Thursday, 19 December 2024

Skytrek Sungai Congkak

Assalammualaikum w.b.t


I am so excited menunggu hari untuk aktiviti Skytrek ni! Dhuri plan since last year lagi. Tapi asalnya nak pergi yang dekat Melaka dengan husband dan anak-anak. Tapi menunggu husband Dhuri kurus tak kurus-kurus jugak so Dhuri pun buka lah cadangan ni pada geng Huha ku pulak. lol

Sebab nak join Skytrek ni korang kena make sure ketinggian dan berat mengikut piawaian yang ditetapkan. Tak boleh terlebih atau kurang atas faktor keselamatan. Benda bermain keselamatan ni tak boleh anggap remeh. So no cheat2 okey. Kalau berat terlebih tu pergi lah exercise kasi kurus dulu. Bukan hape, kalau jadi apa-apa nanti korang jugak yang kena tanggung. 

And memandangkan tahun 2024 ni life kitorang pun macam roller coaster, kejap ups kejap down...dengan pelbagai isu dalaman lagi so plan ni banyaaakkk kali tertangguh sebenarnya. Cuma bila dah hampir hujung tahun ni Dhuri rasa tak boleh jadi lah. Tak kan nak tenggelam dalam semua masalah pulak. Dunia berputar, umur bertambah so marilah kita enjoyyy....gituuuu

Plan asal nak pergi bertiga, then sorang ofismate Dhuri tengok my story and nak join sekali. ..Sehari sebelum pergi ada pertambahan lagi sorang. So jadilahhhhhh



Kitorang berkumpul dulu kat ofis then baru gerak naik satu kereta je. Ikut laluan Balakong-Hulu Langat. Jalan ni pagi-pagi memang jem teruk tapi dah hujung tahun ni kurang sikit lah. Maybe dah ramai ambik cuti krismas. H________H

Ikutkan nak singgah kat Warung De'Manggis yang viral tu untuk breakfast. Warung ni tepi jalan je otw ke Skytrek. Nasi lemak kat sini orang kata sedap. Tapi sayang, haritu tutup pulak. So kitorang berhenti je kat gerai makan selepas tu. Dhuri alas perut dengan roti canai kosong dan air suam je. Tak nak makan berat sangat sebab takut tak terdaye membawa badan pulak nanti. lol

Sampai kat sana, bayar dulu entrance rm5 setiap sorang. Tiket Dhuri dah beli siap-siap online. Beli online harga lebih murah cuma kalau kita cancle tak dapat refund la. In case hujan lebat je dan pihak Skytrek sendiri yang cancle kan baru kita boleh tukar ke tarikh lain. Dorang juga akan bagi kita disclaimer form untuk isi. In case terjadi apa-apa Skytrek tak akan bertanggungjawab termasuk lah kecacatan dan kematian, nauzubillah. 


Ambil equiment dulu kat sini. Staff akan pasangkan kat kita equipment ni semua tau. Nanti masa bukak pun dorang yang akan bukak kan. 


Dah serupa Girls Power Rangers ekk..Haha. Tapi serba hitam. 

Dah settle semua jom dengar briefing dulu. Staff akan ajar cara guna equipment sebab kat atas nanti kita yang kena buat sendiri. Staff hanya akan follow dari belakang je. Kadang-kadang dorang kat depan. So akan ada check point yang ko pandai-pandai lah sendiri nak hidup. haaa gittuuuu



First sekali kena hadap ialah tangga kejayaan ni yang Dhuri panggil sebagai tangga keputus asaan. Sebab Dhuri hampir give up ye masa mendaki tangga ni. Bila dah sampai kat tengah tu tengok bawah sayup. Tengok atas jauh lagi...rasa macam "apa benda ni!!!" haaaaa faham tak??


But life goes on. Tak kan awal-awal kita dah nak jadi warm-warm chicken shit kan...lol
So daki je lah sampai ke atas. 


Bila dah sampai kat atas tu rasa macam fuhhh puasnyaa.

