Friday, 26 September 2025

Journey Braces Part 1 ~ Gigi Underbite

 Assalammualaikum w.b.t


Dhuri sebenarnya dah lama terfikir nak buat braces sebab Dhuri rasa gigi Dhuri ni tak normal. Bila menggigit gigi bawah akan ke depan. Walaupun tak ketara sangat tapi somehow mengganggu jugak lah penampilan dan keyakinan diri. Dan ada jugak sesetengah makanan rasa susah nak gigit and hancurkan betul2 sebab kedudukan geraham yang tak bertemu. Orang first yang tegur keadaan gigi Dhuri adalah kawan sekolah dulu tapi lebih kepada ejekan. Tapi Dhuri pun tak ambik kisah sangat sebab zaman tu masing2 belum matang lagi.

Cuma bila masuk Uni Dhuri dah start terganggu and ada satu hari tu my coordinator FYP tegur gigi Dhuri and advise untuk pasang braces sebab dia kata anak dia pun hadapi masalah yang sama and tengah pakai braces untuk betulkan. So itulah kali pertama Dhuri rasa i need to get profesional help gituuu. Sebelum tu takde confident nak pergi klinik sebab tak tahu nak cakap apa. 

Tapi sayangnya sebab Dhuri pergi klinik pergigian kat dalam Uni kot so dorang cuma check and tengok luaran je. Dorang kata akan contact balik untuk next produce tapi sampai ke harini dah 20 tahun tak pernah contact pun. Sobsss

And lepas tu baru Dhuri try google and tahu term untuk keadaan gigi macam Dhuri ni dipanggil underbite. Dan kebiasaan nya untuk underbite kena go through jaw surgery baru boleh fix dengan braces pula. Dengar je surgery ni terus Dhuri macam OMG!!! i'm not ready for this. 


Nak lebih faham macam ni lah keadaan untuk underbite. Rahang bawah maju ke depan. lol

Tapi stupid jugak sebab lepas je baca tu Dhuri terus takut and tak pernah tanya personally dengan doktor gigi Dhuri setiap kali pegi buat scaling or any treatment. Sebab Dhuri memang percaya kena buat surgery rahang tu. Dhuri hanya berani consult online sahaja and lepas bagi gambar sisi memang dorang pun kata tak boleh pakai braces. Kena buat surgery jugak

So macam tu je lah keinginan tu terpendam sampai lah bertahun tahun. And di umur 38 ni baru Dhuri tergerak hati nak tanya doktor personally boleh tak buat braces. Puncanya sebab anak lelaki Dhuri haritu macam tunjuk tanda untuk ada underbite jugak. And masa tu lah doktor bagitahu yang underbite ni boleh pakai braces untuk betulkan gigi tu tapi kena buat scan dan xray dulu. Ahamdulillah my son takde underbite. Lega. Cuma mak dia ni je yang nak kena betulkan

So first thing first, Dhuri buat appoinment dulu untuk doktor check sesuai ke tidak gigi Dhuri pakai braces. Doktor scan, xray and ambil gambar dari depan, sisi, semualah. Lepas 1 week macam tu doktor panggil datang semula untuk pilih pelan yang sesuai. 

Alhamdulillah doktor kata tulang muka dan rahang Dhuri normal. Tak perlu jaw surgery pun. Memang masalah Dhuri ni hanyalah gigi sahaja 100% 
Masa ni lah rasa geram jugak dengan diri sendiri. If Dhuri proceed 10 tahun dulu dah lama masalah gigi ku selesai. Huhu

So ni option yang doktor bagi 

  • Self-ligating braces + 1 free set retainers
  • Clear aligner + 1 free set retainers

Macam tak percaya kan yang gigi Dhuri sesuai untuk pakai aligner.. sebab my condition ni level 1 je. Dia bukan complicated pun sebab kalau complicated aligner pun tak boleh pakai tau. Cuma kos untuk aligner ni lebih mahal. Double dari harga braces. 


Ni lah dia clear aligner. Kalau pakai ni orang tak nampak sangat kita pakai braces. Penjagaan pun lebih senang. Cuma kena disiplin 22 jam sehari. Hanya boleh bukak untuk makan dan gosok gigi je. Dhuri memang lebih berminat dengan yang ni cuma part harga tu adoiii seram. Over bajet la pulak. Kalau Dhuri ambik aligner ni satu gigi depan kena cabut dan doktor akan trim jugak gigi2 lain untuk kecik sikit. 

Pilihan kedua adalah self-ligating braces. Ni braces yang lebih moden dan bukan convensional braces yang pakai getah warna warni tu. Basically dia lebih kecik dan kurang sakit berbanding convensional. Dan proses pun lebih cepat. 

Ni lah dia self-ligating. Dhuri okey jugak sebab nampak sederhana dan tak menyerlah sangat. Dan kos pun lebih murah. Untuk self ligating ni Dhuri tak perlu cabut gigi. Doktor akan tengok keadaan dan jika perlu saja baru cabut gigi tepi 41

Cumanyaaaa sebab dah berusia ni kan so Dhuri ada masalah gigi geraham yang dah rosak. Dah pernah buat RCT tapi dari xray nampak macam dah ada infection kat gigi tu. Maybe sebab masa buat RCT dulu pun doktor dah cakap awal2 dia tak boleh bersihkan sampai bawah sebab akar gigi tu susah. So kalau nak pasang braces, Dhuri kena buat RCT kali kedua tapi this time tak boleh buat dengan doktor biasa. Kena buat dengan specialist and will cost me around 3-4k. lol

Dhuri memang dah serik la nak buat RCT lagi. Dhuri fikir untuk cabut je. Cuma kalau cabut akan bermasalah pulak untuk tarik gigi2 tu nanti sebab braces ni guna gigi geraham untuk tarik. 

Tapi since doktor kata boleh so kemungkinan besar i will proceed jugak untuk pasang braces self ligating ni. Dhuri set appoinment next week and kita tengok lah how the progress. 


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!




 

 








No comments:

Post a Comment