Sunday, 29 June 2025

Penerbangan Transit di Singapore Bersama Scoot Airlines

 Assalammualaikum w.b.t


Ini adalah pengalaman pertama Dhuri terbang bersama Scoot Airlines. Sebelum ni memang semuanya Air Asia je. Hehe cerita macam dah try banyak je airlines kan. lol. 

Semuanya bermula bila Dhuri asik lah bukak tutup skyscanner. Dok compare harga flight pergi Bangkok la Europe la...and tiba-tiba macam tertarik untuk cuba transit flight. Sebab walaupun perjalanan tu akan jadi lebih panjang tapi kita dapat singgah another country. And to me, benda tu macam excited jugak. Sebab tak pernah cuba lagi. Nak try jugak apa rasanya kan....betul ke seindah yg orang kata? atau banyak penat dan nervous??

Nak pergi yang jauh-jauh sampai ke Europe sana tu Dhuri belum bersedia lagi. So just cari tempat yang dekat je dulu. My plan adalah untuk fly dari KL ke Bangkok then ke Hatyai and lepas tu balik KL semula.  Masa searching flight ke Bangkok ni lah terjumpa offer dari Scoot Airlines yang offer layover kat Singapore. Ada beberapa option and lepas fikir Dhuri decided untuk ambil 10 jam layover. Flight 6.45am dari KL. Took 1 hour untuk sampai Singapore and berlepas semula ke Bangkok pada pukul 5.55pm. 

Just enough time untuk kitorang try makanan Singapore and jalan-jalan sikit. Since husband pun tak pernah pergi Singapore lagi so ni kira trip untuk dia la. Hehe

This time kitorang pergi berdua je. Anak-anak tak ikut sekali sebab trip ni agak lasak. Dhuri rasa belum sesuai untuk dorang lagi. Maybe next time ye kiddo. So memandangkan kitorang cuma berdua, so kitorang plan nak naik bas saja ke KLIA. Actually yang ni kitorang plan last minit tau. Dari awal tu memang nak naik grab, tapi bila fikir balik nak kena ada kat KLIA paling lambat pun pukul 4 pagi. So sehari sebelum pergi tu husband decided untuk kitorang naik bas je. Parking kat TBS and naik last bas ke KLIA. Nanti bila balik dari Hatyai pun dah senang sebab bas memang turun ke TBS. Kitorang boleh terus balik rumah sebab expected sampai nanti pun mungkin pukul 3-4 pagi jugak. 



Kitorang gerak dari rumah pukul 9.30pm and sampai kat TBS pukul 10pm. Risau jugak takut tiket habis tapi memang banyak lagi tiket so terus je beli kat kaunter and turun tunggu kat bawah. Pukul 10.30pm bas sampai. Alhamdulillah smooth je perjalanan. Sebelum pergi macam-macam rasa tau nervous ada, sedih ada sebab anak-anak tak ikut huhu tapi bila dah naik bas slowly dah okey dah feeling2 tu. Dari TBS ke KLIA satu jam. 

Bila dah sampai KLIA ni korang boleh pilih untuk tidur kat mana-mana kerusi yang available. Kalau nak selesa boleh ambik capsuleTransit, katil single dengan harga Rm140 ke atas. Tapi dia ada maximum hours stay tau. Kalau tak silap 6 jam je. Kitorang tak ambik pun sebab tak berbaloi. Kitorang nak stay kat luar tu sampai pukul 3 pagi je sampai gate bukak. 


Dhuri tengok ramai jugak yang tidur kat kerusi ni tapi to be honest tak selesa ye. T_______T
Kitorang duduk sekejap je kat kerusi ni sebelum naik atas. Sebab kat ruang atas tu lebih selesa untuk tidur. Cuma kerusi nya terhad. 


Charging station ni ada tapi sayang nya tak function. Tak tahu lah rosak ke apa. Kalau nak charge phone kena naik kat atas. Ada few plug point yang boleh guna tapi tak banyak and biasanya penuh dah orang charge. So kitorang just guna power bank je lah masa tu. Standby 2-3 power bank. 


