Friday, 14 June 2019

Appraisal 2019

Assalammualaikum w.b.t

Baru lepas jumpa hod untuk appraisal. Perasaan dia

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Sesungguhnya orang mukmin itu tidak bersedih hati dan berduka lara. Hatinya sentiasa tenteram dan yakin kerana di dalam nya terisi iman dan taqwa kepada Allah s.w.t"

Biar apa pun result dan sehebat mana pun rancangan yang telah disusun, hebat lagi perancangan dari Allah s.w.t

Thursday, 13 June 2019

Idea Potluck Raya Sekolah

Assalammualaikum w.b.t

Harini ada jamuan raya kat PASTI kakak Bunga. Cikgu dah mention awal2 konsep adalah potluck. Terus berpusing kepala ku...Untuk orang yang memang tak minat memasak macam Dhuri ni memang tak banyak idea untuk potluck. Nak beli susah sebab tak tahu nak beli kat mana, kat siapa. Dengan lokasi rumah pun jauh dari kedai2 dan jauh dari orang (banyaknyaa alasannn). lol

Maka Dhuri buat yang simple2 sajalah and halfway segera. T__T



Agar-agar milo - buat sendiri
Kek coklat dan kek pisang - beli dah siap

Senang takkkk? Hahahha
3,3 ni memang favourite kakak Bunga so apa yang dia suka itulah yang ibu buat untuk potluck sekolah dia. 



Agar-agar milo in the making. Berkecah dapur wehhh sebab terguna periuk kecik. Masa dia mendidih tu habis membuak keluar. Naseb Dhuri perasan kalau tak tinggal periuk kosong jelah. lol



Sejuk kan dalam fridge. Dhuri buat 2 bekas. Satu untuk bawa sekolah. Lagi satu untuk makan sendiri



Dah siap!! Mahap lah potong tak cantik sebab memang tak berseni bab2 ni. Asal boleh sajo



Ini yang Dhuri isi dalam tuang bunga-bunga. Cantik menarik kejadian dia



Sedap makan agar-agar ni. Lagi2 bila sejuk. Nyaman je masuk anak tekak. Dhuri buat satu color je sebab dah kata kannn bab masak memasak ni malasss so tak de maknanya nak buat 2,3 lapis.. Asal boleh makan sudahh. Haha



Kek coklat dengan kek pisang yang dah siap dipotong



Ada balance sikit. Masuk kan dalam bekas lain pulak untuk Aqeel bawak ke rumah pengasuh


Ready!!


Have fun kakak!!


Yang ni pulak picture dari cikgu dia. Ada sekeping je yang nampak muka dia clear. Yang lain semua sipi-sipi. Jadilahhhhh


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

Wednesday, 12 June 2019

Sambutan Hari Raya 2019


Assalammualaikum w.b.t

Hi korang! Still mood raya lagi kan...Baru seminggu oii berhari raya. Weekend ni confirm masing2 dah penuh jadual dengan open house. Tahun ni Dhuri tak buat open house. Tahun lepas buat pun sebab my turn untuk kawan2 rotate berhari raya kat rumah. Kalau takde rotation ni memang tak buat sebab malas nak masak. Dhuri dengan kuali, senduk, periuk memang tak berapa ngam sangat. haha

Anyway tahun ni giliran kampung husband dulu so 4 hari sebelum raya kitorang dah balik ke Senggarang. Sebelum balik tu jenuh menyiapkan baju raya sebab tahun ni cuma sehelai je yang Dhuri beli. Lagi 2 helai jahit sendiri



Simple je. Kain tu beli kat Jakel. Ingat nak pakai masa BLNC haritu tapi tak kena pulak dengan baju so tukar buat baju raya. Kain untuk blouse tu pun beli kat Jakel seminggu sebelum raya. Susah giler nak carik kain color merah yang Dhuri suka. Yang ada ni jela kat Jakel jenis georgette. Kain dia halus cantik tapi susah nak jahit sebab dia berkedut and tak berapa tebal



Kain ni banyak lebih so Dhuri buat kain duyung untuk bunga jugak dengan seluar Aqeel. Tapi sadisnya 2,2 tak pakai pun masa raya sebab Bunga dah ada sepasang baju color meroon sendiri. And Aqeel malam raya tu kitorang jumpa seluar khaki yang lebih sesuai dipakai dengan kurta dia ni. Makanya hasil penat lelah ibu terbuang sajalahhhh


Paking bag nak balik kampung


Ada jugak manfaatnya beli beg ni masa pergi Langkawi dengan mak dulu. Hehe


Budak kecik ni dok main dalam beg pulakk time ibu tengah lipat kain

Ready nak balik kampung....Tengoklah Aqeel pakai kasut sekolah kakak dia. haha. Dah tak sabar nak sekolah gamaknya budak ni. Kakak Bunga takde dalam gambar sebab dia dah ikut nenek balik kampung dulu semingu sebelum tu

Alhamdulillah dah sampai Senggarang. Masa datang ni 2 buah beg je tau. Mungkinkah masa balik nanti masih dalam jumlah yang sama? T__T


Persiapan sehari sebelum raya. Husband masa ni sibuk kat dapur masak rendang daging. Menu raya kat Senggarang ni macam biasa ayam masak kicap, sambal goreng jawa dengan sayur masak lodeh. Makanan resmi orang jawa. Yang rendang daging ni Dhuri request husband untuk masak sebab rasa lain macam la raya tak makan rendang. T__T

Pelita 7 likur di malam raya. 

