Monday 15 April 2019

Trip ke USS dan Singapore Dengan Bajet Bawah 1 ribu ringgit!!

Assalammualaikum w.b.t


Hai Korang. First of all ni adalah bajet untuk trip single dan pergi bersama kawan-kawan which is ada kos yang akan dikongsi bersama menjadikan bajet bawah 1 ribu ringgit tu memang bukan mustahil untuk dicapai. Bear in mind k. So kalau korang tengah survey bajet untuk ke USS dan Singapore satu family maka entry ni bukanlah untuk korang. Tapi tak salah pun kalau nak buat rujukan. Kan..Kan?? Hehe

Actually trip ke Singapore ni Dhuri dengan ofismate dah plan like 5 years ago. Punyalah lama. Since tahun pertama kerja kat Utar lagi tapi terpaksa postponed sebab masing2 berkahwin, mengandung, susukan anak, mengandung lagi.... Tahun ni jelah yang betul2 masing2 tak mengandung dan tak menyusukan anak. Haha

And kitorang ajak jugak husband untuk join sama tapi 2 orang husband tak minat pergi USS and lagi sorang tak pergi sebab geng dah takde. So jadilah trip ibu2 berhoray horey sambil suami jaga anak kat rumah. lol

Sebulan ke seminggu sebelum pergi kitorang dah settlekan siap2

1. Passport - RM 200
Buat kat UTC je. Boleh pergi weekdays tapi no giliran cepat giler habis. So better korang keluar rumah sesudah subuh untuk elak kekecewaan cam Dhuri. Kali pertama pergi sempat tukar ic je. Kali kedua pergi baru settle buat passport. UTC Keramat the best sebab orang tak ramai sangat. Yang dah ada passport korang jimat 200 hinggit kat sini

2. Tiket Bas  - Pergi RM 49 (Bas Star Qistna), Balik RM 35.96 (Bas StarMart)
Kitorang beli online je kat easybook.com. Boleh start beli sebulan sebelum tarikh travel and boleh pilih seat jugak tapi korang tak payah lah berharap sangat sebab macam kitorang pilih seat single sekali bas dia takde seat single daaa. Tapi okey je sebab bas yang masuk Singapore insha Allah semua cantik2 dan mewah

3. Tiket masuk USS - RM 203
Tiket masuk USS ni kitorang beli kat klook.com. Yang ni ikut nasib. Sebab harga dia berubah ubah. Ada hari dia murah and ada hari dia mahal. Depends jugak dengan matawang kita. Kalau jatuh banyak sangat maka mahal lorr jadinya

4. Hotel - RM 291.71 (Bahagi 3 orang maka sorang jadi RM 97.24)
Ni harga untuk satu malam je tau. Hotel ni best sebab dekat dengan MRT Farrer Park. Korang jalan kaki 5 minit macam tu dah sampai dah hotel. Kena keluar ikut gate I kalau nak senang. Boleh baca review hotel ni kat sini 

5. Tukar duit - Dhuri tukar 200 SGD = RM 600 tapi yang guna cuma 100 SGD sahaja iaitu RM 300)
Rate tukar ni pun beza2 tau. Sebab Dhuri dapat 1 SGD - 3.01 kalau tak silap tapi my friend dapat bawah 3 ringgit untuk 1 SGD so ikut luck dan hari korang tukar jugak. Kalau ringgit tengah naik untung lah dapat rate tinggi sikit. Duit yang kitorang tukar ni memang cukup untuk buat belanja makan, beli tiket MRT untuk 2 hari dan beli souvenier sikit

So basically kos yang terlibat cuma RM 885 je. Murahhh lah tu kannn, boleh masuk USS, jalan2 kat Singapore lagi. Hehe

Itenary kitorang siap sehari sebelum tarikh travel and kitorang tak beli internet sebab dah lambat. So main redah je tapi Alhamdulillah semua tempat yang kitorang nak pergi kitorang jumpa. Kat singapore pun banyak tempat yang ada free wifi. Kalau agak2 dah letih cari tu ringan2 kan lah mulut bertanya kat orang tempatan. Dorang pun friendly dan sangat membantu. 

So here we go, lets start with DAY 1 in USS 

.
.
.


******


Macam biasa kalau korang nak order supplement boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!




No comments:

Post a Comment