Suasana lengang sebab dah lepas midnight. Boleh lah bergambar depan screen board ni tanpa ada orang yang photobomb kita. Nak cari tempat tidur yang selesa ada kat bahagian atas tu betul2 atas gate international tu. Kitorang lagi prefer tidur kat situ sebab boleh baring walaupun takde karpet. Plus, senang untuk tengok kalau gate dah open. Turun je escalator boleh terus check in dah. Dhuri pilih tempat yang tersorok dan husband tutup dengan luggage so memang tak nampak lah. 


Dhuri tengok ramai jugak yang bawak anak kecil tidur kat sini. Dorang alas dengan kain atau comforter nipis tu. Good idea jugak so that takde lah sejuk kan. Kitorang memang tak alas. Reda je lah. Dhuri tidur agak lena jugak untuk 1 jam pertama then tidur-tidur ayam je. Dekat pukul 3am Dhuri dah terjaga and turun ke bawah untuk check gate. Luckily gate dah open so naik atas balik kejut husband and kitorang terus check in. Urusan check in mudah sebab orang belum ramai. And since kitorang naik Scoot so tak perlu timbang luggage. Dhuri pun tak sure kenapa. Maybe sebab Scoot bagi free weight 10kg and dorang rasa size luggage kitorang tu tak kan mungkin lebih 10kg. Atau mungkin sebab yang jaga kat laluan masuk tu staff Air Asia. I dunno la sebab kat KLIA je yang Dhuri ingat tak timbang. Kat Singapore Dhuri dah tak ingat kena timbang atau tak.

Dah masuk dalam tu kitorang cari port yang dekat dengan gate kitorang and sambung tidur. Hihi. Selesa sebab ada karpet. Dhuri tengok memang ramai yang berkampung tidur kat dalam tu. 5.30am Dhuri bangun, mandi and tukar baju. Lepas tu solat and ready kat depan boarding gate dah. 


First impression masa masuk tu "eh sama je macam air asia" hehe. Cuma seat dia warna hitam je. Kitorang tak beli seat sebab masa check in memang dapat duduk bersebelahan cuma bukan tepi tingkap je. So tak dapat lah rekod video or tangkap gambar awan cantik2 tu. Ralat sikit tapi okey lah no need to bazir duit. Mahai oii beli seat Scoot ni sebab convert ke SGD kan. 


Okey now baru nak cerita pengalaman Dhuri naik Scoot ni. Haha. Untuk first flight ni since penerbangan cuma 1 jam je so seat tu pada Dhuri okey je walaupun a bit keras. Tak sure lah tapi Dhuri rasa Air Asia punya seat lebih okey berbanding Scoot. Secondly their flight attendant Dhuri rasa tak begitu friendly sangat. If nak compare dengan Air Asia, FA dorang kan rajin greet and senyum. Tapi untuk Scoot ni memang susah lah nak nampak senyum. And sepanjang penerbangan tu ada sorang penumpang chinese ni selalu lah hembus hingus dia siap berkahak lagi. Sangat tak selesa ye. Pengotor betul. Mujur takde bau tak mandi ke apa kalau tak mau fengsan ku disitu. lol
Tapi please expect that sebab mostly passenger Scoot ni adalah chinese. So you know2 lah..

And benda yang buat Dhuri paling kena compare adalah bila flight nak take off dan landing. Bergegar teruk. Sangat tak smooth ye sampai Dhuri rasa macam jantung ku terhenti sekejap. And masa tu Dhuri ingat maybe flight ni je kot macam tu. Maybe pilot belum mahir ke apa kan..lahhhh sekali masa flight ke Bangkok pun sameee. Lagi teruk dia bergegar masa landing ye. So my conclusion, sama macam yang orang lain selalu kata airlines Malaysia 100 times better! Betul lah kan kita ni kena merasa dulu tempat lain baru nampak apa yang kita miliki sebenarnya lebih baik. 

