As'mualaikum w.b.t
Awal tahun haritu kitorang decide nak hantar Bunga ke tadika PASTI. Walaupun kalau ikutkan bulan 12 tahun lepas Bunga baru je celebrate birthday ke 3 tahun tapi kalau ikut tahun, dia dah 4 tahun 2018 ni. And mostly tadika start dengan umur 4 tahun
Tak dinafikan awal2 tu saya dengan Izwan memang bercanggah pendapat. Saya nak hantar Bunga tadika awal tapi Izwan pulak tak nak. Dia cakap anak dia kecik lagi. Tak puas lagi bermain. Kalau sekolah kena paksa belajar, etc, etc.... Something like that la ayat dia
Tapi of course la saya bangkang kan..haha
Tak semestinya bila kita hantar dia awal bermaksud kita sekat kebebasan dia untuk bermain. Tak bermaksud kita paksa dia belajar dan dapat straight As masa exam hujung tahun. Hantar sekolah awal sebab nak pupuk semangat sukakan ilmu pada dia sejak dari kecil. Nak bagi dia selesa bergaul dengan kawan2. Nak latih perasaan hormat pada cikgu dan bagi dia sesuaikan diri dengan disiplin ilmu dan sekolah
Kalau kat rumah memang susah nak ajar dia. Sebab nak ajar budak kecik ni kena ada ilmu dan skill jugak
Nak bagi dia concentrate dan faham apa yang kita ajar tu bukan senang. Lagipun umur 4 tahun sampai 8 tahun otak kanak-kanak berada pada kadar penyerapan paling tinggi. haha ayat skema. So apa saja yang kita ajar pada umur dia masa ni akan sangat mudah diserap. Dari bagi dia main je pagi sampai malam apa salah nya 4 jam untuk dia bermain sambil belajar kan. tak rugi pun. Malah sangat membantu untuk perkembangan dia.
So dipendek kan cerita, Izwan kalah dengan hujah2 bini dia. Haha
So dipendek kan cerita, Izwan kalah dengan hujah2 bini dia. Haha
So dua hari sebelum hujung tahun saya pergi PASTI yang dekat dengan area rumah kitorang untuk register Bunga. Naseb baik untuk umur 4 tahun ada lagi kosong. Memang last minit kitorang ni. Hehe
Bayaran pendaftarn PASTI murah je berbanding tadika lain macam little caliph, smart reader and so on. Cuma RM 685 termasuk transport untuk transit. Saya tak hantar sampai petang sebab adik dia dok rumah pengasuh. Jadi lepas sekolah biar la dia jumpa dan main dengan adik pulak. Lagipun PASTI dengan rumah pengasuh dekat je
Haa ko siap menguap lagi. T__T.
Masa testing baju. Sebab dia kecik comel je jadi baju saiz S pun besar kat dia. Balik tu saya alter baju dengan seluar, bagi pendek sikit
Hari first pergi sekolah. Excited pakai baju baru tapi sampai sekolah dia nangis. Sebab semua yang dalam kelas PASTI tu menangis 😄
Masa ni jugak saya dengan Izwan bergilir gilir intai bawah tingkap. Tak nampak pun dia tapi saja nak bagi sedap hati sikit sebab tak pernah hantar ke rumah pengasuh dia menangis. Kali ni totally a new experience utk Bunga dan mak ayah dia
Mula-mula semangat tapi masuk kelas nangis pulak. Maybe sebab dia rasa ditinggalkan. And kawan2 pun takde lagi yang dia kenal
Tapi Alhamdulillah makin lama makin okey. Dah boleh sesuaikan diri, berani dan seronok bila sebut sekolah. Tudung pun setiap hari mintak nak pakai. Alhamdulillah
Perasaan saya yang pada awalnya sedih jugak sebab tengok Bunga menangis tu mula hilang bila tengok dia happy. Setiap hari akan nampak benda baru yang dia belajar. Makin cekap susun ayat. Dah makin pandai berbual. Tak takut orang dan boleh pegang pensil dengan elok
Semua ni perubahan yang sangat positif.
Cikgu sendiri pun bagitahu yang umur 4 tahun ni dorang tak tekan kan sangat untuk belajar tapi lebih kepada rangsangan motor dia. Bagi dia pandai menggenggam, kenal warna, potty training, belajar mewarna, belajar berkawan, bersukan. Benda2 yang seorang ibu bekerja mungkin susah sikit nak ajar kat anak setiap hari so kat tadika lah dia belajar semua ni. Dan cikgu2 ni adalah orang yang terlatih dan ada skill untuk tarik minat budak2 untuk belajar. Dan saya happy jugak sebab pilih tadika PASTI sebab kalau ikut rank tadika kat Malaysia, PASTI antara yang terbaik. Lagipun basic tadika PASTI ni adalah agama which is kriteria penting yg saya tetapkan
Saya nak anak2 saya belajar kenal agama dan cintakan ayat2 Al-quran sejak kecik. Bila ilmu agama penuh di dada, belajar lah apa pun dia akan cepat tangkap. Terang hati
Itu apa yang saya percaya dan nak untuk anak saya
Sesekali saya ambik cuti dan jemput dia dari tadika untuk bawak lunch dan jalan2. Seronok dia bila tengok ibu jemput
Dan sejak dia dah start sekolah ni setiap hari tanpa miss saya akan suapkan dia OmegaGuard untuk otak dia aktif dan cepat tangkap apa yang cikgu ajar. Lagipun minggu pertama dengan kedua ni setiap hari mesti ada ibu bapa yang update anak2 tak dapat datang sekolah sebab tak sihat jadi saya takut jugak kalau Bunga berjangkit demam. Tapi so far Alhamdulillah Bunga kuat. Dalam OmegaGuard yang saya bagi ni ada Omega3, DHA dan EPA yang baik untuk otak dan jugak pertahanan badan dari penyakit
I've made a right choice by choosing OmegaGuard from Shaklee. Brand yang saya percaya dan terbukti keberkesanannya 👍
Semoga kakak Bunga membesar dengan sihat. Jadi anak yang solehah dan bijak pandai. Yang menyenangkan orang lain dan yang dihormati akan kerana akhlak dan ilmu nya
Itu doa ibu untuk kakak setiap hari
lots of love
Ibu
1. Boleh Whatsapp saya kat no ni +6013-2331510 (Penghantaran seluruh negara)
2. Atau kalau korang nak beli direct di branch berdekatan boleh guna id saya (ID: 1235793)
3. Kalau nak beli direct kat website guna credit card atau debit card pun boleh. Click je imej kat bawah ni
4. Kalau nak tengok produk supplement yang lain click kat sini (katalog Dhuri)
5. Kalau nak lebih penjimatan boleh la beli dengan harga ahli. Tapi kena register keahlian dulu tau. (Daftar ahli express)
6. Nak jadi pengedar sah dan jana income bersama Shaklee pun boleh. Join Dhuri di Pursuericious dan RYG untuk panduan berniaga from A to Z. Kami ada banyak sangat kelas online dan offline dengan masa yang fleksible utuk membantu anda 😊
Macam biasa kalau korang nak order supplement shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah
Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious
Atau nak lebih pantas??
Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!
No comments:
Post a Comment