Tuesday, 21 November 2023

Pasang ACP Awning di Yard

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Belakang rumah Dhuri ni ada tanah sikit lebih kurang 6 kaki. Dulu masa first time visit Dhuri ada plan dengan husband nak extend and buat dapur kat belakang ni. Dapur yang asal kitorang akan jadikan sebagai dining area. So living room akan jadi luas sikit la. Tapi ntah kenapa lepas beberapa kali tengok rumah ni, plan tu jadi macam samar-samar. 

Dhuri rasa macam sayang pulak nak korbankan tanah sejengkal ni untuk buat dapur. Walaupun tak luas mana, tapi kot tiba-tiba di masa depan Dhuri tiba-tiba minat nak bercucuk tanam pulak ke. .atleast dah ada tanah. Hewhew

Keduanya sebab Dhuri rasa rumah ni terlalu besar pulak. Mungkin dah terbiasa duduk rumah kecil yang boleh nampak and boleh acces semua benda dengan senang, bila tiba-tiba rumah besar ni Dhuri rasa macam jauh sangat pulak nak jalan ke belakang tu...T____T

And bila tak extend ni Dhuri boleh jimat berpuluh ribu jugak. Memandangkan last year pun memang dah banyak kitorang keluar duit untuk settlekan hutang, nak spend lagi tu rasa macam risau pulak. Better berpada pada lah. Kena beringat untuk menyimpan jugak.  Untuk masa ni, apa yang ada sekarang ni Insya Allah cukup dah untuk kami 4 beranak.

And bila dah decided kitorang tak kan extend, so Dhuri pun start lah buka pinterest cari idea untuk yard dan patio. Nak yang simple dan tak perlukan tenaga serta kos yang besar untuk maintain.

Banyak sangat idea yang best-best and sesuai untuk apply. Walaupun mostly dari western tapi okey je untuk sesuaikan kat negara kita. Antara yang Dhuri jumpa dan menarik minat Dhuri macam gambar-gambar kat bawah ni




Cantik kan...masa ni memang rasa decision kitorang ni insya Allah yang terbaik untuk kami. Dhuri pun memang suka ada green area kat rumah. Tempat untuk rehatkan mata dan minda dari keserabutan dunia. Hehe. Selain berkebun sikit-sikit  boleh juga manfaatkan untuk laundry area dan tempat husband siang ikan-ikan dia nanti. Husband Dhuri ni gila memancing. Kalau dia basuh ikan-ikan dia tu kat belakang ni takde lah dapur ku berkecah. Hehe

So first thing first, disebabkan Dhuri plan nak letak meja outdoor kat sini so Dhuri kena pisahkan dulu dengan laundry area supaya tak jadi sempit. Dhuri alihkan laundry ke belakang toilet. Cuma tempat tu bumbung dia sikit sangat. So bila hujan akan tempias kat situ. Discuss dengan husband, yang terbaik adalah pasang awning

Kat sini Dhuri berbelah bagi sebab belakang ni agak redup. Dhuri risau kalau pasang awning akan jadi bertambah redup dan gelap pula nanti. Takut pokok serai ku tak mahu hidup sebab tak cukup cahaya matahari. T________T

Tapi husband insist jugak sebab bila ada awning takde lah kena tempias hujan. Barang-barang pun tak rosak. So okey lah, fine...Dhuri akur

Dhuri survey awning jenis ACP, Polycarbonate dengan glass

Antara 3 ni yang mampu milik dan tahan lama adalah ACP

Glass memang cantik dan tak halang cahaya matahari cuma harga nya triple dari ACP.  T___T

Polycarbonate pula boleh pilih warna white glass kalau nak nampak ala glass cuma harga lebih mahal dari ACP tapi ketahanan dia kurang dari ACP

So lepas timbang tara, finally Dhuri pilih ACP

Dhuri dapat harga RM16 untuk per kaki. Buat dengan Sky Roofing & Stainless Steel. Dorang ni based kat Seremban tapi still cover KL, Selangor juga. Boleh search FB dorang

Keluasan kat belakang ni panjang 6 kaki, lebar 20 kaki. So pengiraan nya 6x20x16

Total: RM1920

Takde caj tambahan lain. Harga ni Dhuri rasa yang termurah kat pasaran sekarang sebab mostly dah letak harga rm20++ per kaki. 

