Monday 16 April 2018

Master Celebration (MASCEL) RYG

Assalammualaikum Korang

Dah lama peram cerita ni sampaikan sikit lagi nak basi. Haha
Tahun lepas RYG ada satu event yang sangat gilang gemilang yang dianjurkan sepenuhnya oleh Shaklee. Kiranya Shaklee buat event ni khusus untuk meraikan master kami dalam RYG. Ini memang satu penghormatan daripada Shaklee sebab berjaya sampai ke rank Master Coordinator

Nak sampai ke rank ni bukan mudah. Banyak pengorbanan dan usaha yang diperlukan. Syukur Alhamdulillah jugak sebab kami anak2 RYG turut diraikan bersama master kami, Merasa lah naik pentas terima sijil penghargaan. Hehehe

Eh cakap banyak pun tak guna. Jom layan gambarrrrr


Ketibaan Master kami yang sangat disayangi. Master Hasifah (Kak Cip) dan Master Syaheera (Jura) bersama suami masing-masing. Sebelum dorang masuk ke karpet merah ada persembahan pembukaan yang happening dan awesome gilerrr



Master kami yang diraikan. Kak Cip dan suami. Kak Cip kata Shaklee sediakan bilik hotel percuma untuk mereka sempena celebration ni. Bertuah sungguh. Cantik giler kot suite kat Hotel Istana


Master Syaheera dan suami. Master Syeera ni anak RYG pertama yang capai rank Master Coordinator. Setahun selepas Kak Cip rank up. Ex pharmacist kerajaan sebab resign dan buka farmasi sendiri guna modal dari bonus Shaklee sepenuhnya. Sekarang ni Master Syeera dan suami (seorang doktor) sama2 usahakan farmasi dan bisness Shaklee. Owhh tapi husband Msster Syeera masih kerja lagi.


Ucapan pembukaan daripada Presiden Shaklee Malaysia. Ms Helen Lam. Dhuri kagum sangat dengan Ms Helen ni sebab dia seorang yang mesra dan friendly. walaupun dia presiden tapi selambe je tegur dan makan semeja dengan kita. 


Close up sikit muka Ms Helen. Mana tau terjumpa kat mana2 boleh bertegur sapa. Hehe


Sesi pengenalan produk baru iaitu COQ-Trol daripada nutritionist Shaklee, Puan Sarah. Shaklee memang sediakan nutritionist yang bertauliah untuk mengajar supplement dan produk pada kami. Nutritionist ni adalah orang yang pakar tentang pemakanan dan zat untuk badan. Bukan pakar penyakit tau tapi pakar pemakanan. Ada beza tu


Lepas tu Ms Helen naik lagi. Masa ni dia cerita antara kejayaan dan sumbangan Shaklee pada dunia. Antaranya adalah menyediakan set supplement khas untuk angkasawan NASA yang dinamakan sebagai Astro-Ade. Bermula pada tahun 1993 hingga lah sekarang. Yang ni adalah permintaan khas daripada NASA sendiri kepada Shaklee bukan Shaklee yang gatai nak pi sponsor tau. Hehe


Ucapan daripada super duper upline RYG atau lebih tepat upline Kak Cip dan upline kami semua dalam RYG. Dari kiri adalah Master Iffah Anuar, Master Nor Fahana dan Master Farihah. Cantik-cantik semuanya master kami walaupun dalam pakaian yang sopan dan tak bermekap sangat



Kalau korang nak tau Master Iffah ni adalah ex staff Petronas dan dia jugak adalah pengidap penyakit LUPUS. Tapi walaupun dalam keadaan kesihatan dia yang tak menentu Master Iffah masih mampu bina bisness Shaklee hingga jadi antara yang terkuat di Malaysia ni. Korang teka berapa bonus dia sebulan? Hehe. Dhuri tak boleh bagi exact amount tapi Dhuri bagi hint 6 angka



