Wednesday, 3 August 2022

Penantian Bersambung ~ Release Letter Diterima

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah harini kitorang dah terima surat pelepasan dari cimb. Semalam balik keje tu memang termenung jugak lah sebab cuba nak neutralkan rasa. Tak nak terlalu resah atau terlalu kecewa. Apapun yang terjadi kena accept and cuba cari hikmahnya. Berkali kali jugak Dhuri pesan pada diri, Allah knows better. 

Cuma remind jugak lah dengan husband pagi tadi untuk keep calling cimb sampai dorang muak dengar bunyi phone. lol

Dalam kol 10 husband cakap boss dorang still belum sign lagi. Tapi dorang janji insya Allah harini akan dapat juga. So sabarkan hati and tunggu je. Dalam pukul 2 husband bagitahu surat dah sign tapi tunggu staff yang incharge bahagian email pula untuk email kat kitorang. Dhuri dengar macam WHATTTTTT....

Berapa banyak ntah staff dorang untuk uruskan sekeping kertas. Husband pun macam dah hilang sabar dah. Dia cakap kalau pukul 3 tak dapat lagi surat dia nak mintak alamat ofis dorang untuk pergi je ambil sendiri. 

Tapi Alhamdulillah dekat-dekat nak pukul 3 tu Dhuri nampak ada email baru masuk. Terus laju-laju bukak. Tak sempat baca sangat pun terus je hantar kat banker yang akan uruskan proses loan kitorang. Lepas send tu baru baca....hurmm punyalah ringkas surat dia. Ic husband pun dorang tak letak. Tak sampai berapa perenggan pun. Simple macam tu pun ambik masa sampai sebulan untuk siap. T______T

And lepas tu agent rumah pulak bagitahu untuk prepare dokumen terkini. Issh rasa rugi pulak masa sebab kalau tahu sambil-sambil tunggu surat dari cimb tadi boleh terus prepare. Hehe

Ni Dhuri share serba sikit kat korang basic dokumen yang diperlukan untuk beli sesebuah rumah 

1. Salinan ic depan belakang
2. Surat beranak kalau rumah yang korang nak beli tu untuk bumiputera semenanjung sahaja
3. Slip gaji 3 bulan terkini
4. Bank statement 3 bulan terkini. Dalam bank statement ni kena ada transaksi gaji masuk sebab tu yang dorang nak tengok
5. EPF statement detail. Yang ada tunjuk transaksi setiap bulan tu
6. Surat pengesahan bekerja dari majikan
7. EA Form 

Nak prepare dokumen ni tak susah pun sebab basically semua pun boleh download je dari website. Kecuali surat pengesahan bekerja tu la. Kena mintak HR company kita sediakan. 

Nanti bank akan check CCRIS and kalau kantoi kat sini sebab payment tak cantik memang huru hara lah macam kitorang. Mujur jugak payment memang dah settle. Tinggal nak update je. Bayangkan kalau kitorang tak buat lagi full settlement. Baru hegeh2 nak buat ke memang lagi lemmmmmmbap lah jawabnya

Apapun, Alhamdulillah lega sangat2 dah settle. Now tinggal urusan proses loan je. Dhuri dah tak kisah dah pasal ni sebab memang dah ready. Kalau tak lulus pun faham sangat sebab nama husband pun baru je nak clear. Cuma atleast takde lah hidup dalam kesalan ke apa kan disebabkan kelewatan orang lain. And sekurang nya Dhuri dengan husband pun dah usaha.

Usaha milik kita
tapi ketentuan milik Allah s.w.t

Dalam seminggu lagi baru dapat tahu loan lulus ke tak. Nantikan ye.....

~~~~ 


No comments:

Post a Comment