Lepas dorang datang ukur, Dhuri bayar 50% and seminggu lepas tu dorang dah datang untuk pasang

ACP ni pun boleh pilih warna cuma limited sikit la. Dhuri pilih warna putih sebab tak nak nampak gelap lepas pasang nanti. Kononnya kalau warna putih tu still boleh memantulkan cahaya matahari la. hehe. Tapi sehari sebelum pasang, dorang call and tanya betul ke nak warna putih sebab mostly orang akan pilih warna dark grey. Putih ni cepat kotor dia cakap. Dah hati ku pun berbelah bagi............

Memikirkan Dhuri ni tak rajin nak bersihkan ACP tu selalu, maka tawakal je lah ambik  warna dark grey untuk atas, silver untuk bawah. Atleast warna dark grey tu senada dengan warna tembok kitorang yang dark blue tu.

 
Hari sabtu seperti yang dijanjikan, pekerja pemasangan datang tepat pada masa, pukul 10 pagi. 

Balkoni atas ni pun insya Allah kitorang akan pasang awning juga nanti. Cuma bukan sekarang lah sebab kos untuk atas ni lebih besar RM3616. Huhu. Sebab kat atas ni L shape dan lebih panjang. Maka, marilah simpan duit dulu. 

Untuk pasang ni 3 orang yang datang. Menariknya Sky Roofing ni orang yang ambil order kita lain, yang datang ukur lain, yang pasang pun lain. So kira pekerja dorang ni dikelaskan ikut kepakaran lah kot. 

Taraaaaa. Lepas 3 jam ni lah hasilnya. Style ala pergola tapi tak cukup syarat sebab tiang support tu tak cukup besar. Hehe

Tapi overall Dhuri puas hati

Pandangan dari atas. Gigih panjat tangga rumah jiran nak ambik gambar ni, Hehe

Kawasan ni still terang and still dapat cahaya matahari yang cukup. Alhamdulillah. Perfectly as per I wished. 

Mujur Dhuri tak gila order awning glass. Kalau tak rugi je duitku. lol

Since kat belakang ni masih berhabuk lagi dengan kerja-kerja renovation rumah jiran belakang, so takde apa lagi lah yang Dhuri buat. Nanti dah tenang and selesa, baru kita start project mencantik kan yard ni. Stay tunned k


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!




Friday, 17 November 2023

Kos Wiring Dan Piping Untuk Rumah Baru

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Alhamdulillah settle dah kerja-kerja wiring dan piping kat rumah Dhuri. Lebih kurang 2 minggu juga untuk siap sebab orang wiring ni hanya boleh datang weekdays je. Dhuri anggap kerja dorang ni laju jugak. Cuma tang kekemasan tu ada lah sikit yang kurang tapi overall okey je. Dhuri puas hati 

Okey jom Dhuri share sikit apa checklist yang korang perlu buat dan anggaran kos. Kos sebenar Dhuri tak bagitau lah sebab mostly orang wiring ni kena datang site visit rumah kita untuk tengok sendiri point kita tu cukup ke tak, jauh ke tak dari DB and so on. So harga untuk setiap rumah tu berbeza walaupun kita request benda yang sama. 

1. Survey harga dari 2-3 wireman

Ni penting. Jangan korang dah dapat sorang terus proceed je. At lease cari lagi sorang dua untuk compare harga. Walaupun Dhuri sendiri agak serba salah sebab orang dah susah payah datang rumah kita kan, buat kira-kira semua..tapi kena juga panggil orang lain supaya at least kita tahu keadaan pendawaian kat rumah kita ni. Kadang-kadang sebab nak juga sales, semua permintaan kita wireman ikut je walaupun sebenarnya DB kita tu dah sarat sangat dan akan membahayakan keselamatan kita kemudian hari. 

