Friday, 31 May 2019

Holiday Langkawi 2019 Day 2 - Part 1

Assalammualaikum w.b.t

Hi korang! Hari kedua kitorang kat Langkawi!! Pagi ni breakfast nasi lemak dengan makanan berlebih yang beli kat pasar malam Pekan Kuah semalam. Anak-anak dah excited nak mandi laut. So lepas je breakfast terus masing2 tukar baju mandi


Adik nak baju Ultraman kakak pulak nak baju ponny. Dhuri beli kat shoppe je. murah. Tapi made in China la. Esok nak pergi harini baru sampai bajunya. hehe


Nak tau tak kakak Bunga sebab excited sangat dapat baju ponny sampai dia pegi iron kan baju tu tanpa kitorang sedar. Tu yang tangan jadi seksi tu sebab Dhuri terpaksa alter. Mujur terbakar kat tangan, kalau kat dada ke perut ke memang ke tong sampahlah jawabnya. T__T

Pantai Cenang. Bersih dan putih halus je pantai dia


Kitorang mandi manda dari pagi sampai ke tengah hari. Memang tak rasa langsung masa berlalu kalau dah berendam dalam laut ni


Nak ambik gambar kat sini buat kenangan tapi silap sebab pegi time dah basah kuyup. Memang tak lah jawabnya...Seksi uuuu. lol


Mak mertua tak mandi so boleh lah bergambar. Happy sangat mak sebab dapat duduk tepi laut. memang dah lama dia cakap nak bercuti tengok laut T__T

Lepas mandi manda kitorang balik semula homestay dan start mendobi. Itu yang untung nya ambik homestay ni sebab boleh basuh baju and tak payah bawak balik baju kotor. kannn. Dah setel semua kitorang keluar balik untuk lunch dan shopping! 

Tempat first yang kitorang pergi adalah Idaman Suri

Leleh air liur tengok pinggan mangkuk cantik-cantik kat sini. Tapi sebab naik flight maka pandang jelah yang mampu


Adik kirim teko. So ni tunjuk kat dia untuk dia pilih. Siap buat video call lagi kat dalam tu. Daring je staff kedai tu pandang ai. T__T


Yang ni pun dia berkenan jugak.. Dok pujuk suruh beli. Boleh letak kuih and desert time raya. Terpaksa lah kakak dia ni ikutkan je. Naseb baik kotak dia kecik tau. Dhuri risau pecah je sebab dulu pernah beli and wrapped masuk luggage. Sampai airport pecah tau. Sedih giler.. So kali ni bawa masuk kabin tapi takleh banyak lah


Husband suruh beli pisau ni and memang nak beli pun tapi last2 tak jadi hokeh. Ralat!!


Teko lagi. Why la teko2 kat Langkawi ni murah and cantik. Why takde jugak kat KL yang macam ni......

Lama jugak kitorang kat sini. Husband beli kuali yang base dia marmar. Senang nak masak dia kata, tak melekat. And memang betul pun. Murah je RM 30 lebih tapi serius berbaloi

Lepas habis menyoping kat Idaman Suri kitorang gerak ke Haji Ismail Group pulak untuk beli coklat


Kalau korang pergi Langkawi sila lah borong coklat ni banyak2. Dhuri rasa coklat ni yang paling sedap sekali kat dunia. Dhuri beli 6 peket kot and cepat giler habis. Rugi sangat tak borong banyak2

Yang ni Whittaker's bar. Dhuri tak beli pun sebab dah beli yang almond gold kat atas tu. 

Ada satu lagi coklat sedap. Ritter Sport. Tapi Dhuri beli satu je yang caramel mousse punya. Pun rugi giler sebab tak borong banyak2. Haihh nape lah ai pegi beli coklat Hershye dengan Daim yang banyak. lol

Dah puas memborong kitorang balik homestay semula untuk rehat. Malam ni nak dinner kat tempat yang famous kat Langkawi. Kat mana tu??? Tunggu next entry k. Hehe



Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!








Thursday, 30 May 2019

Holiday Langkawi 2019 Day 1 - Part 3

Assalammualaikum w.b.t

Disebabkan ada banyak masa lagi maka lepas je makan laksa husband terus drive ke Beras Terbakar. Ni memang special request dari Dhuri sebab ku nak membeli kain batik. Kain batik dekat Beras terbakar ni cantik-cantik and murah tau. Dhuri nak beli untuk mak.

