Haii korang!! Sambungan dari entry mendaki di Gunung Angsi haritu, sebaik saja turun Dhuri dan husband terus ke Camp Site Ulu Bendul pula untuk aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam. Masa ni kaki dah start rasa sakit dan kebas. Mujur jugak khemah kami semua dah siap dipasang oleh team sports club UTAR.
Lokasi dekat dengan khemah utama dan bawah lampu. Agak kurang privacy ye tapi orang dah tolong setupkan kira syukur je lah. Hehe. UTAR conquer hampir separuh kawasan lapang ni. Ramai jugak yang join camping ni walaupun tak ramai yang join hiking. Dan trip ni boleh bawa anak atau parents. So ramai juga yang bawa anak-anak dorang sekali. Dhuri dengan husband memang tinggalkan kakak bunga dengan Aqeel kat rumah mak sebab kitorang berdua nak hiking sekali. Nanti takde orang pula nak tengok kan anak-anak. Tapi husband dah janji next time kitorang akan datang untuk camping sekali lagi dengan anak-anak. Tak silap Dhuri sewa untuk tapak khemah cuma RM10 saja satu malam. Kena contact Pejabat Hutan Kuala Pilah untuk booking.
Sebaik saja sampai kat khemah, team terus hulur lunch box. Dhuri masa ni takde selera nak makan sebab penat sangat. Rasa nak baring je tapi barang-barang dalam khemah belum setup lagi. Toto pun tak bentang lagi. Lepas dah siap kemas sikit-sikit baru Dhuri makan
Settle lunch kitorang terus ke sungai. Tak mandi pun sebab air sejukkkkk sangat. Lagipun masa ni Dhuri dah start jalan seret kaki. Haha. So bukak kerusi lipat kitorang and duduk santai je sambil makan jajan. Then Dhuri siap-siap untuk solat zuhur pulak. Tak jamak sebab Dhuri dari Senawang je.
Tempat mandi dia okey. Air laju. Selesa jugak. Cuma surau Dhuri tak jumpa tau kat sini. Dhuri solat kat Astaka. Sebab seingat Dhuri masa Dhuri camping kat sini zaman sekolah dulu kitorang memang solat jemaah ramai-ramai kat astaka ni je.
Lepas solat sambung healing semula tepi sungai. Husband lepas solat terus masuk khemah untuk rehat. Tapi tak boleh tidur lama sebab panas. Petang tu dia keluar beli kipas portable. Dhuri selamber je tido dalam khemah panas-panas tu sebab kaki memang dah berat. Fikir nak rest je. Kat luar khemah memang tengah riuh berborak dan prep untuk BBQ malam nanti.
Lepas Isya' kitorang start BBQ. Dhuri cuma bukak pintu khemah yang menghadap ke khemah utama tu je. Tak keluar pun. Husband je yang keluar ambik kan makanan. Sambil makan tu memang riuh lah bersembang dan menyanyi. Dorang ni siap buat unggun api sekali. Alat muzik macam gitar, rebana, seruling semua ada. Macam-macam lagu. Sebelah khemah kitorang je pulak tu. So join je lah sekali.
Dalam pukul 11 macam tu Dhuri tutup khemah sebab dah ngantuk sangat. Husband dah lama terlena. Kat luar masih bising lagi dorang menyanyi tapi lagu dah tukar ketuhanan pulak. Hehe.
Tapi kan nak tahu tak.....ada satu tragedy yang berlaku malam tu
.
.
Dhuri terjaga pukul 4 pagi sebab tengok khemah tak tutup. Cuma tutup net je. Dhuri nak bangun untuk tutup. Tiba-tiba dengar suara riuh sangat kat luar. Nampak api menyala-nyala kat luar khemah Dhuri and memang dekat sangat. Panik habis, Dhuri terus keluar dan lari sebab Dhuri takut terperangkap dalam khemah dan mati rentung dalam tu. Huhu. Serius tau memang ni lah yang Dhuri fikir masa tu. Sebab khemah tu kan kecik je. Mana ada tempat nak lari.
Yang husband pulak tengah tido. Dia tak perasan. Mujur sempat keluar sebab ada sorang ni jerit-jerit suruh keluar. Dhuri ingatkan dia sedar dan follow lari keluar rupanya dia sedap tido lagi. T_______T
Memang kacau bilau time tu. Dhuri fikir memang dah terbakar habis dah satu khemah sebab api nya besar dan tak nak padam-padam pulak tu. Lepas dorang tutup dengan kain basah baru api tu padam. Masa ni nak tidur balik pun dah tak boleh lelap lagi dah. Tapi Dhuri tidur jugak lah. Haha
Ironi nya kan..sebelum Dhuri tidur malam tu Dhuri sempat berlawak dengan husband yang kalau malam ni terjadi kebakaran pun Dhuri tak kan lari sebab kaki dah sakit dan tak boleh angkat. Sekali jadi betul-betul pulak. Ampunkanku Ya Allah.
Rupanya bila jadi betul-betul boleh je lari ye walau sakit macam mana pun. hehe
Pagi esok tu kitorang breakfast bihun dan ayam bakar BBQ malam tadi. Menu makanan kitorang sepanjang kat sini memang semua sedap-sedap. Plus Dhuri rasa rileks je sebab ada orang masak kan. hehe
Walaupun sekejap tapi Dhuri rasa sangat seronok dan enjoy hiking dan camping dengan UTAR sports club ni. Pengalaman baru yang sangat menerujakan untuk Dhuri dan husband. Walaupun ada insiden kebakaran tu tapi bagi Dhuri it is part of sweet memory juga. In shaa Allah ada peluang dan rezeki lagi, kitorang akan join lagi next time. Cuma hiking tu mungkin tak lah. Tapi camping definitely yes. Hehe
Till then bye ~~~
Atau nak lebih pantas??
No comments:
Post a Comment