Bila kita panggil 2-3 orang untuk datang check, kita boleh dengar penjelasan yang berbeza dan nilaikan dari situ mana yang terbaik untuk kita. Ambil masa untuk decide. Jangan terburu buru. Tanya semua soalan sampai puas hati. Once dah proceed tak boleh turning back dah. 

 2. Kira Power Soket Yang Kita Perlu Secukupnya

Ramai orang yang dah siap wiring, baru tersedar power soket yang dorang ada tak cukup. Mostly kat dapur la sebab kita banyak guna barang elektrik kat sana. Nak tambah kemudian hari dah leceh sebab kerja wiring ni berhabuk dan debu satu rumah. Lastly terpaksa guna extension tapi dapur jadi serabut dan tak kemas pula. Jadi nasihat Dhuri, sila kira betul-betul. Dapat je kunci tu dah terus imagine setiap ruang tu apa yang kita nak buat. Kalau nak buat kitchen kabinet, plan betul-betul kat mana kita nak letak penapis air, periuk nasi, blender, dan barang elektrik yang mungkin akan bertambah kemudian hari. Ini pun sangat penting. Sbb mostly orang hanya fikir untuk masa ni je. Bila tiba-tiba ada perubahan, dah tak boleh nak fix lagi. 

Selain  dapur, ruang atas juga perlu ambil kira jumlah soket yang kita perlukan secukupnya. Ini cuma pendapat peribadi Dhuri sebab selain dapur, ruang atas pun kita akan banyak gunakan juga. Terutama kalau ada anak yang bersekolah. Dengan computer dorang, charger phone, iron, lampu membaca, etc...biasanya developer akan bagi soket min 2 je dalam setiap bilik. Kat family hall mungkin 1. 

Kalau kita rasa kita nak jadikan ruang tu sebagai tempat study anak, tempat menonton tv lewat malam ke..so prepare lah siap-siap tambahan 2-3 soket lagi. Walaupun okey je kalau pakai extension, cuma kalau ada soket ni nampak kemas sikit. 

Macam Dhuri kat ruang atas kitorang tambah 9 soket baru.  4 soket dalam bilik. Selebihnya kat luar. Kat dapur pula Dhuri tambah 10 soket baru. Untuk harga biasanya kalau tarik point baru dalam rm50-rm80. Kalau looping sahaja dalam rm30-rm50

Looping ni maksudnya kita guna point yang sama untuk tambah soket baru. Biasanya buat sebelah soket yang asal la. 

3. Tambah Sub DB

Biasanya untuk rumah double storey sub DB ni dikira keperluan wajib juga sebab saiz lebih besar dan bertingkat pula. Selalunya orang akan guna DB asal untuk bawah dan sub DB untuk atas. Tapi tengok juga lah keperluan kita. Macam rumah Dhuri sub DB kitorang guna untuk dapur. Sebab barang elektrik banyak guna power tinggi so better ada sub DB yang khas untuk sana. Laundry dan yard pun tarik dari sub DB juga. Kos untuk sub DB ni bergantung pada wireman korang. Ada yang charge harga barang sahaja dan ada juga yang caj pemasangan sekali. Biasanya kalau dorang dah buat banyak kat rumah kita boleh je berlebih kurang. Tapi standby la rm800 ke atas untuk sub DB ni. 