Masa sampai kat sini, Dhuri, mak mertua dengan kakak Bunga je yang turun. Hero-hero tunggu dalam kereta sebab tak expect pun akan lama. Tapi kalau dah nama perempuan...................lepas satu kedai ke satu kedai sampai habis satu kampung Beras Terbakar kitorang pusing

Best shopping kat Beras Terbakar ni sebab kawasan dia redup. Selain kain batik, segala minyak2 dengan kerepek pun ada jual

Dhuri beli anak patung kakak Bunga, t-shirt ponny, baju dengan seluar Langkawi Aqeel, kain batik untuk mak dengan fridge magnet. Murah fridge magnet kat sini. Kalau korang nak beli fridge magnet Langkawi beli kat sini

And nak tau apa yang buat hati Dhuri terkilan sangat????

Ni lah dia!!! Serius cantik giler kain batik pasang ni. Dah siap gunting 2 meter harga RM 55

Lawa giloss kan. Dah lah batik tengah in. Tapi Dhuri confused masa ni. 

Antara kain batik color hijau tu dengan biru ni. Tak tau nak pilih yang mana satu. Yang warna biru ni harga RM 45. Dah siap potong 2 meter jugak. Warna biru ni color dia striking. Nampak mengancam giler. Yang hijau tu dark sikit tapi sampak elegen kalau pakai dengan baju lace

Yang sedihnya lepas fikir sampai dekat sejam kat kedai tu, 2-2 pun Dhuri tak beli. lol
Puncanya sebab sebelum pergi Langkawi memang dah beli batik 2 meter kat Jakel untuk buat baju raya. Kalau beli lagi tak tau bila pulak nak jahit and pakai. Dah lah ku ni pemalas nak jahit. Kang beli banyak2 batik, takut tahun ni je yang trend. Tahun depan dah tukar trend

And i hate that mind!! Sebab itulah punca Dhuri tak beli and terkilan sampai harini k! Rugi tak beli wehhh. Kain tu cantik. huhu. 


Yang ni batik style songket. Cantik jugak


Alaa gambar kabur pulak. Tapi ni batik biasa je cuma dia dah siap2 potong 2 meter untuk buat kain pasang

Sampai ke petang jugak kitorang kat Beras Terbakar ni. Dah siap membeli col husband untuk jemput and terus balik homestay. Dah penat dah anak2 ikut mak pak dorang berjalan. hehe


Ni homestay kitorang. Dhuri ada tulis review kat sini Review Eco Tree House Memang terbaik homestay ni. Selesa dan puas hati sangat

Malam tu kitorang keluar balik pergi pasar malam kat pekan Kuah. Pasar malam kat pekan Kuah ni cuma ada hari rabu dengan sabtu je. Kalau korang pergi Langkawi pilih lah salah satu dari hari tu sebab pasar malam pekan Kuah ni yang terbesar kat Langkawi. Macam2 ada

Kitorang beli makanan untuk dinner, buah2, air, selipar dengan tudung 10 ringgit. hehe. Balik rumah makan nasi sambil layan netflix. Syokkk gilerrrr

Okey next entry Dhuri akan sambung hari kedua kat Langkawi pulak. Stay tunned k


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee, nak kulti cantik macam Dhuri boleh contact ai laju-laju seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??




Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!





Wednesday, 29 May 2019

Holiday Langkawi 2019 Day 1 - Part 2

Assalammualaikum w.b.t

Hi korang. Ok sambung ke part 2. Lepas je lunch kitorang terus pergi Langkawi Underwater World. Tiket dah beli siap2 online. Sampai kat sana terus tebus je. Masa tu Aqeel belum cukup 3 tahun lagi so kitorang bayar harga RM 107.20 untuk 2 tiket dewasa, 1 senior citizen and 1 child.

