Friday, 16 June 2017

Bercuti Di Bukit Merah Laketown Resort Part 2


As'mualaikum w.b.t


Pagi2 lagi kitorang dah turun breakfast dulu sebab harini plan nak pergi eco park dan terus balik KL. jadi haruslah isi perut bagi kenyang2 dulu kan. Best jugak sarapan kat cafe hotel ni sebab ada banyak pilihan. Saya suggest siapa yang pergi sini ambik jela package breakfast tu sekali. Sebab senang tak yah fikir lagi dah nak keluar breakfast kat mana

lagipun puas hati sebab ada makanan melayu macam nasi lemak, mihun, mee goreng dengan ayam rendang. Yang tak suka makan berat ada pilihan roti, omelete dengan kuih muih. Buah pun ada

Bunga breakfast cereal. Sooo orang puteh. Jangan ditanya kenapa dia makan sambil menangis. Pantang ayah bangun dia nak ikut. Tak dapat, nangis lah


Mintak maaf perut. Pagi2 lagi dah sumbat macam2. Hehe
Nasib baik ambik Herb Lax dan Lecithin kurang sikit rasa bersalah tu 

Lama jugak kitorang kat cafe ni. Maklum lah settlekan anak2 dulu lepas tu baru mak ayah dorang pulak nak makan. Waktu breakfast cafe ni sampai pukul 10 pagi kalau tak silap

Dah siap makan terus balik bilik semula. 

Berenti sekejap ambik gambar. Gigih mak dia pujuk suruh berdiri belakang ni 🌰

Cari di mana Bunga. hehe

Disebab kan ada masa lagi sebelum checkout jadi sampai je bilik terus tukar semula baju mandi dan turun mandi kolam pulak

Aqeel dari jauh dah jerit2 suka tengok air. Memang tak takut langsung dia

Kakak je kena orang pegang. Kalau terlepas dia boleh jerit satu kolam. haha


Pegang satu jari pun takpe asal pegang

Adik macam biasalah. Berani

Gaya macam ni pun boleh lah

Balik dari mandi manda semua terbaring keletihan

Time dorang tido ni kitorang pun terus lah laju2 packing dan masuk kan barang dalam kereta. Cukup 12.30 terus keluar untuk checkout dan serah kunci

Tapi kitorang tak balik lagi.

Pergi beli ticket untuk masuk Eco Park pulak. hehe

Tunggu husbandku beli tiket. Aqeel masa ni mamai lagi. Sekejap2 terlentok

Dah tak ingat tiket untuk 2 orang dewasa berapa. Rasanya 70 ke 100 kot. Yang untung nya siapa yang nak masuk Themepark masa ni ada diskaun 50%

Memang murah giler tiket. So siapa nak jimat boleh pergi hari ahad. Biasanya memang ada je promo untuk hari minggu ni

Tunjuk gambar ni kat abang ipar. Dia kaki pancing. Insha Allah ada rezeki boleh pi sini untuk memancing tapi tak tau lah ikan apa yang ada. haha

Nak masuk eco park ni jalan dia susur sebelah tasik tu. memang best kalau dapat lepak tepi tasik ni, Angin sepoi2 je. Teringat zaman dulu lepak tepi sungai kat sawah di kampung. lebih kurang macam ni lah suasana dia sambil borak2 dengan bestfriend. Zaman muda remaja. hehe

Yang ni Villa Kampung Air. Harga mahal sikit. Siapa yang nak rasa suasana rumah atas air boleh lah duduk sini. Dan dia agak jauh dari tempat Themepark semua tu. Kalau nak keluar atau masuk kena call van hotel untuk ambik

Haiwan pertama yang kami jumpa. Si merak yang sombong. haha. Takde lah. Dalam semua burung merak kat sini ada sekor je yang rajin kembangkan ekor tapi sayang nya ekor dorang dah tak lawa. Banyak yang dah carik


Rasanya saya tak pernah jumpa burung merak yang betul2 cantik ekor dia melainkan dalam buku cerita. Wujud ke burung merak yang pandai jaga ekor ni? hehe

Anak bandar yang tak pernah tengok itik

Sunburn teruk muka. memang gigih balik tu telan Vitamin C dan Vivix setiap hari. And memang pun, tak sampai seminggu, kulit back to normal balik. Sebab tu saya setia dengan Shaklee sebab tak pernah mengecewakan. hehe

Ok gambar ni agak menakutkan sikit. Sebenarnya tak perasan masa ambik tu. Dah ambik baru terkejut. haha

Takde show harini. Tempat ni dah agak suram sebenar nya. Masa saya pergi tahun 2011 dulu kawasan ni masih cantik dan meriah. Ada show burung kakak tua dan ular masa tu. Sekarang dah tak ramai yang masuk Eco Park ni. 

Masa kami pegi tu ada lah dalam 4,5 family je yang terserempak. 

Laluan dalam dia pun saya tengok kayu dia macam dah usang sangat. Jadi kena hati2 bila pijak takut reput dan cedera pulak

Yang ni dah tak ingat nama dia apa tapi Aqeel suka. Jangan mintak nak bela kat rumah tau dik. hehe

Tengok lah tu sampai nak masuk kandang arnab

So habis dah pusing satu eco park. Tak banyak pun haiwan dalam ni. Tapi okey la puas hati jugak sebab Aqeel dengan Bunga happy. Tapi kalau next time pergi lagi, rasanya tak masuk dah kot eco park ni. hehe

Sebelum balik kitorang makan dulu nasi ayam yang sedap kat sini. Beli keychain dan fridge magnet lepas tu masuk kereta dan terus balik. Anak2 pun memang tido je sepanjang perjalanan. Penat sangat kot. Tapi Alhamdulillah lah sebab boleh ibu sembang tanpa gangguan dengan ayah. Heee

Singgah kat RNR yang ada jambatan tu untuk beli buah sebab orang kata RNR ni femes. Lupa nama dia apa. Then takde singgah mana2 dah. Terus balik

Pukul 9 lebih sampai rumah. Esok tu Selangor masih cuti lagi so kami ada satu hari untuk rehat sebelum start kerja

So itu sajalah catatan percutian tak seberapa ni tapi cukup menyeronok kan sebab anak2 happy dan puas main air. Next tak tau lagi nak pi mana. Balik beraya johor la kot. Dah dekat nak raya ni. Hehe

Before tutup, Untuk siapa2 yang nak cari set kecantikan atau Vitamin untuk kulit bersih dan bebas jerawat boleh contact ye. Ada banyak promosi sempena Hari Raya ni

Nak buat sebagai hadiah pun boleh



Whatsapp je anytime untuk sebarang pertanyaan ye 

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

No comments:

Post a Comment