4. Plaster Ceiling

Plaster ceiling ni bukan keperluan cuma biasanya kita akan buat tambahan lampu dan kipas baru. Bila ada plaster ceiling, wayar-wayar tu boleh sorok je dalam plaster ceiling tu. Tak kisah lah rupa macam mana pun dalam tu kan. T______T

Kos plaster ceiling ni biasanya ikut per segi. And biasanya juga rumah baru dorang akan bagi dah plaster ceiling untuk area tertentu. Kita tambah sikit je lagi macam area ruang tamu saja ke. Boleh lah standby dalam 2-3k untuk design biasa. Kalau nak complicated sikit standby lah 4k ke atas. 

Kalau tak nak buat plaster ceiling pun boleh cuma wayar tu nanti kena request hack (tanam dalam dinding) atau guna casing la. Kalau hack cantik sikit dan nampak kemas cuma kos agak mahal. Biasanya 1k ke atas. Tengok juga jauh mana dia nak kena hack tu. Kalau guna casing lebih murah cuma sakit mata sikit lah tengok casing tu kat siling. T_______T

5. Tukar Kedudukan Sinki

Dhuri pun tak pasti kenapa kita selalunya tak kan suka dengan kedudukan sinki yang developer bagi. Hehe. Ada je yang tak kena. Macam rumah kitorang ramai yang tukar kedudukan asal sinki ke tingkap. Dhuri pulak kekalkan kedudukan sama cuma still kena hack juga untuk turunkan sikit. Sebab sinki moden sekarang tak sama macam sinki standard ni. Kedalaman dia lebih besar. Kalau saliran tu tinggi memang kena ubah lah supaya tak sangkut. Biasanya untuk ubah kedudukan sinki ni tak mahal. Dalam 200-300 je. 

6. Tambah Paip Air

Kalau ada plan nak tambah paip air standby la rm300 lagi. Ni harga pakai pvc tau. Kalau hack lagi mahal lah. Dhuri tambah paip air untuk laundry. Developer ada bagi paip air untuk belakang rumah tapi Dhuri tak prefer tempat tu untuk dijadikan laundry area. Kitorang nak ubah ke belakang toilet. Cuma tu lah bila pakai pvc ni jadi buruk lah sikit. Kalau nak tarik dari paip asal kat belakang tu jauh pulak. So memang kena accept je lah dulu sampai lah satu hari nanti ada idea macam mana nak tukar sebab kitorang nak tambah satu lagi paip air juga dekat-dekat dengan laundry area tu nanti untuk senang basuh benda-benda yang besar and untuk siram pokok juga. 

Paip asal ni memang akan tutup je nanti sebab tempat ni Dhuri nak hias and letak meja kerusi. 

Kos keseluruhan untuk wiring dengan piping ni boleh lah korang standby rm5k ke atas. Kalau rumah single storey atau apartment mungkin harga murah sikit tapi mostly kawan-kawan Dhuri yang dah pindah share kos wiring dorang untuk single storey pun lebih kurang 3k ke atas juga.

Dhuri share gambar fresh from oven ni. Memang belum siap kemas dan cat lagi. Nanti dah siap Dhuri update lagi. Untuk kenangan sendiri jugak. Susah payah betul demi nak mendapatkan sebuah rumah yang selesa untuk keluarga. Hehe 


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!



Thursday, 2 November 2023

Kami Dah Pindah

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Kami akhirnya dah pindah. 2 minggu sebelum pindah memang Dhuri dah start packing barang dan pindahkan sikit-sikit setiap hari otw balik kerja. Barang kaca, baju, dan barang yang kecil-kecil semua bawa dulu. Hari yang kitorang pindah tu tinggal bawa barang yang besar je macam katil, tilam, almari, etc


Husband tempah lori guna lalamove je. Easy peasy. Bayaran pun murah je. Untuk lori besar 20ft dengan 3 manpower cuma rm400 lebih je. Sebelum ni kitorang pernah kena scam tau. Ambil lori 3 tan tapi datang lori 5 tan lepas tu dari rm300 lebih tiba-tiba jadi rm800 lebih. Memang serik sangat rasa. So bagus lah ada lalamove ni. Mudah lagi selamat. 

