Wednesday 5 July 2023

Lambatnya Nak dapat Kunci Rumah Baru

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Dhuri nak update progress rumah kedua kitorang ni. Yang masih belum nampak bayang lagi bila akan diserahkan...haihhh

Walaupun Dhuri mungkin adalah pembeli terakhir yang sign SNP untuk perumahan tu tapi still frust jugak tau menunggu macam ni. Orang yang lagi awal sign SNP dari kitorang Dhuri tak tahulah macam mana. Lagi macam-macam feeling kot. 

Projek ni start dari tahun 2019 kalau Dhuri tak silap atau 2020. And supposed pemaju diberi masa 3 tahun untuk siapkan. January haritu sepatutnya dah dapat kunci dah. Tapi sebab covid, gov bagi masa extra pada pemaju which is tambah lagi 6 bulan. So sepatutnya bulan 7 ni kitorang dah boleh dapat kunci. 

Tapiiiii sampai sekarang meter air tak pasang lagi. Kitorang pun tak dapat apa-apa notis lagi dari pemaju even untuk bagi anggaran tarikh pun dorang tak nak. Padahal yang lain semua dah siap. 

Meter air dengan kelulusan CF je belum dapat lagi. Tak tahulah apa masalah pemaju ni dengan Syabas atau Syabas memang pasang lambat ke... Tapi kannnnn lama sangat ke nak pasang meter air tu?? Sebab kitorang tengok rumah tu dah siap like 2 bulan lepas lagi. Meter TnB okey pulak. Cepat je siap pasang.

Kitorang ahli-ahli taman ni rajin juga pergi sana untuk tengok progress. And tengok dari luaran memang sepatutnya takde isu lagi dah. Fasiliti pun dah siap semua.

Tapi pemaju macam main tarik tali lagi. So frust jugak lahhh. Rumah Cyber kitorang dulu memang on time serah kunci. Sign SnP July 2017...July 2020 dorang dah panggil untuk terima kunci padahal sama jugak covid. 

Dhuri bukan apa....sebab dah excited nak masuk rumah baru. T______T

Setiap hari pun memang dok google je tips masuk rumah baru. Ikea kitchen planner tu pun dah naik muak tengok Dhuri kot sebab setiap hari login and design kitchen kabinet. Dah berpuluh design dah dalam tu. Hahaha

Plus Dhuri agak stress mengenangkan kos semasa yang makin meningkat ni. So bila delay, means banyak benda yang tak boleh proceed lagi and harga mungkin akan naik double triple nanti. Huhu

Buat masa sekarang ni memang kitorang dalam fasa yang superrrr berjimat cermat. Walaupun tak lah sampai tahap ikat perut tapi nak beli baju yang rege rm30 pun Dhuri kena fikir 4,5,6 kali tau. Haaaa begitu sekali. Selagi tak settle memang tak tenang hidupku. Pastu nak menyimpan duit ni bagai satu penyiksaan jugak lah pada Dhuri sebab ku mood nak travel je sekarang ni, Bila semua tu kena stop rasa macam ARGHHHHHHHH

Haa fahm dak??? T____T

Tapi kan untuk korang yang nak beli rumah Dhuri bgtau awal-awal memang banyakkkkkk nak pakai duit. Ibarat air terjun yang laju mengalir macam tu jugak la lajunya duit ko meluncur keluar. Sobbsss

Baik untuk rumah baru atau subsales. Macam Dhuri 10K saja dah reserve untuk urusan berpindah je nanti. Belum lagi kos2 lain tau. Ni baru kos untuk deposit TnB, Syabas, Maintenance security 12 bulan, lori, langsir, lampu kipas. Orang kata baru basic2 je. 

Belum masuk grill, kitchen kabinet, kos wiring dengan plumbing sebab nak tukar arah sink ke hape nanti, nak tambah plug point and kos2 renovation lain. Peninnnnnn. Huhu

Tapi sebab nak masuk rumah sendiri kan...ku redah jua lah nanti. Hehe. Cuma kitorang akan buat benda yang kitorang mampu je dulu at this time. Takde dah nak buat loan lagi ke, credit card ke...nak tambah hutang lagi. NO!! Hidup lah dengan apa ada nya. Slow-slow kita tambah kemudian nanti. 

Tak lari gunung dikejar. Tak gituuu. T___T

Lagipun dah dapat beli rumah ni pun dah sejuta rahmat bagi Dhuri. Marilah nikmati hidup sekadarnya pula. Banyak lagi tempat dalam bucket list Dhuri yang Dhuri belum sampai lagi. So let's focus on that pulak lepas ni. 

So nanti if ada update dari pemaju, Dhuri akan update lagi kat sini. Sementara tu tengok je lah dulu progress rumah yang kitorang sempat snap dari Day 1 sign SnP sampai sekarang...








Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

No comments:

Post a Comment