Assalammualaikum w.b.t
3 Dec 2022 haritu secara rasminya mak dan abah berpindah ke Senawang. Finallyyy!! Lepas beberapa kali tangguh disebabkan pelbagai faktor...akhirnya mak dah jadi budak town sekarang. Haha
Rumah kat Senawang ni abang ipar Dhuri yang beli sebenarnya. Kebetulan jiran sebelah rumah dia dah sakit tua dan nak pindah ke pusat penjagaan orang tua-tua. Anak dia jual rumah tu untuk perbelanjaan mak dia sepanjang di pusat penjagaan nanti.
Lepas ni dah senang lah nak balik jumpa mak. Dah takde pening kepala lagi dah sebab dah takde lalu jalan berliku-liku. Straight je dari Kajang ke Senawang ikut highway LEKAS. Tak sampai satu jam dah sampai. Seronok!!!
Terima kasih abang iparku. Banyak dah yang abang ipar Dhuri ni bagi untuk keluarga kami. Semoga Allah melapangkan segala urusan dan memurahkan lagi rezeki
Now tiap minggu dah boleh balik kampung! Eh.......Hahaha
Rumah baru mak sekarang. Kita rasmikan dengan celebrate birthday kakak Bunga yang ke 8 tahun. Hehe. Apapun Alhamdulillah, makin dekat dengan mak dan dah tak risau sangat lagi sebab apa-apa ada kakak kat sebelah. Sebelum ni kalau hujan je risau takut rumah mak naik banjir lagi. Malam2 pun risau jugak sebab mostly jiran2 kat sana dah ramai yang dah tua2 dan pindah ikut anak.
Rumah yang banyak memberi memori manis pada kami. Dah tak duduk simpang durian ni memang jarang dah lah balik sana. Tapi segala kenangan manis insya Allah akan sentiasa tersimpan rapi untuk selamanya. Di sinilah tempat arwah wan dan atuk bersemadi. Jadi mana mungkin dilupakan...
Lepas beberapa minggu pindah balik semula untuk ambil barang yang tak bawa haritu. Kemain penuh kereta kan...biasalah bondaku semua benda dia sayang nak tinggal. Tq bibah banyak jasa bibah ni. Macam2 dah dia hangkut..muat pulak tu je semuanya. T____T
Till then bye ~~~
Atau nak lebih pantas??
No comments:
Post a Comment