Tahun ni Dhuri dan husband agak aktif juga dengan aktiviti anjuran kelab rekreasi kat tempat kitorang kerja sehingga tiba-tiba jadi salah seorang ahli bowling yang mewakili kampus pula ke main kampus di Kampar. Hehe
Bila dapat tahu yang kami akan ke Kampar untuk tournament sukan selama 2 hari 1 malam Dhuri dengan husband discuss untuk pergi dengan kenderaan sendiri supaya kitorang boleh singgah jalan-jalan cari makan nanti. Once husband kata okey je terus Dhuri siapkan tentative untuk kami 4 beranak.
Sejujurnya untuk tahun 2024 ni, inilah first time kitorang pergi holiday. T________T
Bunyi macam menyedihkan tapi sebenarnya inilah pengorbanan bila beli rumah last year. Pada Dhuri, it's okey untuk cut sekejap travel sebab kitorang dah lama impikan untuk duduk rumah sendiri ni. So wajib lah untuk bagi seselesa mungkin dulu. Insya Allah ada rezeki nanti kita sambung lagi aktiviti travel dalam dan luar negara kami.
Since kitorang terikat dengan jadual game bowling dan acara penutupan, annnnddd Kampar pun sejujurnya tak semenarik Ipoh (sobssss) so Dhuri cuba letak kan seberapa banyak tempat makan best yang kitorang wajib singgah otw dari KL ke Kampar. Mujur jugak time tu tengah musim durian so adalah something yang quite excited juga dan ditunggu-tunggu.
Sabtu, 27 Julai 2024
Kitorang bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7 pagi. Plan asalnya nak singgah breakfast di Warong Ria, Simpang Sungai Choh, Rawang. Kedai ni agak popular juga di tiktok. Tapi sayang nya masa kitorang sampai tu kedai ni tutup pulak. Dhuri dah terbayang-bayang nak makan lontong dia..Takde rezeki, sobs.
Dah alang-alang kedai tutup so husband terus je drive sampai ke Sungkai dan berhenti di lokasi kedua dalam tentative kami, Nasi Bamboo Sungai Klah. Kitorang sampai waktu peak hours, dalam 11 lebih so memang orang pun tengah ramai. Beratur jugak lah sekejap kat luar tapi tak lama pun. Husband sorang je yang beratur. Dhuri dengan anak-anak terus cari tempat duduk. Style kat sini, kita beratur dulu untuk ambil dulang dan kemudian ambik je lah lauk yang kita nak, letak dalam dulang. Kat hujung nanti baru ambik nasi buluh dia dan buat bayaran. Air beli sendiri kat gerai air. Ada 2 gerai air kat situ. Lauk pula memang banyak pilihan sampai rambang mata tak tahu nak pilih.
Pada Dhuri harga dia okey. Sedap dan murah. Berbaloi la. Boleh singgah lagi kalau ke utara next time. Tak silap Dhuri untuk harga satu dulang makanan yang kitorang ambik ni lebih kurang Rm 40++ je.
Selesai makan, perjalanan diteruskan. Bila dah exit tol tu sepanjang perjalanan memang boleh nampak banyak sangat gerai jual buah kat tepi jalan. Durian la especially nya. Kitorang rasa dorang memang jual fresh dari dusun sendiri. Hati memang meronta dah nak beli tapi sebab fikir malam ni ada game nanti kang perut gassy pulak. Haruuuuuuu. Haha. So tahan kan je lah niat tu sampai balik nanti.
Kitorang sampai di Westlake Villas, Kampar lebih kurang pukul 2 petang. Ambil kunci untuk check in dari salah seorang staff uni dan terus angkat barang-barang naik ke atas. The whole house untuk family kitorang je. Best! budak-budak ni sakan pilih bilik sendiri sebab rumah ni ada 4 buah bilik. Actually style hostel sebab setiap bilik ada 2 katil single. Yelah dah nama pun accommodation sponsored by Uni kan...hehe
View dari tingkat 18 kalau tak silap. Cantik. Ada laluan ets sebelah tu.
Kanan tu bilik yang menjadi pilihan anak-anak. Aqeel terus berani sebab tidur dengan kakak. lol
Another room
Lengkap dengan dapur. And sejujurnya masa stay kat sini kitorang tiba-tiba rasa nak duduk kondo jugak. Haha. Mungkin rasa best sebab satu level je. Luas dan selesa pulak tu. privacy pun tip top sebab tak hadap rumah orang lain. Tapiii tak kan lah nak beli rumah lagi kan...T___T
Cantik view dari balkoni. Segar mata kalau setiap hari boleh pandang kehijauan macam ni.
