Monday, 19 June 2023

Makan Seafood Di Sabah!!

Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Dhuri nak habiskan cerita Sabah ni cepat sebab lama sangat hutang takut banyak pula yang lupa nanti. Hehe. Plus, in shaa Allah bulan depan kitorang dah start dapat kunci by progress so Dhuri plan nak update story rumah kedua pulak nanti. Masa rumah pertama dulu tak rajin nak tulis sebab tengah pkp. Hidup huru hara sangat masa tu. Kali ni Dhuri nak tulis untuk simpan sebagai kenangan. 

So, Sambung cerita trip Sabah, turun je kitorang dari Kundasang yang berkabus tebal pagi tu sinar sang suria menyambut kitorang. Cehh. Tapi memang happy sangat bila kena cahaya matahari tu. Rasa badan kembali hangat. Kitorang singgah kedai lokan bakar kak tini sekali lagi sebab lambat lagi nak check in. Lagipun Aqeel suka sangat makan lokan bakar tu. Kali ni memang order satu dulang khusus untuk dia. Dhuri, husband dengan bunga pulak pilih sayap ayam. Sayap ayam kak tini memang the best!

Husband mengada nak try air kelapa bakar. Dhuri dah rasa pelik dah tapi bagi je lah dia order sebab travel ni memang kena cuba je kan benda baru. Baru seronok. Yang lawaknya bila kelapa bakar tu sampai kitorang masing2 boleh telan sekali teguk je. Mungkin tak kena dengan selera kami tapi if korang nak cuba persilakan je tau. Rasa sendiri baru feel kan T____T

Settle isi perut baru kitorang gerak menuju ke hotel pula. Masa ni ada terfikir nak sambung je kereta sewa sampai last day kat sini tapi bila dah sampai area depan hotel tu nak cari tempat parking untuk tunggu budak kereta sewa tu je pun dah jenuh pusing banyak kali so batalkan je lah niat. 

Hotel kitorang ni memang located kat tengah-tengah bandar KK. Kitorang memang sangat suka dan puas hati. Bilik besar, katil besar dan paling best adalah washroom dia. Bunga bukak je air terus dia cakap "macam ni lah baru kakak suka. air dia tak sejuk" haha. Lepas tu dia mandi berejam sebab syok sangat mandi pancuran hujan tu. And lagipun sepanjang kat Kundasang mandi celup2 je kan sebab sejuk sangat. Ni baru puas. T____T

Kitorang memang kosongkan aktiviti untuk harini. Memang nak duduk rehat-rehat je kat bilik hotel. Petang dalam kol 6 Dhuri call restaurant Terapung Nelayan untuk booking meja. Risau jugak kalau takde meja nanti. So better call siap2. Cumanya Dhuri terlupa nak tanya haritu ada persembahan ke tak. Sebab baca kat website memang ada je persembahan setiap hari pukul 7.45pm. Tapi bila kitorang sampai takde. Sedih sekejap. Sobss 

Tapi takpe sebab seafood kat sini memang sedap!! Okey jom tengok gambar. Siap-siap ambik tisu k buat tadah air liur. Hiihihihi




Ketam masak butter dia tu memang terpaling sedap so far yang Duri pernah makan. Memang sampai menjilat pinggan kau....haha. 

......kecuali untuk sotong goreng tepung dia. Yang tu agak spoil untuk Dhuri sebab kitorang dah makan sotong goreng tepung yang sedap masa di Kundasang. Ingatkan kat KK lebih sedap tapi sayanggggggg..

Tengok rupa pun cam sedih sikit kan. haha. tapi benda dah order...kita hadap je lah. Licin jugek. Mueheeehe

Kitorang datang and balik dari restaurant ni ambik grab je. And memang sampai last day nanti ambik grab je. Nak pergi restaurant ni kitorang bayar kos grab rm9. Masa nak balik rm7. Lebih enjoy sebenarnya naik grab ni sebab tak payah susah-susah nak drive. And kita boleh sembang dengan driver tu sebab dorang kan orang local so banyak lah tempat-tempat best yang dorang share. Rasa lebih traveller gituuu. 

Hari kedua di KK kitorang ke Pulau Manukan untuk mandi manda dan snorkeling!! Memang purposely untuk anak2 la sebab aktiviti air ni memang favourite dorang kan. Tapi sebenarnya Dhuri pun suka jugak. Ahaaha. So outfit memang dah prepare siap2 yang friendly water. Beli kat shoppee je. Murahhhhhhh.  