Then kita continue dengan flying fox pulak. Yang first flying fox ni debar dia kuat sikit sebab masih mengumpul keyakinan diri. Nak terjun tu rasa macam betul ke ni......
Tapi lepas beberapa kali, okey dah. Keyakinan tu muncul dengan sendirinya. Plus, view dari atas tu sangat cantik ye. 

Kat Sungai Congkak ni, sejujurnya challenge dia tak banyak sangat. Dan agak mudah jugak lah pada Dhuri melainkan tangga putus asa tu. Yang lain-lain tu semua easy peasy je. Banyak flying fox je kat sini. 


Tangga bergoyang macam ni ada a few je. Yang agak mencabar tangga last sebelum menurun kalau Dhuri tak silap. Dia mencabar sebab berat nak tarik equipment tu sambil kita mendaki. Memang kena guna banyak kekuatan tangan. Kaki tak sangat pada Dhuri. Selain tu, biasa je lah. 


Bila dah menurun macam ni, memang lagi senang lah cerita dia. Plus dah tak tinggi sangat. So takde lah nak gayat ke apa. 


Last sebelum flying fox yang terakhir dan golden slide. Kalau korang tengok memang rendah je kannn..Dhuri agak kecewa jugak kat sini sebenarnya. Sebab Dhuri expect rope walking ni akan tinggi. Rupanya rendah sangat wakk. Kalau jatuh pun boleh bangun sendiri. T_______T


Tapi apa pun okey je lah. Kalau nak rasa flying fox banyak boleh lah datang sini. Untuk challenge, pada Dhuri biasa-biasa je. Tahap tak mencabar sangat pun. lol



Nak repeat ke? i dunno...maybe yes, maybe not
Tapi staff kata kalau kat Melaka challenge dia lagi banyak. So maybe kalau nak try lagi, Dhuri pilih Melaka pulak kot. 



Thank you gaisss merealisasikan impian ku. Next kita pilih ke mana pulak???

Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!
































Monday, 16 December 2024

Celebrate Birthday Bunga Di Gula Petite

 Assalammualaikum w.b.t


Few months lagi sebelum tarikh birthday dia my princess Kakak Bunga dah ingatkan banyak kali yang dia nak makan kek masa birthday dia nanti. Siap dia menghitung hari lagi. Since every year pun memang kitorang beli kek dan sambut kat rumah, so this year macam nak try sambut kat luar pulak. 

Lepas cari-cari then Dhuri terjumpa kedai kek Gula Petite ni. Lokasi kat myTown, Cheras. So dekat lah dengan rumah kitorang. Alang-alang tu boleh pegi Ikea sekali sebab Dhuri plan nak ambil 1-2 slices je kek and lepas tu baru makan berat kat Ikea. Sebab kitorang dah tua-tua ni memang tak lalu dah nak makan banyak-banyak kek. Lol

Otw ke MyTown tu husband bawa ikut highway SUKE. Dhuri yang request sebab view dari atas tu tersangatlah cantiknya bersamaan dengan 18 tingkat tau ketinggian dia. Kalau tengok waktu malam lagilah terpesona sebab dipenuhi dengan lampu-lampu gemerlapan. 

Sampai je kat area myTown husband terus parking kereta kat Ikea sebab lebih mudah parking kat situ. Surprisingly, sampai je kat myTown, ada someone yang tegur Dhuri. Siapa lagi kalau bukan my best friend!

Tak sangka terjumpa Tha kat sini. Tak sempat pun nak borak sangat sebab Tha dengan mummy dia. Dhuri rasa macam tak hormat pulak kalau nak sembang lama-lama. Tha baru keluar dari myTown and nak lunch kat Ikea. Kitorang pulak baru je datang. Hehe

Tak susah pun nak cari Gula Petite ni sebab memang kat ground floor tu je. Locate betul-betul kat laluan masuk. Rambang mata jugak kitorang masa mula-mula tengok tu. Nampak semua macam sedap. Husband pun ikut tergoda nak order pavlova. Tapi lepas fikir balik ermm ambik kek coklat je la. Ambik sampai 4 nanti tak mampu pula nak habiskan sebab budak berdua tu dah memang aim sorang satu. H________H

Pilihan kakak bunga coklat apa ntah. Aqeel oreo. Actually Aqeel nak ambik yang kakak pilih tu tapi sebab Dhuri mintak dia consider tukar lain supaya boleh rasa lain-lain flavour, dia pun okey je lah. Thanks adik! and ternyata oreo tu memang lagi sedap ye sebab tak muak sangat. Yang coklat tu mampu makan half je lepas tu muak dah. 

