Thursday 21 March 2019

Tempat Menarik di Melaka (Trip Day 2~~)

Assalammualaikum w.b.t


Lama giler nak continue trip Melaka day 2 ni. Haha. Sorry lah lately Dhuri busy sikit. Kat ofis sekarang ni ramai pulak yang resign so kena take over kerja orang, dengan projek baru, etc, etc.....
Tapi seronok jugak buat projek dengan vendor yang baru ni sebab dorang ajar balik basic programming yang dah 7 tahun Dhuri tinggalkan. Plus dorang pun sangat helpful dan cakap baik2 je bila mengajar. Sepanjang Dhuri kerja kat UTAR ni memang ramai sangat jumpa orang baik2 yang ikhlas dalam mengajar. Tu jugak lah yang buat Dhuri susah nak tinggalkan tempat ni. Walaupun mungkin tempat lain offer gaji lebih tinggi tapi environment macam kat Utar ni susah nak dapat kat tempat lain. Kawan2 yang sehati sejiwa pun ramai.

Okeylah back to the topik. Since trip ni trip dengan family in laws and adik ipar Dhuri dah arrange tempat2 yang kitorang nak pergi, so Dhuri dengan husband just follow jelah. Nak baca trip kitorang day 1 boleh click link kat atas k

Pagi hari kedua tu aktiviti pertama adalah turun breakfast. Since kitorang dapat 5 free breakfast so Dhuri turun dengan adik2 ipar dan mak mertua. Husband dengan suami adik ipar dorang breakfast kat luar


Banyak jugak pilihan makanan untuk breakfast kat hotel The Wave Melaka ni. Tapi sebab Dhuri dah jarang makan berat time breakfast so just ambik roti jala dengan ayam goreng je. Untuk anak2 coco crunch dengan honey star

Lepas dah settel breakfast bawak anak2 turun mandi kolam pulak. Tapi sejuk giler wehhh air kolam dia. Maybe sebab kat tingkat 4 and sebelah laut pulak. So angin dia sangat kuat. Duduk kat tepi pun dah terbang2 dah tudung


Insha Allah rumah kitorang kat Cyberjaya nanti pun style macam ni jugak. Kolam renang and gym kat tingkat 4. Tu pun tak tau lah mampu ke tidak nak turun mandi tu. Maybe kena turun tengah hari kot baru tak sejuk. Hehe

Dah siap bermandi manda, kitorang naik atas, packing and check out. Nak gerak ke Banda Hilir pulak. Tapi sebelum tu
.
.
.

Singgah pekena asam pedas pokok besar yang famous kat Jalan Laksamana dulu


Makan dengan nasi panas, ulam, sambal, dan telur masin memang terangkat wehhh. sampai habis kuah dia Dhuri hirup

So korang kalau pergi Melaka boleh lah singgah kat Restoran asam pedas pokok besar ni k. Dia tepi jalan je. senang nak cari cuma parking kalau korang datang ngam2 lunch hour tu jenuh jugak lah nak pusing. Kitorang naseb baik datang awal so dapat park tak jauh dari depan kedai

Disebabkan dah masuk waktu zuhur so lokasi kedua kitorang adalah Masjid Selat Melaka. Masjid ni unik sebab terletak betul2 tepi laut. Tenang dan damai sangat. Angin laut pun kuat


 Masjid ni jugak dibuka untuk pelancong masuk dan meneroka kawasan masjid


Ini kat belakang kat area tempat solat wanita. Betul2 tepi laut


Awat tembam sangat muka time ni. Hehe

Kitorang kat Masjid Selat ni lebih kurang sejam lebih jugak. Lepas je solat and bergambar sekejap terus ke Banda Hilir pulak


Kali kedua dah naik kapal besar ni. Tapi kali pertama untuk anak2. Kakak sangat excited bila masuk dalam tu


Merajuk pulak ibu suruh posing. Haha


Ayah kata bila merajuk muka sebiji macam ibu. :p


Kat bahagian dalam kapal. 

Panglima Awang Hitam ni kan kalau korang nak tahu adalah antara krew kapal yang pertama mengelilingi dunia dan dia berbangsa melayu. Tapi sayang nya Dhuri tak pernah jumpa nama Panglima Awang Hitam dalam buku sejarah. Cuma bila pergi Melaka ni yang baru kenal dan tahu pasal Panglima Awang Hitam ni. Tak tahulah sebab apa. Mungkin sebab asal usul dia yang tak jelas atau mungkin sebab agama nya yang buat nama dia tak dicatit dalam buku sejarah sekolah

Apapun, bangsa melayu kita satu ketika dulu memang diakui antara bangsa terkuat dan terkaya di dunia. Kita ada pendekar yang nama nya gah seantero dunia. Kita ada kerajaan yang emas nya berkepuk kepuk tak terhitung. Sayang nya akibat dengki, pergaduhan saudara,dan sikap tamak kita akhirnya dijajah dan hilang semua kekayaan2 yang pernah kita miliki. Betapa buruk nya penjajah buruk lagi manusia yang berhati busuk yang sanggup menggadai negara demi kepuasan peribadi.


Bilik kapten


Tourist sangat kakak siap dengan teropong dia bagai. Haha


Simpan gambar budak kuat nangis ni kat sini. :p

Yang masuk kapal ni Dhuri, husband, anak2 dengan family adik ipar je. Mak mertua dengan adik2 ipar lelaki tak masuk. Dorang pergi shopping kat bazar berdepan dengan Kapal besar ni. Memang murah souvenier kat sana. Kalau korang nak cari tshirt i love Melaka, keychain, fridge magnet, keropok2 Dhuri cadang beli lah kat sini sebab harga dia murah dan boleh tawar menawar

And sebelum masing2 balik, kitorang pekena dulu dessert kat Big Bowl Ice Melaka


My choice!


Husband's choice

Puas hati wehh!! sedap giler and cukup rasa. Datang Melaka jangan lupa singgah k. Dhuri teringin nak cuba yang Manggo pulak if datang lagi next time. Haha

So habislah trip kat Melaka. Next trip ke USS dan Singapore pulak. Yang ni Dhuri punya single trip dengan kawan2 ofis. Nanti Dhuri update k


Previous post : 



Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

No comments:

Post a Comment