Since pakai braces haritu doktor set appoinment setiap 2 minggu sekali untuk check keadaan braces and tinggikan bite riser. Bite riser ni doktor letak filing putih yang macam tampalan gigi tu kat gigi geraham hujung kanan dan kiri supaya kita tak boleh tutup mulut rapat. Dia tak nak gigi atas dan bawah bersentuhan sebab boleh lambatkan proses gigi atas tu bergerak ke depan. Bite riser ni tak sakit cuma susah lah nak kunyah makanan. Biasanya saya akan kunyah sikit je and lepas tu telan. Haha
So appoinment selang 2 minggu tu doktor biasanya akan tambah ketinggian bite riser tu sbb dia akan terhakis bila kita makan. Sampailah Jumaat lepas, i thought doktor akan buat macam biasa tapi kali ni doktor suruh saya menggigit banyak kali sambil dia check keadaan gigi. And this time dah tak tambah bite riser lagi tapi sebaliknya doktor ketuk2 gigiku. Suspicious betul masa ni sebab nak tengok tak boleh.
Then doktor bgtau dia nak cuci sikit gigi. Memang sebelum pasang haritu doktor dah bagitau setiap kali appoinment dia akan cuci juga gigi sikit2. Bukan scaling tau. Just cuci sikit2 je. And masa ni lah baru saya tahu yang doktor ketuk2 tadi tu sebab dia buka setiap bracket untuk keluarkan wayar. Actually bukan ketuk la tp masa dia bukak tu sakit jugak sbb ada force kat gigi.
Then barulah dia cuci setiap satu gigi. Lama jugak. Saya memang suka doktor ni sebab dia teliti and tak berkira. Settle cuci gigi saya tengok dia ambik wayar yang dah bukak tadi tu and potong sikit kat hujung. Then baru dia masuk kan balik. Masa ni terpejam jugak mataku sebab terasa sakit and pressure. Ada tempat yang bracket tu mungkin susah nak tutup rapat doktor akan ketuk sikit. Dia punya sakit fuhhhhh
Bila dah siap pasang atas bawah baru betul2 terasa gigi jadi rapat and mulut mengecil sikit compare sebelum ni. Sebelum ni mulut saya muncung ke depan. Now jadi slim sikit. T____T
Tapi lepas tu memang susah lah nak bercakap and makan sebab sakit. Mujur esok tu dah okey sebab saya pun lepas je habis appoinment tu nak terus gerak ke rumah adik untuk majlis akikah dan kesyukuran anak buah. And after 3 days ni apa yang saya noticed saya rasa lebih selesa. Mungkin sebab wayar dah pendek and gigi dah rapat sikit so saya tak terasa sangat braces tu mengganggu bibir atau mulut saya. And i'm totally happy with this. So jom tengok gambar. Saja simpan sini untuk kenangan my braces journey
Day before pasang braces
So far yang saya perasan paling ketara adalah gigi No 43 dah mula masuk sebaris dengan gigi lain. Sebelum ni kedudukan dia agak terkeluar sikit. Itu je lah. Gigi atas masih belum nampak dia ke depan lagi. Cuma kalau tanya doktor dia cakap gigi atas tu sebelum ni serong ke dalam now dah mula semakin lurus ke bawah. Rasanya kena tunggu lagi 2 ke 3 bulan untuk tengok perubahan gigi atas tu. Sejujurnya memang rasa tak sabar sangat tau. Appoinment pun sekarang dah gap sebulan sekali je. Things are getting easier. Alhamdulillah
Till then bye ~~~





















































