Assalammualaikum w.b.t
My beautiful mom! Peminat bunga sejak sekian lama. Memang hobi mak bercucuk tanam sejak muda. Dulu tanam sayur. Lepas anak-anak dah besar dan dah berlalu fasa berjimat cermat maka mak mula memenuhkan ruang dan pasu dengan bunga pulak. Hehe. And selalunya Dhuri lah yang akan ikut dia memborong bunga.
Kali ni kami ke Seremban Landscape & Nursery pula. So far ini yang the best lah setakat kami pergi kat area Senawang ni. Located kat Jalan Kuala Pilah. Kalau dari Senawang tu sebelah kiri. Senang je nak jumpa sebab memang besar tempat dia. Kebetulan masa first time pegi tu dah dekat dengan Chinese New Year. So memang sangat meriah. Pokok-pokok limau mandarin pun banyak. Rugi pula tak beli masa tu. Dhuri aim nak siapkan backyard rumah masa tu so banyak keluar duit untuk beli stepping stone dengan rumput mutiara. Kat sini ada jual jugak tau batu-batu landscape semua tu. Harga macam okey pada Dhuri.
Lepas backyard dah siap, kitorang repeat datang lagi untuk beli pokok pula tapi sadly dah tak banyak yang menarik. Bunga-bunga kat sini berubah ikut musim. So kalau datang time tu and berkenan terus je lah beli. Sebab kalau datang lagi next time, belum tentu ada. Tapi still tempat yang best untuk Dhuri dengan mak shopping bunga. And now memang banyak kali datang sebab nak beli tanah untuk tanam pokok-pokok sayur Dhuri pulak. Tanah dia murah and bagus. Tak payah campur-campur lagi dah. Memang dah sedia elok gembur. Sesuai untuk kebanyakan pokok bunga dan sayur.
Bunga kekwa kuning tu antara yang Dhuri pernah beli. Cantik sangat cuma sebab tak pandai jaga so hayat dia seminggu je. T_________T
Cyclamen Persicum. Cantikkk sangat bunga ni. Warna pink dia betul-betul eye catching. Dhuri hadiahkan kat husband sempena birthday dia. Dijaga dengan baik di tangan Dhuri selama sebulan. Hehe
Masa ni backyard Dhuri diwarnai dengan bunga-bunga yang cantik. Hehe
The latest yang Dhuri beli, Lotus Bamboo. Tapi Dhuri hadiahkan kat Zaira sebab pokok ni first time Dhuri tengok macam sejenis kaktus je. Kawan ku tu peminat kaktus. Hehe.
If korang berdekatan area sini, boleh lah datang tengok-tengok k. Enjoy ~~
Till then bye ~~~
Atau nak lebih pantas??
No comments:
Post a Comment