Friday, 21 July 2023

Hiking: Bukit Sungai Long @ Sungai Long Hike

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Dhuri nak share about my new hobby. Yup hobi ku ni memang bermusim. Kalau tengah musim membaca tu memang berlambak beli buku, novel, etc..time musim menjahit, sampai mesin jahit tepi pun ku beli sekali. Hahaha

And now tengah mood nak beraktiviti lasak! Tapi actually takde la lasak sangat pun. Just hiking manja-manja gitu je. Sedar diri 4 tahun lagi dah nak masuk 40an wehhh. Kang push sangat patah riuk pulak tulang ni. lol

Berdekatan area rumah Dhuri ni ada satu bukit yang agak famous di kalangan para hikers dan bikers. 6 tahun duduk kat Sungai Long ni Dhuri akui memang takde sekali pun terasa nak explore kawasan ni walaupun Dhuri tahu je ada kawasan air terjun yang sangat cantik kat atas tu. Mungkin sebab anak-anak kecik lagi dan life Dhuri mostly adalah rumah-office. Tak berkesempatan sangat nak jalan-jalan ni. Kalau rajin nak exercise pun Dhuri biasanya akan pusing-pusing taman je. 

Cuma sejak husband rajin memancing ni dia banyak tahu jalan-jalan rahsia kat Sungai Long ni. And satu pagi tu lepas je subuh dia ajak kitorang jalan-jalan naik Sungai Long Hike ni

Anak-anak jenis tak banyak soal. Ke mana kitorang pergi dorang ikut je. Bangun tido basuh muka terus start jalan. Hehe. Meredah lah kitorang kawasan perumahan sini menuju jalan kecik ni. Ada tanda arah ke kubur. Dhuri sebenarnya tak pernah nampak van jenazah masuk kawasan kubur sini. So i wonder juga sebenarnya betul ke ada kubur kat sini? and betul ke kubur orang islam?? hurmm entah lah. Confused sikit sebab sini banyak kawasan perumahan baru nak naik so ramai lah pekerja-pekerja indon duduk kat rumah kongsi sini. 

Kitorang tak naik ikut jalan yang biasa hikers naik tau. Kitorang ikut shortcut. Meredah highway yang dalam pembinaan ni. Seingat Dhuri, since kitorang pindah sini EKVE ni dah under construction...sampai sekarang pun tak siap-siap lagi. Huhu. Tapi in shaa Allah next year dorang akan start dah dibuka secara berperingkat. Lepas ni laluan ni akan jadi alternatif road la untuk ke Ampang, Karak. Hopefully LEKAS ku maintain tak diganggu ye. Serik tau kalau jalan asik jammed je ni. Nak balik kampung setengah jam pun jadi berjam-jam. T_______T

Lepas naik turun semak semak yang mencabar, finally kitorang sampai ke laluan hikers ni. Husband ajak naik ke atas lagi sebab ada tasik kat atas tu. Masa ni kakak Bunga dah banyak kali berbunyi "Jauh lagi ke yah?" 

Kesian pula tengok dia. Dengan kitorang tak bawa air langsung sebab ingatkan husband bawa jalan dekat-dekat je. Lepas pujuk-pujuk okey lah dia nak ikut sekali naik ke atas. Tapi kena berhenti rehat dulu. T___T

Aqeel okey. Masih semangat dan banyak tenaga walaupun muka macam dah takleh blah kat bawah ni. T_____T tapi memang dia tak komplen sikit pun

Klimaks kitorang adalah tasik ni. Tak tahu nama tasik ni apa tapi nampak lah sorang dua yang duduk-duduk kat sini. Healing agaknya. Kakak Bunga dah ajak turun sebab dia dah terlalu penat. Husband pun kata okey. Sebab kat bawah tu ada kedai yang jual nasi lemak, kuih-muih dengan air. Boleh lah belikan dorang ni air. 

Air mangga ni sedap!! Manis sangat. Penjual tu kata manis ori. And disebabkan Dhuri bukan nya reti pun nak beza manis ori dengan manis tambah gula so ku pegang je lah kata-kata penjual tu. Minum dengan bahagia dan gembira. T______T

Rezeki terpijak sebab owber kedai bagi kitorang durian musang king ni free je. Merasalah sorang seulas. Aqeel tak nak sebab dia tak suka durian. Sambil makan anak-anak main sekali kat playground sini. Unik juga sebab dibuat dari tayar yang di cat warna warni. 

