Wednesday 29 May 2019

Holiday Langkawi 2019 Day 1 - Part 2

Assalammualaikum w.b.t

Hi korang. Ok sambung ke part 2. Lepas je lunch kitorang terus pergi Langkawi Underwater World. Tiket dah beli siap2 online. Sampai kat sana terus tebus je. Masa tu Aqeel belum cukup 3 tahun lagi so kitorang bayar harga RM 107.20 untuk 2 tiket dewasa, 1 senior citizen and 1 child.

Dhuri rasa memang berbaloi la masuk Underwater World ni sebab tempat ni besar and puas sangat berjalan. Anak-anak pun happy sebab dapat tengok macam-macam jenis ikan berenang


Masuk-masuk je terus terjah akuarium ni dulu. Tak taulah ikan ni nama apa tapi Aqeel dah start terjerit jerit dah sebab dia memang excited dengan ikan


Khusyuk dua beradik ni

Beraninya kakak....tak takut ke dengan ikan besar tu. T__T




Besar kan akuarium ni. Kalau lah pecah boleh bayang tak camne kitorang terpaksa berenang dengan ikan2 tu. T__T


Gelagat Aqeel. Dia memang suka dengan ikan. Tapi ironinya dia allergic dengan ikan. Bila makan je terus naik merah-merah? T__T

 Dhuri tengok ikan ni terbayang siakap 3 rasa je. haha

SubhanAllah cantik betul warna sirip ikan tu. Kalau dapat tengok real kat dalam laut lagi terpukau agaknya..

Berbaloi masuk Underwater World ni!!

Dah besar nanti mesti dia seronok tengok gambar dia dengan ikan macam ni

Dah puas jalan kat dalam kitorang keluar pulak. Duduk sekejap berhenti rehat kat sini


Tengok penguin pulakkk

Comel! Geram nak bawak balik rumah

Pernah nampak siput sebesar ni?? Dhuri first time

Haaa ingat tak Dhuri ada cakap husband mengutip memori lama dia kat sini?? okey korang tengok gambar ni 


And tengok pulak gambar 5 tahun lepas ni masa kitorang pergi Langkawi untuk pre-honeymoon...

Ikan yang sama kan??? 

Tapi husband kata tak. Ikan atas tu takde misai tapi Dhuri tengok sama je mulut dia tu...lol

Okey teruskan perjalanan lagi. kat sini ada gua buatan dan air terjun. cantik sangat! Tapi kalau nak kulit cantik macam Dhuri kenalah amalkan Vivix dan guna Youth skincare. Confirm gojes meletop!


And sebelum keluar boleh lah tengok2 cenderahati kat sini. Kitorang tak beli pape pun walaupun sebenarnya Dhuri sangatlah tertarik tengok pelbagai design sabun ni ha. Rugi pulak rasanya tak beli..T__T

Okey kalau korang nak tahu Underwater World ni sebelah Coco Valley. So lepas je keluar tu kitorang terus serbu Coco Valley and beli coklat. First day ni buat rasa2 je dulu. Mana yang sedap baru borong nanti. lol

Lepas je memborong masing2 dah happy perut pun start la lapar balik. Haha. Dhuri ajak husband pegi minum petang kat Pantai Cenang sebab nak makan laksa ikan sekoq, my favourite..

Leleh air liuq wehhh. Dah lah tulis entry ni time bulan puasa. Terkenang kenang okeh

Diva tengah menikmati kesedapan laksa ikan sekoq langkawi

Pekena dengan air kelapa memang layan habisss

Korang kalau datang langkawi wajib wajib wajib makan laksa kat sini k. Nak cari senang je. Laksa ikan sekoq ni kat depan airport Langkawi. sambil makan sambil tengok kapal terbang landing. Pilih lah nak makan kat kedai mana pun. Kitorang biasa makan kat gerai first dari arah pekan Kuah tapi masa ni gerai tu tutup so kitorang makan kat kedai sebelah. Sedap jugak

Habis je makan tengok masa ada lagi kitorang terus decide pergi next place pulak. Sepatutnya tempat ni kitorang pergi esok tapi Dhuri modified sikit itenary supaya esok boleh bagi anak2 puas mandi manda

Ke mana??? Ke tempat yang buat hatiku terkilannnnnnn. Sangat2 terkilan okeh. Nak tau, tunggu next entry

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee, nak kulti cantik macam Dhuri boleh contact ai laju-laju seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??




Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!







No comments:

Post a Comment