Dhuri rasa memang berbaloi la masuk Underwater World ni sebab tempat ni besar and puas sangat berjalan. Anak-anak pun happy sebab dapat tengok macam-macam jenis ikan berenang


Masuk-masuk je terus terjah akuarium ni dulu. Tak taulah ikan ni nama apa tapi Aqeel dah start terjerit jerit dah sebab dia memang excited dengan ikan


Khusyuk dua beradik ni

Beraninya kakak....tak takut ke dengan ikan besar tu. T__T




Besar kan akuarium ni. Kalau lah pecah boleh bayang tak camne kitorang terpaksa berenang dengan ikan2 tu. T__T


Gelagat Aqeel. Dia memang suka dengan ikan. Tapi ironinya dia allergic dengan ikan. Bila makan je terus naik merah-merah? T__T

 Dhuri tengok ikan ni terbayang siakap 3 rasa je. haha

SubhanAllah cantik betul warna sirip ikan tu. Kalau dapat tengok real kat dalam laut lagi terpukau agaknya..

Berbaloi masuk Underwater World ni!!

Dah besar nanti mesti dia seronok tengok gambar dia dengan ikan macam ni

Dah puas jalan kat dalam kitorang keluar pulak. Duduk sekejap berhenti rehat kat sini


Tengok penguin pulakkk

Comel! Geram nak bawak balik rumah

Pernah nampak siput sebesar ni?? Dhuri first time

Haaa ingat tak Dhuri ada cakap husband mengutip memori lama dia kat sini?? okey korang tengok gambar ni 


And tengok pulak gambar 5 tahun lepas ni masa kitorang pergi Langkawi untuk pre-honeymoon...

Ikan yang sama kan??? 

Tapi husband kata tak. Ikan atas tu takde misai tapi Dhuri tengok sama je mulut dia tu...lol

Okey teruskan perjalanan lagi. kat sini ada gua buatan dan air terjun. cantik sangat! Tapi kalau nak kulit cantik macam Dhuri kenalah amalkan Vivix dan guna Youth skincare. Confirm gojes meletop!


And sebelum keluar boleh lah tengok2 cenderahati kat sini. Kitorang tak beli pape pun walaupun sebenarnya Dhuri sangatlah tertarik tengok pelbagai design sabun ni ha. Rugi pulak rasanya tak beli..T__T

Okey kalau korang nak tahu Underwater World ni sebelah Coco Valley. So lepas je keluar tu kitorang terus serbu Coco Valley and beli coklat. First day ni buat rasa2 je dulu. Mana yang sedap baru borong nanti. lol

Lepas je memborong masing2 dah happy perut pun start la lapar balik. Haha. Dhuri ajak husband pegi minum petang kat Pantai Cenang sebab nak makan laksa ikan sekoq, my favourite..

Leleh air liuq wehhh. Dah lah tulis entry ni time bulan puasa. Terkenang kenang okeh

Diva tengah menikmati kesedapan laksa ikan sekoq langkawi

Pekena dengan air kelapa memang layan habisss

Korang kalau datang langkawi wajib wajib wajib makan laksa kat sini k. Nak cari senang je. Laksa ikan sekoq ni kat depan airport Langkawi. sambil makan sambil tengok kapal terbang landing. Pilih lah nak makan kat kedai mana pun. Kitorang biasa makan kat gerai first dari arah pekan Kuah tapi masa ni gerai tu tutup so kitorang makan kat kedai sebelah. Sedap jugak

Habis je makan tengok masa ada lagi kitorang terus decide pergi next place pulak. Sepatutnya tempat ni kitorang pergi esok tapi Dhuri modified sikit itenary supaya esok boleh bagi anak2 puas mandi manda

Ke mana??? Ke tempat yang buat hatiku terkilannnnnnn. Sangat2 terkilan okeh. Nak tau, tunggu next entry

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee, nak kulti cantik macam Dhuri boleh contact ai laju-laju seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??




Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!







Holiday Langkawi 2019 Day 1 - Part 1


Assalammualaikum w.b.t

Hi korang. Ya Allah lamanya peram cerita Langkawi ni. Malu rasanya nak tulis dahhh. haha. Tapi demi menunaikan janji dan nak simpan kenangan kat blog ni untuk tatapan anak2 ku suatu hari nanti maka Dhuri tulislah lah jugak. Lagipun memang susah nak cari masa yang free. Kalau ada masa idea pula tarakk. lol

