-kampung dia, mesti sama je kan macam dalam filem2 lama. Especially filem Bujang lapok tu. Hehe
Sayang tanah melayu yang hanya tinggal nama.
Kat Pasar geylang ni Dhuri teringin nak cuba makanan padang yang viral kat sini. Ohh btw, kitorang masa ni tak tukar duit Singapore tau. Untuk naik MRT dan bas tu kitorang just guna kad wise je. Untuk beli makanan pun boleh scan je Alipay. Singapore and Malaysia bab ni memang maju ke depan.
Cuma sayangnya makanan kat sini tak sedap. Huhu. Nasi padang tu Dhuri tak ambik gambar pun. Yang kat atas ni makanan husband. Lupa dah dia order apa. Tapi kitorang beli dari kedai yang sama la. Dhuri tak nak lah sebut kedai apa tapi memang ramai yang beratur kat situ. Uncle penjual tu pun sangat ramah dan baik. Bila dia tengok Dhuri macam terkial sikit dia terus tahu Dhuri orang Malaysia. Ada iras rupa arwah Mat Sentul sikit uncle tu. Hospitality memang best cuma rasa makanan je jauh.
Kitorang kat Pasar Geylang ni sampai pukul 12. Terlajak sikit dari timing itinerary. Tapi Dhuri fikir still okey lagi kalau sampai airport lambat sikit. So kitorang teruskan perjalanan untuk ke Bedok pulak untuk tapau Wingstop. Nak makan masa kat airport nanti.
Kitorang turun balik ke bus stop tadi and naik semula bas nombor 154 sebab sebelum turun tadi husband dah check dengan driver kalau nak balik semula ke Eunos station macam mana. And driver bas tu bagitahu suruh tunggu semula kat situ. Once bas sampai kitorang pun naik. Dhuri masa ni dah letih sangat so beberapa kali jugak tertidur. Tapi pelik sebab kitorang tak sampai2 lagi ke Eunos station tu. Husband kata jauh sebab tunggu bas tu pusing so macam reda je lah. Cuma lepas 1 jam dalam bas tu Dhuri dah mula tak sedap hati. Dhuri paksa husband tanya driver betul ke bas ni akan ke Eunos station. And guess what bas tu tak pergi Eunos station ye!!!
Panik sekejap tau kitorang masa ni sebab jam pun dah hampir pukul 1 masa tu. Driver turunkan kitorang and suruh seberang jalan. Supposed masa kat Geylang tadi kitorang tak perlu opposite lagi dah. Tunggu je kat situ. Haih
Kembali menunggu bas. Masa ni cemas jugak takut terlambat sampai semula ke airport. Dari tempat yang kitorang salah tu untk sampai semula ke Eunos station ambil masa 1 jam. Dhuri expect kitorang akan sampai ke Eunos lebih kurang pukul 2. Dari Eunos ke Changi airport tu dekat je maybe 10-15 minit je. Tapi dah tak sempat la nak stop kat Bedok untuk makan Wingstop. Dengan kitorang yang takde internetnya. Satu hal pulak nanti kat Bedok tu nak merayau cari Wingstop. Silap haribulan tersesat lagi. Tak berani nak ambik risiko so terpaksa cancle makan Wingstop.
Pasrah jelah muka kan. Nak buat macam mana bila travel ni memang ada benda yang di luar expectation. Nak sedih sangat pun tak boleh. Semuanya ada hikmah. Insya Allah next time boleh je datang lagi.
Sepanjang perjalanan balik ke Eunos station ni Dhuri memang leka tengok view kat luar. Lagipun area tu bukan kawasan tourist. Boleh nampak rumah, sekolah, taman permainan dorang. Kiranya macam melihat Singapore dari pandangan local la. Apa yang Dhuri perhatikan Singapore ni bandar dia memang bersih, tersusun dan maju. Perumahan dorang banyak style apartment atau flat. Tapi bukan sebarang flat la sebab bersih dan terjaga. Kalau kat Malaysia ni flat boleh bersih dan cantik macam Singapore Dhuri pun tak kisah duduk flat. Huhu. Rumah double storey pun banyak and rapat ke jalan. Memang maximize betul tanah ye. Hehe. Dhuri rasa yang duduk double storey kat sini orang2 kaya je lah kot.
Dari Eunos station kitorang balik semula ke Tanah Merah dan terus ke Changi airport. Dah sampai Changi ni takde lah risau sangat. Tengok jam dah pukul 2.30 pm masa tu. So kitorang decided untuk ke Jewel sampai pukul 3 pm je and lepas tu dah kena back to Terminal 1 untuk next flight ke Bangkok pula.
Cantik sangat. Tak puas tengok sebenarnya tapi fikir masa kitorang suntuk so dengan berat hati terpaksa lah tinggalkan Jewel airport dan kembali ke Terminal 1. Tapi sadisnya apa tau, kitorang fikir gate dah buka la sebab boarding 5.10pm. Kan selalunya 3 jam sebelum boarding gate dah bukak. Tapi Changi airport ni pelik sikit. Dah 3.30 pm pun nombor flight kitorang masih tak keluar kat screen board.
Layan view dari Anjung tinjau sementara menunggu gate open. Hanya 1 jam sebelum boarding time barulah gate di buka. Masa ni memang buat pecutan lah sebab nak kejar untuk solat kat dalam, check imigresen dan ready kat gate. Alhamdulillah sempat.
By 5.50pm kapal selamat departure dari Changi airport menuju ke Suvarnabhumi airport. Dah tak sabar nak menjejakkan kaki ke bandaraya Bangkok pula. Adakah secantik dan semoden Kota Singa? Nantikan sambungan di next entry k. Trip kitorang bakal diteruskan untuk 4 hari, 4 malam lagi di bumi Thailand pula.
Till then bye ~~~
Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah
Nur Akma Binti Mohd Yusof
Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!