 

Untuk harga, personally bagi Dhuri agak mahal. If nak compare dengan secret recipe, SR lagi murah. Sebab one slice dia rm18-20. Rasa pun okey2 je. A bit manissss pada Dhuri. Kalau nak lebih murah dan sedap boleh try Harolds atau SR. Plus, SR punya makanan lebih banyak choice and reasonable price. 

Kat Gula Petite ni ada juga menu makanan tapi Dhuri tak rasa nak beli sebab mahal sangat. Ambik 3 slices kek je + 2 mineral water dah rm60 lebih. Tambah sikit makan kat Ikea dah boleh dapat full course siap dengan beef ribs lagi. Aduhhh teringat balik beef ribs tu sedapnyaaaa

Tapi apapun okey je lah. Sesekali kena support juga local kan. 

Lagipun bukan selalu memenuhi keinginan anak. Hari istimewa dia so kita celebrate je lah tanpa berkira sangat. Cuma next time kalau nak celebrate lagi, Dhuri tak pilih dah kot sini. Tak rasa nak repeat.

Lepas enjoy makan kek, kitorang naik sekejap ke BookXcess. Masih kat myTown, level 1. Dia kedai buku cuma konsep macam library. Siap ada kafe lagi dalam tu. Lama juga kitorang dalam ni sebab nak bergambar sekali. Hehe

 

 

 

Cantik kan tempat dia. Nice konsep. 

Dhuri sempat singgah sekejap kat butik Panda Eyes sebelah BookXcess tu and sambar 2 helai baju. Hehe. Budak-budak pulak seronok dok main piano dalam tu. Dah puas kat sini barulah kitorang keluar and sambung ke Ikea pulak untuk makan. 

Overall, semua nya happy je. Tertunai sudah hajat kakak nak makan kek. Cuma next year dia minta untuk buat birthday party pulak. Nak panggil kawan-kawan datang rumah. Lagi besar ye bajet. Haha. Tengok lah nanti macam mana. Dhuri nak masak-masak ni malas sikit. lol

Terpaksa kaburkan sebab i dah gemukkkk tapi tetap jugek nak hupload. H_________H



Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!






Sunday, 10 November 2024

Trip 2 Days 1 Night Ke Kampar Perak

Assalammualaikum w.b.t


Tahun ni Dhuri dan husband agak aktif juga dengan aktiviti anjuran kelab rekreasi kat tempat kitorang kerja sehingga tiba-tiba jadi salah seorang ahli bowling yang mewakili kampus pula ke main kampus di Kampar. Hehe

Bila dapat tahu yang kami akan ke Kampar untuk tournament sukan selama 2 hari 1 malam Dhuri dengan husband discuss untuk pergi dengan kenderaan sendiri supaya kitorang boleh singgah jalan-jalan cari makan nanti. Once husband kata okey je terus Dhuri siapkan tentative untuk kami 4 beranak. 

Sejujurnya untuk tahun 2024 ni, inilah first time kitorang pergi holiday. T________T

Bunyi macam menyedihkan tapi sebenarnya inilah pengorbanan bila beli rumah last year. Pada Dhuri, it's okey untuk cut sekejap travel sebab kitorang dah lama impikan untuk duduk rumah sendiri ni. So wajib lah untuk bagi seselesa mungkin dulu. Insya Allah ada rezeki nanti kita sambung lagi aktiviti travel dalam dan luar negara kami.   

