Tuesday, 30 September 2025

Team Building di Avi Pangkor Beach resort

 Assalammualaikum w.b.t


Setelah 13 tahun berkhidmat di UTAR inilah pertama kali company Dhuri buat team building. Macam kelakar pulak kan. Tapi better lah than never. Team building kitorang ni buat ikut department. So untuk kali ni 4 department yang bergabung sekali. Organiser dari department IT. Dhuri wakil tunggal dari Software Department. Lagi dua dari Department Multimedia dan ..... tak ingat nama. lol

Basically department IT, Software dan Multimedia ni saling kenal each other sebab lamaaaaa dulu semua ni di bawah satu department sahaja iaitu IT. And lepas tu split jadi dua dan recently split lagi jadi 3. So kiranya pergi dengan geng2 je lah ni. Perjalanan kitorang bermula seawal 3 pagi dah berkumpul depan UTAR. Dalam 3am lebih bas dah gerak sebab kitorang kena sampai di Jeti sebelum pukul 9am. Hanya berhenti sekali sahaja di Manjung untuk solat subuh 


Masa sampai kat jeti ni sempatlah bergambar sekejap sementara tunggu feri departure. Trainer yang akan kendalikan team building kitorang pun dah sampai dan bagi short briefing untuk perjalanan kitorang nanti. Dhuri dah pernah sampai Pulau Pangkor ni 12 tahun dulu. Ni kiranya kali kedua lah Dhuri datang. Tak banyak pun yang berubah kat Pangkor ni. Masih meriah dengan pengunjung. Pantai pun masih cantik macam dulu. 


Sebaik sahaja sampai kitorang terus di bawa ke bilik seminar untuk registration dan breakfast. Selepas sesi pengenalan, aktiviti pertama dimulakan iaitu treasure hunt. Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahun lahir. So dalam setiap kumpulan akan ada ahli yang senior dan junior T________T

Kumpulan Dhuri ada tiga orang je perempuan and dua orang tu dari Kampar.  Tak rasa kekok pun sebab dari awal memang dah mesra. Masa ni lah nak kenal colleague Dhuri yang based Kampar. Game treasure hunt kitorang buat kat pantai. Ada 5 kot checkpoint dan kitorang kena selesaikan quiz di setiap satu checkpoint. Berpeluh jugak lah sebab jauh2 jarak nya. Tapi sangat enjoy sebab masa ni lah masing2 mula kenal perangai each other dan semangat kitorang yang excited nak menang. Haha

Selesai game treasure hunt kitorang lunch di kafe hotel. Makanan masa ni memang semua nya sedap2 ye walaupun dalam gambar cuma banyak tu je yang Dhuri ambik. Hehe. Alasannya sebab dah kenyang. Dhuri recommend hotel Avi Pangkor ni kalau korang datang sini. Tempat dia pun cantik walaupun bilik dia agak plain. Laut pun dekat je. Jalan kaki dah boleh sampai. Ada gerai2 makanan kat sekitar dan aktiviti pantai jugak macam banana boat, etc. 

After lunch, kitorang dah boleh check in bilik dan rehat. Dhuri sharing bilik dengan Nurul and kitorang dapat bilik bawah je menghadap taman. Sangat cantikkk cuma masa tak berapa ada untuk menikmati. Adatlah kan bukan nya datang holiday. lol


Petang kitorang sambung dengan telematch pulak di pantai sekali lagi. Kali ni lebih meriah dan kelakar. Games nya pun semua best2. Dhuri rasa macam tak cukup pulak sebab tengah fun2 tu tiba2 habis. lol

Ambik angin petang sekejap di pantai sebelum kembali ke hotel dan dinner. Masa ni perut kenyang betul ye asik makan je. Hehe

Untuk malam kitorang buat aktiviti character building sekejap je and lepas tu trainer lepas kan kitorang untuk aktiviti sendiri. Since malam tu adalah malam merdeka so kat pantai tengah meriah dengan fire show. Dhuri tak join tengok fire show sebab Dhuri ikut geng IT round Pulau Pangkor. Hehe


Majoriti tempat kat sini Dhuri dah pernah pergi 12 tahun dulu so kali ni just jalan2 je lah. Kitorang sewa van pink untuk bawa kitorang shopping coklat dan kemudian sambung 1 jam pusing2 Pangkor. Bayaran untuk 1 jam cuma Rm50 je. Sempat lah memborong sikit coklat Daim dan melawat beberapa tempat.

Kitorang sampai semula ke hotel hampir pukul 11pm kot. Ada yang sambung beli air dan makan2 kat luar tapi Dhuri dengan Nurul balik bilik sebab dah letih dah. Siap2 kan baju untuk esok dan terus zzzzzz

Day 2

Pagi kitorang start dengan light exercise, poco2 dan games macam biasa. Sangat happening sebab masing2 semua jenis masuk air. Banyak gelak je masa ni. Tak puas sebab rasa macam sekejap sangat game pagi tu. Then sambung dengan breakfast pulak and sesi bergambar. Breakfast day 2 ni pun semua sedap2. 



Selesai sesi bergambar, tibalah masanya untuk packing barang2 dan check out. Tapi belum balik lagi sebab kitorang masih ada games dan sesi penutup. Game yang last ni pun happening giler walaupun Dhuri rasa macam blur je nak catch up. lol

Selesai lunch dan sesi penutup barulah kitorang berkumpul semula untuk naik van pink sekali lagi ke jeti pulak. Kitorang sampai awal walaupun tiket balik pukul 4.30 pm. So ada masa untuk shopping coklat lagi sebelum balik KL.

Kali ni sakan jugak lah Dhuri memborong sebab husband pesan suruh tambah lagi coklat Daim. Yang Dhuri beli malam tadi tak cukup. T________T


And finally berlepas semula dari Marina Jeti ke terminal Lumut. Bas Utar dah siap sedia menanti. Otw balik ke KL kitorang sempat berhenti untuk shopping ikan bilis pulak sebab tempat yang ni lebih murah sikit dari kat Pangkor. Then berhenti sekali lagi untuk dinner di Tanjung Karang. Perjalanan balik pun kelakar jugak sebab jalan yang agak bumpy dan seram. Tapi Ahamdulillah semuanya selamat. Berakhir lah sudah team building 2 hari 1 malam yang julung2 kali dibuat ini. Insya Allah panjang umur jumpa lagi next team building 2 tahun lagi. 


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


No comments:

Post a Comment