Wednesday, 25 October 2023

Memilih Kitchen Cabinet - Part 3

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! My dream kitchen Cabinet adalah macam gambar kat atas ni. Cantik giler kan. Nampak luas dan sejuk mata memandang sebab kombinasi warna yang cantik. 

Well, jom continue story misi pencarian kitchen kabinet Dhuri ni. 

Selepas berbelah bagi either nak proceed dengan ikea atau cari lain haritu...Dhuri saja up dekat stories ig pasal kitchen cabinet ni. Dhuri cakap struggle nak cari yang berkenan di hati dengan bajet yang sesuai. Ditakdirkan salah seorang customer shaklee Dhuri, eca tengok and dia pula bekerja kat company yang buat kitchen cabinet. Dia DM Dhuri dan bagitahu company dia tengah buat promo kitchen cabinet. Material full aluminium.

Dhuri masa dengar aluminium tu dah sedar diri dah memang tak layak ni. Mesti puluh-puluh ribu jugak ni. Tapi Eca ni cara dia service tu Dhuri suka. Maybe selesa sebab dia pun customer Dhuri and kitorang dah pernah bersembang sebelum ni. Dia yakin kan Dhuri untuk try dulu minta quotation. If tak ambil pun takpe. 

So Dhuri pun wassap eca design ni 

Lepas beberapa minit Eca bagi quotation and Dhuri memang terkejut giler sebab dapat harga tak sampai 10k pun!!! 

Full aluminium dengan harga 9.8k! Siap dapat table top porcelain lagi tau. Fuhh

Eca kata harga dapat murah sebab tengah promo dan company dia memang kilang yang buat kitchen cabinet. So harga direct kilang lah kiranya ni. 

Kitorang decided untuk ke kilang terus kat Semenyih and lepas 2 minggu macam tu Dhuri bayar deposit 3k untuk locked harga promo tu. 

Masa ni memang rasa lega dah sebab kitchen cabinet finally settled! 

Masa ni Dhuri bayangkan kitchen cabinet kitorang tu nanti akan rupa macam ni tau cuma bentuk L-Shape.

Kat counter bar tu akan ada 2 layer. Satu layer tu tinggi sikit untuk cover tempat memasak. Kitorang nak buat open concept je. So takde pintu atau divider yang pisahkan dapur dengan dining dan living room. Sebab tu Dhuri tinggikan sikit counter bar tu. Takde plan juga masa ni untuk letak bar stools tu. 

Tapi lepas tu bila fikir balik, rasa risau pulak tak cukup ruang storage. Masa ni memang kerja Dhuri setiap hari bukak tutup ikea kitchen planner tu je lah. Sampai rasa nak muntah dah tengok. Tapi paksa juga sebab nak yang terbaik. 

Dhuri buat design baru, bentuk U-Shape and minta quotation baru dari Eca. Tapi tiba-tiba harga jadi 15k pulak. Macam tak logik sebab Dhuri cuma tambah lagi 5ft 

Cross check semula and rupanya Eca tak perasan yang Dhuri ada letak dua drawer 2 laci and 2 layer tu. Dorang memang bagi free drawer 2 ft tapi Dhuri nak 2 drawer 

So masa ni memang frust jugak lah. Mujur Eca mulut manis and pujuk balik. Haha. Dia suruh Dhuri design balik yang betul-betul Dhuri nak and dorang bagi quotation semula. Harga yang 15k tu masa ni dah kurang jadi 13k

Sepanjang proses ni kan quotation Dhuri dah revise lebih 4 kali. lol

Ada jugak lah rasa ralat sebab tak ambil je ikea. Atleast memang betul-betul akan ikut kehendak Dhuri kan and orang pun tak penat nak layan design Dhuri yang kerap berubah. 

Tapi Dhuri lantak kan aje sebab kita bayar belas ribu bukan sikit tau. Mesti lah nak betul-betul puas hati. Bukan soal harga je yang Dhuri kira, tapi functionality, ruang, saiz dapur semua Dhuri ambil kira. Biarlah orang anggap kita cerewet sekarang dari dah siap tapi kita tak puas hati sebab dapur cramp, dapur tak function, etc

Lepas seminggu bertapa Dhuri submit 2 design yang baru. 


Dhuri ambil inspirasi dari gambar kitchen kabinet yang Dhuri idamkan kat atas sekali tu dan counter bar biasa. Dhuri memang kena pilih salah satu je untuk buat counter bar tu sebab ruang terhad 


Sama ada buat jenis lurus macam ni, letak divider dan counter bar kat another side menghadap dinding 

Or else



Buat counter bar ni dan letak peti ais kat another side. So counter bar tu je lah yang jadi divider untuk pisahkan dapur dengan dining. Dhuri kurang suka sikit sebenarnya macam ni tapi husband suka pulak yang ni. Dia cakap bila counter bar kat tengah nampak exclusive. Personally Dhuri rasa kalau counter bar kat tepi tu lagi dekat dengan tempat memasak. If nak guna untuk minum-minum kopi pun okey. If nak buat prep memasak, potong bawang, etc lagi dekat dengan sink dan hob. 

Tapi pendapat husband pun kena ambil kira jugak sebab biasanya apa yang dia pilih selalunya cantik. 

Lagipun kalau nak buat counter bar kat tepi, memang lambat lagi jawabnya nak siap sebab kena tunggu ada bajet baru. Kena buat dengan tall kabinet sekali baru cantik. And tak boleh ambil ikea sebab ikea takde counter bar macam ni. Kena ambil dengan contractor luar so ada risiko juga tak secantik yag kitorang inginkan. Plus, kos pun akan bertambah nanti. 

Aduhhhh pening kan...haha. That's why la Dhuri ambil masa berbulan tau untuk decide kitchen cabinet ni saja. Memang kena buat solat istikharah dan tanya pendapat kawan-kawan yang dah buat kitchen cabinet kat rumah dorang.

Lepas timbang tara segala pros and cons, finally Dhuri bagtau Eca kitorang proceed dengan design kedua yang ada counter bar tu. 

Hopefully Eca boleh deliver ikut apa yang Dhuri imagine kan....



Nak ikutkan keluasan dan layout dapur Dhuri sama macam dalam gambar atas ni. So maybe begini jugak lah kot hasil akhirnya....sama-samalah kita nantikan. 

Untuk nama kilang yang buat kitchen kabinet Dhuri ni, Dhuri akan disclose lepas semua siap nanti dan Dhuri berpuas hati.


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!



No comments:

Post a Comment