Since kitorang terikat dengan jadual game bowling dan acara penutupan, annnnddd Kampar pun sejujurnya tak semenarik Ipoh (sobssss) so Dhuri cuba letak kan seberapa banyak tempat makan best yang kitorang wajib singgah otw dari KL ke Kampar. Mujur jugak time tu tengah musim durian so  adalah something yang quite excited juga dan ditunggu-tunggu. 


Sabtu, 27 Julai 2024

Kitorang bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7 pagi. Plan asalnya nak singgah breakfast di Warong Ria, Simpang Sungai Choh, Rawang. Kedai ni agak popular juga di tiktok. Tapi sayang nya masa kitorang sampai tu kedai ni tutup pulak. Dhuri dah terbayang-bayang nak makan lontong dia..Takde rezeki, sobs. 

Dah alang-alang kedai tutup so husband terus je drive sampai ke Sungkai dan berhenti di lokasi kedua dalam tentative kami, Nasi Bamboo Sungai Klah. Kitorang sampai waktu peak hours, dalam 11 lebih so memang orang pun tengah ramai. Beratur jugak lah sekejap kat luar tapi tak lama pun. Husband sorang je yang beratur. Dhuri dengan anak-anak terus cari tempat duduk. Style kat sini, kita beratur dulu untuk ambil dulang dan kemudian ambik je lah lauk yang kita nak, letak dalam dulang. Kat hujung nanti baru ambik nasi buluh dia dan buat bayaran. Air beli sendiri kat gerai air. Ada 2 gerai air kat situ. Lauk pula memang banyak pilihan sampai rambang mata tak tahu nak pilih. 

Pada Dhuri harga dia okey. Sedap dan murah. Berbaloi la. Boleh singgah lagi kalau ke utara next time. Tak silap Dhuri untuk harga satu dulang makanan yang kitorang ambik ni lebih kurang Rm 40++ je. 

Selesai makan, perjalanan diteruskan. Bila dah exit tol tu sepanjang perjalanan memang boleh nampak banyak sangat gerai jual buah kat tepi jalan. Durian la especially nya. Kitorang rasa dorang memang jual fresh dari dusun sendiri. Hati memang meronta dah nak beli tapi sebab fikir malam ni ada game nanti kang perut gassy pulak. Haruuuuuuu. Haha. So tahan kan je lah niat tu sampai balik nanti. 

Kitorang sampai di Westlake Villas, Kampar lebih kurang pukul 2 petang. Ambil kunci untuk check in dari salah seorang staff uni dan terus angkat barang-barang naik ke atas. The whole house untuk family kitorang je. Best! budak-budak ni sakan pilih bilik sendiri sebab rumah ni ada 4 buah bilik. Actually style hostel sebab setiap bilik ada 2 katil single. Yelah dah nama pun accommodation sponsored by Uni kan...hehe

View dari tingkat 18 kalau tak silap. Cantik. Ada laluan ets sebelah tu. 

Kanan tu bilik yang menjadi pilihan anak-anak. Aqeel terus berani sebab tidur dengan kakak. lol

Another room

Lengkap dengan dapur. And sejujurnya masa stay kat sini kitorang tiba-tiba rasa nak duduk kondo jugak. Haha. Mungkin rasa best sebab satu level je. Luas dan selesa pulak tu. privacy pun tip top sebab tak hadap rumah orang lain. Tapiii tak kan lah nak beli rumah lagi kan...T___T 

 Cantik view dari balkoni. Segar mata kalau setiap hari boleh pandang kehijauan macam ni.

