Tuesday 21 November 2023

Pasang ACP Awning di Yard

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Belakang rumah Dhuri ni ada tanah sikit lebih kurang 6 kaki. Dulu masa first time visit Dhuri ada plan dengan husband nak extend and buat dapur kat belakang ni. Dapur yang asal kitorang akan jadikan sebagai dining area. So living room akan jadi luas sikit la. Tapi ntah kenapa lepas beberapa kali tengok rumah ni, plan tu jadi macam samar-samar. 

Dhuri rasa macam sayang pulak nak korbankan tanah sejengkal ni untuk buat dapur. Walaupun tak luas mana, tapi kot tiba-tiba di masa depan Dhuri tiba-tiba minat nak bercucuk tanam pulak ke. .atleast dah ada tanah. Hewhew

Keduanya sebab Dhuri rasa rumah ni terlalu besar pulak. Mungkin dah terbiasa duduk rumah kecil yang boleh nampak and boleh acces semua benda dengan senang, bila tiba-tiba rumah besar ni Dhuri rasa macam jauh sangat pulak nak jalan ke belakang tu...T____T

And bila tak extend ni Dhuri boleh jimat berpuluh ribu jugak. Memandangkan last year pun memang dah banyak kitorang keluar duit untuk settlekan hutang, nak spend lagi tu rasa macam risau pulak. Better berpada pada lah. Kena beringat untuk menyimpan jugak.  Untuk masa ni, apa yang ada sekarang ni Insya Allah cukup dah untuk kami 4 beranak.

And bila dah decided kitorang tak kan extend, so Dhuri pun start lah buka pinterest cari idea untuk yard dan patio. Nak yang simple dan tak perlukan tenaga serta kos yang besar untuk maintain.

Banyak sangat idea yang best-best and sesuai untuk apply. Walaupun mostly dari western tapi okey je untuk sesuaikan kat negara kita. Antara yang Dhuri jumpa dan menarik minat Dhuri macam gambar-gambar kat bawah ni




Cantik kan...masa ni memang rasa decision kitorang ni insya Allah yang terbaik untuk kami. Dhuri pun memang suka ada green area kat rumah. Tempat untuk rehatkan mata dan minda dari keserabutan dunia. Hehe. Selain berkebun sikit-sikit  boleh juga manfaatkan untuk laundry area dan tempat husband siang ikan-ikan dia nanti. Husband Dhuri ni gila memancing. Kalau dia basuh ikan-ikan dia tu kat belakang ni takde lah dapur ku berkecah. Hehe

So first thing first, disebabkan Dhuri plan nak letak meja outdoor kat sini so Dhuri kena pisahkan dulu dengan laundry area supaya tak jadi sempit. Dhuri alihkan laundry ke belakang toilet. Cuma tempat tu bumbung dia sikit sangat. So bila hujan akan tempias kat situ. Discuss dengan husband, yang terbaik adalah pasang awning

Kat sini Dhuri berbelah bagi sebab belakang ni agak redup. Dhuri risau kalau pasang awning akan jadi bertambah redup dan gelap pula nanti. Takut pokok serai ku tak mahu hidup sebab tak cukup cahaya matahari. T________T

Tapi husband insist jugak sebab bila ada awning takde lah kena tempias hujan. Barang-barang pun tak rosak. So okey lah, fine...Dhuri akur

Dhuri survey awning jenis ACP, Polycarbonate dengan glass

Antara 3 ni yang mampu milik dan tahan lama adalah ACP

Glass memang cantik dan tak halang cahaya matahari cuma harga nya triple dari ACP.  T___T

Polycarbonate pula boleh pilih warna white glass kalau nak nampak ala glass cuma harga lebih mahal dari ACP tapi ketahanan dia kurang dari ACP

So lepas timbang tara, finally Dhuri pilih ACP

Dhuri dapat harga RM16 untuk per kaki. Buat dengan Sky Roofing & Stainless Steel. Dorang ni based kat Seremban tapi still cover KL, Selangor juga. Boleh search FB dorang

Keluasan kat belakang ni panjang 6 kaki, lebar 20 kaki. So pengiraan nya 6x20x16

Total: RM1920

Takde caj tambahan lain. Harga ni Dhuri rasa yang termurah kat pasaran sekarang sebab mostly dah letak harga rm20++ per kaki. 

Lepas dorang datang ukur, Dhuri bayar 50% and seminggu lepas tu dorang dah datang untuk pasang

ACP ni pun boleh pilih warna cuma limited sikit la. Dhuri pilih warna putih sebab tak nak nampak gelap lepas pasang nanti. Kononnya kalau warna putih tu still boleh memantulkan cahaya matahari la. hehe. Tapi sehari sebelum pasang, dorang call and tanya betul ke nak warna putih sebab mostly orang akan pilih warna dark grey. Putih ni cepat kotor dia cakap. Dah hati ku pun berbelah bagi............

Memikirkan Dhuri ni tak rajin nak bersihkan ACP tu selalu, maka tawakal je lah ambik  warna dark grey untuk atas, silver untuk bawah. Atleast warna dark grey tu senada dengan warna tembok kitorang yang dark blue tu.

 
Hari sabtu seperti yang dijanjikan, pekerja pemasangan datang tepat pada masa, pukul 10 pagi. 

Balkoni atas ni pun insya Allah kitorang akan pasang awning juga nanti. Cuma bukan sekarang lah sebab kos untuk atas ni lebih besar RM3616. Huhu. Sebab kat atas ni L shape dan lebih panjang. Maka, marilah simpan duit dulu. 

Untuk pasang ni 3 orang yang datang. Menariknya Sky Roofing ni orang yang ambil order kita lain, yang datang ukur lain, yang pasang pun lain. So kira pekerja dorang ni dikelaskan ikut kepakaran lah kot. 

Taraaaaa. Lepas 3 jam ni lah hasilnya. Style ala pergola tapi tak cukup syarat sebab tiang support tu tak cukup besar. Hehe

Tapi overall Dhuri puas hati

Pandangan dari atas. Gigih panjat tangga rumah jiran nak ambik gambar ni, Hehe

Kawasan ni still terang and still dapat cahaya matahari yang cukup. Alhamdulillah. Perfectly as per I wished. 

Mujur Dhuri tak gila order awning glass. Kalau tak rugi je duitku. lol

Since kat belakang ni masih berhabuk lagi dengan kerja-kerja renovation rumah jiran belakang, so takde apa lagi lah yang Dhuri buat. Nanti dah tenang and selesa, baru kita start project mencantik kan yard ni. Stay tunned k


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!




No comments:

Post a Comment