Tengoklah kasut kitorang tu warna warni kannnn. Kitorang memang dah pakai siap2 dari hotel and selamber je lah jalan. Actually kasut ni tapak dia tak tebal sangat so kalau jalan atas jalan raya tu terasa jugak lah macam tak pakai pape. Tapiiiiiii ada pulak ku kesah kan....yang penting tak payah fikir kasut basah ke apa. Nak letak kasut kat mana...Boleh terus terjun je dalam air. Haha. Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Disebabkan kitorang takde ambik pakej atau agent mana-mana so sampai je kat Jesselton Point husband terus ke kaunter untuk beli tiket dan sewa life jacket serta 2 set snorkeling. Life jacket wajib tau walaupun ko pandai berenang camne sekali pun tetap kena ambik jugak sebab husband Dhuri tak ambik life jacket tapi masa nak naik bot tu dorang suruh pakai. Satu life jacket rm10. Husband free je sebab supposed kena bayar kat kaunter tapi orang tu malas nak tunggu so dia cakap "abang ambik je ni" 

Dah naik bot tu barulah rasa lega sebab lama jugak kitorang tunggu turn sebelum dapat naik. Tengoklah muka bunga tu sampai monyok menunggu. Maybe sebab dorang dahulukan yang booking dengan agent. Kitorang ambik satu pulau je, pulau Manukan dari kol 9am sampai 3pm. Nak bagi anak betul2 puas mandi. Harga sama je tak kira kita booked sampai kol berapa pun. Tapi biasanya dalam pukul 1pm tu orang dah kurang sebab mostly ambil pakej yang 3 pulau sehari. Tak ramai yang ambik satu pulau je macam kitorang. 

Hasilnya, anak2 ku sunburn sebab lama sangat berendam dalam air. T_____T

Kat KK ni ada 3 pulau yang famous tau. Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik. Ramai yang cadangkan untuk ambil trip 3 pulau sekaligus. Tapi sebab kitorang ni fikir anak. Nak bagi dorang puas mandi tanpa berpindah randah banyak pulau sebab tu ambik Pulau Manukan je. Lagipun dah pernah rasa masa pergi Krabi dulu. Ambik sampai 7 pulau tapi yang bestnya mandi cuma kat satu pulau je. Hehe. 

Tapi In Shaa Allah if ada rezeki repeat Sabah semula satu hari nanti, will definitely pergi others pulau pulak. 

Kitorang balik semula ke jetty dah petang. Kat pulau kitorang makan burger je. Sedapppp! Ada kedai kat sana cuma harga mahal sikit. Biasalah kan..Just prepare je lah bawa duit secukupnya. Budak2 ni request aiskrim jugak. Dah penat mandi, apa yang ada depan mata semua sedap. Hehe

Dari jetty ke hotel kitorang balik jalan kaki je. Ikutkan Dhuri nak naik grab tapi husband prefer kitorang jalan kaki sebab tak jauh sangat. Lagipun dia tak nak kotorkan kereta orang dengan pakaian basah and berpasir kitorang. Sambil tu dia nak survey dobi sekali. Kat hotel kitorang takde dobi. Dhuri search kat google pun tak jumpa. Tapi bila jalan tu nampak lah ada dobi yang berdekatan. So settle bab baju. Malam nanti hantar semua baju kotor untuk cuci. Esok dah nak balik KL dah. Sobss

Dinner malam kedua di KK kitorang ke the famous Todak Waterfront!!! Pun jalan kaki jugak dari hotel. Balik pun sama. Kalau nak naik grab pun boleh. Rm5 je dari hotel sixty3 tu ke Todak Waterfront tapi sebab kitorang ni nak feeling2 tourist jadi berjalan lah...lol






Sambil tunggu kedai-kedai kat Todak Waterfront tu bukak kitorang ambil angin petang dulu kat sini. Ada clown dan transformer. Budak2 ni dah nampak belon tu mula lah masing2 nak. Hehe



Kat Todak ni banyak kedai seafood. Pilih je nak makan kat mana. Memang murah sangat harga. Seafood saiz biasa 100gram RM3 je. Mana nak dapat kat KL wehhhh. Kitorang pilih kedai yang owner dia paling ramah cerita pasal menu dia. Hehe. Bias ke?? ahh lantaklah. Sebab kat situ memang semua akan panggil kita ajak ke kedai dorang. So kira rezeki lah yang mana pelanggan masuk. Kitorang ke kedai paling hujung sekali. Sebelah kapal2 nelayan. Masakan dia biasa je tapi view sunset kat situ Masya Allah amazing sangat.