And sampailah hari yang ditunggu-tunggu selepas berpuasa selama sebulan
.
.
.
.
.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga!!

Siap jugak baju raya jahit sendiri. Sampai ke malam raya tau menjahitnya ni T__T

Lovey dovey di pagi raya..Ahakss

Ni style nak tiru pose artis la ni..Haha


Sweet bukan?? haha. Apapun, doa Dhuri sentiasa...semoga Allah pelihara hubungan suci ni hingga ke syurga-Nya

Husband with the kids

Mungkinkah tahun depan dah boleh beraya dengan 3 orang anak pulak? Oppss


Ada orang tanya nape baju Aqeel tak sama. Jawapan Dhuri senang je sebab kitorang memang bukan jenis yang beli baju wajib semua satu color. Dari tahun2 sebelum ni pun, even dari Dhuri kecik pun memang tak pernah dibiasakan beli baju sedondon ni. So for me baju sama color ni remeh. Kalau jumpa yang satu warna beli. Kalau tak jumpa pun tak pe. Tapi takde lah Dhuri tak suka tengok orang pakai sedondon atau yang excited mensedondonkan satu family. Okey je. Yang penting semua happy dengan cara masing2

Sesi salam raya dah nak bermula

Keluarga besar Dhuri side husband

Beza dengan gambar atas ialah Aqeel pulak duduk kat mak ude dia. Siap dirembatnya cekak kakak. T__T

Dengan mak mertua



Behind the scene. Bukan senang nak dapat gambar perfect time raya ni. lol

Ni pulak gambar yang adik kirim. Dorang semua balik Jelebu dulu tahun ni

Nyawa dan kekuatan ku

Barisan anak buah. Dah 11 orang cucu mak abah dah

Best womens in my life. Ni lah bff, kawan bergaduh, kawan bergosip, penyeri dan penghibur suka duka

Menu raya di Jelebu. Obviously lebih meriah T__T

And pagi tu lepas salam raya Dhuri dengan family husband terus gerak ke Kota Tinggi balik kampung arwah ayah mertua

Ziarah pusara arwah ayah mertua dan atuk nenek husband

To be honest, ziarah pusara di hari raya ni dah lama tak jadi amalan kitorang adik beradik. Pernah jugak kena perli sebab tak pernah datang kubur time raya tapi pada Dhuri untuk apa datang kalau sekadar nak tunjuk kat orang yang kita datang sahaja? 

I dont blame people yang datang ke kubur. Dont get me wrong pulak cuma tak suka dengan orang yang perli2 tanpa ada ilmu ni. Nak sedekah al-fatihah, itu kita buat setiap kali lepas solat, bukan nya setahun sekali sahaja. Kalau datang ke kubur boleh mengingatkan kita dengan kematian maka pergi lah. Tapi kalau tak mampu nak buat kita ingat dengan kematian baik lah tak payah pergi. Nanti jadi riak pulak. Orang yang dah meninggal tu perlu kan doa kita bukan ziarah kita.

Nak ziarah waktu hidup bukan selepas dia takde


Ni raya kedua. Sempat memborong kerepek dulu kat Salleh food sebelum balik Jelebu

Saat-saat nak berpisah dengan mak ude dan pak ude dorang

Bukan main kuat lagi Aqeel pegang

Tak nak lepas hokeh!

Akhirnya masing2 selamat masuk dalam kereta and perjalanan balik ke Jelebu pun bermula

Finally home sweet home tapi tak sempat bergambar pun sebab tradisi kitorang bila hari raya memang lebih banyak duduk kat dapur. Masak dan bersembang. Pakai baju raya cantik and beraya sakan ni takde sangat sebab dari kecik memang takde close family sangat pun yang boleh kunjung mengunjung

Itulah saja coretan hari raya Dhuri. Semoga tahun depan dapat lagi berjumpa dengan ramadhan dan syawal sekali lagi. 

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!













