Thursday 15 February 2018

Offline Coaching di Sakura Kristal Melawati

Assalammualaikum w.b.t

Korang dah cuti raya ke?? Dhuri belum lagi 😆
Esok baru gerak balik Batu Pahat. Kitorang cuti sampai hari isnin. Dah tak sabar nak balik ni sebab Dhuri suka giler makanan kat sana. Macam2 ado, paling best of cos ayam ungkep masakan my sister yang tak pernah tak sedap and husband kata nak bawak makan mee racun. Kita tengok kan dia bawak ke tak sebab tahun ni dah tahun ke-5 dia berjanji 😂

And sebab cuti lambat so malam tadi sempat menghadirkan diri dalam coaching kedua projek Codi RYG. Kali ni memang lebih best sebab Kak Cip ajar ilmu leadership dari Ibu Hanim, penasihat lebih 20 tahun Petronas

Bayangkan betapa berharganya ilmu ni wehhhh. Rugi lah kalau Dhuri tak pegi belajar kan sebab bukan senang nak dapat. Orang yang dah bangunkan Petronas sehingga dikenali di mata dunia mesti ilmu dan pengalaman dia mencurah-curah bagai air sungai selepas hujan punyaaaa (apa ke teruk sangat perumpamaan 😝)

Nak kembangkan bisness, skill leadership ni WAJIB dituntut!! Kalau tak, keras kejung la berniaga sorang2 😆

Time sakit ke bercuti ke.. pun kena pulun buat sorang2. Ai tak nak sebab tu nak kembangkan cepat2 supaya boleh capai 'autopilot' bisness awal. Meaning that walaupun kita takde kat situ tapi bisness kita tetap on. Kita dah train orang lain untuk berniaga sama macam kita dan dia jugak dah berkembang membentuk legasi dia sendiri. (independent la lebih kurang) 


So malam tadi berempat la kitorang meredah jem ke Melawati tu. Dah start cuti Chinese New Year kan orang pantai timur ramai yang dah balik kampung awal. Tapi jem ke roti ke tu semua tak jadi halangan, no pain no gain right....Kalau nak pegi belajar pun banyak sangat alasan, itu susah, ini tak boleh memang confirm la susah sampai bila2. Haha sorry teremo pulakkkk 😂



But first, ni lah barisan yang hadir semalam. Dhuri duduk sebelah pemegang income 5 angka weh dalam Shaklee. Ketar lutut ai, haha. Tapi best lah sebab sempat korek tips. Ku memang suka bergaul dgn org hebat ni. Meresap aura dorang dalam jiwa





Anak bisness Dhuri tha pun ada jugak semalam. Insha Allah kitorang bakal codi bersama 💪




Terima kasih Kak Cip belanja makan. Sedap giler spageti carbonara ni. Dhuri bagi 5 *****

Dah puas makan, jom start belajar 😄







Semalam kitorang mengenal karakter seseorang melalui warna otak (brain color)


Ada 4 jenis warna:
Hijau - Jenis yang redah je dan berani ambik risiko tanpa fikir panjang
Purple - Everything kena bersistem
Merah - Semua kena detail baru dia faham
Biru - Emotional lebih
Setiap ni ada traits tersendiri.

Walaupun kita rasa kita ada semua color (macam Dhuri la rasa semua macam warna aku...😅) tapi sebenarnya akan ada satu warna dominan yang conquer kita lebih


Mesti korang pelik kan kenapa seorang leader kena belajar dan faham benda ni...

Warna otak ni tak menentukan kejayaan seseorang tapi ia penting untuk seorang leader kenal dan faham downlines, dropshipper dan teammates dia. Untuk jadikan dia seorang leader yang lebih baik, mampu memberi tunjuk ajar pada ahli team dia dan seterusnya kembangkan lagi bisness dia

Contohnya let say Dhuri otak green (contoh je bukan betul 😃) bila berhadapan dengan downlines yang otak biru Dhuri tak boleh la ajar dia dengan cara otak green sebab dia tak boleh nak ikut. Kena masuk kan emosi sebab otak biru adalah orang yang emosi dia lebih dari logik

Nak ajar dia tak boleh dengan cara tegas sangat, kena cakap lembut2 pusing sana sini dulu, layan dulu luahan perasaan dia baru kita ajar dan benda tu masuk dengan dia