Sebelum tu nak ucapkan selamat berpuasa dulu. Ramadhan tahun ni banyak berita kematian yang kita dengar. Antaranya Ustaz Abu Hassan Din, founder DNARS, Almarhum Sultan Pahang, Chef selebriti Adam Didam, kawan sekolah Dhuri pun ada yang dah pergi dijemput Ilahi. Sesungguhnya kematian ni dekat dan tak akan terlambat walau sesaat. Maka bersedialah setiap jiwa menghadapi sakaratul maut yang sakitnya tidak terperi. Semoga kita dikurniakan kematian dalam khusnul khotimah. Aminn

Okey back to the topic. Macam yang Dhuri dah explain kat Itinerary dan Bajet Percutian ke Langkawi, trip kitorang ni memang request dari husband sebab dia memang suka pergi Langkawi. So kos hampir sepenuhnya ditanggung oleh husband. Tapi itenary dan segala booking membooking Dhuri yang buat. And trip ni mak mertua ikut sekali so 3 hari sebelum fly mak mertua dah sampai kat rumah kitorang

Kitorang gerak hari Rabu tu pukul 5 pagi. Gerak awal sebab boarding pukul 8 lebih. Tak nak kelam kabut kat airport sebab ni first time kitorang naik dari KLIA2. Gate kat mana pun tak tau. Husband booked grab je. Senang! Depan pintu rumah dia jemput

Sampai kat airport pukul 6 pagi. Lepas solat, kitorang breakfast dulu sementara tunggu gate bukak


Breakfast kat KFC youuu. T__T

Gambar dari pintu belakang KFC. Suasana subuh kat KLIA2

Posing dulu...

Sewet muwett. Mesti bersemut kan skrin hangpa.....T__T

Okey dah. Gate dah bukak, moh le kita ke waiting room. Bagus KLIA2 ni tak yah susah2 hayun kaki. Duk je atas escalator bergerak ni

Turun pulakkk

Jalan lagi. Penerbangan domestik, gate H. Takde lah jauh mana pun. Kalau sampai ngam2 waktu boarding insha Allah tak rushing.

Kitorang tunggu lebih kurang 5 minit kat waiting room and terus dipanggil masuk flight

Seat waktu pergi ni Dhuri tukar satu je. Pindahkan seat mak mertua dari belakang ke sebelah kakak Bunga. Kitorang yang lain memang Air Asia dah bagi sebaris

My mother in law dengan cucu kesayangan dia. Ni first time mak naik flight. Dia kata sakit telinga waktu kapal nak landing je yang lain2 okey


Gelagat Aqeel dalam flight. Macam biasalah drama king ni tak reti duduk diam T__T


Alhamdulillah sampai dahh. Airport Langkawi ni best sebab tenang dan tak serabut sangat dengan orang. Pijak je kaki dah terbau-bau coklat dengan laksa ikan sekoq. hehe


Nampak macam jauh je jalan dari tempat kapal terbang parking dengan pintu masuk airpot kann tapi takde lah jauh pun. Masuk je airport terus col kereta sewa yang kitorang dah booking tapi rupanya dorang belum sampai lagi. So jalan2 dulu kat dalam tu sementara tunggu. Perut dah lapar sangat dah time ni

Anyway kalau korang nak kereta sewa murah kat Langkawi boleh lah contact no ni 0174834307 owner dia nama IDA. Kitorang ambik Nissan Almera, 3 hari dia bagi harga RM 180 je. Murah terukkk. 

Dapat je kereta terus cari kedai makan. Perut dah bernyanyi riang dah. Plan asal nak makan kat Laman Padi. Nak duduk bersimpuh kat gazebo sambil tengok padi terbentang tapi 2 kali kitorang pusing memang tak nampak langsung gaya Restaurant Seashells tu masih wujudSerius kecewa sangat tau sebab sebelum pergi tu dah beriya google menu. lol

Disebabkan restaurant tu dah rupa bangsal terbengkalai maka kitorang cari jelah kedai nasi campur. Makan kat langkawi ni memang murah lah. Dah lah murah sedap pulak tu. Saya makan ikan bakar tapi sayang nya tak ambik gambar pulak. Kelaparan sangat dah agaknya. Haha. Makan 5 orang tak sampai 20 ringgit pun. Murahh Murahh

Lepas makan terus kitorang siap2 ke destinasi ke dua pulak....Tempat husband mengutip memori silam dia. Kat mana tu?  Tunggu...sambung ke part 2 pulak. Jari hakak dah krem menaip. T__T


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!