Master Farihah atau kitorang panggil dia maktok boss. hehe. Bekas seorang guru dan suami dia ustaz. Orang biasa je pada asalnya. Buat bisness Shaklee ni asbab menyusu pada waktu tu. Beli supplement Shaklee, jatuh cinta dan berniaga. Kalau dengar Master Farihah cakap memang kuat lagi aura cikgu dia tu walaupun dah lama resign. Orang kaya Kodiang ni. Bonus sebulan pun 6 angka jugak



Kisah Master Fahana ni pernah viral sebab dia ada share kisah dia selesaikan hutang suami hampir setengah juta. Dulu Master Fahana kerja kerajaan dan suami dia seorang ustaz ajar orang mengaji dengan income beberapa ratus je sebulan. Hidup susah sangat jadi dorang husband and wife buat macam2 bisness untuk tambah income. Masa ni lah husband dia terjebak dalam loan dan jugak hutang orang hingga akhirnya mencecah setengah juta. Naseb baik Master Fahana jumpa bisness Shaklee asbab menyusu jugak dan terus berniaga hingga dalam masa beberapa tahun hutang setengah juta tu semua dah langsai. Sekarang ni Master Fahana dan suami tengah bina sebuah wisma yang bakal jadi tempat ramai orang islam belajar dan menuntut ilmu agama. Dhuri dah tengok design 3d wisma tu memang sangat cantik gilerrrr. Senibina islamic dan moden



Penyampaian sijil untuk rank Supervisor. Salah sorang team leader Dhuri ada kat atas stage. Thalitha dan suami





Dhuri dengan husband untuk recognition Senior Supervisor. Nampak tak formal sungguh baju kami ituuuu



Ucapan daripada Kak Cip dan suami.


Ucapan dari Master Syaheera dan suami


Kalau ada yang perasan muka Master Is ni macam familiar je kann. Hehe. Sebab Master Is ni director dan ada jugak few drama yang dia berlakon antaranya Kalau Hati Ini Rama-Rama dan filem Stupid Boss dengan Bunga Citra Lestari (tapi bukan watak utama la. hehe)


Barisan Key Coordinator dalam RYG


Barisan Senior Key Coordinator. Satu rank sahaja lagi untuk Master Coordinator


Sijil dan kalungan bunga untuk master kami yang diraikan


Sijil dan kalungan bunga untuk master Syeera dan suami


Kemuncak event



Acara potong kek

Masa ni mak dan ayah Master boleh naik atas stage dan potong kek sama-sama


Penutup event macam biasalah kami bergambar sama-sama. Penuh dewan dengan pinkish merata-rata. hehe


Eh tapi kan.............................................

Tak best la kalau tak selit gambar Dhuri sekali. Ai kan ratu selfie. hehe

.
.
.
.
.


Terima kasih mak dengan abah sebab sudi datang. Abah dari dulu memang suka tengok Dhuri naik pentas. Hehe, semoga satu hari nanti boleh hadiahkan abah dengan event Master Coordinator Dhuri sendiri. Aminn


Anak manja mak memang pesen macam ni


Dari satu kelas, satu rumah membawa la kepada satu bisness yang sama. Thanks ana dengan Hairie sebab sudi datang


Geng Pursuericious yang hadir. Dorang ni semua downline dan jugak kawan Dhuri since UiTM lagi. Tahniah Aju sebab balik MASCEL terus memecut rank up Supervisor



Haha. Kenapa ambik gambar camtu kakak


Aqeel dah dapat biskut memang tak kisah benda lain dah. hehe. tapi serius makanan yang Hotel Istana sediakan untuk event ni semuanya sedap gilerrr


My appearance for the day


Last minit beli Hokehhh


Satu set pin & reben Senior Supervisor untuk Dhuri dengan husband


Last kopek sebelum balik. Bergambar dengan Mster kesayangan kami. Tahniah kak Cip

Okey lah. Till then bye ~~~



Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!



No comments:

Post a Comment