Macam otak hijau, kita tak payah ajar sangat pun dia dah boleh buat sebab dia style redah. Salah ke betul ke dia akan buat je so kita kena selalu tengok supaya dia tak tersasar

Eh pening jugak Dhuri nak explain benda ni 😅

Tapi sekarang Dhuri faham lah kenapa ada downlines yang ku tak payah ajar pun dia dah boleh buat sendiri. Independent
Ada yang kena belai2 emosi dia dulu baru kita tunjuk dia boleh ikut
Ada yang kena tunjuk detail setiap satu dari system, proses,logik kenapa kita buat benda tu sebab dia tak boleh buat selagi dia tak nampak
Dan ada jugak yang jenis skema yang asik fikir, fikir dan fikir sampai benda yang tak patut dia fikir pun dia fikir jugak dulu sebelum dia buat. Jenis yang takut nak buat keputusan sendiri. Kena orang guide dia sentiasa

Anyway korang rasa Dhuri warna apa? hahahaha

And lepas mengenal warna otak, kitorang belajar kenal karakter pulak macam gambar kat bawah ni

Kenal karakter ni untuk kita tekan 'push factor' dia. Ada orang dia berniaga sebab dia nak bagi value pada orang lain, maybe mak ayah atau anak2 dia. Tapi ada orang pulak dia takde values pada orang lain ni jadi kalau kita cakap "awak buat ni awak boleh tolong mak ayah awak" tak jalan kat dia. Sebab mungkin dia buat untuk kepuasan diri dia. Nak beli barang branded ke atau sebab dia suka holiday jadi dia berniaga sebab nak kumpul duit untuk jalan2 seluruh dunia

Bila kita tekan 'button' yang salah ni yang buat downlines atau dropshiper kita krik-krik 😅

So now i know......

And semalam jugak baru Dhuri tahu yang ku ni jenis susah nak dengar arahan orang dan suka dipuji bila dapat buat sesuatu. Haha betul sangat! Patut lah kalau husband suruh susah sikit nak buat tapi kalau dia puji2 dulu terus laju je ku buat....Bocor dah rahsiaaaaaaaaa 😃

So basically tu je yang sempat kitorang belajar semalam tapi Masya'Allah sangat bermanfaat dan berguna bukan saja untuk bisness tapi jugak untuk kehidupan, kerja, dan hubungan sesama manusia

And thanks to husband sebab sanggup tunggu dengan anak2 sampai Dhuri habis coaching. Jasamu ku kenang. Muahhh cikitttt

Okey lah... Till then ~~

Seperti biasa kalau korang nak shopping supplement Shaklee boleh PM atau Wassap Dhuri. Bulan ni promo Collagen dan Vitamin C. Harga sangat murah dan berbaloi-baloi

Jom tengok testimoni pengguna tegar Collagen Shaklee ni dulu


Taraaaaa. Diriku sendiri lah testimoninya hehe. Best tau consume collagen ni sebab kulit jadi anjal dan tegang. Pori kat muka pun makin kecik compare dengan dulu


Sikit hari lagi sama lah kulit muka Dhuri dengan kulit baby 😄 Kulit baby kan anjal toink-toink sebab collagen dorang banyak lagi. Kita yang dah tua ni sedar2 la diri topup kalau tak nak pipi jatuh gelebeh 😆



My favourito collagen ever !!!

Kalau korang nak beli boleh:

1. Boleh Whatsapp Dhuri kat no ni +6013-2331510 (Penghantaran seluruh negara)


2. Atau kalau korang nak beli direct di branch berdekatan boleh guna id Dhuri (ID: 1235793)


3. Kalau nak beli direct kat website guna credit card atau debit card pun boleh. Click je imej kat bawah ni




4. Kalau nak tengok produk supplement yang lain click kat sini (katalog Dhuri)

5. Kalau nak lebih penjimatan boleh la beli dengan harga ahli. Tapi kena register keahlian dulu tau. (Daftar ahli express)

6. Nak jadi pengedar sah dan jana income bersama Shaklee pun boleh. Join Dhuri di Pursuericious dan RYG untuk panduan berniaga from A to Z. Kami ada banyak sangat kelas online dan offline dengan masa yang fleksible utuk membantu anda 😊


Macam biasa kalau korang nak order supplement shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!




No comments:

Post a Comment