Hai As'mualaikum w.b.t
Nak cerita tentang percutian singkat saya dengan family ke Bukit Merah Laketown Resort baru2 ni. Sebenarnya dulu dah pernah pergi masa tahun 2011 sebab family day office lama. Jadi gambaran Bukit Merah tu dah ada dah dalam fikiran.
Bila hari jumaat tu tiba2 husband ajak pergi bercuti sebab nak bawak anak2 main air terus lah terfikir tentang pantai, laut dan themepark. Dan kami pilih Bukit Merah sebab boleh main air dan ada mini zoo. Aqeel sangat suka tengok burung. Dia suka binatang sebab tu kitorang rasa okeylahh pergi Bukit Merah walaupun jauh sikit 😄
So pagi sabtu tu kitorang gerak dari rumah lebih kurang pukul 9 jugak. Plan nya nak awal lagi pukul 6 tapi dah 2,2 terlajak bangun, kirim salam jelah 😅. 8 lebih baru kitorang keluar. Dengan tak sempat breakfast, saya bancuh esp je kami terus vrommm start enjin GERAK
Kakak Bunga dah pandai keluar sendiri dari car seat T__T
Rasanya sepanjang perjalanan cuma sekali je berhenti sebab isi minyak. Kami sampai Bukit Merah lebih kurang pukul 12 tengah hari. Terus check in hotel dan bagi budak kecik ni golek2 sekejap atas katil. Ikut hati memang dah tak sabar dah nak turun main air. Hehe. Ibu dia memang over 😄
Bilik hotel kami. Besar dan selesa. Tempah melalui agoda je
Bukan main seronok lagi dia ye. Ni first holiday Aqeel selain balik kampung. hee
Lepas selesai je zuhur terus saya paksa suami dan anak2 tukar baju. Kalau nak ikut golek2 ni memang sampai ke petang tak habis 😜
Swimming suit ni beli kat Mr D.I.Y je malam sebelum pergi. haha. Tapi comel pulak tengok Bunga pakai
Tiket masuk water themepark ni lebih kurang RM 100 untuk dua orang dewasa. The exact amount saya dah tak ingat. Boleh check kat official website dorang kat sini Bukit Merah
Orang pertama yang turun main air. Tempat cetek boleh lah. Bila dalam sikit mula lah terjerit jerit panggil ibu :p
Yang ni macam sungai. Boleh mandi jugak kat sini
Sebenarnya themepark dorang ni terbahagi pada dua. Untuk kanak2 dan dewasa. Tapi kami pergi kat bahagian kanak2 je
Kitorang main yang belah kiri je. Yang kanan tu mampu tengok je. sobs
Yang bahagian dewasa tu permainan dia lebih ekstrem. Saya tengok ada macam daki cendawan la, gelongsor pusing2 macam tornedo tu. Tunggu anak besar sikit kita datang lagi ye. Baru boleh try semua permainan. Insha Allah..hee
Kat sungai ni kami lepak lama sebab takde orang.
Dan misinya sebab nak bagi budak kecik sorang ni betul2 puas main air
Tengok lah skill dia berenang. Macam2 gaya ada
kitorang mandi manda sampai pukul 6 je sebab lepas tu dah gerimis. Sebelum balik bilik singgah sekejap beli makanan kat food court yang banyak ada sepanjang laluan ke themepark ni.
Ada satu gerai jual nasi ayam. Memang sedap. Siapa pergi sini, boleh cuba
Pemandangan tasik di Bukit Merah. Tenang je rasa
Malam nya pula kami keluar untuk dinner. Tak jauh pun. Betul2 lepas keluar pintu Bukit Merah Resort. Ada dua kedai tepi jalan. Kami pilih yang no 2 sebab tak ramai orang. Nak cepat makan dan cepat balik. Hee
Murah je makanan kat sini. Semua ni dalam 40 ringgit. Kitorang ambik ikan siakap, ayam goreng kunyit, tomyam campur, kangkung dan telur dadar
Ni kedai dia
Lepas makan terus balik hotel. Driver dah kepenatan. Esok ada aktiviti lain pulak
So untuk aktiviti esok, sambung kat sini Bercuti di Bukit Merah Laketown resort Day 2
Bye