Tengah jalan-jalan tu Dhuri perasan ada bunyi anak sungai. And tengok memang ada tangga pun turun ke kawasan sungai ni. Terus lah ajak anak-anak turun sekali. Dhuri rasa owner kat sini bukak untuk sewa tapak camping sekali sebab Dhuri nampak ada khemah. Syok lah kan camping sambil mandi sungai. Hehe

Budak berdua ni mula-mula celup kaki je. Tapi dah lama tu tengok dah lenjun dah semua. Bukan main seronok lagi main air. Dhuri berani bagi dorang main kat air terjun ni sebab air dia tak laju pun. Kawasan dia pun cetek je. Bukan lah macam sungai yang kat kawasan orang berkelah tu. 

Bagi main air puas-puas. Nak gembirakan anak ni kadang tak perlu duit banyak pun. Bawa tempat-tempat macam ni free je. Effort je kena lebih. Sebab nak kena keluar pagi-pagi and kena suka pergi tempat macam ni lah kan.. kalau tak suka tak jadi jugak. Hehe

Puas hati tengok anak-anak enjoy and dekat dengan nature. Alam semulajadi ni adalah penyembuh kepada penyakit jiwa dan fizikal. That's why la orang panggil healing. Sebab sememang nya terapi yang berkesan untuk pulihkan semula semangat dan tenaga yang hilang. 

Anyway, since semalam adalah cuti Awal Muharram so kitorang pergi untuk kali kedua but this time sampai je kat kedai ni husband bawa anak-anak untuk terus mandi air terjun. Meanwhile Dhuri naik lagi ke atas sorang-sorang. Saja lah sebab nak kuatkan stamina untuk ekspedisi next week. Kali ni tak ramai sangat orang sebab cuaca mendung je dari pagi

Dah sampai area tasik yang cantik ni. Cuma sebab cuaca tak berapa okey jadi air tasik ni macam berbau sikit. Hidung Dhuri ni sensitif. Bau pelik-pelik ni cepat je tangkap. Actually bukan bau apa la.. bau hanyir tasik je. Lepas selfie Dhuri teruskan lagi perjalanan naik ke atas 

And sampai lah ke sini. At first cam ragu jugak nak naik ke tak. Sebab tengok bukit ni tinggi jugak. Husband pula takde nak tolong tarik or sambut kalau jatuh. lol

Tapi fikir bila lagi kan? dah alang-alang ni. Tenaga pun ada. So buat je lah. Auntie2 kat bawah ni pelik je tengok Dhuri snap gambar sana sini sebelum panjat. Haha. Dah sampai atas tu Dhuri rasa gayat pulak. Hurmmm my fear yang satu ni susah betul nak counter. So Dhuri just panjat satu level je la. Ada 3 level semua kalau tak silap. Dah sampai atas tu boleh tengok view yang lagi cantik. 

Dhuri sempat lepak sekejap atas tu sambil tengok group lain panjat tali tu. Hehe. Lepas 10 minit camtu baru turun balik. And nak turun ni agak mencabar sikit sebab Dhuri risau jatuh tergelongsor. Kang jadi nangka busuk pulak kat situ. So agak berhati hati sampai tak dapat nak capai tali untuk bantu kita turun tu. Mujur ada someone kat situ yang tolong and lepas tu memang Dhuri gelongsor je lah turun perlahan-lahan. Sampai kat bawah memang penuh la seluar, baju, kasut dengan debu. Kebetulan hujan dah start turun gerimis, jadi memang lagi berlumpur la. T_____T

Turun dari bukit tu Dhuri terus jalan ke tempat budak-budak ni mandi. Ajak dorang balik sebab risau hujan turun makin lebat nanti. Dorang ni balik dengan baju-baju basah tu je. Mujur lah rumah dekat kan. Hehe

Sampai rumah laju-laju telan oste, omega dengan bcomplex. Risau takut sendi-sendi sakit esok. Alhamdulillah takde apa2. Cuma bahu je macam sakit sikit kat tempat tendinitis haritu. Risa jugak takut berulang. Tapi nak masuk hari ketiga ni so far makin okey. So nampak nya Dhuri boleh lah repeat lagi aktiviti lasak camni cuma kena extra careful dengan bahu je. Hehe

Tak dapat dinafikan, stamina, and energy Dhuri today memang empowered by Shaklee. 6 tahun wehh konsisten shaklee. So inilah hasilnya. Thank you Shaklee :)


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

Wednesday, 5 July 2023

Lambatnya Nak dapat Kunci Rumah Baru

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Dhuri nak update progress rumah kedua kitorang ni. Yang masih belum nampak bayang lagi bila akan diserahkan...haihhh

Walaupun Dhuri mungkin adalah pembeli terakhir yang sign SNP untuk perumahan tu tapi still frust jugak tau menunggu macam ni. Orang yang lagi awal sign SNP dari kitorang Dhuri tak tahulah macam mana. Lagi macam-macam feeling kot. 