Malam sebelum nak pindah tu perasaan jadi sayu jugak. Yelah, lama jugak kitorang duduk kat rumah ni. Dari Aqeel umur setahun sampai dah darjah 1 dah budak tu. Banyak sangat memori. Kalau ikutkan memang sayang nak tinggalkan rumah ni tapi untuk kehidupan yang lebih baik kenalah pindah jugak. Lagipun jiran-jiran yang baik dengan kitorang pun dah ramai juga yang pindah. Suasana pun dah tak macam dulu. Memang it's time dah pun

Sebab barang kecil-kecil dah angkat jadi lori 5 tan ni tak penuh pun. Hehe. lagipun kitorang banyak juga tinggalkan barang-barang lama.

Lepas settle pindah, esok tu kitorang datang semula rumah lama, keluarkan barang-barang yang dah tak nak, bungkus and buang. Memang banyak giler. Haha. Rumah ni rasa macam lebih banyak simpan sampah dari barang. lol


Akhirnya tv zaman Jepun ni dilupuskan jugak. Tv ni dah lama tau dengan kitorang. Kawan husband bagi sebab dia nak beli tv baru. Masa tu kitorang baru kahwin, duit pun belum nak ada, jadi okey je lah terima. Lagipun tv ni elok lagi. Berbakti dengan baik sepanjang duduk rumah sewa first dulu. Cuma lepas pindah rumah sewa yang kedua line tv kat situ tak okey. Kena pasang astro baru siaran clear. So tv ni husband guna untuk connect dengan internet je la bagi anak-anak tengok kartun. Walaupun masih okey tapi kitorang tak nak bawa dah sebab kalau bawa confirm tak kan beli tv baru punya. Sebab tv jenis ni lama tau tahan. Susah nak rosak. Dan jenis kitorang ni selagi tak rosak memang akan guna je lah.

Apapun, tak banyak yang kitorang boleh buat lagi kat rumah baru ni. Barang-barang pun simpan separuh dalam bilik bawah and separuh lagi kumpulkan kat ruang tengah. Kitorang tutup dengan plastik cover ni dulu sampailah proses defect dan wiring selesai. 

Wiring Insya Allah akan start dan settle next week. Defect ni i dun know lah. Lembap jugak developer ni buat kerja. Dah lebih 30 hari pun masih tak settle lagi.

To be honest, Dhuri memang dah rimas dah tengok rumah berhabuk. Tapi what to do kan....sabar je lah


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

Shopping Lampu Murah Area KL

Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Lagi seminggu lebih nak pindah, baru kitorang cari lampu. Sebelum tu tak sure nak cari lampu kat mana dan lampu apa yang sesuai. Sebab rumah kitorang ni dapur dan bilik je yang guna plaster ceiling. So risau juga takut beli awal dan salah beli. Tapi bab lampu ni husband sebenarnya yang banyak settlekan. Lampu rumah kitorang guna LED je semua. Husband beli screw khas yang kukuhkan lampu tu kat plaster ceiling. Sebab plaster ceiling ni lembut. Kalau tak guna screw khas tu lama-lama nanti lampu boleh tanggal dan jatuh. 

Tempat pertama yang kitorang pergi adalah CiMA Lighting, Balakong. Dekat je dengan rumah Dhuri. Kat sini ramai juga yang review kata banyak pilihan dan harga murah. Masa Dhuri sampai tu kitorang just beli lampu LED bulat biasa je dulu. Untuk toilet. Sebab toilet je masa ni yang dah confirm nak guna lampu apa. T________T

Lampu untuk counter bar, living room, bilik semua belum decide. Dhuri memang tak nak beli lampu LED biasa untuk semua ruang walaupun dengan cara ni boleh jimat banyak sebab nak setiap ruang tu ada tema sendiri. 

Lampu LED bulat ni kalau kat CiMA murah je. Warna putih rm21, warna hitam rm25. lepas tu kitorang beli lagi satu LED bulat warna hitam ni untuk guest room sebab lepas pasang memang cantik dan terang cahaya dia. 