Disebabkan boleh solat jamak jadi dalam 6.30 lebih kitorang dah keluar. Tournament start pukul 7.30. Kitorang sampai awal untuk settlekan pendaftaran dan etc. Nervous jugak time ni sebab betul-betul dah nak kena fight kan. Dah lah macam tak cukup training je. T________T

Plus untuk game-game lain yang bertanding haritu kampus kitorang baru menang johan satu je iaitu badminton veteran. So begitu pressure ye malam tu macam menjadi harapan negara pulak. lol 


Finally game ended lebih kurang pukul 10 malam. Team Dhuri dapat tempat ketiga kategori wanita. Manakala team husband tak menang. Hehe. Tapi okey lah untuk first experience kitorang. Anak-anak pun enjoy berlari ke sana ke sini dalam bowling hall tu. Habis game baru terasa laparnyaaaaa. Tadi tak nak makan sebab takut badan berat nak lawan. Haha. So sebelum balik, kitorang ke Waterview, Thai Restaurant dulu untuk dinner. Lokasi sangat menarik kerana terdapat kolam ikan untuk memancing sekali. Jadi kedai ni meriah walaupun dah tengah malam. Ikan yang dipancing boleh terus request untuk dimasak. Kitorang order tomyam dua set, tomyam merah dengan putih, sayur kangkung, telur dadar dengan satu lagi lauk seafood tapi Dhuri dah tak ingat apa. Harga pun dah tak ingat tapi okey la. Tak la mahal sangat. 



Tak ambik gambar penuh pula semua food yang kitorang order


Suasana tenang, view cantik, makanan pun sedap..apa lagi nak kan..hehe

Settle makan, kitorang balik and rehat untuk second day esok pulak 


Ahad, 28 Julai 2024

Kitorang ke sukaneka family dulu sebelum acara penutupan. Dah terlewat sebenarnya untuk sukaneka sebab jadual game pagi habis awal. Budak-budak ni pulak seronok berendam kat pool sampai tak nak naik. Mujur sempat juga untuk penyampaian hadiah. Sampai-sampai terus kena panggil untuk ambik doorgift. T____T

Then continue dengan penyampaian hadiah untuk game-game lain yang bertanding sepanjang 2 hari ni. 

Settle semuanya. Kitorang balik ke rumah untuk rehat dan lunch. Lunch haritu sponsored by Uni. Lauk biasa lah, ayam masa merah, sayur kobis. Hehe. Tapi sedapppp. Uni bagi masa sehingga pukul 2 petang untuk serahkan kunci. So boleh lah rehat dulu sampai selesai solat jamak zohor dan asar baru gerak balik KL. 

Otw balik destinasi pertama yang kitorang tuju adalah gerai durian!!!! Kitorang dah survey semalam gerai yang kitorang nak. Ada buah manggis jugak. Sesuai lah untuk Aqeel yang tak makan durian tu. Kitorang bertiga je yang bergasak makan sampai berapa kali ntah mintak tambah durian nya. Hehe. Memang betul-betul puas makan. Lagipun durian Perak ni sedap lah. Rasa dia special. Dhuri memang suka durian kampung. Lemak manis dia tu tak boleh tanding. Makan banyak pun tak muak. 

Perjalanan balik diteruskan dan kali ni kitorang berhenti sekali lagi di Sungkai. Tak jauh pun dari Nasi Bamboo Sungai Klah tu ada gerai Mi Udang Kak Zai yang Masya Allah sangatlah sedap. Tarikan utama dia dah tentu lah udang. Besar-besar betul. Husband order Mi udang, Dhuri pulak laksa udang. First time kan dengar laksa letak udang. hehe. Anak-anak mintak nasi goreng udang. Disebabkan Dhuri tengok nasi goreng udang tu begitu menggiurkan sekali so Dhuri mintak untuk tapaw jugak. 

Telur sampai 2 bijik hengkau....Memang kenyang sangat dah time ni. Husband sampai risau boleh tak nak drive balik...Haha. And memang half way Dhuri tukar dengan husband sebab mata dia dah berat. Dhuri drive sampai masuk KL. Berhenti untuk solat maghrib and husband pulak sambung drive sampai rumah

Balik rumah sambung makan nasi goreng udang tu ye...haha dasar betulllll

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan ke Kampar 2 hari 1 malam. Next time insya Allah nak sampai ke Ipoh pulak. Dengar nya kat Ipoh lagi macam-macam makanan sedap. Get ready perutttt. hehe

Terima kasih Allah atas kurnian rezeki ini. 


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!