Sunday, 3 April 2022

Review: La Villa Langkawi (Private Pool)

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! First of all, selamat berpuasa diucapkan. Kitorang satu family baru balik dari Langkawi ni. Betul2 sehari sebelum berpuasa. Hehe. Disebabkan dah banyak kali dah kitorang ni pergi langkawi so dah takde apa dah nak cerita. And trip kali ni pun sebab dah 2 tahun tak naik kapal terbang. Ni kira pembukaan pasca covid la sebab anak2 pun dah dok minta nak naik kapal terbang banyak kali. 

Untuk trip kali ni Dhuri dengan husband plan untuk spend masa kat hotel je. Takde nak pergi mana2 sangat pun sebab kebanyakan tempat kat Langkawi tu kitorang dah pernah pergi. So entry kali ni spesifik untuk Dhuri review hotel tempat kitorang bermalam selama 3 hari 2 malam. So let's go...

.


Inilah hotel yang akhirnya jadi pilihan kitorang. La Villa Hotel!! Sebenarnya sebelum kitorang booking La Villa ni kitorang dah booked hotel lain tapi cancle. Yang tu saya tulis di entry lain la sebab ada tips juga nak bagi kat korang untuk dapat full refund kalau dah terbooking hotel non-refundable. 


La Villa ni konsep dia macam shaklee juga 'Living In Nature' Hehe. Ada pilihan bilik atau villa ikut kita nak pilih yang mana, tapi semua ada pool. Kitorang pilih villa sebab nak lebih selesa dan ruang yang lebih besar untuk kitorang satu family. Reason lain, sebab first time tengok villa ni saya memang dah jatuh hati dengan konsep dia. Pool dia memang besar giler. And masa booking tu saya dah terbayang betapa happy nya anak2 kitorang nanti

Welcoming drink sebaik saja lepas check in. Air dia ni memang sedap giler!! Tak tahu lah air apa tapi rasa dia masam2 manis. 

Sambil tunggu urusan check in selesai

 Our view sebaik saja buka pintu. Anak2 paling excited sebab nampak pool tu. Saya masa ni memang terpukau sekejap sebab tak sangka realiti dengan dalam gambar tak jauh beza. Memang betul2 cantik


Ni dari sisi lain. Dari living hall menghadap pool dan bilik tidur 

Ni dari bilik tidur pula. Boleh nampak kakak bunga excited dah tu nak mandi kolam



Cantik giler kan...Okey dah puas tengok dekorasi luar, kita tengok dalam pula

Area living hall ni tiada aircond ye. Cuma kipas je. Mungkin sebab konsep dia yang open air tu. Rugi lah kalau letak aircond kan. So ruangan ni agak bahang juga sebenarnya tapi baguslah sebab mandi pool tu dah sejuk. Kalau terus masuk bilik tidur yang memang beraircond memang boleh gigil dibuatnya.

Katil dan ruangan istirehat. Sayang saya tak ambil gambar katil pula. Tapi katil ni boleh muatkan 2 orang dewasa dan sorang kanak2

Pintu untuk ke ruangan mandi

Besar giler bilik air dia. Yang tengah2 tu bukan jakuzi tau tapi tempat pancuran air. Memang best giler mandi kat situ. Ada ruang untuk mekap, toilet dan juga changing room. 

Ni untuk lebih jelas (gambar diambil time nak checkout so memang bersepah lah ye)


Comel sangat bekas hand soap dia ni

Toiletries dia memang sangat lengkap. Tak perlu bawa apa2 pun dari rumah. Cuma skincare kita sendiri tu kena bawa lah kan. T___T

Shave pun dia siap bagi ni. Tak tahu lah nak shave apa. T_____T

Fridge dia memang penuh dengan snacks. Kecuali jeruk tu Dhuri beli kat petronas sebab pening lepas turun flight. lol