Kat CiMA ni lampu bar counter dia masa first time Dhuri pergi tu memang nampak cantik-cantik je semua. Rambang mata. Masa ni terpikat sangat dengan lampu jurai-jurai yang panjang macam ni. Dhuri imagine if letak kat counter bar memang perfect ni. Tapi husband tak bagi beli lagi. Dia suruh tunggu dulu dan tengok tempat lain. Dia tahu dah wife dia ni kalau jumpa tempat lain lagi cantik nanti mula lah muka penyek je sebab menyesal beli cepat sangat. Haha

So tempat kedua kitorang pergi adalah Ikea. Bila dah sampai Ikea ni hurmmmm terus lah nampak lampu kat CiMA tadi tu tak cantik. lol

Dhuri ni memang obses sikit dengan Ikea. Suka design Ikea yang simple tapi cantik tu. Harga pun tak lah mahal sangat. Kalau beli barang Ikea ni kan dia tak membuatkan rumah kita nampak macam rumah-rumah mak datin tapi nampak comfort and selesa sangat. Itu kelebihan Ikea pada Dhuri. 

Cumanya lampu LED yang kitorang nak semuanya takde stok dan tak tahu bila akan restock sebab masalah dengan supplier. Hurmm sedih! 

Tapi kitorang beli juga lampu spotlight untuk letak kat dapur dan insya Allah untuk counter bar nanti pun Dhuri akan beli lampu Ikea juga

Cumanya kakak Bunga request nak lampu Ikea yang ni tapi harga dia Rm169. Sebab kitorang dah terlebih bajet untuk kitchen cabinet so untuk lampu kena cut sikit. Husband pujuk untuk cari lampu lain yang murah sikit

So kesini lah kitorang di tempat ketiga, Houses Lighting, Puchong. Kedai lampu yang famous kat Malaysia ni sebab banyak pilihan dan murah. And memang betul sangat murah ye harga lampu kat kedai ni

Houses Lighting ni untuk pengetahuan korang kedai dia tak besar sangat tapi orang memang ramai. Sebelum masuk tu kena beratur dulu sebab dia akan assign sorang staff dia untuk entertain kita. So sebaik saja staff dia available kita terus dapat nombor dan boleh masuk.

If korang memang takde idea nak lampu apa dan pergi situ baru nak tengok-tengok, to be honest korang akan bermasalah. Sebab orang nya ramai. Tak berapa selesa untuk memilih. Korang kena datang sana dan pilih satu kategori lampu je untuk korang beli

Macam kitorang memang pergi sana untuk cari lampu siling LED saja. So fokus kitorang memang kat area lampu siling je. Kitorang boleh memilih dengan selesa dan ada masa yang cukup untuk buat pilihan walaupun kitorang datang lagi sejam lebih kedai nak tutup

Kalau korang datang tu nak tengok lampu siling, lepas tu nak tengok chandelier pulak, counter bar pulak...Dhuri nasihatkan balik je lah dulu. datang lagi next time. lol

Kat sini kitorang beli lampu siling ruang tamu 2 biji, lampu bilik tidur kakak Bunga dengan lampu bilik tidur Aqeel. 

Lampu untuk bilik master bedroom kitorang, kitorang beli kat kedai lampu sebelah Houses Lighting tu. Tak perasan nama kedai tu apa. Tapi lampu LED siling kat situ cantik-cantik. Cuma harga tu mahal la. Tapi sebab dah berkenan kitorang beli je.

