Assalammualaikum w.b.t
Haii korang!! raya tahun 2022 ni wajib tulis dalam blog sebab raya yang akan paling diingati. Raya terkejut orang kata sebab expect hari selasa tapi tiba2 anak bulan muncul malam isnin. haha
Tahun ni memang semua adik beradik kecuali adik lelaki Dhuri, balik beraya ke Jelebu dulu. Dhuri memang dah balik awal sebab cuti awal. Dari jumaat lagi dah sampai kampung. Sempat lah buat kuih raya dengan mak. Cari sikit2 persiapan kat Kuala Pilah. Hari ahad tu baru kakak-kakak dengan adik lelaki balik kampung. Adik perempuan pulak plan balik hari isnin sebab husband dia kan imam, jadi kena habiskan teraweh dulu. Tak sangka pengumuman raya malam tu terus bagitau esok raya
Kelam kabut kitorang. Dengan ayam, daging semua tak beli lagi. Malam tu cari kat kedai memang dapat daging frozen je la. haha
Apapun, Alhamdulillah menjelang pagi raya tu semuanya elok je. Serba cukup dan sempurna untuk kami yang dah 2 tahun tak dapat beraya bersama ni. So here are the pictures.....
Family portrait 💗
Husband with the kids
Dengan adik tersayang. Kesian dia sebab dia dok tunggu peluang nak balik kpg sehari awal sebelum raya ni dah 8 tahun. Ingatkan tahun ni dapatlah peluang tu tapi rupanya belum juga lagi. T______T
Inilah abah sekarang. Nak kata dah kembali sihat macam dulu tu tak lah tapi Alhamdulillah makan selera, duduk pun boleh walaupun tak boleh lama. Cuma berjalan je abah tak kuat lagi. Tangan sebelah pun masih menggigil
Bersama bondaku tercinta
Till then bye ~~
Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah
Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious
Atau nak lebih pantas??
Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!