Haii korang!! Nak sambung entry percutian kitorang kat Langkawi haritu. Sebenarnya tak banyak sangat tempat yang kitorang pergi sebab dah banyak kali datang langkawi. So untuk trip kali ni memang purpose untuk lepak kat hotel je sambil shopping coklat sikit2. Tapi kebetulan kitorang tak pernah lagi naik cable car so sampai2 je kat Langkawi tu husband ajak naik cable car
And since tiket cable car ni termasuk sekali untuk muzium 3D maka kitorang teruslah ke muzium ni
Ohhh btw sebelum tu. Harga tiket adalah RM 42 untuk dewasa, RM 30 untuk kanak2. Harga ni termasuk untuk cable car, skyDom, skyrex, dan 3D Art Langkawi. Kitorang beli online je kat klook. Senang dan mudah sebab tak perlu beratur. Sampai je kat sana terus pergi kaunter 6 (iaitu kaunter yang dikhaskan untuk pembelian tiket secara online). Tunjuk resit pembelian kat phone and settle!
Masa mula2 sampai anak2 belum reti lagi bergambar. T_____T
Dorang teruja sebab tengok dinding cantik dipenuhi dengan lukisan. And sejujurnya Dhuri pun terpegun sekejap sebab warna warni lukisan 3D tu memang menaik kan mood
Ni bila dah pandai. Kitorang cuba beri arahan untuk kakak bunga jadi duyung dalam gambar. Tak tahu lah jadi ke idok. Korang rasa??? haha
Ni ala-ala tengah kutip batu permata. Masa ni dah pandai sikit nak pose
Pengembaraan diteruskan lagi
Adik dia memang over. T______T
Kali ni adik pula nak try...Actually kan ni lah satu2 nya gambar Aqeel sorang2. Selain dari tu memang dia susah nak dikesan sebab asik berlari ke sana ke sini.
Dah macam poster filem. T____T
Dalam mulut ular pulak. Cantik betul lukisan kat sini. Berbakat sungguh
Mahapkan lah diriku yang tak reti berpose inniiiii. T_____T
Ini drama batu belah batu bertangkup versi baru. Versi ibu merajuk bawa diri masuk mulut ular. Haha
Bapak dorang selepas dipujuk bergambar. Haha
Sempat tengok camera tu. Tadi suruh ambik gambar kemainn dia tak nak. Tak reti la.....
Ek eh lepas tu tetiba jadi over pulakkkkk......yg badak sumbu ni pun dia ingat comel pakai spender camtu. haha
Tinggal kepala je...tacodddd
Keoveran diteruskan lagi. Siap terbaring lagi tu haa....
Anak-anak dah nampak bapak dia baring apalagi......serang!!!!!
Tapi lantai dia memang sejuk. Sebab simen je kan. Syok bila baring. hehe
Ntah lerrr apa motip dorang ni.. T_____T
Tengok mak dia...sopan ayu je bergambar. T_______T
Ek eh senget sangat ni....haha.
Gambar2 kat snow man ni kakak bunga yang tolong ambilkan. Tu yang mata terlelap, gambar senget2. Bapak dia dah hilang naik ke atas untuk show 3D pulak. Ye kat muzium ni ada tayangan show 3D tau. So korang pandai2 lah pilih timing. For me, memang berbaloi!
Kakak bunga kena pakai mafela ni baru sesuai dengan tema. T_____T
Nice one...
Sambung jalan-jalan dan bergambar lagi. So beautiful
Kita menyeberangi jambatan pula...
Drama lagi....
Dengan bapak dia pun nak berdrama jugakkkk
Comel sangat gambar ni!!!
Anakku dijadikan eksperimen....lol
Okey jom menyeberangi jambatan lagi...
Hati-hati pak meon....lol
Yang dia ni ku tak faham apa motip nak melambai je....
Korang dah faham ke belum camne dorang lukis gambar 3D ni? hihi
macam-macam pose kakak bunga bagi....
Jambatan ni selalu muncul dalam drama klasik cina kan....? Eh ke sebab tempat ni femes kat Jepun? haha
Gambar Aqeel camni lah. Kalau tak jauh, gambar bontot dia bagi.....lol
Ni tempat ala-ala glow in the dark
Sangat cantik!!
Okey dah penat kan....
Jomlerr balik...
Finally!!! we come to the end jugak. Sepanjang Dhuri tulis blog ni lah entry terpaling panjang sebab banyak sangat gambar. Semua cantik2 dan rasa sayang kalau tak upload semua. So Dhuri upload je lah walaupun sampai kehabisan idea nak tulis caption apa. lol
Bukan apa, untuk kenangan anak2 di masa depan nanti. Nanti dorang dah besar boleh lah dorang tengok gambar2 ni semula dan throwback kenangan manis holiday dengan ibu ayah. Insya Allah. T____T
Untuk entry lain2 di Langkawi...tunggguuuuu
Till then bye ~~
Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah
Nur Akma Binti Mohd Yusof
Atau nak lebih pantas??
Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!