Anak bujang makan sambil riuh bertanya itu ini pasal kapal. Husband pulak dok cerita tentang bintang2 yang menjadi panduan kapal bila belayar waktu malam. Sejujurnya, Dhuri rasa memang ini the most quality time kami bersama sepanjang trip ni. 

Santai-santai makan sambil menikmati pemandangan lautan yang terbentang luas dengan peralihan masa dari petang ke malam yang sungguh indah bersama insan2 tersayang......Allahuakbar, terima kasih Allah atas nikmat ini. 

Lepas dinner kitorang ke Pasar Filipine yang bersebelahan dengan Todak Waterfront tu. Saja jalan2 tengok apa yang boleh diborong untuk souvenir. Dhuri takde plan nak beli banyak sangat sebab tak ambil luggage pun. Husband pula pesan jangan beli makanan sebab masa di Kundasang kitorang ada beli beberapa kerepek untuk try tapi banyak yang tak mampu dihabiskan.


Akhirnyaa ini yang Dhuri borong. Keronsang Sabah!! Cantik2 semuanya. Beli banyak sebab ada kawan yang kirim jugak. Selebihnya memang untuk pakai sendiri dan hadiah pada keluarga dan kawan-kawan ofis. Dhuri pergi satu kedai je and terus borong sebab dah malam and memang rasa malas dah nak survey2. Anak2 pun dah mengantuk

Esoknya last day di Sabah. Kitorang bersantai je di hotel sambil tunggu checkout. Dhuri packing semua baju2 then lepas checkout kitorang ke airport dulu untuk simpan luggage. At first ada terfikir nak extend hotel sebab flight kitorang lambat lagi, malam. Tapi hotel charge full day. Kitorang request sampai pukul 3-4 pm macam tu je. And bila google rupanya kat airport ada sediakan perkhidmatan sewa locker. Harga pun okey. So simpan kat sana je lah. 


Lepas simpan luggage kitorang ambil grab ke Warung Bandung. Dhuri teringin ayam penyet. Sebab ayam penyet kat Borneo ni sedap dia lain macam tau. Tak sama macam kat KL. Masa pergi Sarawak dulu first time Dhuri makan sebab tu kat sini memang sengaja cari ayam penyet juga. 

Alhamdulillah memang sedap! Korang pun patut cuba k 






Lepas lunch kitorang kembali ke Pasar Filipine lagi untuk kembali memborong. Hehe. Semalam rasa tak cukup pula keronsang yang Dhuri beli. And kali ni nak survey and try kedai lain pula. Lagi murahhhh dari kedai semalam wehhhh. Sobss. Tapi takpe lah rezeki masing-masing kan. 


Dhuri suka set keronsang swarowski. Tapi sebab dah pokai malam tadi so tak boleh lah nak beli banyak sangat, Ishhh rugiii. Huhu

And finally kitorang dinner sekali lagi di Todak Waterfront. Kali ni pilih kedai lain pulak. Sama macam semalam, puas hati jugak dengan service. And kali ni sedap sikit dari semalam. Sotong butter salted telur masin dia Dhuri bagi A+. 

Apapun, surely akan rindu sangat dengan seafood sabah ni nanti. Murah and sedap!!!!! Kena rajin la kerja keras ye if nak repeat datang sini lagi. hehe. 




Dalam pukul 6 grab ke airport kitorang sampai. Tak lama pun tunggu. Sampai je airport terus ambil luggage and masuk untuk boarding sebab gate dah buka. Cumanya bila dah dekat time nak depart tu dorang bagitau flight delay sejam. Menunggu lah sekejap. Mujur tak lama sangat. 




Sampai di KL dalam pukul 12 tengah malam. Alhamdulillah. Trip 5 hari 5 malam finally comes to the end. Syukur atas rezeki masa dan kewangan yang Allah beri, berpeluang kitorang unlocked satu lagi negeri di Malaysia ni mencipta memori bersama anak-anak. 

In shaa Allah next year kita ke negeri lain pula. 

Dapat travel once a year pun dah okey sangat kan..


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


No comments:

Post a Comment