Lampu bilik tidur kakak Bunga hello kitty. Lampu ni ada 3 tone warna. Rm 69. Comel je bila dah pasang. Dia pun suka

Lampu bilik tidur Aqeel. Sebenarnya Aqeel nak lampu doraemon tapi Dhuri pujuk beli lampu ni supaya tak nampak cam budak-budak sangat. Kesian dia. T________T

Lampu living room kitorang. Sangat cantik tau sebenarnya dan nampak mewah walaupun harga murah. Tapi dalam gambar ni tak berapa nampak sangat. Kena bukak lampu baru nampk cantik

Lampu bilik tidur kitorang. Lampu ni pun ada 3 tone warna dan boleh control guna remote. Lampu ni yang paling mahal dari semua, rm155. Yang lain semua bawah rm100. Lampu bilik Aqeel rm79. Lampu living room rm99.

Dhuri tambah juga lampu rm19 untuk store room. Lampu ni murah tapi cantik tau. Dah siap pasang nanti Dhuri share kat sini

So itulah dia...Nak kan hasil yang terbaik ni memang tak boleh malas dan ala kadar je. Kena paksa diri jugak jadi rajin. Haha. Sebab kalau nak ikutkan kitorang malas nak ke Houses Lighting Puchong tu sebab jauh dari rumah tapi sebab dah frust lampu banyak habis kat Ikea....pergi juga lah ke sana. 

This weekend finally kitorang akan pindah dah. nanti Dhuri akan share lagi next progress pulak ye. Banyak lagi ni yang tak beli tapi we take it slowly la. Tak lari gunung dikejar. Poket je yang makin menipis ni. Haha


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Wednesday, 25 October 2023

Memilih Kitchen Cabinet - Part 3

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! My dream kitchen Cabinet adalah macam gambar kat atas ni. Cantik giler kan. Nampak luas dan sejuk mata memandang sebab kombinasi warna yang cantik. 

Well, jom continue story misi pencarian kitchen kabinet Dhuri ni. 

Selepas berbelah bagi either nak proceed dengan ikea atau cari lain haritu...Dhuri saja up dekat stories ig pasal kitchen cabinet ni. Dhuri cakap struggle nak cari yang berkenan di hati dengan bajet yang sesuai. Ditakdirkan salah seorang customer shaklee Dhuri, eca tengok and dia pula bekerja kat company yang buat kitchen cabinet. Dia DM Dhuri dan bagitahu company dia tengah buat promo kitchen cabinet. Material full aluminium.

Dhuri masa dengar aluminium tu dah sedar diri dah memang tak layak ni. Mesti puluh-puluh ribu jugak ni. Tapi Eca ni cara dia service tu Dhuri suka. Maybe selesa sebab dia pun customer Dhuri and kitorang dah pernah bersembang sebelum ni. Dia yakin kan Dhuri untuk try dulu minta quotation. If tak ambil pun takpe. 

So Dhuri pun wassap eca design ni 

Lepas beberapa minit Eca bagi quotation and Dhuri memang terkejut giler sebab dapat harga tak sampai 10k pun!!! 

Full aluminium dengan harga 9.8k! Siap dapat table top porcelain lagi tau. Fuhh

Eca kata harga dapat murah sebab tengah promo dan company dia memang kilang yang buat kitchen cabinet. So harga direct kilang lah kiranya ni. 

Kitorang decided untuk ke kilang terus kat Semenyih and lepas 2 minggu macam tu Dhuri bayar deposit 3k untuk locked harga promo tu. 

Masa ni memang rasa lega dah sebab kitchen cabinet finally settled! 

Masa ni Dhuri bayangkan kitchen cabinet kitorang tu nanti akan rupa macam ni tau cuma bentuk L-Shape.

Kat counter bar tu akan ada 2 layer. Satu layer tu tinggi sikit untuk cover tempat memasak. Kitorang nak buat open concept je. So takde pintu atau divider yang pisahkan dapur dengan dining dan living room. Sebab tu Dhuri tinggikan sikit counter bar tu. Takde plan juga masa ni untuk letak bar stools tu. 

Tapi lepas tu bila fikir balik, rasa risau pulak tak cukup ruang storage. Masa ni memang kerja Dhuri setiap hari bukak tutup ikea kitchen planner tu je lah. Sampai rasa nak muntah dah tengok. Tapi paksa juga sebab nak yang terbaik. 

