Sunday, 11 September 2022

Loan Rumah dah Approved ~ Jom Sign LO

 Assalammualaikum w.b.t


Lama baru dapat sambung kisah seterusnya pembelian rumah kedua kitorang ni. T_____T

Alhamdulillah lepas je dapat sms dari bank yang mengatakan loan kami dah lulus tu, saya terus forward kepada agent saya Syaidah. Dia tolong confirmkan dengan bank dan esok tu pegawai bank muamalat, En Aliff call saya dan minta datang ke cawangan Putrajaya untuk sign LO. 

Complete submission kitorang buat pada 15hb august, 16hb dapat sms dari bank kata loan approved. 17hb confirmkan dengan pegawai bank dan set appoinment. 19hb kami ke putrajaya untuk sign LO

Bila CCRIS husband clear je tu, memang urusan kitorang pun sangat lancar dan dipermudahkan. Tak sangka juga secepat tu. And kitorang decided untuk proceed je dengan muamalat sebab bank islam waktu tu masih dalam proses lagi. Kitorang perlu sign LO cepat sebab nak elak buyer lain caras. 

Tapi kann.....Masa kitorang sembang dengan En Alif tu, saya tanya lah lepas sign LO ni orang lain boleh beli jugak ke? dia cakap "Tak boleh dalam tempoh masa yang bank bagi sampai sign SNP ni. Tapi kan puan, memang puan sorang je yang beli rumah ni. Saya rasa Syaida tak submit orang lain sebab dia banyak kali call saya untuk confirmkan yang loan puan akan lulus atau tak"

Bila dengar tu memang rasa terkejut jugak lah. Tak sangka Syaida memang tolong kitorang betul2. Dia minta project manager utk hold permohonan lain sebab dia yakin kitorang akan dapat. 

Inilah dia En Aliff, officer bank muamalat yang incharge kami tu. Senang sangat deal dengan Aliff ni sebab tak cerewet dan bagi kitorang masa secukupnya untuk settle dengan cimb. Tak pernah push atau cakap benda2 yang buat kitorang down. 

Bila fikir-fikir balik, rumah ni memang Allah dah takdirkan untuk kami. Bayang kan je lah, dari tahun 2019 kot saya dengar pasal rumah ni. Tapi masa tu skeptical sikit sebab kitorang belum layak nak beli. Jadi bila dengar harga rumah 500K memang terus banned dari list 

Tapi tahun 2020, kitorang pergi jugak tengok. Masa tu saya ajak husband atas dasar suka-suka je sebab nak jugak lah tengok rumah harga 500k ni macam mana rupa dia. Bila dah tengok jatuh hati pulak sebab rumah nya memang besar dan selesa. Tapi sedar diri loan tak kan lepas so kitorang just tengok je lah. Takde further action apa2. 

Bila bisness meletup tahun 2021, saya beranikan diri untuk pergi lagi sekali tengok rumah ni. Kali ni yang saya kenal dengan Syaida. Bila income dah besar saya dah berani sikit untuk ambil next step. Saya jadi berani untuk letak duit booking. Walaupun hati masa tu was-was lagi betul ke aku nak beli rumah ni. 

Saya isi banyak juga permohonan loan waktu tu. Hampir semua bank saya apply. Tapi setiap kali tu jugak officer bank akan bagitau yang if saya nak loan lulus 90% saya kena combine nama. Tapi impossible la sebab husband masih lagi blacklisted dan akpk. Blacklisted tu boleh lagi pejam mata tapi akpk memang tak boleh. At last saya try dengan cimb and bagitahu berapa loan paling tinggi yang dorang boleh offer. Cimb luluskan loan saya 85%. Kalau fikir nekad memang saya proceed je sebab kena topup duit sikit je lagi. Loan pun jadi rendah. Tapi entah lah rasa macam sayang pulak. Banyak benda jugak saya fikir masa tu. Incase ada kecemasan ke. Dengan keadaan kesihatan abah yang dah tentunya perlukan belanja tinggi. Fikir nama husband yang masih blacklisted. Saya fikir kalau tiba2 kitorang perlu buat loan, nak guna nama siapa? husband tak boleh. Saya dah max. And of cos juga saya fikir komitmen bulanan. Bila ada hutang yang belum settle lagi tak seronok nak tambah hutang baru. Mentor bisness saya pula kebetulan ada share " kak cip tak sedih kalau ada benda yang kak cip nak tapi kak cip tak boleh dapat.  Kalau benda tu susah sangat kita nak dapat tapi kita buat jugak sebab nak sangat, sampai berhutang atau bergolok gadai ke, kita dapat tapi mungkin ada kesusahan yg lebih berat di depan yang kita akan rasa lagi susah nak hadap. Jadi better lepaskan je and cuba lagi nanti" Masa ni kak cip share sebab kitorang tengah cerita pasal beli rumah juga. Lepas timbang tara semuanya, dengan berat hati saya akhirnya let go rumah tu. 