Tapi my husband ada teori sendiri. Bila Dhuri complain fligth Scoot ni bergegar dia jawap yang first flight tu sebab pilot dia perempuan. Mungkin bawak sambil emosi
"habis yang second flight tu pilot dia lelaki. Kenapa bergegar jugak?"
"owhh tu sebab dia kapal besar. Berat nak handle"
lol. betul ke???? Hahahahaha


Finally arrived at Changi Airport!! Scoot ni adalah airlines Singapore so masa sampai tu memang dipenuhi dengan kapal Scoot je lah. Since kitorang takde check in luggage so keluar je dari flight tu terus cari loker dulu untuk simpan. Tapi kelakarnya masa nak buat payment tiba2 kad tak boleh pulak. Padahal dorang dah ambik simpan beg kitorang. So dengan rasa bersalah, kitorang say sorry and cancle. Actually ada hikmah juga kad tak lepas sebab charge dia mahal lepas tukar ke ringgit. RM60 untuk luggage size cabin. Kitorang nak simpan 2 luggage, tak kan nak habis RM120 je kat situ kan. Lagipun bukan nya lama sangat. So decided untuk seret je lah luggage tu ke Pasar Geylang. 

Btw, story kat Singapore ni nanti Dhuri buat entri lain. Sebab macam-macam insiden jugak yang kitorang hadap walau untuk tempoh beberapa jam tu. Hehe

Kitorang sampai semula ke airport pukul 1pm. Terus ke terminal 1 sebab nak tengok air terjun indoor terbesar di dunia kat Jewel Changi Airport ni. Pintu masuk dia dekat Terminal 1. Kitorang tak jumpa cara terdekat untuk pergi. So sebaik je masuk airport tu memang jalan kaki je ikut sign-age ke Jewel. Letih jugak lah.T____________T


Cuma disebabkan waktu siang, jadi takde lah lampu-lampu yang cantik tu. Orang pun sangat ramai masa ni. Kalau tak silap Dhuri air terjun ni 3 tingkat jugak. Lama kitorang terpesona kat sini sambil tunggu line clear sikit untuk ambil gambar dan rekod video. Kat Jewel ni jugak banyak tempat makan. Tapi level high class la semua. And rasa nya tak halal. Dhuri tak sure sebab tak tengok sangat pun. Tapi toilet kat sini cantikkkk. Tak ingat pulak ada bidet ke tak. Tapi ada air and sedikit canggih. Hehe


Tanda kitorang dah sampai sini. T______T


Sangat cantik dan memukau. I bet waktu malam lagi cantik ni. Lepas puas kat air terjun ni kitorang terus gerak semula ke Terminal 1 untuk check in flight ke Bangkok pulak. Masa ni agak confused sebab bila tengok kat screen board tak nampak lagi no flight kitorang keluar.  So tawakal je tunggu kat Terminal 1. Tapi sebenarnya boleh check kat apps jugak tau. Sebab lepas tu husband check kat apps and confirm gate kitorang kat Terminal 1. Sebab kat screen board memang lambat keluar. Risau kalau dah lambat nanti salah terminal pulak, jenuh nak berlari mencari. Apps tu korang boleh download kat airport. Just cari je QR untuk download tu. Ada few tempat dorang letak.


Kat luar Jewel airport. Actually masa landing dari KL lagi dah terus nampak area ni. Sakan lah sekejap bergambar. Memang cantik Changi Airport ni. 



Cuma kekurangan nya pada Dhuri adalah timing untuk gate open tu adalah sangat lambat. Dhuri tak sure sama ada Terminal 1 saja ke macam ni atau semua terminal pun sama. Tapi kitorang dah tunggu kat depan staff yang jaga laluan masuk tu dari sebelum pukul 3 pm lagi sebab flight pukul 5.55pm. Dhuri expect gate akan open 3 jam sebelum departure macam KLIA. So boleh lah kitorang masuk awal, solat dulu and cari gate untuk boarding kan. Rupanya tidak ye. Dah pukul 4 pun masih belum boleh masuk lagi. Sampaikan Dhuri confused takut salah so Dhuri pergi tanya kat kaunter and dorang print kan lagi sekali ticket ku. Haha. Mungkin misscommunication kot. Sebab Dhuri dah print tiket kat rumah lagi. Just nak tanya pukul berapa boleh masuk. Tapi dorang pergi check lagi sekali nama kitorang, flight number and scan luggage. Masa ni ingat lepas scan luggage tu dah boleh masuk rupanya dia just tagged je luggage kitorang and mintak tunggu lagi sampai lah announcement gate open keluar. 