Dhuri buat design baru, bentuk U-Shape and minta quotation baru dari Eca. Tapi tiba-tiba harga jadi 15k pulak. Macam tak logik sebab Dhuri cuma tambah lagi 5ft 

Cross check semula and rupanya Eca tak perasan yang Dhuri ada letak dua drawer 2 laci and 2 layer tu. Dorang memang bagi free drawer 2 ft tapi Dhuri nak 2 drawer 

So masa ni memang frust jugak lah. Mujur Eca mulut manis and pujuk balik. Haha. Dia suruh Dhuri design balik yang betul-betul Dhuri nak and dorang bagi quotation semula. Harga yang 15k tu masa ni dah kurang jadi 13k

Sepanjang proses ni kan quotation Dhuri dah revise lebih 4 kali. lol

Ada jugak lah rasa ralat sebab tak ambil je ikea. Atleast memang betul-betul akan ikut kehendak Dhuri kan and orang pun tak penat nak layan design Dhuri yang kerap berubah. 

Tapi Dhuri lantak kan aje sebab kita bayar belas ribu bukan sikit tau. Mesti lah nak betul-betul puas hati. Bukan soal harga je yang Dhuri kira, tapi functionality, ruang, saiz dapur semua Dhuri ambil kira. Biarlah orang anggap kita cerewet sekarang dari dah siap tapi kita tak puas hati sebab dapur cramp, dapur tak function, etc

Lepas seminggu bertapa Dhuri submit 2 design yang baru. 


Dhuri ambil inspirasi dari gambar kitchen kabinet yang Dhuri idamkan kat atas sekali tu dan counter bar biasa. Dhuri memang kena pilih salah satu je untuk buat counter bar tu sebab ruang terhad 


Sama ada buat jenis lurus macam ni, letak divider dan counter bar kat another side menghadap dinding 

Or else



Buat counter bar ni dan letak peti ais kat another side. So counter bar tu je lah yang jadi divider untuk pisahkan dapur dengan dining. Dhuri kurang suka sikit sebenarnya macam ni tapi husband suka pulak yang ni. Dia cakap bila counter bar kat tengah nampak exclusive. Personally Dhuri rasa kalau counter bar kat tepi tu lagi dekat dengan tempat memasak. If nak guna untuk minum-minum kopi pun okey. If nak buat prep memasak, potong bawang, etc lagi dekat dengan sink dan hob. 

Tapi pendapat husband pun kena ambil kira jugak sebab biasanya apa yang dia pilih selalunya cantik. 

Lagipun kalau nak buat counter bar kat tepi, memang lambat lagi jawabnya nak siap sebab kena tunggu ada bajet baru. Kena buat dengan tall kabinet sekali baru cantik. And tak boleh ambil ikea sebab ikea takde counter bar macam ni. Kena ambil dengan contractor luar so ada risiko juga tak secantik yag kitorang inginkan. Plus, kos pun akan bertambah nanti. 

Aduhhhh pening kan...haha. That's why la Dhuri ambil masa berbulan tau untuk decide kitchen cabinet ni saja. Memang kena buat solat istikharah dan tanya pendapat kawan-kawan yang dah buat kitchen cabinet kat rumah dorang.

Lepas timbang tara segala pros and cons, finally Dhuri bagtau Eca kitorang proceed dengan design kedua yang ada counter bar tu. 

Hopefully Eca boleh deliver ikut apa yang Dhuri imagine kan....



Nak ikutkan keluasan dan layout dapur Dhuri sama macam dalam gambar atas ni. So maybe begini jugak lah kot hasil akhirnya....sama-samalah kita nantikan. 

Untuk nama kilang yang buat kitchen kabinet Dhuri ni, Dhuri akan disclose lepas semua siap nanti dan Dhuri berpuas hati.


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!