Assalammualaikum w.b.t
Haii korang!! Alhamdulillah settle dah kerja-kerja wiring dan piping kat rumah Dhuri. Lebih kurang 2 minggu juga untuk siap sebab orang wiring ni hanya boleh datang weekdays je. Dhuri anggap kerja dorang ni laju jugak. Cuma tang kekemasan tu ada lah sikit yang kurang tapi overall okey je. Dhuri puas hati
Okey jom Dhuri share sikit apa checklist yang korang perlu buat dan anggaran kos. Kos sebenar Dhuri tak bagitau lah sebab mostly orang wiring ni kena datang site visit rumah kita untuk tengok sendiri point kita tu cukup ke tak, jauh ke tak dari DB and so on. So harga untuk setiap rumah tu berbeza walaupun kita request benda yang sama.
1. Survey harga dari 2-3 wireman
Ni penting. Jangan korang dah dapat sorang terus proceed je. At lease cari lagi sorang dua untuk compare harga. Walaupun Dhuri sendiri agak serba salah sebab orang dah susah payah datang rumah kita kan, buat kira-kira semua..tapi kena juga panggil orang lain supaya at least kita tahu keadaan pendawaian kat rumah kita ni. Kadang-kadang sebab nak juga sales, semua permintaan kita wireman ikut je walaupun sebenarnya DB kita tu dah sarat sangat dan akan membahayakan keselamatan kita kemudian hari.
Bila kita panggil 2-3 orang untuk datang check, kita boleh dengar penjelasan yang berbeza dan nilaikan dari situ mana yang terbaik untuk kita. Ambil masa untuk decide. Jangan terburu buru. Tanya semua soalan sampai puas hati. Once dah proceed tak boleh turning back dah.
2. Kira Power Soket Yang Kita Perlu Secukupnya
Ramai orang yang dah siap wiring, baru tersedar power soket yang dorang ada tak cukup. Mostly kat dapur la sebab kita banyak guna barang elektrik kat sana. Nak tambah kemudian hari dah leceh sebab kerja wiring ni berhabuk dan debu satu rumah. Lastly terpaksa guna extension tapi dapur jadi serabut dan tak kemas pula. Jadi nasihat Dhuri, sila kira betul-betul. Dapat je kunci tu dah terus imagine setiap ruang tu apa yang kita nak buat. Kalau nak buat kitchen kabinet, plan betul-betul kat mana kita nak letak penapis air, periuk nasi, blender, dan barang elektrik yang mungkin akan bertambah kemudian hari. Ini pun sangat penting. Sbb mostly orang hanya fikir untuk masa ni je. Bila tiba-tiba ada perubahan, dah tak boleh nak fix lagi.
Selain dapur, ruang atas juga perlu ambil kira jumlah soket yang kita perlukan secukupnya. Ini cuma pendapat peribadi Dhuri sebab selain dapur, ruang atas pun kita akan banyak gunakan juga. Terutama kalau ada anak yang bersekolah. Dengan computer dorang, charger phone, iron, lampu membaca, etc...biasanya developer akan bagi soket min 2 je dalam setiap bilik. Kat family hall mungkin 1.
Kalau kita rasa kita nak jadikan ruang tu sebagai tempat study anak, tempat menonton tv lewat malam ke..so prepare lah siap-siap tambahan 2-3 soket lagi. Walaupun okey je kalau pakai extension, cuma kalau ada soket ni nampak kemas sikit.
Macam Dhuri kat ruang atas kitorang tambah 9 soket baru. 4 soket dalam bilik. Selebihnya kat luar. Kat dapur pula Dhuri tambah 10 soket baru. Untuk harga biasanya kalau tarik point baru dalam rm50-rm80. Kalau looping sahaja dalam rm30-rm50
Looping ni maksudnya kita guna point yang sama untuk tambah soket baru. Biasanya buat sebelah soket yang asal la.