Monday, 10 June 2019

Holiday Langkawi 2019 Day 3 - End

Assalammualaikum w.b.t

Hi korang! Hari terakhir kat Langkawi dah. Biasanya hari terakhir memang kitorang akan checkout ngam2 waktu. So pagi tu breakfast kat homestay. Husband keluar beli nasi lemak and kuih muih and mengemas lagi beg2 nak make sure tak terlebih kilo. Untuk flight balik ni kitorang ambik 15 kg je so Dhuri asingkan segala baju2 dalam satu beg plastik besar. Coklat dengan pinggan mangkuk masuk dalam beg sandang. Yang ni kitorang akan bawak masuk kabin

Tepat pukul 11 tengah hari kitorang check out and lunch dulu. Makan nasi campur and masya Allah sedap gilerrrr tapi terlupa nak ambik gambar. Maafin daku. T__T

Lepas makan kitorang terus ke Dataran Lang pulak untuk bergambar. Yang ni nak tunaikan hajat mak mertua sebab Dataran Lang ni kan mercu tanda Langkawi, Since ni first time mak mertua ke Langkawi haruslah kita kasi bergambar puas2 dulu..


OTW nak ke Dataran Lang. Budak kecik ni layan perasaan tengok laut


Dataran Lang Langkawi


Cuaca panas terik tapi yang bestnya gambar jadi cantik.


Tengoklah...sampai lelap2 mata


Gambar yang ni nice sikit....


Ibu dengan Aqeel je. Kakak Bunga masa ni dah jalan ke depan dengan nenek. Tak kuasa dah nak panggil. T__T

Ayah suruh kembangkan tangan buat macam helang T__T


Angle lain pulak..


  Dari depan helang pulak..


Family portrait. Next time datang mungkin dah tak pergi dah kot tempat helang ni. Panas terik wehh and takde apa yang best pun


My mother in law. Hope mak puas hati dan happy dengan trip ni. T__T


Baju Ponny kakak Bunga tu yang beli kat Beras Terbakar. Tak sabar2 dia nak pakai T__T

3 womens in Mohamad Izwan Ador's life

#DhuriTakeLangkawi..

Mom and daughter's love

My beautiful angel.

Ok dah! Banyak dah spam gambar kat Dataran Lang. Lepas puas bergambar tengok ada masa lagi so kitorang decide untuk shopping coklat for the last time. Sebab dekat2 Dataran lang tu ada tempat shopping coklat yang femes and Dhuri tak pernah masuk lagi.

Kat mana tu??? RAMS Coklat Duty Free


Masuk2 je mata terus terpaku kat set pinggan correlle ni. Menggeletar tangan nak beli tau sebab murah sangattt tapi sebab fikir tahun lepas dah beli satu set pinggan and baru guna sekali je time raya terus rasa okeyyy tahan lah dulu. Tunggu lagi 2 tahun kita tukar set pinggan baru

Buat letak kuah kacang time raya pun cantik jugak ni....Tapi again tak beli pun sebab tahun lepas dah beli satu set bekas isi kuah macam ni. Lebih kurang lahh


Ada jual luggage jugak. Kat HIG haritu kitorang dah beli satu untuk isi coklat dengan teko. So kat sini pandang jelah walaupun berkenan giler dengan color grey ni

Dekat RAMS ni Dhuri beli whittakers almond gold lagi dengan coklat bar beryls. Sedap coklat beryls tu. Harga pun murah. Buat souvenier untuk kawan2 ofis.

Flight kitorang pukul 4 tapi lebih kurang 1.30 kitorang dah settle memborong so singgahlah sekejap makan laksa kat tepi airport sekali lagi. Dah nama pun hantu laksa kan.. 

Laksa ikan sekoq untuk me and husband and pasemboq untuk mak mertua

yang kali ni kitorang makan kat gerai laksa yang orang ramai recommend tu. Memang sedap giler!!!

Makan pulak tepi laut memang syok la

Makan laksa ni sepinggan pun tak cukup

Kitorang tak lama sangat kat sini sebab takut kaunter luggage tutup pulak nanti. So settle je makan terus ke airport dan pulangkan kereta. lepas tu beratur untuk check in luggage pulak

Tengoklah...beg dah beranak pinak

Luggage color meroon coklat tu kitorang beli kat HIG RM99. Memang size kabin. Senang lah lepas ni kalau nak naik flight lagi bawak beg tu je.


Kecuali beg plastik yang dah di wrapped tu yang lain semua isi coklat dengan pinggan mangkuk. Hehe. Beg plastik tu pun actually ada jugak coklat dalam tu. Tak berani isi banyak2 takut terlebih kilo. Kitorang ambik 15kg je and masa timbang tu pun dah terlebih sikit. Kitorang keluarkan 3 pek coklat DAIM terus jadi 13kg je. lol

Alhamdulillah flight balik smooth je. Sampai kat KLIA2 pukul 5.30 petang and kitorang dinner dulu sementara tunggu grab sampai


Taraaa. Ni lah hasil memborong coklat di Langkawi. Penuh peti ais. Sampai harini pun coklat hersye's ada lagi 2 pek dalam peti ais. T__T

Inilah saja trip singkat kitorang ke Langkawi. Tak tahu bila nak pergi lagi. Maybe lagi 2 tahun kot. Doa2 kan lah Dhuri dan suami murah rezeki selalu, dapat pergi travel lagi bawa family

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!