Ni first time saya guna coffee maker style ni. Selalu tengok kat kdrama je. So walaupun tak minat coffee, Dhuri try juga lah bancuh satu

Santai petang sambil menikmati coffee

With my favourite cinch tea. Minum untuk ada energy sampai ke malam. Dah nama pun nak menikmati holiday kan, tak leh la lembik2. hehe


Aqeel ni kalau korang nak tahu, first2 sampai lagi dah lemas sekejap. lol. Sebab lepas ayah dia bukak kan baju dia terus terjun. Tak sempat nak bagi pelampung kat dia. Mujur Dhuri perasan bunyi berdebur. Terus berlari and capai tangan dia. Hai lahhh anak

Adakah dia serik lepas tu? tidak ye tuan2 dan puan2. Lepas tu dia pergi tungging pelampung dia and kecebur lagi sekali. Kali ni husband nak capai dia terus krem kaki. T_____T 

Dia serik lepas tu? Ya, tidak juga.

Kakak dia yang perasan princess ni sekali lemas. Dia dok bersantai atas pelampung dia lepas tu terbalik. Kaki terpacak ke atas. bapak dia juga yang berlari pegi selamatkan

Serik? Tidak. Tambah dorang bersuka ria berendam dari pagi sampai ke maghrib. T_____T

So untuk korang yang bawa anak please extra alert dengan dorang k. Budak2 biasalah memang excited tengok air. And kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata. Tapi kita doa yang baik2 sajalah. Always make sure dorang dalam capaian korang so if anything happen kita nampak and boleh capai. Kitorang pun banyak kali remind anak-anak untuk tunggu ibu dengan ayah sebelum masuk kolam. Tidur malam kunci pintu sebab risau jugak kalau dorang bangun awal and pergi kat kolam ke. Tapi overal, tak perlu risau sangat sebab konsep villa ni memang open air and transparent. Kat mana pun kita duduk in shaa Allah boleh je nampak semua ahli keluarga. 

Nanti kita pergi swimming class la. Seronok sikit mandi pool kalau pandai berenang

Apapun, villa ni memang terlalu indah untuk kitorang. 

Dhuri sendiri pun berendam tak puas2. Dah satu pool tu untuk kitorang kan. Bukan ada orang boleh tengok pun. So apalagi....macam2 skill aku tunjuk. Tapi pakai pelampung la...haha

And tiba lah masanya untuk say goodbye..

The memories we create here will last forever




Bergambar dulu sepuasnya

Till we meet again La Villa


 Bye-bye....



 Okey, now part yang korang tunggu-tunggu. Berapa rate semalam di villa ni? Kitorang booked through booking.com. Jadi rate harga tu berbeza beza sbb booking.com pun ada bagi diskaun juga. Tapi roughly RM700 - RM900 kalau booking awal. RM1000+ untuk rate biasa. Kitorang booking sehari sebelum and dapat macam harga last minuts offere. So dapat RM846.40 untuk satu malam. Total 2 malam RM 1,692.8

Pada saya harga ni memang sangat berbaloi sebab kita dapat satu villa ni. Bukan untuk satu bilik sahaja. And kolam dia memang tersangat besar. Snack pun dorang refill setiap hari. Ada mesin bancuh kopi sendiri. Peti ais pun penuh. ALL FREE 

Pada saya apa yang saya bayar ni adalah harga untuk memory. Saya memang dah lama suka dengan villa berkonsep macam ni. Dulu rasa sayang duit, tapi saya fikir masa yang berlalu kita tidak akan dapat semula. Anak2 pada waktu sekarang lah yang dorang betul2 ada dengan saya. And saya tak nak tunggu umur 40-50 untuk buat apa yang saya nak buat. Saya nak sekarang pada waktu saya sihat, kuat dan masih ada keinginan yang tinggi pada hidup 

so yeah..it's worth it. Korang pun should try k 
No regrets

Sambung baca cerita penuh kami di Langkawi di sini

 Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


No comments:

Post a Comment