Assalammualaikum w.b.t
Lama betul terhenti cerita kat Sarawak ni. Okey lepas je habis melawat rumah Orang Bidayuh kitorang ke rumah kedua yang Dhuri sendiri pun tak pasti rumah kaum apa. hehe
Rasanya Iban kot
Atau nak lebih pantas??
Rasanya Iban kot
Pandangan dari sisi
Rumah ni kalau tengok dari depan besar sebenarnya. Ada banyak bilik.
Dari depan. Kitorang anak beranak turun ikut tangga kecik tu k
Next kitorang tengok rumah Penan pulak. Rumah Penan ni kecik je. Mungkin sebab dorang suka berpindah randah jadi dorang tak bina rumah besar-besar
Khusyuknya Aqeel. Orang Penan ni pandai tau buat sumpit
And Dhuri pun baru tahu rupanya kat hujung sumpit ni ada pisau tajam. Mungkin dorang gunakan jugak sebagai lembing
Yang ni bukan rumah tapi dewan kat kampung budaya ni. Mungkin digunakan untuk mesyuarat.
Ke rumah Melanau Pulak!! Tinggi wehh tiang dia. Siap berukir lagi. Dhuri tengok kayu dia ni pun macam dah reput jugak. Boleh bayang tak camne kitorang naik??? Memang tergigil gigil lah jawabnya
Ruang dalam dia
Lukisan orang Iban kat dinding beranda dorang
Rumah dorang ni tinggi sebab nak elak kan serangan binatang buas. Tapi Dhuri tak tahu lah camne dorang control anak2 kecik dorang. Sebab bila Aqeel berlari atau berdiri kat tepi beranda tu rasa nak tercabut dah jantung ku. Kalau Dhuri yang duduk rumah macam ni mau terpekik je 24 jam suruh anak duduk diam. lol
Rumah orang Ulu. Ni second last. Masa ni husband dah start penat and tak larat dah nak naik. Tapi wife dia ni gigih lagi. Rugilah dah sampai sini tak masuk semua rumah kan..
Ni tangga pintu depan. Rumah ni ada lebih kurang tiga tingkat
Ni pulak tangga dari sisi. Okey ada cerita pasal tangga ni. Bila husband kata dia tak nak naik Dhuri suruh lah dia jaga anak2 kat bawah. Dhuri nak naik sorang je. Rumah ni tinggi tau. So bila anak2 leka Dhuri naik cepat2. Sempatlah duduk melepak kat dalam tu layan lukisan2 kat dinding yang dorang lukis
Tiba2 Dhuri dengar suara budak sayup-sayup je. Dhuri intai lah dari tingkap kat atas tu. Tau apa yang ku nampak? Aqeel tengah terkedek kedek naik tangga tu and dah half way dah pun. Terus lemah rasa lutut and terduduk kat situ jugak. Dengar suara husband (rasanya dia pun baru perasan yang Aqeel naik tangga tu). Dia panggil perlahan je "Aqeel"
Aqeel jawab "Aqeel nak ibu. Aqeel tak takut pun" Serius masa tu memang mampu doa je dia muncul kat pintu dalam keadaan selamat. Tangga tu tinggi tau dengan tempat pemegang dia pun bukan nya rapat sangat. Memang nauzubillah....
Bila Aqeel muncul je kat pintu terus Dhuri peluk dia kuat2. Sepanjang tunggu dia muncul rasa masa lambat sangat and Dhuri pun tak boleh berdiri sepanjang tu. Lutut ku lembik. Mujur masa first time nampak dia naik tangga tu Dhuri tak menjerit. Masa tu otak sempat lagi fikir "Jangan jerit..jangan jerit nanti dia terperanjat"
Bila dia dah sampai atas Dhuri jenguk kat bawah tengok husband kat bawah senyum2 pulak. Nak marah tapi rasa syukur sebab anak selamat tu lebih lagi so diam jelah. Husband cakap dia tak perasan. And sampai harini pun husband tak tahu yang Dhuri dah nampak melalui tingkap. Dia ingat Dhuri perasan lepas Aqeel dah naik. Rasanya kekal jadi rahsia lah kot selagi dia tak baca blog ni. T__T
Ruang dalam rumah ni. Ada bilik tidur asing
Dapur. Selain rumah melayu ni jelah rumah lain yang lantai dia papan. The rest guna buluh mostly
Rumah melayu. Ni pun husband tak masuk jugak.
Budak ni terus Dhuri kendong belakang. Senang nak naik turun tangga. Suruh dia tunggu kat bawah dengan ayah tak nak.
Dapur rumah melayu. Makcik tu tengah buat kuih bahulu. Boleh beli kalau nak.
Meja solek orang dulu-dulu
Ada satu lagi rumah iaitu rumah Cina kitorang tak masuk sebab hari dah start hujan. Nak tunggu sekali lagi performance pukul 4.30 pun dah tak larat so terus jelah masuk kereta. Terkilan sikit sebab plan asal lepas Kampung Budaya ni kitorang nak singgah pantai Damai tengok laut. Tapi sebab hari hujan tak dapat lah berhenti
Masuk dalam kereta tengok cermin mata dah patah pulakkk
Otw balik husband berhenti tepi jalan beli air dengan jeruk kedondong. Sedap giler jeruk kedondong ni. Isi dah la manis, besar pulak tu. kat sarawak je dapat tau..
Sampai rumah bawak anak-anak mandi kolam. Ganti mandi pantai yang tak dapat. Husband tak turun sebab dia dah berbungkus dalam selimut kat atas. Rupanya start kat rumah Orang Hulu tu lagi dia dah nak demam and sakit kepala. sebab tu dia dah tak ikut naik. Sampaikan anak naik tangga sorang2 pun dia tak perasan. Tapi biasalah husband ku ni kalau kita tak tanya mana dia nak cerita dia tak sihat
Riang ria masing-masing. Sampai kecut mandi.
Malam sekali lagi kitorang makan kat gerai muslim seafood Satok. Kali ni pilih ketam pulak
Sayur midin pilihan wajib. Bukan senang nak dapat makan ni
Ikan siakap masak 3 rasa. Dah tak ingat total semua berapa tapi tak sampai RM100
Disebabkan kitorang datang dah lambat sebab tunggu husband okey sikit dari sakit kepala and nak makan ketam pulak leceh so suruh orang kedai bungkus. Balik makan depan tv. Syokkk
Habis lah sudah day 2 kitorang kat Kuching. Hari ketiga ke mana pulak??? Okey yang tu tunggu sambungan nyaaa. Ada benda yang buat husband terkilan sangat-sangat. Kalau nak tahu tungguuuu....
Till then bye ~~
Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah
Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious
Atau nak lebih pantas??
Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!
Sands Casino, New Jersey - Sega Genesis/MegaDrive
ReplyDeleteLocated in New Jersey, Sands Casino has over 100,000 square feet of gaming action. You can also enjoy more than 3,500 slot machines, 70 table μμ¦ μΉ΄μ§λ Έ κ°μ μΏ ν° games and a