Disebabkan boleh solat jamak jadi dalam 6.30 lebih kitorang dah keluar. Tournament start pukul 7.30. Kitorang sampai awal untuk settlekan pendaftaran dan etc. Nervous jugak time ni sebab betul-betul dah nak kena fight kan. Dah lah macam tak cukup training je. T________T
Plus untuk game-game lain yang bertanding haritu kampus kitorang baru menang johan satu je iaitu badminton veteran. So begitu pressure ye malam tu macam menjadi harapan negara pulak. lol
Finally game ended lebih kurang pukul 10 malam. Team Dhuri dapat tempat ketiga kategori wanita. Manakala team husband tak menang. Hehe. Tapi okey lah untuk first experience kitorang. Anak-anak pun enjoy berlari ke sana ke sini dalam bowling hall tu. Habis game baru terasa laparnyaaaaa. Tadi tak nak makan sebab takut badan berat nak lawan. Haha. So sebelum balik, kitorang ke Waterview, Thai Restaurant dulu untuk dinner. Lokasi sangat menarik kerana terdapat kolam ikan untuk memancing sekali. Jadi kedai ni meriah walaupun dah tengah malam. Ikan yang dipancing boleh terus request untuk dimasak. Kitorang order tomyam dua set, tomyam merah dengan putih, sayur kangkung, telur dadar dengan satu lagi lauk seafood tapi Dhuri dah tak ingat apa. Harga pun dah tak ingat tapi okey la. Tak la mahal sangat.
Settle makan, kitorang balik and rehat untuk second day esok pulak
Ahad, 28 Julai 2024
Kitorang ke sukaneka family dulu sebelum acara penutupan. Dah terlewat sebenarnya untuk sukaneka sebab jadual game pagi habis awal. Budak-budak ni pulak seronok berendam kat pool sampai tak nak naik. Mujur sempat juga untuk penyampaian hadiah. Sampai-sampai terus kena panggil untuk ambik doorgift. T____T
Then continue dengan penyampaian hadiah untuk game-game lain yang bertanding sepanjang 2 hari ni.
Settle semuanya. Kitorang balik ke rumah untuk rehat dan lunch. Lunch haritu sponsored by Uni. Lauk biasa lah, ayam masa merah, sayur kobis. Hehe. Tapi sedapppp. Uni bagi masa sehingga pukul 2 petang untuk serahkan kunci. So boleh lah rehat dulu sampai selesai solat jamak zohor dan asar baru gerak balik KL.
Otw balik destinasi pertama yang kitorang tuju adalah gerai durian!!!! Kitorang dah survey semalam gerai yang kitorang nak. Ada buah manggis jugak. Sesuai lah untuk Aqeel yang tak makan durian tu. Kitorang bertiga je yang bergasak makan sampai berapa kali ntah mintak tambah durian nya. Hehe. Memang betul-betul puas makan. Lagipun durian Perak ni sedap lah. Rasa dia special. Dhuri memang suka durian kampung. Lemak manis dia tu tak boleh tanding. Makan banyak pun tak muak.
Perjalanan balik diteruskan dan kali ni kitorang berhenti sekali lagi di Sungkai. Tak jauh pun dari Nasi Bamboo Sungai Klah tu ada gerai Mi Udang Kak Zai yang Masya Allah sangatlah sedap. Tarikan utama dia dah tentu lah udang. Besar-besar betul. Husband order Mi udang, Dhuri pulak laksa udang. First time kan dengar laksa letak udang. hehe. Anak-anak mintak nasi goreng udang. Disebabkan Dhuri tengok nasi goreng udang tu begitu menggiurkan sekali so Dhuri mintak untuk tapaw jugak.
Telur sampai 2 bijik hengkau....Memang kenyang sangat dah time ni. Husband sampai risau boleh tak nak drive balik...Haha. And memang half way Dhuri tukar dengan husband sebab mata dia dah berat. Dhuri drive sampai masuk KL. Berhenti untuk solat maghrib and husband pulak sambung drive sampai rumah
Balik rumah sambung makan nasi goreng udang tu ye...haha dasar betulllll
Alhamdulillah selesai sudah perjalanan ke Kampar 2 hari 1 malam. Next time insya Allah nak sampai ke Ipoh pulak. Dengar nya kat Ipoh lagi macam-macam makanan sedap. Get ready perutttt. hehe
Terima kasih Allah atas kurnian rezeki ini.
Till then bye ~~~
Atau nak lebih pantas??
No comments:
Post a Comment