Tapi takpe lah, boleh jugak acah-acah kan. T_____T

Bosan menunggu kitorang naik atas and lepak kat area viewing atau Anjung Tinjau. Kat sini kita boleh nampak kapal terbang take off dan landing. Memang best la. Gambar kat atas tu Dhuri ambil masa kat sini la. Cari jugak spot yang bersih dan tersorok untuk solat tapi tak jumpa. So menanti je lah dengan sabar sampai gate open

1 jam sebelum boarding barulah gate dibuka. And kitorang perasan semua flight pun sama. Gate hanya dibuka 1 jam sebelum boarding je. Geram pulak rasa. Kalau tahu, kitorang spend lama sikit kat luar atau kat Jewel tadi. Takde lah rushing ke Terminal 1. Banyak lagi tempat best kat Jewel tu tau tapi kitorang tak explore sangat sebab risau lambat. Nak makan Wingstop kat luar pun tak sempat gara-gara semuanya takut lambat. huhu. Sedih. 

Once keluar je announcement gate kitorang dah bukak memang terus berlari lah cerita nya. Sebab surau kat dalam. Ni pun satu hal yang Dhuri rasa tak convenient. Sepatutnya buat je lah surau kat luar. Tapi maybe dorang tak nak orang melepak dalam surau kot. Sebab tu buat kat dalam. Surau nya pun kecik je. Tempat wudhuk takde ye dalam surau. Otw nak ke surau tu korang akan jumpa toilet dulu. So terus je masuk and ambil wudhuk siap-siap. Kalau tak, jadi lah macam Dhuri. Terpaksa berlari semula keluar. Dah lah dengan kasut bertali. Kat situ memang semua orang pun macam marathon je. Sambil berlari sambil tanya 
"Do you know where is prayer room?" 
"Go straight. go straight" 
Haha kelakar pulak bila ingat balik. Settle solat, terus lalu immigresen pulak. Sampai depan gate memang ngam2 je masa. Memang tak boleh berlenggang kangkung ye. Unless bukan waktu solat. 

And masa ni jugak lah perut Dhuri tak selesa pulak. Halahhhh. Mujur queue untuk flight ke Bangkok masa tu panjang sebab kapal besar. So sempat lah ke toilet menyelesaikan urusan walau jantung dup dap dup dap takut kene tinggal. lol

Masuk je flight terpegun sekejap sebab first time tengok kapal besar. Selalunya naik yang tambang murah je kan. Ni ada 3 row. Masuk-masuk je dah semerbak bau wangi. memang beza lah. Seat nya pun lembut and tak keras



Ruang kaki pun luas. Memang selesa lah even untuk long flight pun.


Snap satu picture dulu sebelum husband tidur. Sebab dia memang dah mentioned nak tidur sebaik je masuk flight. Penat sangat seharian berkejar sana sini. Hehe. Dari Singapore ke Bangkok ambil masa 2 jam penerbangan. 


Sempat eh tukar lampu warna pelangi ni. lol. Husband kata dorang tengah promoting LGBT punya event kat Bangkok. And Dhuri pun ada perasan banner event tu masa kat sana. So maybe betul lah tekaan husband tu. Tapi tu lah cantik pulakkkk....sobss


Finally sampai di Suvarnabhumi airport! Main airport di Thailand tapi biasa-biasa je. Takde yang menarik pun. Kitorang sampai lebih kurang 8pm lebih. What a day betul ye.. Almost 24 hours berkelana di jalanan sebelum sampai ke destinasi. Satu pengalaman yang cukup menarik bagi Dhuri. If ditanya sama ada nak transit lagi ke tak di Singapore, i would say yes! Sebab nak makan Wingstop! Tapi kalau boleh tukar Air Asia, Dhuri nak naik Air Asia. hehe


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!



No comments:

Post a Comment