3. Tambah Sub DB
Biasanya untuk rumah double storey sub DB ni dikira keperluan wajib juga sebab saiz lebih besar dan bertingkat pula. Selalunya orang akan guna DB asal untuk bawah dan sub DB untuk atas. Tapi tengok juga lah keperluan kita. Macam rumah Dhuri sub DB kitorang guna untuk dapur. Sebab barang elektrik banyak guna power tinggi so better ada sub DB yang khas untuk sana. Laundry dan yard pun tarik dari sub DB juga. Kos untuk sub DB ni bergantung pada wireman korang. Ada yang charge harga barang sahaja dan ada juga yang caj pemasangan sekali. Biasanya kalau dorang dah buat banyak kat rumah kita boleh je berlebih kurang. Tapi standby la rm800 ke atas untuk sub DB ni.
4. Plaster Ceiling
Plaster ceiling ni bukan keperluan cuma biasanya kita akan buat tambahan lampu dan kipas baru. Bila ada plaster ceiling, wayar-wayar tu boleh sorok je dalam plaster ceiling tu. Tak kisah lah rupa macam mana pun dalam tu kan. T______T
Kos plaster ceiling ni biasanya ikut per segi. And biasanya juga rumah baru dorang akan bagi dah plaster ceiling untuk area tertentu. Kita tambah sikit je lagi macam area ruang tamu saja ke. Boleh lah standby dalam 2-3k untuk design biasa. Kalau nak complicated sikit standby lah 4k ke atas.
Kalau tak nak buat plaster ceiling pun boleh cuma wayar tu nanti kena request hack (tanam dalam dinding) atau guna casing la. Kalau hack cantik sikit dan nampak kemas cuma kos agak mahal. Biasanya 1k ke atas. Tengok juga jauh mana dia nak kena hack tu. Kalau guna casing lebih murah cuma sakit mata sikit lah tengok casing tu kat siling. T_______T
5. Tukar Kedudukan Sinki
Dhuri pun tak pasti kenapa kita selalunya tak kan suka dengan kedudukan sinki yang developer bagi. Hehe. Ada je yang tak kena. Macam rumah kitorang ramai yang tukar kedudukan asal sinki ke tingkap. Dhuri pulak kekalkan kedudukan sama cuma still kena hack juga untuk turunkan sikit. Sebab sinki moden sekarang tak sama macam sinki standard ni. Kedalaman dia lebih besar. Kalau saliran tu tinggi memang kena ubah lah supaya tak sangkut. Biasanya untuk ubah kedudukan sinki ni tak mahal. Dalam 200-300 je.
6. Tambah Paip Air
Kalau ada plan nak tambah paip air standby la rm300 lagi. Ni harga pakai pvc tau. Kalau hack lagi mahal lah. Dhuri tambah paip air untuk laundry. Developer ada bagi paip air untuk belakang rumah tapi Dhuri tak prefer tempat tu untuk dijadikan laundry area. Kitorang nak ubah ke belakang toilet. Cuma tu lah bila pakai pvc ni jadi buruk lah sikit. Kalau nak tarik dari paip asal kat belakang tu jauh pulak. So memang kena accept je lah dulu sampai lah satu hari nanti ada idea macam mana nak tukar sebab kitorang nak tambah satu lagi paip air juga dekat-dekat dengan laundry area tu nanti untuk senang basuh benda-benda yang besar and untuk siram pokok juga.
Paip asal ni memang akan tutup je nanti sebab tempat ni Dhuri nak hias and letak meja kerusi.
Kos keseluruhan untuk wiring dengan piping ni boleh lah korang standby rm5k ke atas. Kalau rumah single storey atau apartment mungkin harga murah sikit tapi mostly kawan-kawan Dhuri yang dah pindah share kos wiring dorang untuk single storey pun lebih kurang 3k ke atas juga.
Dhuri share gambar fresh from oven ni. Memang belum siap kemas dan cat lagi. Nanti dah siap Dhuri update lagi. Untuk kenangan sendiri jugak. Susah payah betul demi nak mendapatkan sebuah rumah yang selesa untuk keluarga. Hehe
Till then bye ~~~
Atau nak lebih pantas??
No comments:
Post a Comment