Tuesday, 16 April 2019

Review Arianna Hotel, Singapura

Assalammualaikum w.b.t


Arianna Hotel ni kitorang pilih sebab

1. Dekat dengan MRT
Dekat giler dengan MRT Farrer Park. Korang jalan kaki 5 minit dah sampai. Kalau jalan slow sambil kejap2 bergambar tu maybe 10 minit lah. Keke
Lokasi yang dekat dengan MRT ni penting tau sebab MRT adalah pengangkutan utama kat Singapura. Hampir semua tempat menarik kat Singapore boleh di akses melalui MRT. So wajib lah hotel pun kena dekat dengan MRT. Tak gaduh nak sewa grab or teksi ke atau jalan kaki jauh2 sambil hangkut beg yang berat berkilo kilo ittue

2. Laluan MRT ke Harbour Front
Ni pun wajib jadi syarat utama kitorang sebab tak nak hotel tu walaupun dekat dengan MRT tapi jauh kat ceruk mana. Memang Dhuri cari kat kawasan Little India dengan Chinatown je. Alhamdulillah jumpa. And kebetulan bas dari KL pun ada yang drop penumpang kat Little India. So senang kerja kitorang. Reason utama Dhuri cari kat area sini sebab kitorang estimate balik USS tu malam and Dhuri taknak kitorang lama sangat dalam MRT baru sampai hotel. Serem okey. Dah lah semua gegirls

3. Bukan Dorm Type dan Bukan Shared Bathroom
Ni pun antara yang wajib. Walaupun kitorang travel dengan beg sandang belakang tapi kitorang bukan backpackers travel. Muahaha
So bilik wajib lah selesa dan khas untuk kitorang sahaja. Tapi kat Singapore ada hotel yang buat style space pod (ala2 mesin tidur angkasawan). Sangat menarik tapi dorm type la. Kalau korang nak rasa pengalaman tidur dalam space pod ni boleh lah try kat Singapore.

4. Under Bajet
Kitorang memang lucky la jumpa Arianna Hotel ni sebab rate untuk satu malam dia bawah 300 ringgit which is sesuai dengan bajet kitorang. Ada satu queen bed dan satu single bed. Cukup untuk kitorang bertiga


 Official photo boleh tengok kat website Arianna Hotel. Dhuri tak sempat sangat ambik gambar. Tapi bilik dia memang selesa la. Lengkap semua. Towel disediakan, iron pun boleh request. Cuma toiletries je tak disediakan. Tapi Dhuri pergi mana2 pun memang bawa sendiri toiletries so no issue. Plug dia pun sama dengan Malaysia punya so tak payah bawa international plug okey. Yang Dhuri dengan shiela boleh pulak bawa cable je tapi kepala charger tak bawak. lol

Anyway ada kisah sikit dengan hotel ni. Dhuri booking through booking.com. Hari yang Dhuri booking tu Dhuri ingatkan payment dah complete semua. So kitorang memang put aside lah pasal hotel ni. Sampailah lagi few days nak pergi tiba2 dapat sms yang booking kitorang ni sebenarnya tak complete. Hotel tak boleh proceed sebab no payment received. Menggelabah hokeh sebab Dhuri check duit dah tolak. So contact bank semula and check balik rupanya duit yang kena tolak tu duit lain. Duit aku shopping ntah kat mana ntah. (amount lebih kurang je so misunderstanding) lol

So buat semula payment tapi hotel deduct amount lain sebab rate dah berubah. Dia kan ikut matawang. Hari yang booking semula tu rate RM rendah so kena bayar lebih sikit tapi still under bajet so okey lah

But suddenly......kitorang terbaca banyak giler feedback negatif pasal hotel ni. Like seriusly yang teruk2 okey. Dorang siap mention 
please stay away from this hell. 
Receptionist dia rude. 
Bilik kotor. 
Toilet sempit giler. 
Dorang charge payment twice!!

Semua yang mengerikan. And kitorang macam whyyyyy tak terbaca pun feedback ni sebelum ni???? atleast terbaca sebelum kitorang buat payment kali kedua which is semalam nya ke. Why?? Why??

Masa ni tak tau lah nak kata menyesal ke apa. Actually kitorang takde lah jenis main booking je tapi memang tak jumpa feedback yang negatif macam ni sebelum ni. Part paling risau yang dorang kata payment charge dua kali tu. Tapi naseb baik lah member kitorang ni budak law so mulut dia memang berbisa. Kiranya kalau receptionist tu nak charge kitorang dua kali kitorang dah sedia untuk berperang. Punya lah sampai tahap tu kitorang prepare sebab nak cancel booking dah tak boleh dah. Duit dah kena tolak

Andddd naseb baik kitorang tak cancel disebabkan review negatif tu. Hotel tu okey je pun. Bilik dia selesa and bersih je. Toilet pun takde lah sempit sampai nak pusing badan pun tak boleh. Lagipun hello hotel 3 bintang je kot ko bayar. What do you expect? facilities 5 bintang? lol

Overal kitorang memang puas hati dengan Arianna hotel ni. Staff dia pun okey. And kalau pergi Singapore lagi boleh booking hotel ni lagi. And korang pun kalau cari hotel bajet yang dekat dengan MRT, boleh pertimbangkan Arianna ni k

Untuk satu malam kitorang di charge RM 291.71 dan tambahan lagi RM 120 sebab kitorang check in awal untuk letak bag. Lebih kurang je dengan harga locker kat USS RM 105 untuk locker besar

So thats all. Harap membantu


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!
  






No comments:

Post a Comment