Projek ni start dari tahun 2019 kalau Dhuri tak silap atau 2020. And supposed pemaju diberi masa 3 tahun untuk siapkan. January haritu sepatutnya dah dapat kunci dah. Tapi sebab covid, gov bagi masa extra pada pemaju which is tambah lagi 6 bulan. So sepatutnya bulan 7 ni kitorang dah boleh dapat kunci. 

Tapiiiii sampai sekarang meter air tak pasang lagi. Kitorang pun tak dapat apa-apa notis lagi dari pemaju even untuk bagi anggaran tarikh pun dorang tak nak. Padahal yang lain semua dah siap. 

Meter air dengan kelulusan CF je belum dapat lagi. Tak tahulah apa masalah pemaju ni dengan Syabas atau Syabas memang pasang lambat ke... Tapi kannnnn lama sangat ke nak pasang meter air tu?? Sebab kitorang tengok rumah tu dah siap like 2 bulan lepas lagi. Meter TnB okey pulak. Cepat je siap pasang.

Kitorang ahli-ahli taman ni rajin juga pergi sana untuk tengok progress. And tengok dari luaran memang sepatutnya takde isu lagi dah. Fasiliti pun dah siap semua.

Tapi pemaju macam main tarik tali lagi. So frust jugak lahhh. Rumah Cyber kitorang dulu memang on time serah kunci. Sign SnP July 2017...July 2020 dorang dah panggil untuk terima kunci padahal sama jugak covid. 

Dhuri bukan apa....sebab dah excited nak masuk rumah baru. T______T

Setiap hari pun memang dok google je tips masuk rumah baru. Ikea kitchen planner tu pun dah naik muak tengok Dhuri kot sebab setiap hari login and design kitchen kabinet. Dah berpuluh design dah dalam tu. Hahaha

Plus Dhuri agak stress mengenangkan kos semasa yang makin meningkat ni. So bila delay, means banyak benda yang tak boleh proceed lagi and harga mungkin akan naik double triple nanti. Huhu

Buat masa sekarang ni memang kitorang dalam fasa yang superrrr berjimat cermat. Walaupun tak lah sampai tahap ikat perut tapi nak beli baju yang rege rm30 pun Dhuri kena fikir 4,5,6 kali tau. Haaaa begitu sekali. Selagi tak settle memang tak tenang hidupku. Pastu nak menyimpan duit ni bagai satu penyiksaan jugak lah pada Dhuri sebab ku mood nak travel je sekarang ni, Bila semua tu kena stop rasa macam ARGHHHHHHHH

Haa fahm dak??? T____T

Tapi kan untuk korang yang nak beli rumah Dhuri bgtau awal-awal memang banyakkkkkk nak pakai duit. Ibarat air terjun yang laju mengalir macam tu jugak la lajunya duit ko meluncur keluar. Sobbsss

Baik untuk rumah baru atau subsales. Macam Dhuri 10K saja dah reserve untuk urusan berpindah je nanti. Belum lagi kos2 lain tau. Ni baru kos untuk deposit TnB, Syabas, Maintenance security 12 bulan, lori, langsir, lampu kipas. Orang kata baru basic2 je. 

Belum masuk grill, kitchen kabinet, kos wiring dengan plumbing sebab nak tukar arah sink ke hape nanti, nak tambah plug point and kos2 renovation lain. Peninnnnnn. Huhu

Tapi sebab nak masuk rumah sendiri kan...ku redah jua lah nanti. Hehe. Cuma kitorang akan buat benda yang kitorang mampu je dulu at this time. Takde dah nak buat loan lagi ke, credit card ke...nak tambah hutang lagi. NO!! Hidup lah dengan apa ada nya. Slow-slow kita tambah kemudian nanti. 

Tak lari gunung dikejar. Tak gituuu. T___T

Lagipun dah dapat beli rumah ni pun dah sejuta rahmat bagi Dhuri. Marilah nikmati hidup sekadarnya pula. Banyak lagi tempat dalam bucket list Dhuri yang Dhuri belum sampai lagi. So let's focus on that pulak lepas ni. 

So nanti if ada update dari pemaju, Dhuri akan update lagi kat sini. Sementara tu tengok je lah dulu progress rumah yang kitorang sempat snap dari Day 1 sign SnP sampai sekarang...








Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!