Masa awal2 lepas tolak tu saya rasa okey lagi. Tapi lepas seminggu dua tiba2 jadi sedih pulak. Mungkin sebab frust sangat jadi sedih. Saya delete hampir semua gambar dan video rumah tu sebab tak nak jadi makin sedih. Macam orang putus cinta pulak kan T___T. Tapi hati masih sayang so saya tak delete semua la. Tinggalkan beberapa keping sebagai kenangan. Sebab honestly saya memang suka rumah tu. Nak ubat hati, saya ajak husband jalan2 tengok rumah subsales lain. Yang lebih murah dan area sini jugak. Ada lah dekat 10 biji rumah jugak kitorang pergi. Tapi setiap kali pergi mesti ada je sebab yang buat kitorang tak suka. 

Ruang tamu kecik. 
Dinding berkulat
Tanda-tanda air leaking
Jiran bela anjing
Rumah buruk
Kejiranan and environment tak best

Tak padan langsung dengan harga sebab mostly rumah subsales area sini pun dah 500k ke atas. Kalau kitorang pergi yang 500k ke bawah memang tak sanggup nak terus duduk. Kena buat renovation banyak dulu which is of course lah perlu duit yang banyak juga kan. Mungkin ada lah yang okey tapi sebab kita dah tengok rumah lain yang lebih besar dengan harga yang tak terlampau mahal, jadi hati tu rasa tak best je. Husband dok pujuk jugak kata sabar, mungkin nanti akan ada pembangunan rumah baru ke...boleh cuba lagi waktu tu

Kemuncak nya masa raya tahun ni, tak tahu kenapa dok rasa macam rugi sangat kitorang terlepas peluang rumah haritu disebabkan nama husband yang blacklisted dan akpk. Lepas buat kira-kira saya contact upline saya and mintak advise dia okey ke tidak kalau saya guna saving kami untuk settlekan hutang2 husband. Saya simpan pun tak guna jugak sebab nanti kalau ada peluang lagi, still benda sama akan berulang. Lagipun umur kami makin bertambah, lagi lama kitorang postpone, lagi mahal bulanan rumah nanti. Insya Allah duit yang keluar tu saya boleh tambah balik sebab saya ada bisness shaklee. Upline saya memang setuju sebab dia kata "bila hutang tu dah buat kita tak tenteram, memang kena settlekan cepat2" Terus saya ajak husband pergi semula cimb untuk tanya baki hutang. Kitorang contact bank islam juga untuk tanya baki jika buat full settlement 

Dan disitulah semuanya bermula. 

Betul2 selepas sebulan kitorang settlekan hutang2 tu saya nampak Syaida upload rumah yang sama kata re-open unit. Mujur jugak saya simpan no wassap dia and tak delete sebab kecewa haritu. And kebetulan jugak saya tengok status wasap dia sebab saya memang sangat jaranggg tengok status wasap friendlist saya. Memang terus jelah saya tanya dia boleh tak saya nak cuba sekali lagi. Syaida of course lah bagi galakan "boleh puan" T______T 

And finally Alhamdulillah, memang takdir kami untuk dapat rumah kat situ. Kali ni lebih baik lagi sebab unit yang re-open ni adalah unit dari tuan tanah. Memang rumah tu lebih baik dari sebelum ni. Ada 5 kaki tanah kat belakang. Dekat dengan jalan keluar dan play ground. Memang saya dengan husband suka sangat. Betul lah kan apa yang upline saya pernah pesan. Percaya yang Allah akan bagi lebih baik lagi. Kalau saya all out juga dulu sebab nak unit haritu sy memang dapat juga tapi akan terbeban sebab hutang husband belum settle lagi. Plus kitorang pun tak dapat lah unit ni which is lebih baik lagi sebab unit haritu takde tanah kat belakang, dan end lot. Husband memang tak suka end lot sebab dia kata panas. Memang rezeki kitorang. Kawan2 rapat pun masa bagi semangat sebab tunggu release letter dari cimb haritu dorang cakap, kalau dah rezeki saya macam mana pun akan dapat juga.

Ahamdulillah,  syukur yang tak terhingga. Terima kasih Allah. Allah telah datangkan orang yang baik2 untuk tolong dan doakan kami.  


Wajah-wajah happy kitorang sebab finally loan lulus 90% so kitorang tak payah keluar duit deposit langsung sebab rumah ni dapat 10% rebate.

Insya Allah ini akan jadi rumah kami sehingga ke akhir usia sebab memang nak settle down kat sini. 

Next, untuk urusan SNP dan loan aggrement pula. Insya Allah next week. 


Till then...bye ~~~

No comments:

Post a Comment