Wednesday, 12 June 2019

Sambutan Hari Raya 2019


Assalammualaikum w.b.t

Hi korang! Still mood raya lagi kan...Baru seminggu oii berhari raya. Weekend ni confirm masing2 dah penuh jadual dengan open house. Tahun ni Dhuri tak buat open house. Tahun lepas buat pun sebab my turn untuk kawan2 rotate berhari raya kat rumah. Kalau takde rotation ni memang tak buat sebab malas nak masak. Dhuri dengan kuali, senduk, periuk memang tak berapa ngam sangat. haha

Anyway tahun ni giliran kampung husband dulu so 4 hari sebelum raya kitorang dah balik ke Senggarang. Sebelum balik tu jenuh menyiapkan baju raya sebab tahun ni cuma sehelai je yang Dhuri beli. Lagi 2 helai jahit sendiri



Simple je. Kain tu beli kat Jakel. Ingat nak pakai masa BLNC haritu tapi tak kena pulak dengan baju so tukar buat baju raya. Kain untuk blouse tu pun beli kat Jakel seminggu sebelum raya. Susah giler nak carik kain color merah yang Dhuri suka. Yang ada ni jela kat Jakel jenis georgette. Kain dia halus cantik tapi susah nak jahit sebab dia berkedut and tak berapa tebal



Kain ni banyak lebih so Dhuri buat kain duyung untuk bunga jugak dengan seluar Aqeel. Tapi sadisnya 2,2 tak pakai pun masa raya sebab Bunga dah ada sepasang baju color meroon sendiri. And Aqeel malam raya tu kitorang jumpa seluar khaki yang lebih sesuai dipakai dengan kurta dia ni. Makanya hasil penat lelah ibu terbuang sajalahhhh


Paking bag nak balik kampung


Ada jugak manfaatnya beli beg ni masa pergi Langkawi dengan mak dulu. Hehe


Budak kecik ni dok main dalam beg pulakk time ibu tengah lipat kain

Ready nak balik kampung....Tengoklah Aqeel pakai kasut sekolah kakak dia. haha. Dah tak sabar nak sekolah gamaknya budak ni. Kakak Bunga takde dalam gambar sebab dia dah ikut nenek balik kampung dulu semingu sebelum tu

Alhamdulillah dah sampai Senggarang. Masa datang ni 2 buah beg je tau. Mungkinkah masa balik nanti masih dalam jumlah yang sama? T__T


Persiapan sehari sebelum raya. Husband masa ni sibuk kat dapur masak rendang daging. Menu raya kat Senggarang ni macam biasa ayam masak kicap, sambal goreng jawa dengan sayur masak lodeh. Makanan resmi orang jawa. Yang rendang daging ni Dhuri request husband untuk masak sebab rasa lain macam la raya tak makan rendang. T__T

Pelita 7 likur di malam raya. 

And sampailah hari yang ditunggu-tunggu selepas berpuasa selama sebulan
.
.
.
.
.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga!!

Siap jugak baju raya jahit sendiri. Sampai ke malam raya tau menjahitnya ni T__T

Lovey dovey di pagi raya..Ahakss

Ni style nak tiru pose artis la ni..Haha


Sweet bukan?? haha. Apapun, doa Dhuri sentiasa...semoga Allah pelihara hubungan suci ni hingga ke syurga-Nya

Husband with the kids

Mungkinkah tahun depan dah boleh beraya dengan 3 orang anak pulak? Oppss


Ada orang tanya nape baju Aqeel tak sama. Jawapan Dhuri senang je sebab kitorang memang bukan jenis yang beli baju wajib semua satu color. Dari tahun2 sebelum ni pun, even dari Dhuri kecik pun memang tak pernah dibiasakan beli baju sedondon ni. So for me baju sama color ni remeh. Kalau jumpa yang satu warna beli. Kalau tak jumpa pun tak pe. Tapi takde lah Dhuri tak suka tengok orang pakai sedondon atau yang excited mensedondonkan satu family. Okey je. Yang penting semua happy dengan cara masing2

Sesi salam raya dah nak bermula

Keluarga besar Dhuri side husband

Beza dengan gambar atas ialah Aqeel pulak duduk kat mak ude dia. Siap dirembatnya cekak kakak. T__T

Dengan mak mertua



Behind the scene. Bukan senang nak dapat gambar perfect time raya ni. lol

Ni pulak gambar yang adik kirim. Dorang semua balik Jelebu dulu tahun ni

Nyawa dan kekuatan ku

Barisan anak buah. Dah 11 orang cucu mak abah dah

Best womens in my life. Ni lah bff, kawan bergaduh, kawan bergosip, penyeri dan penghibur suka duka

Menu raya di Jelebu. Obviously lebih meriah T__T

And pagi tu lepas salam raya Dhuri dengan family husband terus gerak ke Kota Tinggi balik kampung arwah ayah mertua

Ziarah pusara arwah ayah mertua dan atuk nenek husband

To be honest, ziarah pusara di hari raya ni dah lama tak jadi amalan kitorang adik beradik. Pernah jugak kena perli sebab tak pernah datang kubur time raya tapi pada Dhuri untuk apa datang kalau sekadar nak tunjuk kat orang yang kita datang sahaja? 

I dont blame people yang datang ke kubur. Dont get me wrong pulak cuma tak suka dengan orang yang perli2 tanpa ada ilmu ni. Nak sedekah al-fatihah, itu kita buat setiap kali lepas solat, bukan nya setahun sekali sahaja. Kalau datang ke kubur boleh mengingatkan kita dengan kematian maka pergi lah. Tapi kalau tak mampu nak buat kita ingat dengan kematian baik lah tak payah pergi. Nanti jadi riak pulak. Orang yang dah meninggal tu perlu kan doa kita bukan ziarah kita.

Nak ziarah waktu hidup bukan selepas dia takde


Ni raya kedua. Sempat memborong kerepek dulu kat Salleh food sebelum balik Jelebu

Saat-saat nak berpisah dengan mak ude dan pak ude dorang

Bukan main kuat lagi Aqeel pegang

Tak nak lepas hokeh!

Akhirnya masing2 selamat masuk dalam kereta and perjalanan balik ke Jelebu pun bermula

Finally home sweet home tapi tak sempat bergambar pun sebab tradisi kitorang bila hari raya memang lebih banyak duduk kat dapur. Masak dan bersembang. Pakai baju raya cantik and beraya sakan ni takde sangat sebab dari kecik memang takde close family sangat pun yang boleh kunjung mengunjung

Itulah saja coretan hari raya Dhuri. Semoga tahun depan dapat lagi berjumpa dengan ramadhan dan syawal sekali lagi. 

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!













No comments:

Post a Comment